Pages

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

9.2.10

.Ingin Yang Sepertinya.

::Mungkin lepas org baca entri ni, org akan cakap yang aku ni tak reti bersyukur. Bukan tak bersyukur cuma kadangkala kita sebagai makhluk ciptaan Allah akan anda sifat tamak dalam hidup kita. Sentiasa mahukan yang sempurna walaupun pada hakikatnya kita juga tidak sempurna. Saya juga manusia biasa bukan malaikat mahupun nabi Allah::

Kadangkala lepas solat, saya selalu termenung. Menung fikirkan masa depan dan langkah yang bakal saya ambil nanti. Pernah juga terdetik dalam fikiran saya, betulkah lelaki yang saya pilih untuk jadi nakhoda dalam melayari hidup saya sampai akhir hayat saya nanti? (keluar dah ayat jiwang haku). 1. Saya mau lelaki yang boleh mengimamkan solat saya setiap hari. Paling kurang, dapat imamkan solat subuh dan maghrib pun dah cukup baik dah dalam sehari. 2. Saya mau lelaki yang pandai menghargai. Bukan saja menghargai saya sebagai isteri, tetapi menghargai semua yang ada dalam hidup dan yang dia lalui setiap hari. Menghargai saya bukan dari zahiriah tetapi lebih pada batiniah (betul ke ayat haku ni?). 3. Saya juga impikan lelaki yang boleh saya jadikan tempat bersandar. Meminjamkan bahunya sebagai tempat saya mencurahkan airmata. Yang tidak kisah bajunya basah dek airmata saya yang tumpah. 4. Yang akan menenangkan saya saat saya resah dan gundah. 5. Yang sentiasa menyediakan telinganya untuk mendengar aduan domba dan bebelan merapu meraban saya. 6. Saya juga impikan lelaki yang penuh dengan belaian manja. Yang akan mengucup dahi saya setiap pagi tatkala terjaga dari tidur yang lena. Yang mampu menahan mata hanya untuk menatap wajah isteri yang bersih tatkala tidur disebelahnya. Yang mahu mengusap lembut rambut sebagai tanda menghargai cinta saya. 7. Saya juga impikan lelaki yang sentiasa rindukan juadah air tangan isterinya. Yang manja, yang sentiasa mahu suapan pertama adalah dari tangan isterinya. 8. Saya impikan juga lelaki yang sentiasa memuji isterinya. Memuji dan menegur dengan kata-kata yang paling lembut yang akan buat isteri tidak sedikit pun terasa. 9. Saya impikan suami yang boleh buat saya rasa hidup yang saya lalui sentiasa indah. 10. Suami yang akan memimpin tangan saya hingga ketua. Yang tidak segan memimpin tangan isterinya dan boleh berkata, aku bangga punya isteri sepertinya.

Ya ALLAH, maha besar dan tinggi angan-angan saya. Sedang terbang tanpa sayap sebenarnya saya. Sekarang saya sudah sedar dari angan2 dan impian yang saya reka, maka kembali lah saya ke alam yang nyata dan menerima segala apa yang telah ALLAH kurnia. Yang dikurniakan oleh ALLAH pada saya juga indah cuma saya yang perlu belajar mengikut rentak dan gayanya. Membentuk dia agar jadi sempurna seperti yang diimpikan saya walaupun tidak mungkin dapat tercapai semua. Cuma satu yang saya boleh pinta dalam DOA saya, "Ya ALLAH, jadikan lah aku sempurna dahulu dimatanya kerana aku tahu, dia juga punya impian terhadap seorang isteri sama seperti impian aku terhadap seorang suami. Ameen Yarabbal Alamin..."

4 comments:

F A R Y N said...

awet,memang semua orang nak yg terbaik kan? :)

tengkujuh said...

fatin: yes fatin, but everyone are not perfect. that's is the 1st thing that we should put in our mind before judging someone. Bersyukur dengan apa yang diberi dan dikurniakan adalah langkah yang terbaik. huhhuuu...

waktu jiwang ni sebenarnya.
=D

~ thalhazlin ~ said...

InshaAllah :)

tengkujuh said...

thal : Ameenn... =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin