Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

11.9.09

Siffu San Sai

Sukee plak bile tgk blog kekasih sehatku kerana dia telah meletakkan entry kejayaannya membuat kek batik yang sedap hasil ajaran saya (hoho...saya lah itu siffu nyee..) http://emo.huhiho.com

http://emo.huhiho.com Dia juga telah memberi saya merasa sedikit kek batik yang dibuatnya itu dan melalui pengalaman dan kepakaran saya (ecceh! sgt perasantan), kek batik yang dihasilkan sgt berjaya tetapi serbuk koko yang digunakan adalah terlalu banyak dan kek batik terasa sedikit pahit (huu...sgt siffulah kritikan saya itu.)

sukeee... http://emo.huhiho.com and tahniah anak dedek ku. kau memang hebat mengayakan kek batik buatan dan AJARAN ku itu (taknak kalah!)

Kenapa?? Boleh ke??


Kenapa gigi sakit lagi. Dah gi klinik gigi tampal dah gigi ni.
Kepala pun sakit jugak. Migrain menyerang lagi.
Beban kerja dan stress agaknya.
Tak suke rasa macam ni.
Aku mau lari... Lari jauh2 dah tinggal semua yang aku ada skang ni.
tapi boleh ker??


..............................................

8.9.09

Kisah Gigi..

*Gigi Berlubang - Caries Gigi a.k.a Gigi Saya. hehehe...*

Semalam sakit gigi, so pagi2 lagi enchek tunang dah bawak gi Klinik Gigi kat Cahaya Suria yang dekat dengan Kota Raya and Sinar KOta tu. Smpai jek, enchek tunang turunkan saya so dia nak cari parking kapal terbangnyer. Tanyalah kat pakcik yang jaga parking tu dengan polite nye tapi pakcik tu balas macam nak marah jek. "Kat situ bleh parking hah, kat situ pun bleh!" pastu siap buat muke berlagak cam sayalah penjaga parking berjaya. tsk!

Sampai kat Klinik Gigi tu plak, kitorang dah lihat satu lagi situasi yang tak best. Attendent klinik (yang merupakan seorang lelaki) yang jaga kat kaunter pendaftaran tu telah meninggikan suara kat satu uncle indian ni. Kesian uncle tu. dah lah tua. dia tanya elok2 jek tapi attendent klinik tu yang agaknya dah rasa cukup hebat memakai pakaian serba puteh ala2 doktor kononnya and dengan topeng muke free pemberian kerajaan Malaysia tu terus balas pertanyaan uncle tu dengan angkuh sekali. rasa cam nak gi sepak je attendent klinik tu. sedar ar diri tu sket, ko tu attendent klinik jek. jaga kat front kaunter plak tu. kira macam dia tu muka hadapan yang akan menjadi 1st person yang akan jumpa pesakit dulu (pesakit la kan, nama pun klinik...) so untuk saya lah, dia kene lah menunjukkan rasa hormat dan menjawab pertanyaan dengan berhemahnya. ini tak! pastu enchek tunang terus cakap "uits, garangnya, pagi2 dah garang dah!". attendent tu diam jek. tak berani pun angkat kepala. saya rasa, kalu dia jawab gerenti dia kene smash balik punyer dengan enchek tunang. biar padan ngan muke dia. baru kene buku dengan ruas. dengan orang tua kau bleh ar nak tinggi2 suara. herdik2 macam orang tu mintak sedekah plak kat ko. geram betul masa tu. saya gi amik no.giliran pun saya tak gi mintak kat dia. period ke ape mamat ni pagi2 macam ni nak marah. rezeki pun takut nak masuk tau tak!

*Lelaki yang bertopeng yang terselindung kat sebalik kaunter tu lah yang saya maksudkan*

Lepas mamat ni tinggi suara kat uncle tu, dia buat hal lagi dengan satu kakak indon ni. Kesian kakak tu. Dia agaknya tak tau macam mana procedure kat Klinik tu, apa fungsi no.giliran yang dia dapat tu. So bile no.giliran dia dah dipanggil banyak2 kali, mamat cam bagus ni dengan muke bengang panggil kakak indon tu datang kaunter. cara panggil pun macam orang tu orang gaji dia je. "Eh, meh sini datang kaunter." 'EH' yang dia guna?? Memang kurang ajar betul. Takde manners langsung!! (Marah ni, marah ni) Panggil lah nama.. Bukan ker ko ada kad pengenalan diri dia. Masa tu rasa cam nak gi sepak berkali-kali je kat muke mamat tu.

Dalam hati ada rasa sket penyesalan. Macam ni ke perkhidmatan klinik2 kerajaan tawarkan?? bukan nak suruh hormat sampai sembah2 dan senyum sampai telinga tapi cukuplah kalau berbudi bahasa. Budi Bahasa tu kan budaya kita. Lagi2 dengan orang tua. Mamat tu orang melayu dan macam tu gak ngan saya, so rasa cam malu gak sebab macam ni ker orang Melayu kita berbahasa. Kalu mamat tu orang Melayu dah tentu dia beragama Islam, tengok nama dia pun dah tau dia seorang Islam. Ismail, bukan ker nama Islam ker tu?? dan sekali lagi saya rasa malu. Macam ni ker Islam ajar kita untuk berbahasa dan berkelakuan. ~diam sejenak untuk bermuhasabah diri~ terpukul gak saya sebab saya sebangsa dan seagama dengan mamat ni. malu dan kesian untuk mamat poyo cam bagus ni. Malu sebab dia dah tunjukkan pada semua yang datang kat Klinik tu sape dia disebalik uniform dan topeng muke dia tu; seorang yang tiada attitude dan rasa hormat diri. Kesian sebab dia tak dapat rasa satu nikmat apabila orang tersenyum dan ucapkan terima kasih dengan ikhlas pada kite lepas kita berikan layanan yang mesra dan berbudi bahasa. Sonok oh... saya suke perasaan tu. Lagi2 kalu lepas assist public yang mohon maklumat dan dia say thank you banyak kali dengan ikhlasnya sebab kita dah bantu dia dengan semua maklumat yang kita bagi walaupun kadang2 tak semua permintaan dia dapat kita penuhi. (oh! oh! kan dah berhujah panjang dah seorang wahidah) (",)

Tengah tunggu giliran untuk pemeriksaan gigi tu, saya pun bersenang lenang lah membaca pamplet dan bahan2 lain yang ada di tampal kat dinding and notice board kat dalam klinik gigi tu. Dalam pada membaca tu, mata saya tertarik untuk baca kat satu poster yang dengan besar tertulis tajuk "KOMITMEN KAMI". Saya ingat lagi apa yang tertulis kat dalam poster tu, baca dan cube fikir dan kaitkan semula dengan kelakuan mamat cam bagus kat kaunter tadi tu.

KOMITMEN KAMI
1. Kami KOMITED memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh rasa KEMESRAAN, kejujuran dan KEIKHLASAN.
2. Kami KOMITED memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap profesional, tekun, MUDAH DIDEKATI dan BERSOPAN SANTUN.
3. Kami KOMITED berkerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa efisien, efektif, dan produktif.

:fikir2kan lah. satu pengajaran untuk diri sendiri sebagai seorang penjawat awam yang selalu berhubung terus dengan orang awam. ~terima kasih YA ALLAH kerana bukakan hatiku dan memberikan pengajaran padaku. Aminn..~


Pesanan Penaja : Doktor soh datang balik untuk buat scalling (cuci gigi). So janji ngan enchek tunang nak gi buat sama-sama lepas raya. Persediaan Raja Sehari lah katakan... 1st step untuk hari bahagia saya... mencuci gigi supaya senyuman tampak manis dan berseri... suke...
http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com

6.9.09

Memori Otak-Otak Kempas

Akibat daripada tidak berbuat apa dan tak puasa (opss... alamak, satu dunia dah tau dah ni yang saya tak pose arini. hiks!) atas sebab yang bleh diterima agama dan makhluk dunia ok..., saya telah mengemas-ngemas bilik yang macam tongkak pecah itu untuk kelihatan seperti syurga kecil tempat sleeping ugly tido. tsk!

Dalam pada kemas dan kemas itu, saya telah terjumpa satu frame yang mana di dalamnya terdapat gambar kengkawan saya semasa saya belajar di UTM Skudai dolu2. Budak2 planning yang berkepala separa gile. Bergua di dalam bilik puaka yang digelar studio yang amat membunuh kami semua sebab every year kene struggle macam nak giler untuk skor studio kalu tak memang pointer jatuh punyer. saya rindu pada moment2 itu semua. tido dalam studio, bersosial dalam studio bersama-sama rakan yang sekepala (ada gak yang tak sekepala. lagak alim tapi pembekal cd lucah sebenarnya. tolong angkat tgn pada sesiapa yang terasa..)

Macam2 peel ada dalam kelas saya. Ada tahun naik dan jatuh. semua tu bile saya kenang buat saya tersenyum sendiri. skang ni semua dah bekerja. ada yang dah jadi cikgu, pegawai perancang kat pbt dan jpbd, ada yang sambung master dan jadi lecturer, ada yang jadi tutor, ada yang buat master kat luar negara. merata kengkawan saya pergi. saya harap sgt semua berjaya dan tak lupekan saya sebab dorang semua sentiasa ada dalam hati saya. saya rindu masa belajar dulu. tak sama dgn bekerja. walaupun kadang2 kene ikat perut sebab biasiswa lambat masuk ataupun ptptn buat hal saje tak release loan awal sem, tapi tu semua yang buat kenangan tu bermakna.

Atas sekali: Rozaidi (Eddy), Afariza (Kak Affa), Tuang Fairuz (Abg.Sir), Khalthum (Chom), Norwahidah (Awet), Ridhwan Sukri (Wan Bah), Chua Jenny (Jenny), Noryadi (Yad), Nor Azira (Zira), Hakimah (Akiemz), Noranisa (Anis)
Baris Kedua: Wan Rahim (Eim), Norazima (Kak Eima), Norashikin (Kak Eikin), Azliza (Kak Jah), Zuhaila (Kak Illa), Intan Afida (Intan), Lew Peik Yin (Peik Yin), Mimi (Kak Mimi), Siti Saufia (DD), M.Hafiz (Abg.Apis), Sam Roi (Sam)
Baris Ketiga: Wan Md.Hazlin Agyl (Along), Mareem Muneera (Yam), M.Yaseer (Yaseer), Kee Wooi Lin (Wooi Lin), S.Suresh (Suresh), Gobi Krishna (Gobe), Sabry (Abg.Sabry), Hazura (Kak Zura), Kamaruddin Sharif (Abg.Ud), Nora (Noor)
Baris Keempat: Suryati (Sue), Nurwani (Wani), Heng Mei Jee (M.J), Shahmi (Abg.Shahmi), Ebby Saiful (Ebby), Fadhlina (Kak Fadh), Hairudin (Hai), A.Fauzi (Fauzi), Norleeza (Aleez), M.Harman (Man), M.Hasmadi (Tsek)
Baris Kelima: Kassim (Abg.Kas), Ruzanna (Jenn), Augus Tamanning (Abg.Agus), Nor Azlin (Kak Lin), Tuan Junira (Kak Jue), Low Kai Yeen (Kai Yeen), M.Hussaini (Sani), Siti Zubaidah (Ajue), Aini (Kak Ain), Ifarizan (Kak Iffa), Razlan (Lan)

::Akan aku ceritakan kisah-kisah aku dan kamu semua. Cerita suka dan duka. yang gembira, yang menyayat hati dan yang menyakitkan hati. Itu semua kenangan terindah dalam hidup yang tak kan dapat aku beli dan peroleh di mana2. terima kasih semua dan maafkan aku kalau aku pernah berlaku buruk dan menyakitkan hati kamu semua. Ya Allah... sedihnya...
~emo~ seketika di waktu2 berbuke ini...

My "Saturday" Pictures

::Tersenyum gembira dan bersolek sakan. Hoping that my Saturday will be vibrant and happening::

::Baca magazine ni sambil tunggu enchek tunang bermain polo::
(upss.. kenape mesti ini magazine yang saya beli dan baca??)

::Kene beratur panjang oh untuk makan ayam penyet.tsk!::


::Dua2 kekenyangan memakan-makan ayam penyet. huhhu...::

::Ayam penyet yang telah licin di makan::
(Apakah?? orang amik gambar sebelum mkn tapi saya, dah abis makan baru nak amik gambar.huhhuu...)

::OPRHAN. Mewayangkan diri menengok cerita ini::

::kenapa senyuman yang saya beri tapi duka yang saya terima?? saya tidak sempurna. mungkin juga tak boleh buat awak berbangga dengan rupa paras saya. tapi saya bersyukur dan redha atas ketentuannya. saya pasrah jika pengakhiran kita bukan bahagia. saya perlu terima semuanya kerana saya masih bangga menjadi saya yang berdiri atas satu nama. WAHID. yang satu itu adalah saya::

:Recall:

Setelah otak kembali centre and jiwa dah tak kacau, aku recall balik what had happen yesterday. is it my fault? or his fault that ruined our day? entah. maybe its OUR fault. both of us yang turutkan rasa dan ego sampai buat jiwa merana. merapu aku ni.

Lepas tu bile aku ingat balik, semalam ada something yang membuat aku lebih panik. i saw my ex-b. uits! biak betui! i saw him. i really sure that the guy yang sedang duduk dan memeluk seorang pompuan seksi itu adalah Mohd Khairun Hasri bin Dato' Khairul Mazri. Entah kenapa aku bleh terpandang that mamat. masa tu orang memang ramai sgt kat centre court De'Curve. Lepas keluar dari tgk wayang dan nak balik, otw nak ke carpark, dalam ratusan manusia yang sedang mencari kebahagian dunia tu, aku ternampak Ayun. OMG! i thought he still at Rhode Island buat Phd. dah balik rupanya mamat ni. aku tunduk kepala after dia toleh and hampir2 nak terpandang aku. control giler masa tu. sedih tgk dia. ingat dah berubah after his father died. tak jugak luper nyer. masih sama. masih Ayun yang aku pernah kenal dulu.

Last time aku jumpa Ayun masa tu dia nak gi continue master kat Loughborough University, UK. kalau tak silap aku la. kitorang still contact masa tu. sending email to each other untuk tanya khabar and lepas setahun lebih aku dah tak terima email dari Ayun lagi. dia sibuk mungkin dengan thesis Master dia. aku tak kisah sgt pun sebab aku pun sibuk masa tu dengan final year. tapi yang pasti dalam setahun lepas, aku terima call dari kak laila (Ayun's sister) cakap Ayun continue Phd kat Rhode Island. Chemical Engineering. Mamat tu memang mamat kimia. tapi skang dah balik Malaysia?? confuse jap. tak kisah lah tu tapi biler pk yang bulan ni bulan pose and seeing him berpeluk cam dalam citer omputeh ngan minah seksi tu buat aku rasa sedih. jijik pun ada. biler nak berubah mamat ni agaknya... ~terdiam sejenak~

"perkataan" tu maksudnya apa???

Tak bleh nak tido. kepala berat, ngantuk tapi hati rasa tak sedap. rasa semacam. hati tak nak bagi otak dan badan tido. penat. dalam kepala ni asik dok pikir dan cube untuk terima kenyataan seorang lelaki yang agung dalam hati telah menggunakan perkataan yang tak sepatutnya di depan saya. saya tak tahu apa maksud "G*MP**G" tuh. walaupun ianya tidak ditujukan pada saya tetapi kenapa mesti ianya diungkapkan kat depan saya. saya bukan tak pernah mencarut, tak pernah marah tapi bukan perkataan begitu yang saya guna. kalau bodoh, gila, bengong, dan seangkatan dengannya, saya masih bleh terima lagi sebab saya pun bile marah kadang2 terkeluar gak perkataan kesat macam tu tapi perkataan yang satu ini pada saya hanya diungkap oleh orang yang cetek akalnya. sgt kesat. its unacceptable. saya jadi buntu untuk seketika. ~blur~

Saturday yang....

Best word to describe my Saturday (5/9/09):

WORST!!!

No mood to talk. No mood to do anything. Just wanna take a nap.
Hoping that tomorrow gonna be better.
Always!

::kenapa mesti ada perasaan ni. hari ni sepatutnya indah dan jadi kenangan yang boleh buat aku tersenyum. ke aku dah tersalah? salah dalam banyak hal. hal dunia kini dan masa akan datang. buntu untuk seketika. semakin aku tolak perasaan ni, semakin kuat ia datang dalam diri. itulah aku yang sukar dijangka dan selalu menyusahkan semua orang yang hadir dalam hidup aku ni.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin