Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com
Showing posts with label Setelah Kepala Terhantuk. Show all posts
Showing posts with label Setelah Kepala Terhantuk. Show all posts

23.1.10

cerita KAIN & KAD KAWEN saya

Baju Nikah

perkara pertama yang saya buat lepas bangkit dan pulihkan semangat adalah pi JAKEL ngan mama and beli kain untuk wat baju nikah. habis almost 1k for baju jek. (oh oh wahidah, tolonglah budget dan berjimat yep!) selepas tu rasa ok sket and semangat hari bahagia datang sket2. mama pun banyak tolong untuk saya bangun semula dan bangkitkan semangat nak plan for hari bahagia.

untuk nikah i choose chiffon rather that organza sebab organza cam keras sket and manik2 dia cam sarat sgt. i want something simple untuk nikah. and masa pilih2 kain tu saya memang cari yang warna putih sebab untuk nikah tapi biler sale lady tu tanya untuk sanding plak warna apa and saya cakap putih gak. dia suggest untuk buat different color. kalu dua2 event warna putih cam tak best jek. pikir2 and lepas dia keluarkan macam2 warna and semua tak berkenan. sgt cerewet ok daku ini. mama dari berdiri terus cari tempat untuk duduk. hehehehehe... lepas tu lama sale lady tu menghilang. dalam ati cakap dia dah fedup nak layan ker? pastu tak lama lepas tu sale lady tu datang balik dengan segulung kain kat tangan dia. dia bentang depan saya dan terus saya jatuh cinta. warna susah mau dapat. very light green. tapi nak kata green tak lah green sgt, ada cam yellow2 gak. yang menarik dan da'boom adalah sulaman dan manik2 dia yang sgt exclusive. cun! terus cakap kat dia, "potong 4meter yer" tapi dia balas, "kain ni memang datang sepasang jek dik. exclusive design. tak kuar dah. memang sepasang jek, so akak tak yah potong lah yer". hehehehe... malu gue. mana gue tahu dong! so pada hari tu dapat lah beli kain untuk nikah. enchek tunang punya pun dapat gak. siap dengan sampin.


Design Kad Kawen

2 ari lepas received design kad kawen from my friend. dia wat freelance untuk tempahan kad kawen ni. saya upah dia from A to Z untuk kad kawen ni. dari wat design, graphic sampai ke wat map ke rumah saya and rumah enchek tunang. sgt suke... tapi the idea came from me and my enchek tunang lah. i plak inspired from LadyNoe punyer kad kawen. nak wat lain sket and takmau rigid sgt. bleh je nak tempah kad kawen kad tempat biasa dengan harga yang murah sket tapi entah kenapa takmau. lagipun lebih kurang je harga dia. siap dengan design paper beg, tag terima kasih and bunting my friend wat kan. thanks pali. ko memang superb. hehehehe...

pali bagi 2 pilihan kad kawen and i have choose yang berkenan di hati which is yang option no.2. sebab takde lagi design yang camtu and susah mau wat. after this, me and enchek tunang will proceed with the details yang nak letak kat dalam kad tu dan proses printing akan bermula. sgt teruja untuk tgk hasilnya tapi dalam pada masa yang sama berharap agar ALLAH permudahkan perjalanan dan persiapan hari bahagia saya. harap enchek tunang tak wat hal lagi. plz no more dugaan for me. i tired enough untuk kumpul semangat dan bangkit semula.

::option no.1::

::my option; opt. no.2::



28.11.09

pompuan GILER itu

inilah pompuan yang gantikan saya semasa saya tido aritu. dia telah buat keje giler dengan memakai baju serba itam dan katanya dia berkabung sebab saya tak dapat interview yang saya pergi aritu. huhhu... sedey..

pastu dia dah wat onar di meja usang kesayangan saya dengan melakukan aksi chiker terlampau.sgt tsk okey!

25.10.09

Tak Mau Cerita & Bagitau Semua Dah

Hai Peeps... (aouchh!! its so not me!)

I pompuan melayu.Ikut adat resam nenek moyang.I orang Islam.Yang sentiasa mengikut sunnah Rasulullah dan berpegang pada Al-Quran so apa2 pun mesti mulakan dengan BISMILLAH dan disudahi dengan ALHAMDULILLAH.Kitakan orang Islam so lepas BISMILLAH bagilah salam; ASSALAMUALAIKUM... (kan sedap didengar dari peeps sana peeps sini.~dah tukar profession jadi ustazah plak? oh!ustazah je ker yang bleh cakap cam gini?tak salah pun kan kalau i mengingatkan~)

Okie.Entri ni just nak bagitau yang dah tak best dan tak cool dah nak citer pasal kawin-kawin and hari bahagia dalam ini blog yang cam famous amous sebab i tahu yang ada orang opis i dah dapat menghidu kegiatan murni i menulis blog.To be frankly, i memang suka menulis.Menulis tulisan yang tidak dibataskan macam dalam exam (350 patah perkataan saja,lebih dari 500 patah perkataan,tatabahasa kena jaga,ejaan kena betul etc etc).Oh pleaseee....ini blog ok!bukannya DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ataupun OXFORD DICTIONARY.so ikut suka i lah i nak eja dan buat ayat macamana. (kenapa aku ~emo~ tetiba plak ni?Sila cepat sedarkan diri!)

Oh oK,berbalik pada tajuk.Tak mau cerita dan Bagitau semua dah.I have make one restriction to myself and to my blog.I dah takmau citer pasal kawin-kawin and persediaan hari bahagia i dah (macam ada orang nak tahu je kan?huhhu..tsk!)sebab i tak nak orang yang datang majlis i tu nanti dah tau dah i nak buat tema color apa.dah tau dah i nak bagi doorgift apa,pelamin i macam mana,i pakai catering apa.kan dah tak cool dah tuh!tak surprise ar Hari Bahagia i nanti.betul tak?

Lagi hampeh kalu-kalu ada blogger lain yang rasa cam i ni hebat pastu cam benci je aku ngan minah poyo ni.semua nak citer.lagi tambah hebat kalau dia dedicate satu special cynical entri untuk i dalam blog famous amous dia (maaf cik puan bunga kalu terasa.huhhu..tidak ditujukan pada sesiapa.very general ok,statement i ni).

Ini bukan bermaksud i tak nak citer lansung apa2 yang berkaitan dengan kawin-kawin ni tapi i akan bataskan sket ler.setakat nak kongsi idea dan cerita benda-benda menarik pasal kawin-kawin ni apa salah nya...bertukar idea.beside i tak nak kehilangan kawan-kawan blogger yang best macam cik puan bunga,thalha,kak zura,fatin kawan ku yang telah menjadi kejam itu,cik seroja,kak sukicida dan lain-lain.Saya sayang anda semua!


Pesanan Penaja: aku pun tak tau kenapa entri ini diadakan.jiwa adalah sgt kosong pada ketika ini tetapi tangan terasa gatal mau menari-nari di atas keyboard lappy klasik yang dibeli menggunakan duit perkeso arwah papa ku ini.

22.10.09

Perempuan Itu & Meja Usangnya

Kenali lah PEREMPUAN ITU.
Perempuan yang selalu asik dengan alam maya nya.
Yang selalu suka mengadu domba pada enchek tunangnya, pada blog pink macam 'famous amous'nya dan tidak lupa pada MEJA USANG yang sentiasa menjadi teman setia.


******************

Meja usang besar itu sudah lama benar menjadi idaman kalbu perempuan itu.
Impian perempuan itu untuk memiliki meja usang apabila tuannya pencen nanti akhirnya termakbul juga.
Kini perempuan itu adalah tuan baru bagi meja usang yang besar itu.
Bangga giler perempuan itu atas kejayaannya memiliki meja usang itu.

Lalu...

Perempuan itu selalu saja menyepahkan meja usangnya.
Ingin menunjukkan bahawasanya dia banyak kerja.

Perempuan itu selalu pura-pura sibuk di meja usangnya.
Padahal dia sedang asyik dan leka bermain game 'burger'.
Meja usang juga selalu menjadi tempat meletakkan kepala tatkala perempuan itu terlalu penat mengadap kotak ajaib nya.

Meja usang selalu menjadi saksi.
Saksi gelak ketawa,tangisan,keluh kesah,potpet potpet,mengadu domba,mengumpat mengata perempuan itu dan orang sekitarnya.
Meja usang lah peneman perempuan itu dihujung minggu. Kalau orang lain keluar ber'dating' dengan kekasih hati,perempuan itu akan tetap setia di sisi meja usangnya.

Perempuan itu terlalu asyik dengan meja usang yang belum sampai setahun menjadi teman setianya.

Jika ditakdirkan suatu hari nanti berpisah perempuan itu dan meja usangnya,pasti meja usang diingati kerana banyak jasanya.
Pasti akan dirindui kerana banyak kenangan dengannya.
Biarlah apa yang pernah terjadi dan dikongsi menjadi rahasia perempuan itu dan meja usangnya.

MEJA USANG,ketahuilah bahawasanya kau banyak berjasa.
Bagi PEREMPUAN ITU,kau tiada gantinya.

::Inilah PEREMPUAN ITU dan MEJA USANGNYA::


Pesanan Penaja : Sesungguhnya perempuan itu memang suka merepek sambil makan kerepek pisang tanduk yang sedap lagi lazat menjilat jari dan sesungguhnya juga perempuan itu dah takde kerja dan dah takde idea untuk meng'update' blog macam famous amous nya.tSk!

16.10.09

I'm Not Good in English

okie,ini episod berterus terang.I'M NOT GOOD IN ENGLISH.tapi i never stop trying.my english is *moderate*.MUET dapat 5 tapi itupun setelah amik kali ke-2.SPM dapat 2A.PMR dapat C.UPSR dapat B.Masa kat Uni,score paling koman A-,itupun setelah beberapa sesi membodek2 penyarah yang ajar English tu.Tolong bawak buku lah, tolong photostat kan nota lah, dan selalu pura2 tak tahu dan pergi bilik pensyarah tu untuk bertanya.Misi utama adalah untuk pensyarah kenal nama.hehehehe...so bile dia kenal nama,sket2 dia akan sebut nama kita,masa tu lah English berabuk saya keluar.hahahahaa.. banyak komen dari yang hebat2 pasal penguasaan English saya; "u good in speaking, but really poor in writing"."i really impressed with the way u talking,u'r pronounsation,but when it comes to writing,teruk!". oH! Okie...saya amik semua pendapat and try to improve writing in English (grammer kena betul;past tense with -ed and macam2 lagi) and at the same time improve jugak in speaking and pronounce certain words that really difficult for me.sampai tergeliat lidah yang ari2 makan sambal belacan and tempoyak ni nak menyebut sesetengah ayat omputeh tu.but i never stop trying sampai satu hari ada pembuat onar masuk blog and komen pasal grammer.just a small mistake man...tapi cara dia sgt menghina.macam dia bagus sgt!saya kenal ramai kengkawan cyber yang memang hebat dalam bahasa penjajah ni tapi tak pernah meninggi diri.contohnya Cik Puan Bunga.Cikgu bahasa Omputeh yang giler2,orang Yong Peng yang memang sekepala.tapi dalam pada tu,ada jugak blogger2 yang tulis blog dalam bahasa omputeh berabuk abis pastu rasa diri dah cukup hebat.nak link orang2 yang tulis blog dalam omputeh jek,yang tulis dalam bahasa ibunda dia,dia buat dek je biler di sapa.tak sedar ke ko tu berpijak kat bumi mana?(mulut bau belacan lagi mau cakap 'i eat cheese everyday')

Saya ada kawan,biler saya sms dia dalam bahasa omputeh, dia akan reply balik dalam bahasa yang sama with really2 bad english.bukan takat grammer with -ed atau sebagainya, tapi spelling, ayat dia, memang serba tak kena.Saya tak pernah ketawakan dia coz for me,dia sgt berani. ok tipu! saya ada ketawa biler terima sms dalam bahasa omputeh dia sebab simple english pun bleh salah (hoho,macam hebat jek). hahahahaha...(opss,ini bukan setakat ketawakan english dia ok, ini ketawakan diri saya yang cakap je orang padahal saya pun sama).

Walau apapun,cuma satu yang perlu kita ingat.sehebat manapun kita,kita membesar dengan 1bahasa ibunda;bahasa melayu,bahasa MALAYSIA. 1 Malaysia (oh oh,sgt jiwa patriotik wahidah di pagi hari ni)

13.10.09

LIME is my Coca-Cola Glass Color

hehehe... kegatalan sebab sampai opis pukul 6.30pagi dan tak tau mau buat ape.so klik sana sini.amik post of perfection personality test from Coca-Cola and this is the result; I'M a Lime Personality bebeh! I'm a LIME! hehehehe...Apakah???!

::klik-klik for larger image::

9.10.09

Dah Tak Privasi Dah.tSk!

okie, ini adalah kesinambungan daripada entri pada 7/10/2009 yang bertajuk "Tak ber"ETIKA" lansung!

Blog saya telah dicemari oleh anasir-anasir yang sgt tak ber'ETIKA" yang saya maksudkan itu (sendiri mau ingat kalau terasa).Mereka dan membaca dan mengetahui isi hati saya yang sgt meluat dan jengkel dengan perangai orang yang tak berapa nak bagus tuh! (amik ko!)

This is my private blog okie 'orang yang terasa', so i can say what ever i want in this blog.Sape soh gatal tgn masuk blog orang pastu baca entri ~emo~ i tu and comment rasa ketidakpuasan hati anda.I welcome u untuk datang dan baca tapi kalau ada terasa dengan mana2 entri dalam blog i ni, that's your own business.Malas mau amik tahu.

opss lupe yer, mau ditekankan disini that's not me the only person yang jengkel dan rasa both of u tidak ber'ETIKA' tapi semua AJK yang ada pun sependapat.Kalu u guys pikir u guys otai dan dah banyak pengalaman, jgn down grade orang lain.Setiap manusia kejadian ALLAH tu ada kelebihan dan kekurangan.Ajar2 lah ilmu yang ada dan jgn cepat rasa megah dan meninggi diri yep!

pastu lagi satu yer nak habaq mai, kalau u guys tak cakap depan, lagi2 dalam meeting jgn nak suruh orang lain cakap depan2. Sikap u guys sendiri tu yang buat orang serkap JARANG (serkap JARANG takpe, jgn kain JARANG ~uh, siapakah itu; saya lah yang berkain jarang itu~)

Jangan emo2,just a small matter and sorry yep kalau terasa...

Jangan Marah Hah!!!! http://emo.huhiho.com
;)

::tgk tuh,orang terasa komen dalam blog saya.tsk taw!::

3.10.09

Idea datang bergolek-golek

Atas sebab kesempitan wang dan mencari sponsor untuk kawen tapi tak dapat2,terus terfikir untuk menjalankan online business.tapi mau jual apa???~blur macam biasa~

Pastu tetiba di suatu petang yang cuaca cam nak hujan, ada "fairy good mother" datang menyapa dalam YM (hehehe...merapu sungguh.tsk!).ajak buat business.itu sudah bagus.terus offer itu fairy good mother untuk buat business secara online dan dengan sewenang-wenangnya juga meng'offer' diri untuk menjadi "blog master" untuk online business itu.sesi memuji diri dan menabur janji berjalan smooth dan fairy good mother kedengaran seperti berminat dan sudah terpedaya (hahahaha...tanduk sudah tumbuh dikepala.)

So hari ini sesi perbincangan lanjut pasal business online ini akan dijalankan di banglo tunggal atas bukit semasa sesi mencabut undi kutu oleh ibu kutu kami. kalau jadik business neh,akan bertambah lah duit2 ku untuk dihabiskan untuk hari bahagia nanti.sambil2 tu nak lah gak cari sponsor.hehehe... skill memuji diri perlu dipertajamkan lagi.cayok2!

pada semua,tunggu yer kehadiran business online ku itu nanti.dan jangan luper membeli.

~tak sabar nyeee.. tak sabar nyeee.. tak sabar nyeee...~
~angkat tangan semua...mari berdoa untuk kejayaan business ini yep!~

30.9.09

Resepi Sedap Dari Saya *yok cuba yok*

Di sini saya akan mengkongsikan satu resepi hebat tapi tak lah berapa nak hebat sgt.hehehe... apekah?? nama resepi saya adalah; "MeeHoon Puteh Wahidah Mantap Punya!!"

::resepi tulis tgn lagi tuh.mana mau dapat??ckp,mana mau dapat?::

Jom ramai2 cuba resepi campak2 saya ini.dijamin lazat dan mudah dibuat.

resepi ini tercetus akibat kepala terhantuk di dinding opis dan kemudian datang seorang kakak-kakak yang mintak resepi campak2 yang sgt express untuk dihidangkan kepada tetamu yang nak datang beraya dirumahnya malam ni.kerana terlalu siffu dalam masak-memasak masakan campak2 ni, saya dengan berbesar hati telah menyumbangkan satu resepi campak-campak lu pikir lah sendiri kalau tak sedap kat kakak-kakak itu...

Bahan-bahannya
1. Bawang puteh (3ulas jek)
2. Halia
3. Minyak Bijan
4. Serbuk Lada Puteh
5. MeeHoon (kalau pakai cap Bintang lagi baik punya..promosi2!)
6. Fish cake &/ Udang &/ Sotong &/ daging etc. (rencah2 ni ikut suke ler nak masuk ape)
7. Sayur : Kobis &/ Sawi = nak letak dua2 pun lagi sedap...

Cara-cara mau masaknya
1. Tumis bawang puteh dan halia
::::mak pesan, tumis sampai naek bau.slagi tak nampak bau tu naek pi mana2, tumis je sampai hangit. hahaha...acah jek! jgn ikut kay.
2. Masuk serbuk lada puteh sket
3. Pastu masuk kan air (dlm 2 atau 3 cawan) dgn minyak bijan tu skali yep.
::::byk pun takpe. nanti MeeHoon akan serap air2 lazat itu dan meehoon akan jadi selembut salju dan enak dimakan.
4. Masuk kan plak rencah2 meehoon tu tadi (Fish cake &/ Udang &/ Sotong &/ daging etc.)
5. Masuk kan meehoon yang telah direndam
6. Gaul2 sampai bahan sebati (macam buat kuih lah plak.heee)
7. Pastu masukkan sayur-sayuran lazat dan berkhasiat (sawi &/ kobis)
8. Gaul sampai masak dan rata semuanya.
9. Opss...lupe soh letak garam plak.tawar plak nanti meehoon mantap itu.
::::masukkan ikut tahap kekebalan Darah Tinggi anda.
10. hidangkan lah.. tak kan nak idang dalam kuali kot.

pesanan siffu san sai : kalau tak sedap sendiri tanggung kay. bukan salah teacher yang mengajar atau tukang tulis resepi. Sendiri Mau Ingat!!

::sgt siffu san sai!

Selamat Mencoba buat semua... (macam ada orang nak coba jek..hehehe...perasan. tSk!)

Pesanan Penaja : Marah mak saya kalau dia tahu saya telah mengubah dan mencuri lalu mengaku resepi MeeHoon Singapore nya ini sebagai resepi saya.hahaha... siap ubah nama.budaya plagiarism harap jgn dicontohi ok...(jgn tiru macam saya.huhhu...)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin