Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

8.8.09

Hitam.Puteh.Tema Kawen AKAK Kali Ini

opsss... chop,chop! ini bukan entry untuk memperkenalkan warna tema kawen AKAK okey... ini entry mau citer tema warna baju akak gi owang kawen. akak and superman akak yang enchem and marvelous tu. suke.....

ok skang berTUKAR.... dengan kuasa angin tofan, maka datangla TENGKUJUH!!!

hehehe.... kuat merepek betul aku ni. sebab mengidam kerepek orang Yong Peng kot (Puan Bunga sila terasa dan jgn lupe kirim kerepek homemade buatan tangan Puan Bunga itu) tsk!! ok nak citer, kali ni aku ngan superman hati telah memilih tema itam dan puteh untuk ke majlis kawen kak ina, opismate aku yang sama wana kulit ngan aku. muehehehehe... entah kenapa warna selamat ini yang aku pilih kali ni. dahla cuaca panas nak m**p*s. pakai plak warna yang mempunyai kuasa hebat menyerap haba. apa lagi, meleleh2 la peloh ku yang sememangnya wangi dan dijadikan pati minyak wangi Elizabeth Arden itu. hehehehe... siksa betul kali ni ngan panas terik nak m**p*s. tapi aku tetap berlagak anggun depan superman hati. hebat gilos and ada rasa cam wonder women sebab dapat control jiwa. superman hati pun sama, tak penah mengeloh cakap baju color itam yang aku beli tu panas ke ape. diam and control je ke'enchem'an dia. sebab tu aku sayang dia. hehehehe...

Musafir . Makan Free Kat Masjid

nak dijadikan cerita, hari ini aku makan free kat masjid dengan superman hati. kami kan musafir. takde duit nak makan, inikan pulak nak kawen... muahahah... aku merepek skali lagi.

ok skang nak citer betul. serius plz...
arini kak ina kawen. sob sob... sedey.. kak ina tak kan DARA lagi. hehehe... musti kak ina happy akhirnya disatukan oleh bapa sendiri dan akan terus menjadi ratu di hati mues. very the happy ending. sgt suke dan aku tumpang gak happy. so aku dan chenta hati gi makan kat masjid lah arini sebab dia wat majlis kat masjid wilayah. sonok dapat pakai sedondon ngan chenta hati. rasa cam aku plak yang kawen. hahaha... dah wajib dah aku ni. takpe2, sabar2 tak lama je lagi...

tapi yang tak best sebab gambar aku sume tak chantek! benci! aku dah gomok. tak suke! ingat nak show off gambar ngan chenta hati tapi sebab tak cantik jadi aku nak super impose dulu gambar ku itu agar aku kelihatan jelita mendapat badan seperti siti nurhaliza sekurang-kurangnya. nampak sgt memang siti nurhaliza punya badan tak lah bape nak hebat sgt. (hahaha... aku merepek lagi. kesian kat siti)


7.8.09

Blogging = Warfield. Takutttt.....

at the 1st place aku wat blog is just for fun. menghabiskan masa as a gov servant yang aku ingat bleh duduk goyang kaki dan tido bawah meja sebab takde keje (padahal keje belambak and mcm nak mati wat keje sorang2 sebab staff lain sume dah senior).

and at the 2nd place sebab aku suke meluahkan rasa (tapi bukanlah rasa yang tah ape2). bagi aku blog adalah tempat aku bercerita. cerita baik, cerita jahat, kutuk orang, maki orang, aku bleh wat ape yang aku suke and bleh tulis apa yang aku nak tulis. terpulang pada yang baca nak gayakan bahasa aku camne and nak rasa ape lepas baca. aku setuju dengan Bunga. -read at your own risk- kalu rasa cam tak bleh nak terima pandangan dan kutukan atau cakap2 orang lain, aku suggest baik tak yah gatal2 tgn dok tekan mouse tu untuk ke link/blog orang lain. baik syok sendiri je buat blog sorang2 pastu tak kisah sape yang nak baca dan apa komen dorang. (cam aku ar. hahahaha... ada aku kisah?)


lepas baca dan go through banyak blog, aku suke dan tertarik untuk ikut 2 blog je; blog Puan Bunga and blog my cousin Lyd. yang lain kalu ada mood je aku baca sebab dorang suke post entry yang tak menarik hati dan bahasa yang skema nak mampus macam orang duduk kat dalam gue. tsk (pinjam ayat puan bunga. terpangaruh sudah....)

so to those yang cam terasa, baik tekup muke maki hamun kat bantal je. tak pun wat cam citer ali setan. ALI GILER, BUDAK MONYET, BUDAK SETAN!!! lukis2 gambar monyet, gambar setan, gambar beruk pastu tampal kat dinding. ahh... kan dah senang2 takyah nak beli wall frame mahal2. dah ada dah wall frame ciptaan sendiri yang agak2 kreatif dan inovatif. handmade babe, handmade... aku suke!!

moral of the story lepas aku mengarut syok sendiri is; tak yah la jadikan blogging ni tempat nak cari musuh or in other word warfield korang. baik yang mana nak wat wedding preparation tu pk untuk wedding sendiri. baju kaler ape, pelamin manggis ke, pelamin kerang ke, pelamin cengkih ker... nak wat kat hotel mana, hotel istana ke, kowloon hotel kat jalan TAR ker... lagi baik and berfaedah. kita nak wat kawan, bukan nak wat musuh. pastu siap nak terasa-terasa tulis panjang mengarut-ngarut dalam blog sendiri. kan dah tak cantik dah flow wedding blog u tu. tsk!!

15 Sya'aban.Full Moon

semalam 15 Sya'aban 1430hijrah , Nifsu Sya'aban. dah 2 tahun berturut2 aku tak dapat puasa sunat atas alasan yang selalu dipakai oleh wanita-wanita melayu terakhir yang sopan dan masih gadis. hahaha.... so semalam tgh dok termenung kat depan rumah sambil tgk bunga-bunga didik ibu, aku pandang kat langit and lihat bulan yang cukup cantik. aku suka bulan. lagi-lagi bile bulan penuh. aku ada amik gambar, tapi tak cantik (nampak sgt memang tak pandai amik gambar, sume tak cantik) pastu nampak bumbung flat aku plak tu. lagi lah tambah ketidak'cantik'kan nya.

Gambar tadak!

semalam dapat gak curik gambar YB hati tapi tak cantik. gegar. tak menarik dan da'boom. so decide tak nak masuk dalam ini blog. mau simpan dalam HP untuk tatapan sendiri. hahahaha.... suke..suke..suke..

sebab takde gambar YB kesayangan hati, aku masuk kan juga gambar smile ni yang aku gelar gak YB = Yang Bongok!


6.8.09

Tunggu YB kesayangan hati

Jam dinding kat opis ni dah pukul 5. tak sabar dah ni nak tunggu YB kesayangan hati balik dari induksi. musti ensem macam lelaki mendeleng terakhir. muahahaha.... suke,suke,suke....

arini satu keje pun tak jalan. takde mood dan keadaan opis yang sejuk beku macam kutub utara. dengan bau busuk mulut orang yang suka membuat orang lain sakit hati lagi. selamat ada bonda. bleh gak mengadu dan menjadi tempat rujukan dan mengata. hehehehe....

walau apapun orang nak cakap, aku pedulik apa. non of your business dear witch! keep your spell to your self and addakadabra ka'boom. hope u change into something ugly and stupid!

BONGOK, BEBAL, BUDOH, BENCI, BANGANG!!!!!!!!!

GERAM TUL LAH! SUKE HATI AKU LAH AKU NAK KAWIN NGAN SAPE. AKU NAK KAWAN NGAN SAPE. AKU NAK BERCINTA NGAN SAPE. KO SUSAH APE? KO KER YANG BAGI AKU MAKAN? MAK AKU TAK CAKAP APE2 KO PLAK YANG LEBIH2 NAK TENTUKAN JODOH AKU. PERGI AR CARI KEJE YANG BERFAEDAH SKET DARI NAK CAKAP PERIHAL ORANG JE. KUTUK ORANG SANA, KUTUK ORANG SINI. BENGANG TUL AKU!


DAH LAH TAK BLEH NAK WAT KEJE ARINI. SESUNGUT KAT PERUT NI LAGI. BONGOK TUL! WAT AKU MENCARUT JE TENGAH2 HARI BUTA NI. AKU TAK SUKE NAK CAKAP CAM NI TAPI HATI AKU SAKIT BETUL DGN KO WAHAI MANUSIA BERMULUT BUSUK TAMBAH AIR LIUR TAK PERNAH ABIS ASIK NAK CAKAP AND KUTUK ORANG JER. AKU BENCI KO TAPI KO TAK KAN PENAH TAHU SEBAB AKU MENGAKU YANG AKU HIPOKRIT. AKU BENCI KAU WAHAI MANUSIA YANG BERLAGAK CAM BAGUS DAN AKU CINTA SUPERMAN HATI KU. PEDULI APA ORANG NAK KATA.

SUBAHANALLLAH, ASTAGFIRULLAH HAL'AZIM.... (maafkan aku Ya Allah kerana mencarut begini)

Fatty Fatty Boom Boom

huhuhuhuhuhuhuhuhu.... i hate being fat. jln gegar sana sini but aku memang dah gemuk skang. tak suke.... baru naik tangga dari tingkat 12 ke 13 dah mengah. benci! tak suke! pastu pakai baju ketat. tak selesa... waaaa.... nak buat camne ni... dah macam jelly bergerak dah ni...

Y.B = Yang...

Y.B ni stand for ape ek? Yang Besar? Yang Buncit? Yang Berbahagia? Yang Berhormat? Yang Bengkeng? Yang Best atau Yang macam Best? semua boleh. tapi untuk aku, YB itu aku khas kan untuk chenta hati ku dan aku gelarkan Yang Bushuk. hahahaha.... YB gak aper...

HAri ni superman ku sudah bertukar menjadi YB. Yang segala-galanya untuk aku. sebab superman tidak memakai baju 'S' nya hari ini tetapi memakai baju batik. jadi dia telah menjadi YB = Yang Batik. hahaha... ape yang kau merepek ni awet..??

Kacak bergaya sungguh YB ku itu hari ini. tergoda untuk ke sejuta.lapan.ratus.lima.puluh.lima kali nya. jangan gi induksi nanti ada yang tergoda sudah. akan aku bertukar menjadi mona fendi dan mengerat dia kepada 88 bahagian pastu bagi jaws makan. kalu nak rasa cuba lah tergoda pada YB saya. muahahaha.... saya sangat suke....

akan aku curik gambar YB dan masuk dalam blog aku ini untuk tatapan aku sendiri. hahaha... sekali lagi aku syok sendiri... tapi aku peduli apa asalkan aku bahagia.

: tunggu.... kemunculan gambar YB ku itu..

5.8.09

SUPERMAN

my cinta hati is my hero. super hero. that's why i call him SUPERMAN. the one who safe me. the one who protect me. the one who always be beside me, to support me and he is my everything. he's my SUPERMAN. super hero of a life time...

4.8.09

Hati berlagu riang, lalalalalala....

tak tahu lagu apa yang hati ni nyanyi tapi bleh tahan ar sedapnya. hahahah... sungguh prasan. tak suke!

hari ni bile mata bertentang mata, hanya hati yang mampu berkata-kata. masih kacak lagi kekasih hati ku ini. hahahaha... makin kurus, makin wangi, tak banyak cakap tapi cukup romantis. aku sayang dia!

aku sangat gembira. hati cakap dia nak nyanyi lagi. lalalalalala..... sebab aku dapat hadiah dari cinta hati. sepasang telekung yang cukup cantik, menarik kau memang da'boom. balik, mandi, pastu trus solat guna telekung yang cantik menarik itu. rasa sgt glam oh! terima kasih sayang. tak sabar nak pakai bulan puasa ni. gi solat terawih. tambah semangat lagi dengan adanya telekung hadiah dari cinta hati. bertemu dan bersujud pada ILLAHI dengan persalinan seindah itu. YA ALLAH, indahnya... suke suke suke...

pastu lepas solat dengan kejakunan dan keterujaan aku mengambil gambar. nak gak mempopularkan telekung pemberian cinta hati saya. terima lah model busana muslimah bulan ini.... jeng jeng jeng....

Treasure Hunt

sedang dok tgk2 buku yang nak bagi kat bunga, selak punyer selak and suddenly terkeluar sesuatu yang aku penah selit dalam buku tu dulu. picts of ALONG. adussshh... memori daun pisang balik ar nampaknya. menitis airmata. entah kenapa. bukan sebab tak dapat nak hidup dgn dia tapi gembira kerana aku kini bebas dari belenggu cinta dia. kini dia tiada lagi dalam hati. sudah aku buang dan bersihkan dengan clorox. bersih, suci sudah hati ku ini kerana aku sudah sedia untuk beri pada cinta hati. SUPERMAN ku. aku cinta sama kamu. kau mungkin bukan yang pertama hadir tetapi kau lah yang akan menjadi insan terakhir dalam hati ini. amin...


: apa nak buat dgn gambar2 dan bookmark ni. apa lagi shread kan saja dong dank ding dunk...
hahahaha... bersuka ria lah...

Nada Dering itu, Suara itu, aku R.I.N.D.U


Tepat pukul 10:42 jam kat HP aku, sedang wat keje yang bertimpa2 and dahla datang keje lambat arini. keje giler smalam lah punyer pasal ni. aku dengar nada deringan itu, yang amat aku kenal sekali, yang amat aku tunggu2 dan rindu... sonoknya, sonoknya.... cepat2 jawab dalam senyum dan senyuman ku makin lebar tatkala mendengar suara itu. suara di ujung sana yang amat aku rindu. Ya Allah, setelah ckap dgn JE, letak telepon, menitik air mata ini. Airmata gembira sebab orang yang aku tunggu dan rindu dpat gak aku dgr suara.

Ya Allah, siksanya cinta dan terima kasih kerana takdirkan aku untuk merasa siksanya..

Buat-buat Kerja GILA atau aku memang GILA

Hari ini, pada tanggal ini, aku akan kenang kerana aku dah wat banyak kerja gila dalam satu malam. tak tahu dari mana datangnya dorongan. jam kat dinding dah pukul 3.3opagi tapi aku segar dan tahan jugak mata dari lena. biarkan. sekali-sekala kene gak ajar mata ni tahan ngantuk. asik tidur awal. manja sgt! hehehe... teringat mcm JE slalu ckp pas dapat pujuk aku. kira cam ayat lazim dia ar... tgk tu... musti nak cakap pasal dia lagi. i really miss him. miss him a lot and a lot. cam orang giler. sasau dan angau. lantak ar. asal tak ganggu orang. keje siap gaji jalan. hahahaha....


perkara pertama
-tahan mata dari tido. kalu boleh tak nak tido-tido sampai gi keje. nak gak rasa camne.

buat blog
-punye sedap surf internet, tibe-tibe idea bongok dtg nak wat satu blog lagi. nak susahkan diri. just wanna show what colour i am. biru, kuning, ijo, pink, purple etc... sebab selalu meng'hipokrit'kan diri kat depan orang. berlagak baik sgt cam pompuan melayu terakhir. bosan! i just hate being hypo.

Suka dengan entry Puan Bunga (Surat dari Perempuan)

to Puan Bunga and her bee : i pinjam kata-kata u ni coz its really menyentuh perasaan. i like! Menjilat jari... sgt cumburui...

Salam,
Cinta…
(semoga cinta berada didalam lindungan dan limpah kurnia yang maha Esa)

Cinta,
Bukan mudah menjadi perempuan dalam hidup kamu.
Dan bukan mudah untuk saya menjadi perempuan dalam hidup kamu.
Namakan apa jua kesakitan dan kepedihan, saya sudah merasainya.

Cinta,
Sudah sedekad usia saya menjadi perempuan dalam hidup kamu,
Dan sedekad itu,
Mengajar saya pelbagai perasaan…
Saya tahu ketawa,
Saya tahu menangis,
Saya tahu tersentuh,
Saya tahu merajuk,
Saya tahu bahagia,
Saya tahu derita,
Saya tahu bangga,
Saya tahu terhina.

Namun yang paling berharga, saya bertuah kerana saya bisa hidup dan menyaksikan seorang lelaki berjuang perasaan dan taqdir untuk hidup bersama cinta saya. Saya sendiri merasai pengalaman dan hebatnya perasaan dikurniakan Tuhan cinta sejati.

Saya bertuah melihat kamu cinta yang hebat.
Saya melihat kamu menangis dalam ketenangan kamu.
Saya melihat Allah anugerahkan kamu sifat sabar yang ulung.
Saya melihat Allah kurniakan kamu sifat penyayang yang sangat agung.
Saya melihat Allah hiasi kamu dengan akhlak yang sentiasa buat saya bangga mejadi perempuan dalam hidup kamu…

Cinta,
Bila kamu mengambil keputusan untuk menikahi saya dan meninggalkan segala kesenangan dunia untuk hidup menjadi suami saya,
Di saat itu saya sudah berjanji dengan diri sendiri—LILLAHI TA’ALA…
Bahawa saya akan hidup dalam setiap nafas kamu,
Saya dukung cinta kamu kerana Allah,
Akan saya perjuangkan keranaNya juga…
Saya akan berjuang dengan setiap daya dan upaya yang saya ada…
Maruah dan cinta ini akan saya abadikan dalam darah yang mengalir dalam diri saya…

Duhai cinta,
Suami isterilah kita di syurga Allah kelak…


Benar,
PEREMPUAN



: sesungguhnya bertuah lebah mu kerana memiliki bunga yang secantik, seindah dan sewangi mu. cukup sempurna zahir dan batinnya. sungguh, aku benar-benar tersentuh...

New Blog Again

Yay! the clock is ticking and its already 3.15 in the morning. Ini baru orang panggil pagi buta sebab mata aku pun dah naik buta tgk skrin laptop ni. Asal lah mata ni tak mau tutup. Mungkin hati sedang berlagu lalalalala... mungkin kah?? reason for the mata to act like this?? hehehe... sebab i'm gonna meet my fiance tomollow. cinta hati saya.... miss him badly. really2 bad. huh! never feel like this before oh! tak tipu punya. tak sabar nak tgk muka my fiance yang akan sunburn and penoh panau-panau matahari itu. huahuahua... tapi beliau akan tatap menjadi pujaan hati ku... love u jeje >> my panggilan manje to him. hahaha... parah kalau orang lain tau.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin