Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

29.12.10

Budi bahasa Budaya Kita kan?!.

Mari adik-adik, akak nak ajar sket bab berbudi bahasa ni. Adik-adik kalu datang or gi kat mana-mana tempat, baik nak mintak maklumat ker, nak mintak apa sekali pun, silalah berbudi bahasa yer. Akak yang mengandung and selalu rasa tak selesa di perut dan dipusat oleh sebab disepak-sepak oleh makhluk comel dalam perut ni pun boleh “berrr…berrrr…berrr…” dan merubah wajah menjadi manis seperti candy kalu ada public datang nak jumpa and mintak info. Nak tau sebab apa? Sebab akak pegang prinsip “budi dan bahasa mencerminkan bangsa!” PAHAM?!

Kalu tak paham, nanti akak sekolah kan lagi yer sebab akak skang adalah tersangat geram bila ada orang tongong yang berlagak pandai datang nak mintak info yang dia sendiri tak pasti pastu buat muka cam palat. Dah ar tongong pastu bila orang explain buat cam endah tak endah. Eh! Ko ni bongok ker apa ha kera?! Datang nak mintak maklumat kat orang, dah la diri sendiri tongong tak tau nak maklumat apa, pastu bila orang explain kau menambahkan lagi ke”tongongngan” ko tu. Memang dasar la ko tongong dan bongok! Pastu dengan tidak berbudi bahasanya ko blah je camtu tanpa cakap terima kasih. Aku ingat sesama melayu ni aku bleh la nak tolong ko lebih sket tapi disebabkan ko cam “tut” ko sendiri mau ingat. Maklumat yang aku bleh print kan secara percuma menggunakan mesin printer laser jet baru yang department aku baru dapat pun aku tak mau bagi kat ko! Boleh jalan dah! BONGOKSSS!!

24.11.10

Love Reading??

Di saat berperut yang tak berapa besar dan ketaksabaran untuk merasa tendangan padu insan dalam perut. hehehehe.... 18 minggu dengan makhluk comel dalam perut ni memang membahagiakan. Heaven sungguh!! Sekarang ni kat rumah nak masak tak bleh sebab tak bleh bau minyak panas. uh sungguh mengada2 haku! pastu nak wat kerja berat2 enchek suami ensem plak tak bagi so sangat boring. Habis dah semua stok buku diselongkar dan sangat boring sebab semua rasanya dah dibaca lebih dari 2kali. Then dapat berita best dari kejauhan. My lovely sista Sureena yang buat PG di Newcastle mendengar rintahan hati dan menawarkan ini:

::Jatuh Cinta::

Terus rasa nak peluk cium kak sue dikejauhan. hehehehehe.... tak sabar nak tunggu parcel sampai. Tak sabar nak nak cium bau kertas buku terbaik dari ladang. hehehehe.... tak survey lagi kat MPH, Kinokuniya and Times Bookstore dah ada ke tak. Sangat excited sebab ianya terbaik dari ladang. huhuhuhu....

20.10.10

2.10.10

Pregnancy: Weeks 5-8 (Month #2)

Info to share..

28.9.10

Alhamdulillah

I'm 2month pregnant dan sangat bersyukur atas rahmat serta rezeki yang Allah swt kurniakan ni. Tak sabar nak perut kembung. Tak sabar nak gemuk gedempol. Apapun kene jaga kesihatan diri dan baby. Lain betul perasaan sekarang ni dengan "fetus" dalam perut ni. Morning sickness yang teruk melanda sampai kene masuk wad 2hari. Apapun ini pengalaman yang berharga dan perasaan lain yang tak pernah dirasa. Sangat bersyukur sebab menjadi salah seorang yang dipilih Illahi untuk rasa semua perasaan ni. Sedang cuba kuatkan diri untuk menghadapi alahan bakal ibu ini. Insya'allah. Banyak nasihat dan petua serta doa yang aku minta dari mereka-mereka yang berpengalaman. Tak pernah sangka akan rasa semua ni secepat ini. Tapi inilah yang aku dan suami tunggu semenjak kami berjanji dan merancang untuk sehidup semati.

18.8.10

Ada tak?

Ada tak suami yang malu pegang tangan isteri di khalayak ramai?
ADA TAK?

Ada tak suami dipertengahan jalan tinggalkan isteri ikut kawan-kawan?
ADA TAK?

Ada tak suami yang seakan malu untuk berjalan dengan isteri?
ADA TAK?


::Kadang-kadang saya terfikir, adakah saya perempuan yang bergelar isteri yang dimaksudkan itu?

17.8.10

Nikah - Tetibe Plak!

Semalam ada sorang kawan tu sms tanya kenapa nak gosip dalam FB search FB kepunyaan president mummy semalaya takde. dengan sedih bagitau yg i dah nak retire dari semua ini. cewah tak hengat. lagipun kan bulan Ramadhan. sila hormati yep! ko ajak aku buat perkara yang tak baik ni. tak pasal2 kwn ku itu kene marah. mintak maap balik...mintak maap balik...bulan pose ni.

pastu dia tanya gambar nikah. soalan semua yang boleh buat gua bengang neh! gua bangat2 bengang neh! soalan sensitip ni ko tanya! takde soalan lain ker? soalan berbuka pose apa arini ker?, ko sihat ker? soalan bodoh apa pun takpe. tapi yang ko gi tanya pasal FB ngan gambar nikah ni yang buat gua panas di bulan pose nan indah neh! marah sungguh neh!

dah la kene delete FB. pastu gambar nikah dari OP lansung tak nampak bayang2 lagi. jgn katakan satu, bayang satu pun takde tau! yang ada gambar pun dari camera amatur sesedara memara ku. selamat dorang ada camera, kalu tak? kalu tak? sila jawab! oh oh oh sakit hati ku ini!

tiga ni je gambar nikah yang ada dalam simpanan. tiga ni je... bayangkan. tiga ni jer... bayangkan. sila bayangkan. tolong bayangkan. tak terbayangkan kan? sama la!

::semasa menunggu - muka cemas::

::setelah perkataan sah!! - menangis konon::

::ni je gambar berdua dengan enchek suami selesai nikah::

::sedih sungguh la. so jgn tanya apa2 pasal nikah lagi yer lepas ni. huhuhuhu (;_;)

13.8.10

Puasa - Hari2 Mengidam


::gambar2 di ciloki di sini::

Dah 3 hari puasa dah hari ni kan? puasa tahun ni lain sket sebab dah berdua. tapi sebab masih tinggal dengan mama, so rasa macam sama dgn tahun-tahun lepas jer. sebab? sebab mama yang masak. hahahaha... tsk pemalas kan! 1st day puasa mama masak meehoon singapura, 2nd day puasa nasi goreng kampung. semua prebet saya! sgt suket yep! dan kalu nak tahu, dari hari pertama puasa sampai hari ketiga ni, saya asik dok mengidam makan itu ini jer. masa 1st day puasa tu rasa cam nak minum air tahu panas. dapat tapi bila dah saji untuk puasa, saya dah terletak ais so tak jadi panas la air tahu tu. jadi air tahu sejuk. okie gak ar walaupun tak minum ais. dapat jamah sket pun jadi la buat ilang rasa teringin.

2nd day plak rasa sesangat sangat nak makan donut. donut gula yang murah tu jer. bukan dunkins donut okie... selera org kampung jer saya ni... dan hari ni. hari ketiga puasa, rasa cam nak makan ayam percik plak. apa kes la saya ni. tahun2 sebelum ni takde plak rasa nak makan apa2 masa puasa. bedal je apa yang ada atas meja. beli jer apa kuih ker air ker untuk berbuka. dan saya perasan, rasa teringin dan selera saya tu makin hari makin besar. makin berkehendakkan yang bukan-bukan dan mahal-mahal. so jaga-jaga enchek suami, awak la sasaran saya untuk tunaikan apa yang saya teringin tu nanti. miahahahaha... (ketawa cam jin jahat - bulan puasa takde setan so pakai jin. setan kan dah kene ikat)

::tgk ayam percik ni. sedapnya.... born appetite::

12.8.10

.Habis dah. .Gaduh dah.

I had a big fight with Encik Suami yesterday. Punca : Facebook.
So now, saya dah takde Facebook lagi dah. Account sudah delete.
Sangat sedih sebenarnya coz FB is the only place yang saya bleh get in touch with my old buddies. oh sedih nya! tamau cakap apa2. Farm Ville yang dah level 49 nak masuk level 50. oh! sedih lagi! tanaman-tanaman ku, binatang-binatang peliharaan dan perusahaan yang sedang aku jalankan, jiran2 ladang yang baik hati yg selalu datang dan membaja tanah-tanah kebun ku itu. oh! sedihnya. kumpulan gossip2 dengan geng mummy UTM akan tidak lagi berfungsi sebab president dah takde dalam FB. Oh! Sedih lagi.

Mulai skarang saya akan tinggal di bawah tempurung yep! Blog pompuan pink yang tak berapa nak ayu ni jer la tempat saya nak berlaku riak, membangga diri, bergossip tiang lampu, kongsi2, mencaci mencarut cencurut dan perasan cantik da'boom!

Kawan-kawan, sila berikan sokongan padu anda pada saya yer. oh oh oh oh oh....

Happy Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa. Mohon Maaf Zahir dan Batin.

Saya sayang suami saya!!

::gambar kawin lagi::

pesanan penaja : masih dalam mood pengantin baru sebab inai kat tangan tak ilang lagi. Gambar kawin pun tak dapat lagi dari super duper photographer ku yang berdua itu (AF & ACG).

6.8.10

Konvensyen - Kalah tapi rasa macam Menang!

::EUREKA::

Rabu dan Khamis yang lalu Konvensyen KIK peringkat Wilayah Persekutuan diadakan di Putrajaya. So as a wakil agensi, kitorang kene masuk bertanding sebab kan kitorang menang aritu. Dengan poyo dan yakin nya kitorang gi tapi Kalah..... walaupun kami kalah! cewah... tapi kami tetap menang. Kami menang bergambar dan bergaya.... hahahahahaha....

Aku yang memang dari zaman sekolah dan zaman kolej lagi terkenal dengan chiker camera, sgt teruja bila nampak camera dan angle yang menarik untuk bergambar. apa lagi... terus posing tak ingat dan rasa teruja. hahahahaha... (kalu jenn tgk musti aku kene ketawa besar ngan dia)

Walau apa pun, aku hargai pengalaman yang aku dapat kat konvensyen ni. Tempat pertama dimenangi oleh Kastam. Baju diorang pun happening gak. so dah berangan nak buat sut yang sama. hehehehehe....





2.8.10

Saya rindu DIA ini

Enchek Suami dah berlepas ke Padang Indonesia hari Khamis yang lalu dan akan pulang hari Khamis minggu ni. Saya sangat rindu manusia bernama Mohd Faizal Mohamed Kamil ini. Tak sabar mau tunggu enchek suami balik dari Indonesia... setiap saat ingat kat dia dan setiap kali tu jugak air mata mengalir. sedihnya... tak suka perasan baru yang saya rasa ini...





29.7.10

Make Up

Hari Bahagia dah lama dah lepas. huhuhuhu... mau ulang lagi bleh? tsk!! rasa cam ari2 nak kawin. nak pakai baju cantik2 ngan veil bagai. nak di mekap2 ngan lawanya. huhuhu... kenapa mesti berlalu... huhuhu... ngengadanya aku ni! tsk! hehehehehe (@.@)

Nikah and sanding on 4th July 2010, aku telah dicantikkan oleh Kak Sue Hashim. Ni ada sket gambar yang aku curik dari kak sue punya blog sebab aku takde gambar yang sedang di mekap ni. OP kedua2 event tak bagi lagi gambar. huhuhuu... sedey dan tak sabar. dah la encik suami ku takda. Pergi berjuang di Indonesia... huhuhuhuuhhu...

::mekap nikah::


::inila kak sue::


::mekap sanding::


pesanan penaja : gambar before and after ada dalam blog kak sue. click kat sini.

19.7.10

Sambut Menantu - Lahat, Perak

Majlis sambut menantu berjalan lancar. Alhamdulillah... ada sket gambar untuk tatapan semua. Kuning yang sgt hodoh dikenakan pada saya tapi saya tetap rasa bangga dengan pilihan keluarga mertua. Kan org tua2 bilang, masuk kandang kambing, kene la mengembek, masuk kandang lembu, kene la bunyi 'mooo'. hehehehe... what ever it is, i love encik suami. Moga kami kekal bersama dan bahagia sampai syurga. Amin...

::gigi jongang yg satu tu tak bleh tahan, tapi encik suami kata, itula yang mahal. hehehe::



::restu by bonda tercinta; love u mummy::


pesanan penaja : more photos, click here.

7.7.10

Picas Kawin - THE FINALE

Mau tak mau, aku upload gak gambar kawin untuk dikongsi oleh semua kengkawan blogger. aku bukan lah blogger yang aktif pun tapi aku happy sebab dapat jumpa kengkawan blogger yang best sgt.

Alhamdulillah, majlis Hari Bahagia berjalan dengan lancar dan meriah. Pertolongan saudara mara sangat aku hargai. Di saat2 ni baru aku rasa, aku bertuah punya makcik, pakcik, sepupu, anak saudara, atok dan nenek yang banyak menyokong dan membantu. Dorang tak biarkan pun aku terkontang-kanting buat semuanya sorang diri. Call je nak mintak tolong or nak mintak anta pi memana, berdesup dorang datang dan berdesup tangan dorang hulurkan. Menitik airmata aku saat aku dan encik suami berbual tentang majlis bahagia kami. Aku cukup bersyukur saat ni kerana ALLAH kurniakan aku suami yang penyayang, ibu yang selalu menyokong dan memberi semangat and also kaum keluarga yang sangat membantu. Aku bangga menjadi cucu kepada Haji Yusuf Tanda dan Ali Dawi. Aku bangga punya keluarga seperti mananya hari ini. Dan aku bangga punya keluarga baru yang terima aku seadanya aku. Amin....











pesanan penaja : visit my cousin flickr untuk gambar lain. thank you! =)

Please call me PUAN. uhhu...

Now, i'm officially married and title dah tukar jadi PUAN ok... Mrs.Faizal akan terus beraksi. hahahaha.... gambar kawin banyak dalam FB. tak larat nak upload kat blog sebab sgt busy. arini pun dah start keje sebab kene prepare for convention KIK tak lama lagi. Hubby cakap, lepas dia balik dari Bandung baru gi Honeymoon ehhh....

29.6.10

Entry from My Pupu.. i Like Lagi!!

my cousin Lyd dedicated one entry untuk countdown Hari Bahagia saya. uh! sgt terharu dan suka. Mau tau apa rasa bila masuk blog dia dan tgk entry itu? Berdebarnya... tiba2 rasa seperti ada rama-rama indah dalam perot. Angin kah? Apakah? huhuuuu.... hanya B2B saja yang mengerti. anda akan rasa perasaaan ini. cuma ianya datang tak menentu. Kadang2 rasa, kadang2 rasa macam takde apa2. kadang2 tanya kat diri sendiri, betul ker aku nak kawin ni... banyak rasa lah kesimpulannya. macam makan buah cinta (hahaha... mentang2 skang ni tgh bengkel kat cameron highland dan baru je lepas makan buah cinta)

Anyway and anyhow, thanks yeye for the beautiful entry. i owe u a lot. kotak2 yang beratus yang yeye buat tu. thanks bebanyak! u are my best cousin forever!! lap u!!

26.6.10

Facial Treatment b4 Hari Bahagia

Hari ni dengan semangat nye, pagi2 dah keluar dgn enchek tunang nak gi wat facial treatment. sampai breakfast pun kami tak amik. hehehehe... kalu saya excited, tuan-tuan dan puan-puan boleh tgk gambar kat bawah siapa yang terlebih excited. Kami ni dikira special kes coz my cousin tak buat for lelaki. female only ok, bukan unisex. so saya dan enchek tunang dah pegi tokmoh mintak air jampi and minyak senyonyok untuk buat cousin saya cakap ok and agree nak facial muka enchek tunang. hahahaha...

::before apply mask::

::after::

enchek tunang yang 1st timer and dengan harapan akan kelihatan putih setelah treatment dengan semangatnye nak wat dulu. so kasi chan la kat dia... hahahaha... abis merah2 muke tunang saya. kesian kat dia tapi dengan egonya dia control macho. menyampah sungguh! saya pun joint gak coz dah lama sgt tak buat. so far my cousin said, muke saya takde problem. tapi siapa tahu kan, tibe2 kuar seketul or berketul2 jerawat dah nak dekat2 kawin ni. padan ngan muke haku! eee... mintak dijauhkan le yer...

location facial dibuat : comey beauty spa
owner : kak anaz
address : seksyen u3, tmn subang perdana, shah alam

::the spa::

25.6.10

Set Bilik Tidur I Like..



Set bilik tidur dah sampai last monday. amik cuti 2hari just for kemasin-kemasin all the lama2 barang. penat macam org giler tanpa bantuan sesapa. kes ragging mama kepada saya menjadi. huh!! mama sungguh kejam yer. Puas hati dengan set bilik yang dipilih sendiri walaupun bilik menjadi kecil sebab almari dan katil besar tapi biliknya kecil sekangkang kera yang kengkang. apekah?? So enjoy the gambar amatur dari camera tepon zaman batu saya. Sekian yer....



17.6.10

Canvas dah ada dalam tangan.

Sangat cepat okie Live is Canvas membuat kerja tapi itupun terpulang jika anda cepat bertindak balas lah. huhhu... macam saya sebab saya berada dalam situasi teruja!

So saya dah received canvas yang di'print' gambar saya dan enchek tunang saya pagi ini. Thanks to azman untuk sume kerja2 ini. CandidSyndrome actually is the best team i have found. Sgt friendly. Contohnya, Fuad Topa. Penah contact2 dia masa survey harga wedding photography dan dia melayan tanpa rasa penat and till now kami masih berhubung dah saya sentiasa dapat update pasal perkembangan blog dia cuma rasa cam "oh! kenapa bukan saya! benci!" masa saya tak menang contest yang dia buat dalam blog dia. hehehehe... saya tak bertuah, sume pun tak menang. hehehehe....

So inilah dia canvasnya. Urusan pinjam2 easel dari jabatan pun saya dah buat and so far sumenya ok. alhamdulillah... siapa mau survey2 and tanya2, bolehlah email kat saya; tengkujuh.babe@gmail.com







pesanan penaja : hud, inilah hasilnya. so camne? interested kah mau buat yang sama? keep in touch ya hud!

16.6.10

Mari belajar tentang EMOSI



Emosi adalah perasaan intens yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Emosi adalah reaksi terhadap seseorang atau kejadian. Emosi dapat ditunjukkan ketika merasa senang mengenai sesuatu, marah kepada seseorang, ataupun takut terhadap sesuatu.

Kata "emosi" diturunkan dari kata bahasa Perancis; émotion. Kebanyakan ahli yakin bahawa emosi lebih cepat berlalu daripada suasana hati. Sebagai contoh, bila seseorang bersikap kasar, manusia akan merasa marah. Perasaan intens kemarahan tersebut mungkin datang dan pergi dengan cukup cepat tetapi ketika sedang dalam suasana hati yang buruk, seseorang dapat merasa tidak enak untuk beberapa jam. (Sumber wikipedia)

Anda penah jumpa atau kenal atau berurusan atau berhubung atau sememangnya mempunyai saudara yang ber'emosi'? Biarkan saja mereka dengan labu-labu mereka. Mari kita beramai-ramai respect pada orang yang pandai mengawal emosi serta bersikap profesional dalam kehidupan. Saya selalu pesan pada diri sendiri, cermin dan muhasabah diri sebelum menunding jari atau mengata orang lain. Kawal emosi sebab orang lainpun ada hati dan perasan. Mereka juga boleh ber'emosi'.

pesanan penaja : please don't become so "emo poster child" with me! menyampah sungguh aku. tsk giler labu labi tau tak!

Kalau lah tahu..... KAN!

Kalaulah saya tahu yang ianya begitu, sudah tentu saya tidak akan menggunakan.
Kini, untuk membatalkan sudah tidak memungkinkan kerana saya telah mendahulukan. Sekiranya membatalkan, sudah tentu yang saya dahulukan tidak boleh saya dapatkan.

Inilah yang old-old people selalu pesan "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna". sgt tsk!


pesanan penaja : mau tau apa yang saya maksudkan?? follow blog saya. saya akan ceritakan nanti. sekarang bukan masa yang sesuai.

14.6.10

Canvas OK! and i LIKE!

Saya dan enchek tunang secara berduet telah pun membuat keputusan nak pilih gambar yang mana satu untuk kami print atas canvas nanti. dan gambar yang menjadi pujaan hati adalah gambar kami yang second kat entry sebelum ni. hehehehehe....

Mau lihat hasilnya. Kami bagi gambar yg tidak di'edit' serta tidak ter'cemar dan CandidSyndrome telah 'mencemar' dan 'mengeditnya' dengan baik dan suksessss maka, inilah hasilnya: jeng...jeng...jeng.....

::Saya suka gambar ni walaupun ianya simple. heeee..... =)

11.6.10


Sedang memikirkan gambar mana satu yang saya nak guna untuk diprintkan di atas canvas. Planned dengan enchek tunang untuk print gambar atas canvas dan takmau pakai frame. Still ding dong ding dong dengan mereka yang ada menyediakan servis ni. so far, web ni yang tawarkan harga yang rendah dan dalam kemampuan kami berdua. They are a candidsyndrome team so tak la was-was sgt sebab diorang ni well known kan... so nak guna gambar yang mana satu agaknya yer.... mmmm..... *think...think...think...* *blur* tsk!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin