Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

8.9.09

Kisah Gigi..

*Gigi Berlubang - Caries Gigi a.k.a Gigi Saya. hehehe...*

Semalam sakit gigi, so pagi2 lagi enchek tunang dah bawak gi Klinik Gigi kat Cahaya Suria yang dekat dengan Kota Raya and Sinar KOta tu. Smpai jek, enchek tunang turunkan saya so dia nak cari parking kapal terbangnyer. Tanyalah kat pakcik yang jaga parking tu dengan polite nye tapi pakcik tu balas macam nak marah jek. "Kat situ bleh parking hah, kat situ pun bleh!" pastu siap buat muke berlagak cam sayalah penjaga parking berjaya. tsk!

Sampai kat Klinik Gigi tu plak, kitorang dah lihat satu lagi situasi yang tak best. Attendent klinik (yang merupakan seorang lelaki) yang jaga kat kaunter pendaftaran tu telah meninggikan suara kat satu uncle indian ni. Kesian uncle tu. dah lah tua. dia tanya elok2 jek tapi attendent klinik tu yang agaknya dah rasa cukup hebat memakai pakaian serba puteh ala2 doktor kononnya and dengan topeng muke free pemberian kerajaan Malaysia tu terus balas pertanyaan uncle tu dengan angkuh sekali. rasa cam nak gi sepak je attendent klinik tu. sedar ar diri tu sket, ko tu attendent klinik jek. jaga kat front kaunter plak tu. kira macam dia tu muka hadapan yang akan menjadi 1st person yang akan jumpa pesakit dulu (pesakit la kan, nama pun klinik...) so untuk saya lah, dia kene lah menunjukkan rasa hormat dan menjawab pertanyaan dengan berhemahnya. ini tak! pastu enchek tunang terus cakap "uits, garangnya, pagi2 dah garang dah!". attendent tu diam jek. tak berani pun angkat kepala. saya rasa, kalu dia jawab gerenti dia kene smash balik punyer dengan enchek tunang. biar padan ngan muke dia. baru kene buku dengan ruas. dengan orang tua kau bleh ar nak tinggi2 suara. herdik2 macam orang tu mintak sedekah plak kat ko. geram betul masa tu. saya gi amik no.giliran pun saya tak gi mintak kat dia. period ke ape mamat ni pagi2 macam ni nak marah. rezeki pun takut nak masuk tau tak!

*Lelaki yang bertopeng yang terselindung kat sebalik kaunter tu lah yang saya maksudkan*

Lepas mamat ni tinggi suara kat uncle tu, dia buat hal lagi dengan satu kakak indon ni. Kesian kakak tu. Dia agaknya tak tau macam mana procedure kat Klinik tu, apa fungsi no.giliran yang dia dapat tu. So bile no.giliran dia dah dipanggil banyak2 kali, mamat cam bagus ni dengan muke bengang panggil kakak indon tu datang kaunter. cara panggil pun macam orang tu orang gaji dia je. "Eh, meh sini datang kaunter." 'EH' yang dia guna?? Memang kurang ajar betul. Takde manners langsung!! (Marah ni, marah ni) Panggil lah nama.. Bukan ker ko ada kad pengenalan diri dia. Masa tu rasa cam nak gi sepak berkali-kali je kat muke mamat tu.

Dalam hati ada rasa sket penyesalan. Macam ni ke perkhidmatan klinik2 kerajaan tawarkan?? bukan nak suruh hormat sampai sembah2 dan senyum sampai telinga tapi cukuplah kalau berbudi bahasa. Budi Bahasa tu kan budaya kita. Lagi2 dengan orang tua. Mamat tu orang melayu dan macam tu gak ngan saya, so rasa cam malu gak sebab macam ni ker orang Melayu kita berbahasa. Kalu mamat tu orang Melayu dah tentu dia beragama Islam, tengok nama dia pun dah tau dia seorang Islam. Ismail, bukan ker nama Islam ker tu?? dan sekali lagi saya rasa malu. Macam ni ker Islam ajar kita untuk berbahasa dan berkelakuan. ~diam sejenak untuk bermuhasabah diri~ terpukul gak saya sebab saya sebangsa dan seagama dengan mamat ni. malu dan kesian untuk mamat poyo cam bagus ni. Malu sebab dia dah tunjukkan pada semua yang datang kat Klinik tu sape dia disebalik uniform dan topeng muke dia tu; seorang yang tiada attitude dan rasa hormat diri. Kesian sebab dia tak dapat rasa satu nikmat apabila orang tersenyum dan ucapkan terima kasih dengan ikhlas pada kite lepas kita berikan layanan yang mesra dan berbudi bahasa. Sonok oh... saya suke perasaan tu. Lagi2 kalu lepas assist public yang mohon maklumat dan dia say thank you banyak kali dengan ikhlasnya sebab kita dah bantu dia dengan semua maklumat yang kita bagi walaupun kadang2 tak semua permintaan dia dapat kita penuhi. (oh! oh! kan dah berhujah panjang dah seorang wahidah) (",)

Tengah tunggu giliran untuk pemeriksaan gigi tu, saya pun bersenang lenang lah membaca pamplet dan bahan2 lain yang ada di tampal kat dinding and notice board kat dalam klinik gigi tu. Dalam pada membaca tu, mata saya tertarik untuk baca kat satu poster yang dengan besar tertulis tajuk "KOMITMEN KAMI". Saya ingat lagi apa yang tertulis kat dalam poster tu, baca dan cube fikir dan kaitkan semula dengan kelakuan mamat cam bagus kat kaunter tadi tu.

KOMITMEN KAMI
1. Kami KOMITED memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh rasa KEMESRAAN, kejujuran dan KEIKHLASAN.
2. Kami KOMITED memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap profesional, tekun, MUDAH DIDEKATI dan BERSOPAN SANTUN.
3. Kami KOMITED berkerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa efisien, efektif, dan produktif.

:fikir2kan lah. satu pengajaran untuk diri sendiri sebagai seorang penjawat awam yang selalu berhubung terus dengan orang awam. ~terima kasih YA ALLAH kerana bukakan hatiku dan memberikan pengajaran padaku. Aminn..~


Pesanan Penaja : Doktor soh datang balik untuk buat scalling (cuci gigi). So janji ngan enchek tunang nak gi buat sama-sama lepas raya. Persediaan Raja Sehari lah katakan... 1st step untuk hari bahagia saya... mencuci gigi supaya senyuman tampak manis dan berseri... suke...
http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin