Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

12.2.10

bau ketiak busok lagi mau cakap bau perfume!!

walaupun arini ari jemaat, nak gak citer hal2 yang mengutuk orang ni sebab sangat sakit hati. apa perasaan anda kalau kat opis anda ada sorang yang *entahla nak describe camne tah*.
pastu siap perasan cakap pakai minyak wangi mahal. tak pakai minyak wangi avon, costway or even bodyshop. pakai minyak wangi yg harga mesti rm250 ke atas jek.
kalau betul minyak wangi yang dia beli tu minyak wangi mahal, kenapa kalau duduk sebelah dia atau selisih dengan dia saya tak bau wangi tapi saya bau ketiak BUSOK GILER! bau ketiak tak cukur. yang bulu panjang berjela-jela. tak kan lah beli minyak wangi mahal bleh tapi nak beli deodorants takde duit kot. bukan mahal pun. Nivea value pack baru RM9.90, bukannya RM990 pun...

*utk org yg perasan pakai myk wangi mahal : aku memang bengang giler. rasakan ko dapat entry percuma dalam blog aku ni. aku memang suka memfamous amouskan orang kat dalam blog aku ni. sendiri mau ingat!*

.Cekelat.

............sila bernyanyi riang ok............
Ini cekelat celup. celup celup!
Enak rasa strawberry.
Sedap hingga menjilat jari.
Nini....

(hahaha... masih ingat dengan lagu cekelat celup itu?) Ok, ini bukannya nak buat flash back lagu cekelat celup tapi nak mempromosikan cekelat yang sedap. Cekelat ni adalah cekelat homemade yang berkualiti tinggi (cewah...ada gaya salesgirl tak?). Kawan saya Ainul yang buat. Orangnya comel dan manis maka sememangnya cekelat yang dia buat jugak comel + cantik + manis = sedap!

Untuk majlis hantar duit belanja 28hb Februari ni saya pun ada tempah kat Ainul cekelat untuk bagi buah tangan kat pihak Enchek Tunang. Kalau nak tempah cekelat bentuk abjad pun boleh. Kalau ada yang berminat, especially to all bride-to-be, korang bleh la contact terus dengan Ainul kat no ni:+6012.392.08.57 atau u all can email me (tengkujuh.babe@gmail.com) or just leave a shout out or comment on my blog. Saya akan cuba membantu anda sebaik mungkin. (cewah!!! ayat tak hengat!!)

Detail cekelat macam kat dalam brochure kat bawah ni (click on image for clear view):


11.2.10

Tag "Terima Kasih" DIY

*sila baca dalam nada yang sedikit skema sebab baru balik dari taklimat di kampung2 yang memerlukan bahasa buku dan bahasa yang lebih skema serta berdiplomasi untuk membuat penerangan. sgt stress!!! kene pikir pasal Hari Bahagia baru stress boleh ilang. sgt tsk!*

Saya sudah pun menyiapkan tag terima kasih untuk hari bahagia. Kene buat awal tag terima kasih ni sebab ini adalah tag terima kasih yang di buat sendiri. Oleh itu, kerja2 pemotongan dan mem'print' akan mengambil masa dan memerlukan masa yang senang lenang dan tenang untuk disudahkan. Selain itu, tag terima kasih ini memerlukan kepada keperluan kakitangan yang ramai untuk menyudahkannya dalam masa yang singkat. Oleh yang demikian, saya telah membuatnya dengan lebih awal sebab kakitangan yang bakal digunakan adalah kaki dan tangan saya sahaja (itupun kalu kaki saya boleh berfungsi seperti tangan untuk potong2 tag terima kasih ni. apekah?! hehehehe...)

::tag terima kasih yang di D.I.Y oleh saya::

::background asal by LadyNoe::

Thanks to LadyNoe sebab saya jumpa background tag ni dari blog dia (Misi.5.April) tapi saya telah meng'edit' sedikit tag ini dengan saiz yang saya suka dan memasukkan huruf2 ataupun perkataan2 yang anda lihat sgt cantik itu (hehehehe... perasan + skema). So skang sudah rasa sikit senang hati sebab takyah risau untuk tag terima kasih dan saving sket kat sini sebab buat sendiri. Untuk semua yang punya selera yang besar dengan budget yang ciput seperti saya, anda dengan ini dialu-alukan untuk buat seperti saya dan menggunakan background tag yang telah LadyNoe beri secara percuma ini.

Sekian, Terima Kasih


::Masih stress dengan taklimat di kampung tadi. Sungguh hipokrit dan tidak menjadi diri sendiri. Adeke depa cakap kami ni penyamun masuk kampung nak amik tanah orang kampung. Memang tak patut!! Melayu... Melayu... kenapa mesti terus MELAYU kan diri anda dan membantah kepada pembangunan yang boleh memberi jaminan kepada masa depan yang lebih cerah dan terjamin. Entahla.. sebab saya pun melayu jugak!!::

10.2.10

Ada apa dengan 28 Februari?

Ada apa ya dengan 28 Februari ni? hehehehe....

28 Februari ni Birthday saya (nak gak bagitau satu dunia. hihihihi... sukaaa....)

28 Februari ni Enchek Tunang datang anta duit belanje.. (makcik kayo sokojap!! iyola tu kayo.)

28 Februari ni saya wat test make up dengan Kak Sue Derina (nak gak melaram dengan mekap tebal depan enchek tunang. hihihihi... gatai!)

Skang ni sgt tak sabar nak tunggu 28 Februari. Itu baru anta belanje tu. Belum lagi Hari bahagia. Excited kalah orang yang tunang. hehehehe... (suka hati saya ler kan sebab saya mana de tunang pakai make up and kenduri bagai. Tunang sempoi sebab tak sangka datang risik my mother soh tunang je terus. tsk!)

Kesian kan saya... (>.<)!

9.2.10

.Ingin Yang Sepertinya.

::Mungkin lepas org baca entri ni, org akan cakap yang aku ni tak reti bersyukur. Bukan tak bersyukur cuma kadangkala kita sebagai makhluk ciptaan Allah akan anda sifat tamak dalam hidup kita. Sentiasa mahukan yang sempurna walaupun pada hakikatnya kita juga tidak sempurna. Saya juga manusia biasa bukan malaikat mahupun nabi Allah::

Kadangkala lepas solat, saya selalu termenung. Menung fikirkan masa depan dan langkah yang bakal saya ambil nanti. Pernah juga terdetik dalam fikiran saya, betulkah lelaki yang saya pilih untuk jadi nakhoda dalam melayari hidup saya sampai akhir hayat saya nanti? (keluar dah ayat jiwang haku). 1. Saya mau lelaki yang boleh mengimamkan solat saya setiap hari. Paling kurang, dapat imamkan solat subuh dan maghrib pun dah cukup baik dah dalam sehari. 2. Saya mau lelaki yang pandai menghargai. Bukan saja menghargai saya sebagai isteri, tetapi menghargai semua yang ada dalam hidup dan yang dia lalui setiap hari. Menghargai saya bukan dari zahiriah tetapi lebih pada batiniah (betul ke ayat haku ni?). 3. Saya juga impikan lelaki yang boleh saya jadikan tempat bersandar. Meminjamkan bahunya sebagai tempat saya mencurahkan airmata. Yang tidak kisah bajunya basah dek airmata saya yang tumpah. 4. Yang akan menenangkan saya saat saya resah dan gundah. 5. Yang sentiasa menyediakan telinganya untuk mendengar aduan domba dan bebelan merapu meraban saya. 6. Saya juga impikan lelaki yang penuh dengan belaian manja. Yang akan mengucup dahi saya setiap pagi tatkala terjaga dari tidur yang lena. Yang mampu menahan mata hanya untuk menatap wajah isteri yang bersih tatkala tidur disebelahnya. Yang mahu mengusap lembut rambut sebagai tanda menghargai cinta saya. 7. Saya juga impikan lelaki yang sentiasa rindukan juadah air tangan isterinya. Yang manja, yang sentiasa mahu suapan pertama adalah dari tangan isterinya. 8. Saya impikan juga lelaki yang sentiasa memuji isterinya. Memuji dan menegur dengan kata-kata yang paling lembut yang akan buat isteri tidak sedikit pun terasa. 9. Saya impikan suami yang boleh buat saya rasa hidup yang saya lalui sentiasa indah. 10. Suami yang akan memimpin tangan saya hingga ketua. Yang tidak segan memimpin tangan isterinya dan boleh berkata, aku bangga punya isteri sepertinya.

Ya ALLAH, maha besar dan tinggi angan-angan saya. Sedang terbang tanpa sayap sebenarnya saya. Sekarang saya sudah sedar dari angan2 dan impian yang saya reka, maka kembali lah saya ke alam yang nyata dan menerima segala apa yang telah ALLAH kurnia. Yang dikurniakan oleh ALLAH pada saya juga indah cuma saya yang perlu belajar mengikut rentak dan gayanya. Membentuk dia agar jadi sempurna seperti yang diimpikan saya walaupun tidak mungkin dapat tercapai semua. Cuma satu yang saya boleh pinta dalam DOA saya, "Ya ALLAH, jadikan lah aku sempurna dahulu dimatanya kerana aku tahu, dia juga punya impian terhadap seorang isteri sama seperti impian aku terhadap seorang suami. Ameen Yarabbal Alamin..."

8.2.10

Bodoh, Tak Bijak atau Bongekss??

Entah kenapa arini rasa cam bongek. Tadi masa lunch gi jalan sorang2 kat Jalan TAR pastu masuk Nagoya. Beli kain bodoh tak hape-hape tah pastu baru terasa menyesal. Kenapa haku membazir beli kain ni? Dahla tak cantik, mahal plak tu. Memang tak berbaloi-baloi macam CELCOM (apekah??) Pastu jalan terus konon2 nak balik opis tapi terus TERmasuk Umang-Umang, nampak kain warna merah sepasang. Pun tak cantik tapi gatal pi tanya harga. Pastu teringat yang ada sorang lagi ahli kuaga yang tak dapat kain warna merah. LePas tanya harga, kakak penjual kain tu terus turunkan kain yang tergantung dan dengan serta merta pi cakap 'bleh la kak". Apa yang bolehnya? Entah. Bongekss nye rasa masa lepas bayar tu. Macam baru tersedar dari kena pukau (iyeke kene pukau. entah2 betul tak?). Kenapa haku tak tawar harga tadi? Aduh.... tak berbaloi tul kain tu dengan harga dia. Bongekss nyee arini? Ke tak berapa nak bijak ataupun terus terang cakap bodoh. Entah. Banyak makan semut kot. Iyeke??

p/s : masa taip entry ni pun banyak kesalahan bahasa yang telah dilakukan. Macam kel*** pun ada gak bahasa yang diguna. Pastu eja pun salah. Kenapala dengan haku arini agaknya. Mengong ke hapa?!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin