Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

15.8.09

Aktiviti Hari Ini; Akibat Tak Dapat Gi Opis

Hari ini ingat nak gi opis. Nak siapkan kerja2 yang tertangguh dan sengaja di tangguhkan itu tapi telah mendapat info dari seorang staff kat opis yang arini opis sedang di'polish' lantainya. so tak dapat nak gi. informer tu siap pesan; "kalau cik wahidah nak datang opis gak bleh jek. tapi bukan wat keje la, main Rollerblade je la. Main dengan makcik2 cleaner." hahahahaha... sadiss tul my informer tu. Ni yang rasa cam nak bagi markah rendah je untuk penilaian ujung tahun ni. hehehehe... acah jek. i love my pakcik yang best kat opis tu.

So atas sebab2 seperti yang dinyatakan di atas (cewahh...). aku pun telah membuat satu plan serang hendap dgn ibunda tercinta. (hahahaha... banyak la aku punyer plan serang hendap). aku pun wat lah plan yang best dengan ibunda yang juga sedang boring tahap cipan sebab tak buat ape2 di ujung minggu. kami ingin pergi bergugu-gaga di kotak merah... yeaahhhh... aku suke... aku suke... ibunda ku memang best habis sebab siap offer nak sponsor... selamat duit akak.. dapat menabung untuk majlis perkahwinan akak nanti... hahahaha.... so tunggu yer kehadiran gambar2 terlampau akak bersama bonda tercinta bergugu-gaga di kotak merah itu....

pesanan penaja : gambar terlampau sudah di'upload untuk tatapan bersama-sama di hari raya. hahahaha... (puasa pun blum lagi dah nak raya). so terimala. tapi akak tak suka ini gambar. terpaksa mengkerob gambar separa pinggang sahaja untuk menyembunyikan rahsia-rahsia akak yang tersimpan di bahagian bawah dari pinggang. hahahaha.... benci!!!! dah gomok!!! tsk!

14.8.09

aku K.E.C.E.W.A

ceh!! cam hampeh jek title post ni. saje nak bagi entri aku ni nampak 'kotak pejabat'...

al-kisah aku tengah boring and dalam boring tu aku bukak ar blog aku neh. pastu ingat nak post satu entri baru tapi takde idea. blank. gelap. kabur. sume ada. hehehehe... selalu pun aku gini...

so nak dijadikan story, aku dah pi tekan button "next blog" kat atas skali dalam blog aku tu. kat navigation bar tu. and guess what i have found?? my ex-cinta punya wedding pictures. cam terkejut beruk + tenuk jap aku. trus berubah menjadi suria bajan itam. hehehehe... bukan ex-cinta pun sbenarnya. he's my good buddy masa aku kerja kat koperasi tentera dulu. Kapten Mohd Norfaizal. i just called him Jai. kitorang still kwn and berhubung. (ceh, berhubung konon... bahasa tak hengat...) suke tgk gambar dia and he looks so handsome in this pics. dulu dia tak hensem gini tau. heheheeh... sebab tu i tolak cinta dia. kan skang i dah rugi. padan ngan muke AKAK. hahahaha.... tipu ja!!

PEREMPUAN!! Siapakah??

PEREMPUAN!! Siapakah??
aku tak kenal ko pompuan tapi aku akan pastikan aku dapat tahu kau siapa.

PEREMPUAN!! Siapakah??
kenapa kau getik sgt hah pompuan and dah takde jantan (opss..jgn mulut jahat) dah takde lelaki lain ke yang kau nak kacau.

PEREMPUAN!! Siapakah??
apa agenda kau sampai nak anta kiss2 kat lelaki'terlalu aku hahhh..

PEREMPUAN!! Siapakah??
kau nak sgt ke kat dia, kalu nak cakap. aku bleh bagi ar... aku kisah apa ngan sume jantan (opss...jahat lagi) lelaki kat dunia ni.

PEREMPUAN!! Siapakah??
PEREMPUAN!! Siapakah??
PEREMPUAN!! Siapakah??

sebab kau pompuan dan aku pompuan ar aku masih bleh sabar lagi dan aku tak kan gaduh sebab jantan (aduhh... jahat lagi mulut ni) lelaki dengan kaum aku sendiri.
kalu mahu, amik!!! aku suke!!

lalalalalalalalalalala.... (saiko nyer aku neh!)

yang DEGIL itu SAYA.yang kuat MERAJUK juga SAYA

menyentap.. menyentap.. (ckp orang perak ar.. hehehe..) atau ckp orang KL, merajuk dan dalam erti kata lain; mengada-ngada. itu lah saya!! ditekankan sekali lagi, itu lah SAYA!! tambah plak dengan degil dan keras kepala. cukup semua dan semua tu ada pada saya. tapi saya apa kisah. kalu tak suka dengan saya, saya pedulik apa. saya boleh hidup tanpa siapa2 dan saya ada ibu saya. the one and only 'manusia' kat bumi ALLAH ni yang paham dan boleh tahan dengan saya (saya SAYANG IBU saya!). so kalau tak suka dan tak larat dengan perangai saya, cakap dan saya boleh kasi balik semua yang awak dah bagi kat saya. pikir masak2, dengan orang macam ni ker awak nak hidup sampai awak mati. boleh tahan ka?!

arini tension.! stress.! semua ada. campur2. ada rasa cam gulai tempoyak ikan patin sweetsour. nampak menarik tapi tak sedap sebenarnya. mahu ajak sekepala buddy bergugu-gaga. mau cakap apa, cakap ar. saya apa kisah.!

13.8.09

Kisah Sup Ayam Yang Sedap & Mak Bedah Yang Lorat

Di opis arini makan sedap... ari-ari pun makan sedap... kata gomen. meeting makan, retreat makan, kalu jamuan, lagi dua kali ganda makan. (masih bangga sebagai penjawat awam.. mari semua penjawat awam kita parti buih beramai2... hahahaha... sila cemburu pada yang masih memburu jawatan penjawat awam). aduh, merepek skali lagi!

ok2, berbalik kepada tajuk seperti yang dinyatakan di atas. masih menyentuh soal makan. tapi aku nak kaitkan sket dengan sorang makcik yang tak berape nak glam kat opis aku ni. konon2 cam datin wannabe ar... are you sure.. (pronounce; suareyy...)

makcik ni macam ada satu tebiat yang tak bape berkenan kat hati aku. dia suke acting cam pegawai. kalu nak jemput gi makan, gi jamuan, mesti call dia dulu. she have to be the 1st person yang kene tahu. kalu tak, tak mau datang itu majlis. apakah??? ko siapa wahai mak bedah?? pastu 1 lagi tebiat buruk dia, kalu orang bawak makanan, mesti pelawa dia dulu untuk makan. pastu mesti letak itu makanan atas meja dia. pelik tapi benar and tambah sket konpius. kenapa mesti macam tu?? 1st time masuk sini aku cam konpius tapi ikutkan je perangai dia tapi bile dah lama2 and dah meluat, hah!! lantak ko ler kat situ. dah la ko sergah2 aku. pasal kunci bilik mesyuarat je ko nak sergah aku cam aku cacai ko. ko sape?? aku lagi hebat tau sebab aku adalah tukang kira lori sampah kuar masuk kat sini. kang aku soh abang2 drebar lori sampah ni pi buang sampah kat umah ko kang macam si bedebah tu baru ko tau. mau ka tamau??

dan bermula pada hari dia dok sergah aku cam aku ni cacai tukang bersih tandas kat umah dia tu, aku mogok dan berkempen ajak member2 opis jgn kasi hirau sama dia. biar dia sorang2 kat situ. jangan kawan ngan dia. jangan share eskrim ngan dia. haaaa.... bagitau mak kita! (macam sekolah2 dulu... budak tadika gadoh camni ar. hahahaha...)

: macam takde kene mengena je sup ayam yang kat tajuk tu ngan mak bedah and entri aku ni. tapi untuk menyedapkan lagi tajuk entri maka aku akan biarkan tajuknye kekal begitu. yang aku nak highlight kat dalam citer ni adalah mak bedah yang jongos itu. muahahaha... tsk!!

Aku Nak Jadi Cam Siti Muti'ah

Sebenarnya aku suka baca kisah2 Nabi dan Wanita-wanita hebat zaman Rasulullah s.a.w (ceh, konon2 muslimah!). Pastu nak dijadikan citer, server kat opis ni wat bengong. aku tak dapat ar nak masuk kan dalam sistem data2 abang2 yang bawak lori sampah tu... keje tergendala. bukan aku malas oh! tapi server yang takde memang ar tak bleh nak wat keje... so aku pun telah gatal tgn klik-klik kat page Puan Bunga dan go through list geng bas sekolah dia. Nak gak baca entri2 manarik yang ada dalam senarai geng ni. pastu aku terpandang satu blog dengan entri '9 Siti'. aku pun apa lagi, klik ar pada blog 'cikseroja' tu. Ingat entri '9 siti' tu entri untuk siti nurhaliza. yang kutuk2 dia ka, yang merapu pasal dia ka, bleh gak aku tumpang sekaki dok kutuk dato' siti. hahahaha.... sadisss... sadisss... tapi apa yang aku temui??? (jeng...jeng...jeng... cam suspen jek) aku jumpa artikel pasal wanita2 hebat bernama siti yang ada pada zaman Rasulullah... nampak sgt yang aku ni pun sememangnya hebat (oh! oh! sila masuk bakul pastu sendiri angkat...) pastu nampak sgt yang Allah nak bagi petunjuk kat aku agar menjadi wanita solehah (ceh!). hahahaha.... apa yang menarik hati adalah pada kisah 'siti' yang kedua terakhir dalam senarai tu iaitu 'siti muti'ah'. jarang skali aku dgr kisah pasal siti muti'ah. ada, tapi hati tidak tertarik sgt untuk mendalami / menteladani siti yang satu ini tapi tah kenapa lepas baca entri cik seroja, aku cam terpanggil nak tahu kisah siti yang satu ini. dan setelah search dalam internet, ini yang aku jumpa;

Siti Muti'ah: Dipuji Nabi, Dikagumi Fatimah


Siti Muti’ah :

"FATIMAH anakku, maukah engkau menjadi seorang perempuan yang baik budi dan istri yang dicintai suami?" tanya sang ayah yang tak lain adalah Nabi SAW. "Tentu saja, wahai ayahku"

"Tidak jauh dari rumah ini berdiam seorang perempuan yang sangat baik budi pekertinya. Namanya Siti Muthi'ah. Temuilah dia, teladani budi pekertinya yang baik itu".

Gerangan amal apakah yang dilakukan Siti Muthi'ah sehingga Rasulpun memujinya sebagai perempuan teladan? Maka bergegaslah Fatimah menuju rumah Muthi'ah dengan mengajak serta Hasan, putra Fatimah yang masih kecil itu.

Begitu gembira Muthi'ah mengetahui tamunya adalah putri Nabi besar itu. "Sungguh, bahagia sekali aku menyambut kedatanganmu ini, Fatimah. Namun maafkanlah aku sahabatku, suamiku telah beramanat, aku tidak boleh menerima tamu lelaki dirumah ini."

"Ini Hasan putraku sendiri, ia kan masih anak-anak." kata Fatimah sambil tersenyum.

"Namun sekali lagi maafkanlah aku, aku tak ingin mengecewakan suamiku, Fatimah."

Fatimah mulai merasakan keutamaan Siti Muthi'ah. Ia semakin kagum dan berhasrat menyelami lebih dalam akhlak wanita ini. Lalu diantarlah Hasan pulang dan bergegaslah Fatimah kembali ke Muthi'ah.

Khasiat Tiga Benda 'Keramat'

"Aku jadi berdebar-debar," sambut Siti Muthi'ah, gerangan apakah yang membuatmu begitu ingin kerumahku, wahai putri Nabi?"
"Memang benarlah, Muthi'ah. Ada berita gembira buatmu dan ayahku sendirilah yang menyuruhku kesini. Ayahku mengatakan bahwa engkau adalah wanita berbudi sangat baik, karena itulah aku kesini untuk meneladanimu, Wahai Muthi'ah."

Muthi'ah gembira mendengar ucapan Fatimah, namun Muthi'ah masih ragu. "Engkau bercanda sahabatku? aku ini wanita biasa yang tidak punya keistimewaan apapun seperti yang engkau lihat sendiri."
"Aku tidak berbohong wahai Muthi'ah, karenanya ceritakan kepadaku agar aku bisa meneladaninya." Siti Muthi'ah terdiam, hening. Lalu tanpa sengaja Fatimah melihat sehelai handuk kecil, kipas dan sebilah rotan di ruangan kecil itu.

"Buat apa ketiga benda ini Muthi'ah" Siti Muthi'ah tersenyam malu. Namun setelah didesah iapun bercerita. "Engkau tahu Fatimah, suamiku seorang pekerja keras memeras keringat dari hari ke hari. Aku sangat sayang dan hormat kepadanya. Begitu kulihat ia pulang kerja, cepat-cepat kusambut kedatangannya. Kubuka bajunya, kulap tubuhnya dengan handuk kecil ini hingga kering keringatnya. Iapun berbaring ditempat tidur melepas lelah, lalu aku kipasi beliau hingga lelahnya hilang atau tertidur pulas"

"Sungguh luar biasa pekertimu, Muthi'ah. Lalu untuk apa rotan ini?"
Kemudian aku berpakaian semenarik mungkin untuknya. Setelah ia bangun dan mandi, kusiapkan pula makan dan minum untuknya. Setelah semua selesai, aku berkata kepadanya: "Oh, kakanda. Bilamana pelayananku sebagai istri dan masakanku tidak berkenan dihatimu, aku ikhlas menerima hukuman. Pukullah badanku dengan rotan ini dan sebutlah kesalahanku agar tidak kuulangi"

"Seringkah engkau dipukul olehnya, wahai Muthi'ah?" tanya Fatimah berdebar-debar.

"Tidak pernah, Fatimah. Bukan rotan yang diambilnya, justru akulah yang ditarik dan didekapnya penuh kemesraan. Itulah kebahagiaan kami sehari-hari"

"Jika demikian, sungguh luar biasa, wahai Muthi'ah. Sungguh luar biasa! Benarlah kata ayahku, engkau perempuan berbudi baik." kata Fatimah terkagum-kagum.


curi dari blog; http://hilabiyus.multiply.com/journal/item/68

hehehehe.....


12.8.09

oitss en.abang, lu ingat lu bagus!!! mau gaduh ka!!


ada satu mamat ni macam nak cari gaduh plak ngan aku. jalan kat depan aku dabik2 dada, angkat2 kening. apakah??? mau cari gaduh ka?! kalu mau, kasi bukak kuda2 ar... lu ingat wa takut sama lu kah hah? pada siap2 yang ternampak mamat ni kat mana2, kasi kem salam maut sama dia.


pesanan penaja : sebenarnya aku dah ketandusan idea. takde bahan nak dijadikan citer. guru besar sekolah dan peng'skema' sume aku dah halau dh dari blog aku ni, so dah takde sape dah nak kutuk aku dan aku tak bleh jadikan kutukan diorang sebagai bahan untuk post entri baru. padan ngan muke aku!!! hahahaha.... and akhirnya, perwira kesayangan hati gak ar yang jadi bahan aku merapu. hahahaha... kalu dia tau musti abis aku! sorry ya wahai lelaki'terlalu (superman) ku.

11.8.09

.A.P.U.T.

Setiap kali balik dari keje, aku pasti jenguk kau di dalam bilik yang berbau busok giloss itu. kasihan kau. kurus melidi. entah makan ka tidak kau hari ni. pinggang kau yang di ikat ketat dengan kain itu terlilit rapi dan kemas. pinggang kau sudah ramping ala pinggang kerengga aku lihat dek kerana di ikat dan di lilit kain setiap hari. kasihan kau. kau sapa aku setiap kali aku menjengah. KAKAK!! walaupun tak jelas sebutan mu namun aku tahu itu yang kau teriak kan. kasihan kau aput tapi aku tiada daya membantu. meleleh airmata aku setiap kali mengenangkan kau.

aku benci melihat orang yang bertanggungjawab melahirkan kau ke dunia ini. kalau boleh aku bunuh dia, sudah lama aku lakukan. tapi aku tahu itu bukan jalan penyelesaiannya. aku benci bila dia mengherdik kau. memaki hamun kau. mengata kau cacat dan ingin menghantuk kepala kau ke dinding. dia yang sepatutnya m**po*! dia yang sepatut kepalanya aku hentak ke dinding. biar dia tahu bagaimana rasa sakit setiap kali dia meletakkan tangannya ke badan kau.

aku ingat lagi, setiap kali aku mendukung kau, pasti kau meletakkan kepala kau di dada aku. inginkan belai manja. aku tahu itu. aku juga benci dengan pompuan dangdut yang melahirkan kau itu. sesungguhnya dia tidak layak bergelar IBU. aku benci kedua-dua manusia berhati binatang yang menyebabkan kau lahir sebegini rupa. aku tahu bukan kau yang pinta untuk dilahirkan cacat begini. bukan kau pinta untuk menyusahkan semua orang di dunia ini.

APUT, aku ingin kau tahu bahawa aku pernah bermimpi kau pergi dari dunia ini. pergi menyahut seruan Illahi. aku menangis dalam tidur ku. menangis teresak-esak sehingga terjaga dari mimpi itu pun aku masih sedu. siapalah yang akan menjaga kau bila kau besar nanti APUT? siapa yang akan tengok2 kan kau bila aku tiada nanti. siapa yang ingin belai manja kau jika aku tidak lagi tinggal di rumah ini.

maafkan aku APUT kerana kadangkala aku juga terlanjur memarahi mu.
Ya Allah, doaku setiap hari agar kau lindungi lah APUT. Amin.....

-BerGuGu-GaGa bersama Kekasih SehatKu-

kerana emosi terganggu hari ini (semua sebab si Bedebah yang tak perlu aku sebut namanya kerana kalu sebut terasa macam kene sumpah! naik bulu roma mak nyah!) maka aku telah menghantar pesanan ringkas kepada kekasih sehatKu, En.Abeng As. Terimasss Abeng kerana telah menemaniku berhibur dan bergugu-gaga denganku yang suara kalah siti Nurhaliza ini. muahahaha...


semua lagu aku bedal. sedap tak sedap belakang kira. janji hati terhibur. lagu lama, lagu baru semua aku gugu-gaga kan aja. En.Abeng Sehatku jadi backup singer and asik2 cakap "takpe-takpe u nyanyi je.. bantai jer..." muahahaha... sudah terang lagi bersuluh bahawa suara ku memang sedap dan kalah siti nurhaliza. aku terhibur seketika dan kembali bertugas sebagai "penjawat awam" tukang kira lori sampah keluar masuk membuang sampah.

tak banyak lori keluar masuk buang sampah arini. mungkin kerana abg2 lori dengar cakap aku tadi soh pi buang sampah kat umah di bedebah itu. memang sesuai benar ko tinggal kat dalam longgokan sampah itu wahai bedebah!! rasa kan ko! esok aku nak suruh abg2 lori sampah gi buang sampah kat umah ko lagi. tunggu ketibaan abang-abang lori sampah itu lagi ya nanti wahai si bedebah!

Setelah kau BAKAR hatiku (ceh, jiwang karat tul!)

hai manusia ciptaan Allah yang bernama BAKAR. kau nak ape lagi dgn aku hah s*t**!!! dulu kau yang bakar aku sampai aku jadi itam rentung macam ni. skang lepas lelaki'terlalu (superman) hati ku menyelamatkan aku dan menyapu whitening lotion kat badan aku, aku sudah tidak se'itam dulu, baru ko nak terhegeh2 cakap cinta sama aku. apa erti cinta yang kau paham??? tak abis2 kau nak musnahkan idup aku. ari2 ko msg aku, cube call aku. wei, ko dah banyak duit sgt ker hah!! baik ko simpan kredit ko tu untuk minah rempit yang suke tonggeng atas moto kapcai ko tu sampai nampak lurah gunung t*h* nya itu. aku bahagia dengan lelaki'terlalu ku itu. Nyah kau dari sini! kang aku baca mentera semerah padi yang aku belajar kat gunung si mambang kang. terus ilang kau dari ini dunia. apa kau mahu?!!

10.8.09

Pembetulan Bagi Kutukan Yang Diterima Dari Seorang Guru Besar Sekolah (Seriusnye Bunyi....)

Entry (apa ek entry dlm bahasa malaya???) 'SUPERMAN' saya yang terdahulu, saya sunting atas KUTUKAN seorang teman alam maya (mst dia seorang guru BESAR sebab kutukannya berbau serius.. takut!) hehehe... terima kasih cik/encik 'awak tak boleh beli saya' atas kutukan cik/encik itu dan atas sebab ingin menunjukkan effort (aduh, cakap omputeh lagi. org keje gomen mana reti ckap omputeh ni, takut salah tatabahasa!), maka saya tidak akan membetulkan post (omputeh lagi...........!!!) saya yang bertajuk 'SUPERMAN' itu tetapi akan menterjemahkannya dalam Bahasa Melayu/Malaysia (yay! Semangat 1 Malaysia beb...) seperti yang disarankan oleh cik/encik 'awak tak boleh beli saya'. hehehehe....

..."my cinta hati is my hero. super hero. that's why i call him SUPERMAN. the one who safe me. the one who protect me. the one who always be beside me, to support me and he is my everything. he's my SUPERMAN. super hero of a life time..."

Setelah diterjemah. Terimalah.... (ceh, bleh jadi penterjemah lah lepas ni. buat iklan; SIAPA MAHU MENCARI PENTERJEMAH YANG TIADA PENGALAMAN LANGSUNG DAN SEORANG PENJAWAT AWAM YANG HANYA DUDUK GOYANG KAKI DI OPIS NYE?? HUBUNGI LAH SAYA SEGERA 012-3456789.)

..."cinta hati saya adalah wira saya. terlalu perwira. sebab itulah saya memanggilnya "lelaki'terlalu". satu orang yang selamatkan saya. satu orang yang melindungi saya. satu orang yang sentiasa berada disisi saya, untuk menyokong saya dan dia adalah segala-galanya bagi saya. dia adalah "lelaki'terlalu" saya. perwira terlalu sepanjang hidup..."

: pppsssttt.... Puan Bunga a.k.a Cikgu Bahasa Omputeh, napa tak tegur teman masa awal2 baca post teman yang SUPERMAN tu. kan teman dah mem'fofular'kan seorang lagi teman alam maya dan sekali gus mem'fofular'kan blog teman ni. i tak suke glam2 ni! hehehehe....

pesanan penaja : cik/encik 'awak tak boleh beli saya', saya memang kuat merepek dan disebabkan tiada idea untuk mem'fofular'kan blog saya, maka saya menggunakan KUTUKAN cik/encik sebagai bahan untuk saya membebel. hehehehe... terima kasih. PROUD TO BE GOV SERVANT (alamak, ckp omputeh lagik!!)

Terima Kasih Abg Wan Untuk Gambar Yang Cantik Ini!!!


Al-kisah, ayibbb.... maka tersebut lah kisah. sang kancil datang beramai-ramai mengadap duli yang maha mulia. ayibbb... hehehehe.... merepek kerepek orang Yong Peng sekali lagi. ini adalah kerana sgt suke hati menerima gambar aku dan superman ku yang cantik ini dari abg.wan; our department profesional photographer. tabik springggg katil slumberland ar abg wan! sangat menyukai gambar ini dan telah pun selamat menjadi wallpaper komputer di opis saya.

terimasss.... terimassss... terimassss... sejuta ribu kali!! love u abg wan!! (atte overnyer teman!)

: dan ternyata juga sesungguhnya aku sudah gomok... huhhu.... tak suke!

Cik Bibir Jongkit dan Rakannya; Cik Tep0ng Gomak

hendak dijadikan cerita, terdapat sepasang rakan rama-rama yang sangat selalu keterlaluan dalam bergurau senda. mereka adalah cik bibir jongkit mcm permainan jongkang-jongkit kat taman permainan rumah saya dan cik tepung gomak yang merupakan bakal menantu kepada tokey tepung gandum cap layang-layang. mereka bersahabat baik walaupun blum setahun berkenalan. ini adalah kerana mereka mempunyai kepak rama-rama yang hampir sama design nya... mereka adalah amat suke syok sendiri mengambil gambar berdua tanpa menghiraukan orang lain disekitar mereka yang dok sok sek sok sek mengata. mereka peduli apa, lagipun dengan berkelakuan begitu mereka akan memperolehi pahala percuma kerana orang dok mengata mereka. orang yang mengata dapat dosa kering tapi mereka dapat pahala basah... muahahaha... mana punyer kepercayaan yang mereka ikut tah. walaupun begitu, cik bibir jongkit sedang dalam proses mempromosikan rakannya cik tepong gomak untuk mendapatkan lebah yang baik punyer dan dapat mengeluarkan madu yang segar... (kedengaran seperti sensored je). so terima lah gambar keterlaluan mereka untuk dijadikan pedoman bersama-sama....


: this entry dedicated to NYAH! my sekepala buddy. hope u enjoy it! (lagu lady gaga pun berkumandang.. mum mum mum mah... mum mum mum mah...)

Pengapit, Pengepit, Penyepit. Yang mana satukah saya?!

~hohoi.... pabila mata bertentang mata, hati di dalam bagai nak gila.. senyum la, senyum la, ahai cek mek molek... ~ apekah aku nyanyi lagu Dato' M.Daud Kilau pagi2 buta kat opis ni. ni penangan abg karaoke kat kenduri kak ina yang perasan suara dia cam best and sedap didengar oleh gegendang telinga aku tu ar.. mcm nak pecah pak gegendang telinga aku sampai dia bisik kat aku pi ar bagitau abg tu soh benti nyanyi. dari start pengantin arrived (ceh, speking omputeh, tak tahan...) sampai pengantin makan and posing amik gamba, dia tak benti2 nyanyi. tahi telinga aku dah meleleh dah kuar, slamat orang tak nampak sebab terselindung di sebalik tudung diamond ku yang mahal itu (promosi tudung berlian ok...) muahahaha... (ketawa jin aprit)

nak dijadikan citer semalam aku sudah mengambil langkah mempopularkan diri dengan menjadi pengapit kak ina masa kenduri sebelah laki dia. hehehehe... (abeng mues yang comel lagi gebu.) pukul 10 aku dah terpacak bagi salam depan umah kak ina. musti kak ina cakap aku potong stim, dtg awal2 pagi ni. aku suke... tak nak bagi kak ina cepat2 ilang dara nyer... hehehehe... superman hati yang hantar. (terima kasih en.SUPIRman, eh2x, salah. en.SUPERman...) mekap ala kadar sebab mak aku dah pesan jgn nak melaram lebih nanti aku yang duduk kat pelamin, kak ina ganti kipas aku kat tepi. hahahaha... sememang nya mama tahu yang anak nya kalu melaram memang over... so dengan matahari yang tegak berdiri kat atas kepala, (matahari ada kaki ker dia bleh tegak berdiri?? confius. takpe, bagi jln citer best, bedal je) aku pun control keayuan aku sebagai seorang pengapit yang berpengalaman dalam hal-hal mengapit orang ini... dahla pengapit lelaki ensem gilos. puteh, gebu, menarik dan da'boom! tergoda seketika. ok, cukup. pakcik superman dah pesan jgn nak mengatal so masa nak amik langkah mengenyit mata pada pengapit lelaki je, musti muke pengapit lelaki itu bertukar menyerupai pak superman ku. waduh... potong stim tul! nak wat camne, dah ada cop kat jari and hati ni milik MFMK saje. so... tergendala la agenda untuk mengurat pengapit lelaki itu... memang berkesan jampi serapah yang pak superman baca and sembur kat dahi aku... pak superman dah bertukar menjadi nujum pak belalang. hahahaha.... dan itu jugala penyebab aku tak submit any entry semalam... kepenatan setelah seharian bertungkus lumus menjadi pengepit dan penyepit kepada seorang kawan opis yang best dan da'boom!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin