Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

18.2.10

Hati yang kecik bertambah kecik


Hari ni hati saya yg kecik bertambah kecik dengan kelakuan 'orang itu'.
Saya tahu awak malu bertemankan saya. Saya tahu saya bukan seorang yang boleh awak banggakan. Saya tahu saya banyak kurang dari lebihnya.
Namun saya masih bangga menjadi diri saya.
Kenapa dulu cakap mahu dan sekarang rasa malu?
Diakah yang pasti untuk ku Ya Allah.
Orang yang tidak pandai menghargai aku.
Cemburunya dengan mereka semua yang sedang seronok merencana Hari Bahagia.
Semoga kalian bertemu sejahtera dan bahagia. Jangan lupe doakan saya juga ya!

17.2.10

Congrat to Lina

Tahniah buat kawan saya Lina. Lina ni saya kenal masa amik kursus kawin dulu. Dia yg duduk sebelah saya dengan selamba je saya tegur untuk buat kawan. hihihi... i memang selamba kan..

Wedding dia 13 & 14 Februari aritu. Lina cantik sangat on her's hari bahagia. Terserlah seri raja sehari dia. Tahniah sekali lagi buat Lina dan suami. Wedding dia jauh kat Kedah so tak dapatlah saya nak gi..



::Pictures taken from Norlina's FB

16.2.10

.Pre-wedding photo session CANCEL sudah.

Entri ini adalah entri mengadu domba sebab enchek tunang dah buat keputusan tak nak pre-wedding photo dengan alasan; "saya tak pandai bergaya depan camera", "saya tak reti fesyen2 ni" (dlm hati cakap; ape kene mengena fesyen dalam ini pelem?!). Tapi saya diam je tanda hormat. Malas nak argue dengan enchek tunang banyak2. Nanti gaduh saya gak yang sakit hati and rindu kat dia (ish, gatai!).

Saya cakap kat diri sendiri, saya kene hormat keputusan enchek tunang dan tak boleh paksa dia. Nanti lain plak jadi masa pre-wedding photo session tu nanti. Takpe lah, saya akan cuba ikhtiar supaya saya dapat gak amik gambar dengan enchek tunang sebelum kawin. Sebab kalu ikutkan, saya hanya ada 3keping gambar sahaja dengan enchek tunang. Maksud saya gambar yang kami ambil berdua.

Cuba cik-cik dan puan-puan bayangkan (sila buat aksi sedang membayangkan sesuatu yer) sepanjang setahun lebih perkenalan hanya ada 3keping je gambar kami yang diambil berdua. Patut tak? Memang tak patut... Kalu orang lain tu, dah beralbum-album dah gambar berdua. Tapi saya perlu pasrah (cewah ayat haku tak hengat). Sebagai tunang kepada seorang yang memang kaki sukan dan ganas serta brutal, saya tak bleh la nak anggap diri cam bertunang dengan artis nak banyak2 gambar (sedang cube menyedarkan diri yep).

Saya adalah sgt memerlukan gambar pre-wedding sebab saya nak wat mini banner sendiri untuk saya letak and pamerkan kat depan entrance dewan masa hari bahagia saya nanti. Pastu gambar tu juga saya nak decorate sket atas cardboard and buat cam ala-ala frame untuk saya letak atas meja 'wishing book' saya. Barula cam best jek kan. Walau apapun yang bakal terjadi (cewah!) saya tetap akan merealisasikan idea giler saya ini.

So skang dalam otak ada tertera beberapa idea untuk pastikan enchek tunang setuju gak dengan gambar pre-wedding. 1. Saya nak mintak tolong cousin saya yang cantik lagi baik hati serta creative dan sgt berseni (puji melambung macam biasa. lagi2 dah nak dekat hari bahagia. hehehe..); Cik Lydiawati Rosli untuk jadi our official pre-wedding photographer. Mungkin Enchek Tunang takla segan sgt dengan Lyd sebab dia cousin saya kan. 2. Saya cuba cari promo untuk pre-wedding photo session yang kat dalam studio jek. Mungkin dalam studio ni takde lah cam segan sgt sebab akan hanya ada Saya, Enchek Tunang dan Enchek Photographer saje (good idea...good idea...; puji diri sendiri nampak!). 3. Amik gambar sendiri atau dalam erti kata lain bercamwhoring berdua-duaan dengan Enchek Tunang ala-ala orang yang syok sendiri. Tapi saya akan pastikan aksi ini dilakukan ditempat-tempat yang strategik dan mempunyai pemandangan yang cantik ok (bukan kat dalam kete pastu syok sendiri amik gambar 2orang atau kat tempat2 yang tak best. Sorry, its so not me!) 4. Ikhtiar terakhir saya kalu tak dapat gak adalah guna je lah mana2 gambar berdua yang kami ada untuk saya buat mini banner saya dan idea frame untuk letak atas meja "wishing book" saya tadi tu.

::Sekian edisi mengadu domba saya untuk kali ini. Masih tak puas hati selagi idea tidak dapat direalisasi! tsk!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin