Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com
Showing posts with label Superman Hati. Show all posts
Showing posts with label Superman Hati. Show all posts

2.8.10

Saya rindu DIA ini

Enchek Suami dah berlepas ke Padang Indonesia hari Khamis yang lalu dan akan pulang hari Khamis minggu ni. Saya sangat rindu manusia bernama Mohd Faizal Mohamed Kamil ini. Tak sabar mau tunggu enchek suami balik dari Indonesia... setiap saat ingat kat dia dan setiap kali tu jugak air mata mengalir. sedihnya... tak suka perasan baru yang saya rasa ini...





27.11.09

Cerita Lepas Terjaga dari TIDO yang Lama

Salamsss...

Lamanya saya tido. tak terbela dah blog yang macam famous amous ni. tsk! so semasa tido, some1 telah menggantikan tempat saya dan melakukan aktiviti harian saya. dia tulis dalam DIARY tapi tak banyak sgt aktiviti yang dia lakukan. huhuhu... apekah?! hahahaha... actually just nak update story ni....:

MAJLIS ANUGERAH SUKAN WPKL

ikot enchek tunang gi majlis anugerah sukan bersama-sama suku sakat sukan dia. kesimpulan event; moderate. biasa2 aje but congrat to enchek tunang punyer anak buah; EIJI. she's win olahragawati harapan. enchek tunang pun nampak bangga jek coz he's the one who responsible in planning for this little girl punyer success. as a coach, he's always want the best for his anak buah. sgt garang ok when enchek tunang tgh coaching. i always support him in everything that he likes to do. sport ni memang passion dia. so, update sket gambar on that event.


walau apapun, yang paling penting, i've discovered something. saya sudah GEMOK tahap CIPANZi! tSk!!

28.10.09

Merajuk Yang Burok!

Pengakuan Berani Mati : Saya memang seorang yang KUAT MERAJUK yep!

& akibat kuat merajuk perlu ditanggung oleh saya sendiri sebagai tunang seorang lelaki yang sgt tidak berperikemanusiaan dimana beliau telah merakamkan aksi-aksi terlampau merajuk tunangnya ketika sesi pujuk memujuk. sesi ini berlansung tanpa suara seperti orang bisu lagaknya sebab lokasi adalah tidak begitu strategik iaitu di opis dan dimeja usang saya.Apakah??!

::enchek tunang cakap biler merajuk muka dah sama macam muke garfield::

::cubaan meng'control' ketawa sebab enchek tunang sedang membuat lawak spastik di hadapan saya::

::buat-buat tak dengar & tak nampak enchek tunang cakap dan buat apa kat depan saya::

20.10.09

PADAN MUKE!

http://emo.huhiho.com

Hari tu saya gaduh dengan tunang saya. Kerana terlalu mengikut emosi,saya telah men'delete' semua gambar enchek tunang dalam HP saya.Msg2 bermakna enchek tunang pun saya delete gak dan skang bile nak tengok balik,nak buat gambar jadi wallpaper dah tak ada. PADAN NGAN MUKE! mari cakap beramai-ramai
PADAN NGAN MUKE SAYA!

PADAN MUKE!!!

http://emo.huhiho.com


16.10.09

Dak dik Duk! (ver. nasihat + gatal)

WaaAa...hati ku berlagu girang.kurang 3 jam lagi mau jumpa kekasih hati merangkap JAGA yang sgt dirindui.sebelum masuk meeting tadi enchek tunang call cakap dia dah kat KL.apa lagi,buat suara anak kucing gatal yang suke meleser2 kat kaki manusia berbulu lebat dan buat merajuk serta mengadu domba dengan enchek tunang (ee geli,~hei berdiri mak! bulu roma ku!~)

Enchek tunang cakap dia mau jemput pulang.huhhu...buat2 merajuk ckap tamau!tapi dalam hati mau mau mau...udah rindu banget sama DIA...

Sambil2 tunggu tu saya pun buat list apa yang enchek tunang suke makan.Banyak okie...enchek tunang saya memang pemakan.kuat makan.sebab tuh ada entri Dinasour Memakan-makan.hehehehehe... walaupun kuat makan,dia tak memilih.itu yang tambah sayang tuh.

Saya teringat pesan mama satu ketika itu (bahasa!),kalau nak pikat hati suami,pikat dengan masakan.dengan air tangan bukan nasi kangkang (oH oh,ayat bomba spactic!saya yg tambah ayat tuh.mama saya tak cakap gitu.)So walaupun sibuk dengan persiapan hari bahagia. cari vendor sana sini,skill memasak perlu dipertajamkan lagi.tamau suami ku makan masakan bibik warung je biler kawin nanti.itu janji ok. so buat semua bride-to-be sila jadi macam saya (perasan.tSk!).

Untuk hari bahagia,abis semua kita survey.nak yang terbaik konon-kononnya.lepas tu nanti lepas kawin suami terbiar.makan tak menentu.ari2 makan kat kedai.lauk kedai.itu ok lagi dari ari2 makan meggie.tak kesian ker kat suami??

Buat yang tak pandai masak macam saya,kenelah letak azam turun dapur.jenguk2 tgk mama ker bibik ker buat ape.tolong2 la walaupun potong sayur atau kacau2 gulai dalam periuk je.atleast dapat gak aura dapur tu.manatau aura2 tuh akan buat kita pandai masak ker? hehehehe...ada ke gitu? ada ok! macam mawi,dia bukan pandai nyanyi pun tapi sebab aura dia, berjaya gak mamat felda tu dalam bidang seni (tapi tak lama ler..huhu..marah peminat mawi kat aku.)

Cayok2 buat semua bride-to-be. bersamalah kita berusaha membahagiakan bakal suami dengan masakan yang sedap2 dan makanan yang dia suka makan.


Pesanan Penaja : kalau dulu saya hanya belajar masak apa yang saya suka makan. tapi skang ni simpan azam mau belajar masak apa yang enchek tunang saya suka makan plak.

14.10.09

-Kuih KASWI untuk DIA-

::ini bukan kaswi buatan saya tapi amik pict dari sini::

enchek tunang saya memang prebet sgt dengan kuih yang satu ni.so semalam akibat tak bleh nak tido dan rindu pada enchek tunang saya,saya telah mem'berani mati'kan diri untuk membuat kuih kaswi seorang diri tanpa tunjuk ajar siffu sansai saya (bonda).hari tu ada borak2 dengan siffu sansai cara2 dan bahan2 untuk buah kuih ala2 color kulit gelap ku ini.so main tibai je lah buat dan hasilnya adalah *moderate*.boleh diperbaiki lagi kata siffu sansai saya.bawak sket gi opis,ingat nak bawak semua tapi sebab tak jadi, rasa malu kambeng biri2 yang bulunya tebal melanda,saya bawak sket je untuk kakak2 kat opis tu rasa dan bagi komen agar biler buat nanti akan lebih menjadi dan biler menjadi,tentu kuih kaswi saya sedap dan biler sedap tentu enchek tunang suka memakan-makan. huhhu... bahagianya...bahagianya biler cinta hati makan kuih yang saya buat untuk dia.

::ini adalah merupakan salah satu langkah persediaan menuju hari bahagia >> menjadi isteri yang pandai buat kuih yang suami suke...
::buat enchek tunang sempena 365hari bersama. \(^_^)/

Setahun (365hari) Bersama Dengan Dia

14 Oktober hari ni. hehehehe... dah setahun dah saya dan dia mengikat janji.walaupun tak dapat nak celebrate dengan DIA tapi puas sebab kelancaran majlis yang Allah hadiahkan.berkat kesabaran dan doa DIA juga sebenarnya.buat DIA yang tercinta hanya kata-kata ini yang mampu saya hadiahkan.

DIA,
awak tahu awak siapa,
awaklah superman hati saya,
walaupun kini awak dah tukar title menjadi super securiforce saya,
saya tetap sayang awak seperti mananya awak yang pernah saya kenal dulu.

DIA,
saya sayang awak sepenuh hati saya,
tak kan ada siapa pun yang boleh menggantikan tempat awak dlm hati saya walaupun sesempurna manapun dia,
sesungguhnya awaklah kekuatan saya,semangat untuk saya terus bangun dan berjaya,
terima kasih kerana hadir dan memilih diri saya.

DIA,
terima kasih atas kesabaran dan ketabahan awak melayan kerenah saya,
senyuman awak selalu buat saya rasa damai dan bahagia,
walaupun awak bukan pendengar yang baik untuk saya tapi kadangkala mengadu domba kat awak boleh buat saya tenang setenang tenang nya.

DIA,
tiada apa yang lebih bermakna daripada saat awak melafazkan kata untuk memikul tanggungjawab menjaga saya sampai akhir hayat awak,
tiada apa yang saya pinta hanya kesabaran dan kasih sayang awak untuk saya moga kekal sampai bile2,

DIA,
selamat 365hari bersama,
moga cinta kita ini abadi untuk selama-lamanya..


Pesanan Penaja : huhhu...rindunya saya pada si DIA.takpe,2ari je lagi.2ari jek! huhhu...mau rindu sama dia jugak!tak peduli hapa!

9.10.09

DIA = Enchek Tunang, Ex-Superman, En.Jaga

Enchek tunang, Ex-Superman (siapa yang mengikuti blog je tahu kenapa dia dapat title 'ex'.hehehe...) and now en.jaga adalah manusia yang sama.satu makhluk ciptaan Allah yang bertakhta di hati insya'allah untuk selamanya.dia ada lebih dan kurang (+/-).ada buruk dan baik.ada buat perkara yang saya tak suka dan juga buat benda yang boleh buat saya tersenyum dan ketawa.saya terima dia kerana dirinya.kerana DIA.tanpa paksaan atau desakan sesiapa.rasa sayang saya lahir dari hati tanpa saya buat-buat atau paksa-paksa.mungkin bagi orang lain dia tidak sehebat mana.banyak kurang dari lebihnya.tapi saya percaya pada pencipta.pencipta agung yang menjadikan setiap makhluk di alam semesta dengan sebaik-baik penciptaan dan kejadian (subjek BM bleh dapat A++ ni!huhhu...tsk!) dan kerana berpegang pada keadilanNYA saya percaya ada suatu kelebihan yang saya boleh teroka dalam diri manusia yang saya gelarkan sebagai "DIA = enchek tunang, Ex-Supeman, En.jaga".

~T_T~

& sesungguhnya ketahuilah bahawa saya cintakan "DIA" itu kerana Allah, maka selagi Allah itu ada, maka selama itu juga cinta saya ada untuk "DIA".

18.9.09

Hadiah Hari Raya Yang Bermakna

Saya sangat sedih sebab enchek tunang dah pulang ke kampung nya... baru dapat msg dari enchek tunang cakap dia dah sampai kat tol simpang pulai (sgt sedih tak dapat raya sama enchek tunang saya itu). tadi dah mintak ampun dan maaf serta mintak enchek tunang halalkan semua sepanjang perkenalan kami. minitik air mata walaupun saya cuba tahan. saya mintak maaf sebab selalu buat awak susah hati dan macam2 dengan perangai kuat merajuk saya ni. saya sgt sayang awak dan tak sanggup kehilangan awak sebenarnya (aduh terjiwang plak dalam blog ni.. tsk!)

Lepas anta enchek tunang kat kereta, saya pun meneruskan misi mencari kasut untuk bonda tercinta.penat tul.dengan orang yang bersesak2 kat jalan TAR tu saya gagahkan juga kaki untuk berjalan dari satu kedai ke satu kedai.akhirnya dapat gak kasut untuk bonda.saya belikan kasut exclusive untuk bonda saya.apa yang saya belikan untuk bonda ni tak seberapa pun nilainya jika dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan bonda.lepas tu saya masuk Semua House sebab ujan dan sekali lagi saya telah memboroskan diri dengan membeli gelang comey dan vogue untuk bonda tercinta sempena Hari Raya.Hadiah buat bonda yang sangat memahami saya.semalam gaduh dengan enchek tunang pun bonda tak kalut,tenang seperti selalu sebab dia kenal anak daranya yang kuat merajuk ni.saya sayang bonda million million banyak nya!

Setelah penat berjalan dan menghabiskan duit saya pun balik opis.lengang je opis sebab ramai dah balik awal.ini situasi biasa kalu cuti hari raya.tak heran dah.

sampai je kat opis saya ingat nak solat dulu takut terlepas waktu.bukak2 je laci besi kat tepi meja saya terpandang sesuatu dan sesuatu itu telah membuatkan saya menitikkan airmata.saya tak sangka yang enchek tunang betul2 bagi saya hadiah.masa dia bagitau kat kereta tadi saya ingat dia berseloroh je.so saya tak amik pusing sgt tapi skang ni lepas tgk sendiri saya rasa sayu hati.betul2 tersentuh dengan pemberian enchek tunang.walaupun tak seberapa bagi orang lain tapi ianya cukup bermakna buat saya.brooch mutiara ni enchek tunang ckap dia beli kat Labuan masa dia gi game aritu.dah lama nak bagi katanya.apa2 pun sayang, saya tak kisah, murah ke, mahal ke, cantik ke buruk ke yang penting ianya pemberian awak.tiada yang lebih bermakna dan berharga dari apa yang awak dah buat untuk saya.saya cinta awak sgt2 sayang (alamak,terjiwang lagi lah plak. huhhu... tsk! tapi saya peduli apa!)
bluweeakkk..... =P

15.9.09

Dapat ker Tak Dapat??

Baru balik dari Interview kat SPA. hehehehe...
punyer lah prepared bagai nak giler.
baca akta itu ini. semua bleh jawab.
tapi biler tanya kat panel interviewer tentang kebarangkalian saya untuk dapat jawatan itu, dia cakap opportunities kurang sebab dah menjawat jawatan di sektor awam. boleh ker?? kalu gitu takyah lah panggil i interview. kan?? kan?? http://emo.huhiho.com

sedikit kecewa tapi okie jek. jadikan je pengalaman ni untuk memantapkan lagi sesi interview akan datang.
yang penting saya ceria!!! \(^_^)/
dan dekat dengan tunang saya yang poyo itu.
saya sayang dia sebab bersusah2 untuk saya.
kejut bangun pagi dan ingatkan itu ini macam dia plak yang nak gi itu interview.
dia yang cemas dan selalu cool kan saya disaat saya menggelupur.
saya sayang dia!! si busyuk kesayangan saya itu.
terima kasih sebab hantar saya interview dan bersusah2 untuk saya!!
cayang mu juta ribu kali nyer!!! http://emo.huhiho.com

6.9.09

My "Saturday" Pictures

::Tersenyum gembira dan bersolek sakan. Hoping that my Saturday will be vibrant and happening::

::Baca magazine ni sambil tunggu enchek tunang bermain polo::
(upss.. kenape mesti ini magazine yang saya beli dan baca??)

::Kene beratur panjang oh untuk makan ayam penyet.tsk!::


::Dua2 kekenyangan memakan-makan ayam penyet. huhhu...::

::Ayam penyet yang telah licin di makan::
(Apakah?? orang amik gambar sebelum mkn tapi saya, dah abis makan baru nak amik gambar.huhhuu...)

::OPRHAN. Mewayangkan diri menengok cerita ini::

::kenapa senyuman yang saya beri tapi duka yang saya terima?? saya tidak sempurna. mungkin juga tak boleh buat awak berbangga dengan rupa paras saya. tapi saya bersyukur dan redha atas ketentuannya. saya pasrah jika pengakhiran kita bukan bahagia. saya perlu terima semuanya kerana saya masih bangga menjadi saya yang berdiri atas satu nama. WAHID. yang satu itu adalah saya::

31.8.09

\Dinasour Memakan-Makan/

Note : Entri ini adalah entri Lapuk! tsk! tapi nak jugak buat citer.

Al-Kisah, ayibb....

tersebutlah kisah pada zaman batu dahulu, terdapat seorang gembala dinasour yang sgt kuat memakan-makan yang bernama enchek JAGA.

pada satu hari, kerana ingin menyambut satu perayaan yang gilang-gemilang, gembala dinasour itu telah sgt suke hati dan memakan-makan dengan banyaknya tanpa menyedari yang gambarnya diambil oleh reporter pencen lagi tidak berpengalaman yang gimuk dan comel...

hatta setelah mengambil gambar gembala dinasour yang kuat memakan-makan itu, reporter gimuk lagi comel itu telah tertawan hatinya dan sgt gatal sampai menjadi tunang kepada gembala dinasour yang kuat memakan-makan itu...

bersama dengan entri ini diselitkan sekali gambar gembala dinasour yang kuat memakan-makan itu untuk tatapan seluruh dunia. gambar reporter gimuk lagi comel tidak dapat disertakan kerana dia adalah seorang yang sangat low profile dan pemalu lagi ayu...



:: sekian repekkan dan rapuan saya...

Kisah Yg Sebenar-Benarnya : Gambar2 ini adalah gambar enchek tunang ketika pergi memakan-makan MC'D sehari sebelum puasa sebab konon2 nanti tak dapat nak makan mc'd lagi di siang hari dalam bulan pose.

Pesanan Penaja : Mintak maaf pada enchek tunang kerana telah meng'famous' 'amous' kan gambarnya di dalam blog saya. tujuan adalah untuk membebel dan merapu serta dah takde kerja.

26.8.09

4. Hari Keempat Puasa

Hari keempat puasa juga berjalan macam biasa. Cuma masa nak balik dari opis tayar kapal terbang enchek tunang sudah pancit. hahaha... oh padan ngan muke dia itu dan jugak muke saya! pastu terpaksa lah berbuke di opis je. Gi bazar ramadhan jalan TAR beli kuih jek sebab dah janji nak makan masakan mama arini. semestinya sedap sehingga menjilat ibu jadi kaki. saya sgt suke...

Tapi selepas itu tragedi Ogos pulak berlaku. enchek tunang telah memarahi saya. tsk! atas sebab dia risau saya tidak menjawab panggilannya. saya gi solat ler... hish! suke2 je nak marah orang tanpa tanya dulu apa dan kenapa. hatta masam dan bonyok lah muke saya dan semakin banyaklah kedutan yang akan wujud di muke. tsk! saya nak AWET mude.... huhuhu....

kuih dan air yang beli kat bazar ramadhan jalan TAR pun saya tak jamah. biarkan enchek tunang tahu yang saya adalah sangat memarah. enchek tunang hantar balik dan selesai solat saya terus menidurkan diri tapi mata tak mau lelap2 juge. mungkin perut lapar kot. huhu... takpe, yang penting boikot saya kepada enchek tunang berjaya. biar saya sakit. pastu biar padan ngan muke enchek tunang saya itu. saya adalah sgt mengada2...

bangun sahur ke esokkan harinya dengan perut yang sgt lapar tapi sebab perut dah pedih and masuk angin, saya minum milo buatan bonda dengan biskut kegemaran enchek tunang sahaja iaitu biskut gula. sekarang ini saya adalah saya sedang menahan kelaparan dan pedih perut yang amat sgt tapi tetap maintain dan ayu seperti selalu. sgt perasan oh!

12.8.09

oitss en.abang, lu ingat lu bagus!!! mau gaduh ka!!


ada satu mamat ni macam nak cari gaduh plak ngan aku. jalan kat depan aku dabik2 dada, angkat2 kening. apakah??? mau cari gaduh ka?! kalu mau, kasi bukak kuda2 ar... lu ingat wa takut sama lu kah hah? pada siap2 yang ternampak mamat ni kat mana2, kasi kem salam maut sama dia.


pesanan penaja : sebenarnya aku dah ketandusan idea. takde bahan nak dijadikan citer. guru besar sekolah dan peng'skema' sume aku dah halau dh dari blog aku ni, so dah takde sape dah nak kutuk aku dan aku tak bleh jadikan kutukan diorang sebagai bahan untuk post entri baru. padan ngan muke aku!!! hahahaha.... and akhirnya, perwira kesayangan hati gak ar yang jadi bahan aku merapu. hahahaha... kalu dia tau musti abis aku! sorry ya wahai lelaki'terlalu (superman) ku.

10.8.09

Terima Kasih Abg Wan Untuk Gambar Yang Cantik Ini!!!


Al-kisah, ayibbb.... maka tersebut lah kisah. sang kancil datang beramai-ramai mengadap duli yang maha mulia. ayibbb... hehehehe.... merepek kerepek orang Yong Peng sekali lagi. ini adalah kerana sgt suke hati menerima gambar aku dan superman ku yang cantik ini dari abg.wan; our department profesional photographer. tabik springggg katil slumberland ar abg wan! sangat menyukai gambar ini dan telah pun selamat menjadi wallpaper komputer di opis saya.

terimasss.... terimassss... terimassss... sejuta ribu kali!! love u abg wan!! (atte overnyer teman!)

: dan ternyata juga sesungguhnya aku sudah gomok... huhhu.... tak suke!

8.8.09

Hitam.Puteh.Tema Kawen AKAK Kali Ini

opsss... chop,chop! ini bukan entry untuk memperkenalkan warna tema kawen AKAK okey... ini entry mau citer tema warna baju akak gi owang kawen. akak and superman akak yang enchem and marvelous tu. suke.....

ok skang berTUKAR.... dengan kuasa angin tofan, maka datangla TENGKUJUH!!!

hehehe.... kuat merepek betul aku ni. sebab mengidam kerepek orang Yong Peng kot (Puan Bunga sila terasa dan jgn lupe kirim kerepek homemade buatan tangan Puan Bunga itu) tsk!! ok nak citer, kali ni aku ngan superman hati telah memilih tema itam dan puteh untuk ke majlis kawen kak ina, opismate aku yang sama wana kulit ngan aku. muehehehehe... entah kenapa warna selamat ini yang aku pilih kali ni. dahla cuaca panas nak m**p*s. pakai plak warna yang mempunyai kuasa hebat menyerap haba. apa lagi, meleleh2 la peloh ku yang sememangnya wangi dan dijadikan pati minyak wangi Elizabeth Arden itu. hehehehe... siksa betul kali ni ngan panas terik nak m**p*s. tapi aku tetap berlagak anggun depan superman hati. hebat gilos and ada rasa cam wonder women sebab dapat control jiwa. superman hati pun sama, tak penah mengeloh cakap baju color itam yang aku beli tu panas ke ape. diam and control je ke'enchem'an dia. sebab tu aku sayang dia. hehehehe...

6.8.09

Tunggu YB kesayangan hati

Jam dinding kat opis ni dah pukul 5. tak sabar dah ni nak tunggu YB kesayangan hati balik dari induksi. musti ensem macam lelaki mendeleng terakhir. muahahaha.... suke,suke,suke....

arini satu keje pun tak jalan. takde mood dan keadaan opis yang sejuk beku macam kutub utara. dengan bau busuk mulut orang yang suka membuat orang lain sakit hati lagi. selamat ada bonda. bleh gak mengadu dan menjadi tempat rujukan dan mengata. hehehehe....

walau apapun orang nak cakap, aku pedulik apa. non of your business dear witch! keep your spell to your self and addakadabra ka'boom. hope u change into something ugly and stupid!

Y.B = Yang...

Y.B ni stand for ape ek? Yang Besar? Yang Buncit? Yang Berbahagia? Yang Berhormat? Yang Bengkeng? Yang Best atau Yang macam Best? semua boleh. tapi untuk aku, YB itu aku khas kan untuk chenta hati ku dan aku gelarkan Yang Bushuk. hahahaha.... YB gak aper...

HAri ni superman ku sudah bertukar menjadi YB. Yang segala-galanya untuk aku. sebab superman tidak memakai baju 'S' nya hari ini tetapi memakai baju batik. jadi dia telah menjadi YB = Yang Batik. hahaha... ape yang kau merepek ni awet..??

Kacak bergaya sungguh YB ku itu hari ini. tergoda untuk ke sejuta.lapan.ratus.lima.puluh.lima kali nya. jangan gi induksi nanti ada yang tergoda sudah. akan aku bertukar menjadi mona fendi dan mengerat dia kepada 88 bahagian pastu bagi jaws makan. kalu nak rasa cuba lah tergoda pada YB saya. muahahaha.... saya sangat suke....

akan aku curik gambar YB dan masuk dalam blog aku ini untuk tatapan aku sendiri. hahaha... sekali lagi aku syok sendiri... tapi aku peduli apa asalkan aku bahagia.

: tunggu.... kemunculan gambar YB ku itu..

5.8.09

SUPERMAN

my cinta hati is my hero. super hero. that's why i call him SUPERMAN. the one who safe me. the one who protect me. the one who always be beside me, to support me and he is my everything. he's my SUPERMAN. super hero of a life time...

4.8.09

Hati berlagu riang, lalalalalala....

tak tahu lagu apa yang hati ni nyanyi tapi bleh tahan ar sedapnya. hahahah... sungguh prasan. tak suke!

hari ni bile mata bertentang mata, hanya hati yang mampu berkata-kata. masih kacak lagi kekasih hati ku ini. hahahaha... makin kurus, makin wangi, tak banyak cakap tapi cukup romantis. aku sayang dia!

aku sangat gembira. hati cakap dia nak nyanyi lagi. lalalalalala..... sebab aku dapat hadiah dari cinta hati. sepasang telekung yang cukup cantik, menarik kau memang da'boom. balik, mandi, pastu trus solat guna telekung yang cantik menarik itu. rasa sgt glam oh! terima kasih sayang. tak sabar nak pakai bulan puasa ni. gi solat terawih. tambah semangat lagi dengan adanya telekung hadiah dari cinta hati. bertemu dan bersujud pada ILLAHI dengan persalinan seindah itu. YA ALLAH, indahnya... suke suke suke...

pastu lepas solat dengan kejakunan dan keterujaan aku mengambil gambar. nak gak mempopularkan telekung pemberian cinta hati saya. terima lah model busana muslimah bulan ini.... jeng jeng jeng....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin