Pages

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

16.2.10

.Pre-wedding photo session CANCEL sudah.

Entri ini adalah entri mengadu domba sebab enchek tunang dah buat keputusan tak nak pre-wedding photo dengan alasan; "saya tak pandai bergaya depan camera", "saya tak reti fesyen2 ni" (dlm hati cakap; ape kene mengena fesyen dalam ini pelem?!). Tapi saya diam je tanda hormat. Malas nak argue dengan enchek tunang banyak2. Nanti gaduh saya gak yang sakit hati and rindu kat dia (ish, gatai!).

Saya cakap kat diri sendiri, saya kene hormat keputusan enchek tunang dan tak boleh paksa dia. Nanti lain plak jadi masa pre-wedding photo session tu nanti. Takpe lah, saya akan cuba ikhtiar supaya saya dapat gak amik gambar dengan enchek tunang sebelum kawin. Sebab kalu ikutkan, saya hanya ada 3keping gambar sahaja dengan enchek tunang. Maksud saya gambar yang kami ambil berdua.

Cuba cik-cik dan puan-puan bayangkan (sila buat aksi sedang membayangkan sesuatu yer) sepanjang setahun lebih perkenalan hanya ada 3keping je gambar kami yang diambil berdua. Patut tak? Memang tak patut... Kalu orang lain tu, dah beralbum-album dah gambar berdua. Tapi saya perlu pasrah (cewah ayat haku tak hengat). Sebagai tunang kepada seorang yang memang kaki sukan dan ganas serta brutal, saya tak bleh la nak anggap diri cam bertunang dengan artis nak banyak2 gambar (sedang cube menyedarkan diri yep).

Saya adalah sgt memerlukan gambar pre-wedding sebab saya nak wat mini banner sendiri untuk saya letak and pamerkan kat depan entrance dewan masa hari bahagia saya nanti. Pastu gambar tu juga saya nak decorate sket atas cardboard and buat cam ala-ala frame untuk saya letak atas meja 'wishing book' saya. Barula cam best jek kan. Walau apapun yang bakal terjadi (cewah!) saya tetap akan merealisasikan idea giler saya ini.

So skang dalam otak ada tertera beberapa idea untuk pastikan enchek tunang setuju gak dengan gambar pre-wedding. 1. Saya nak mintak tolong cousin saya yang cantik lagi baik hati serta creative dan sgt berseni (puji melambung macam biasa. lagi2 dah nak dekat hari bahagia. hehehe..); Cik Lydiawati Rosli untuk jadi our official pre-wedding photographer. Mungkin Enchek Tunang takla segan sgt dengan Lyd sebab dia cousin saya kan. 2. Saya cuba cari promo untuk pre-wedding photo session yang kat dalam studio jek. Mungkin dalam studio ni takde lah cam segan sgt sebab akan hanya ada Saya, Enchek Tunang dan Enchek Photographer saje (good idea...good idea...; puji diri sendiri nampak!). 3. Amik gambar sendiri atau dalam erti kata lain bercamwhoring berdua-duaan dengan Enchek Tunang ala-ala orang yang syok sendiri. Tapi saya akan pastikan aksi ini dilakukan ditempat-tempat yang strategik dan mempunyai pemandangan yang cantik ok (bukan kat dalam kete pastu syok sendiri amik gambar 2orang atau kat tempat2 yang tak best. Sorry, its so not me!) 4. Ikhtiar terakhir saya kalu tak dapat gak adalah guna je lah mana2 gambar berdua yang kami ada untuk saya buat mini banner saya dan idea frame untuk letak atas meja "wishing book" saya tadi tu.

::Sekian edisi mengadu domba saya untuk kali ini. Masih tak puas hati selagi idea tidak dapat direalisasi! tsk!

6 comments:

F A R Y N said...

awet,apa kata gambar pre wedding amik kat stadium? barulah majulah sukan untuk negara..org lain blom buat lagi..aku suggestkan aje...

tengkujuh said...

huhuhu... good idea babe. i like u and u'r craziest idea. akan dipikirkan. at 1st i was laugh when read u'r comment tapi pastu rasa cam logik and best gak kan... mmmm... tapikan, my beyoncheh main canoe sport and its is not related with stadium at all. Tasik logik gak cuma cam dah biasa jek orang amik gambar kat tasik and tasik will definitely related with taman kan? so saya sgt buntu skang ni. tolon!!!

::babe, kalu u jadi our official photographer amacam? takpun i bring u along biler aku and beyoncheh aku wat pre-wedd shoot. musti gambar aku banyak yg happening and giler2 sebab bawak skali creative person like u. hehehe... amacam?

~ thalhazlin ~ said...

hazlin pun tak mahu pre-wed photoshoot. apa la kan. tapi , semalam kami amek je gambar sendiri, gambar sempoi je untuk diletakkan sebagai bunting. hihi.

F A R Y N said...

aku ok je nak ikut...tarak hal weih..main canoe eh..bley2..nanti aku pikirin untuk ko... :)

cik dila said...

huhu sy pn nk pre wedd shoot.member2 pn suh sy wat..tp since tunang kate dia tak mau hire OP ms kawen, (alasannya dia tak pandai bgambr2 ni..haih!)terus tak jd nk tanyakan psl pre-wed. sedih tak..?benci la..

sy ade 1 je gmbr berdua,itupun candid!! sungguh la sedih...

tengkujuh said...

thal: saya dah tgk gambar awak. itu salah satu cara yang saya akan buat kalu enchek tunang tak setuju gak. good idea babe... hihihi

fatin: cayalah babe. aku sayang ko! apa2 aku roger ko nanti eh.

cik dila: yeke cikgu.. huhuhu... sedihkan kita ni. takpe, lepas kawin kita amik gambar dorang2 banyak2. bagi puas hati kan.. hehehehe....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin