Ada tak sesiapa tau mana nak dapat mangkuk tingkat yg macam kat gambar bawah ni? Dengan harga yang murah. Saya dapat idea untuk jadikan mangkuk tingkat ni sebagai salah satu "berkat" untuk bagi pada saudara mara belah Singapura yang tentu-tentu mereka datang dari jauh. So sebagai tanda TERIMA KASIH, saya dan mama bercadang nak bagi mereka "berkat" dan makanan untuk dibawa balik yg diletakkan dalam mangkuk tingkat yang macam kat bawah ni. Takmau yang besar sangat. nak yang kecik yang 3 tingkat je. Saya dah survey dah harga yang paling murah saya boleh dapat adalah RM15.90. Still mahal sebab nak beli dalam 50biji. Mmmm.... ada tak orang jual mangkuk tingkat ni secara online agaknya? Dah try google tapi hanya servis penghantaran makanan menggunakan mangkuk tingkat je yang saya jumpa. *sedey*...

::mangkuk tingkat silver yg macam ni::

::saya nak macam yang belah kanan sekali tu::

::kalu yang macam ni pun cantik gak::
Saya dapat idea ni dari page 'Martha'. Nanti tinggal ikat reben je kat mangkuk tingkat tu. Simple and nice kan macam gambar kat bawah ni. tapi yang ni dia guna tupperware je. hmmm... idea dan bantuan sila datang!!!

::cantik kan?::
::image di'save' dari pagi ini dan Martha::