Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com
Showing posts with label Hati Bernyanyi Dangdut. Show all posts
Showing posts with label Hati Bernyanyi Dangdut. Show all posts

24.11.10

Love Reading??

Di saat berperut yang tak berapa besar dan ketaksabaran untuk merasa tendangan padu insan dalam perut. hehehehe.... 18 minggu dengan makhluk comel dalam perut ni memang membahagiakan. Heaven sungguh!! Sekarang ni kat rumah nak masak tak bleh sebab tak bleh bau minyak panas. uh sungguh mengada2 haku! pastu nak wat kerja berat2 enchek suami ensem plak tak bagi so sangat boring. Habis dah semua stok buku diselongkar dan sangat boring sebab semua rasanya dah dibaca lebih dari 2kali. Then dapat berita best dari kejauhan. My lovely sista Sureena yang buat PG di Newcastle mendengar rintahan hati dan menawarkan ini:

::Jatuh Cinta::

Terus rasa nak peluk cium kak sue dikejauhan. hehehehehe.... tak sabar nak tunggu parcel sampai. Tak sabar nak nak cium bau kertas buku terbaik dari ladang. hehehehe.... tak survey lagi kat MPH, Kinokuniya and Times Bookstore dah ada ke tak. Sangat excited sebab ianya terbaik dari ladang. huhuhuhu....

7.7.10

Please call me PUAN. uhhu...

Now, i'm officially married and title dah tukar jadi PUAN ok... Mrs.Faizal akan terus beraksi. hahahaha.... gambar kawin banyak dalam FB. tak larat nak upload kat blog sebab sgt busy. arini pun dah start keje sebab kene prepare for convention KIK tak lama lagi. Hubby cakap, lepas dia balik dari Bandung baru gi Honeymoon ehhh....

26.6.10

Facial Treatment b4 Hari Bahagia

Hari ni dengan semangat nye, pagi2 dah keluar dgn enchek tunang nak gi wat facial treatment. sampai breakfast pun kami tak amik. hehehehe... kalu saya excited, tuan-tuan dan puan-puan boleh tgk gambar kat bawah siapa yang terlebih excited. Kami ni dikira special kes coz my cousin tak buat for lelaki. female only ok, bukan unisex. so saya dan enchek tunang dah pegi tokmoh mintak air jampi and minyak senyonyok untuk buat cousin saya cakap ok and agree nak facial muka enchek tunang. hahahaha...

::before apply mask::

::after::

enchek tunang yang 1st timer and dengan harapan akan kelihatan putih setelah treatment dengan semangatnye nak wat dulu. so kasi chan la kat dia... hahahaha... abis merah2 muke tunang saya. kesian kat dia tapi dengan egonya dia control macho. menyampah sungguh! saya pun joint gak coz dah lama sgt tak buat. so far my cousin said, muke saya takde problem. tapi siapa tahu kan, tibe2 kuar seketul or berketul2 jerawat dah nak dekat2 kawin ni. padan ngan muke haku! eee... mintak dijauhkan le yer...

location facial dibuat : comey beauty spa
owner : kak anaz
address : seksyen u3, tmn subang perdana, shah alam

::the spa::

25.5.10

White itu lagi

Hari-hari dok ngadap gambar prewedding. Tak tau la sampai bila baru jemu agaknya. hehehehe... sampai dapat gambar kawin plak kot. muahahaha... semakin ari menjadi semakin gatal. semakin ari semakin banyak gaduh dengan enchek tunang. kenapa mesti begitu??




18.5.10

Prewedd saya dalam WHITEROOM

Love it! Like it! Mr.Lobaloba it!
muahahahahaha... i have done with my prewedd and tak sabar untuk berposing lagi. Enchek Tunang pun dah pandai posing skarang ni walaupun dulu macam2 alasan yang dia bagi kalau saya ajak bergambar sama. Tengok je lah gambar prewedd kami dan anda akan mengerti. saya plak yang nampak kekok dan control giler. tsk!

:click HERE to go to my photographer page and view more prewedd picas:

21.4.10

Fly me to the Moon

~"when i 1st saw you", you came to me and said, "fly me to the moon"~
hahahaahhahaha.... sila ketawa semua sebab wahidah sedang berada dalam mod jiwang karat! tsk!

ni pun salah satu lagu prebet selain dari lagu 'when i 1st saw u'. ramai sangat singer lagu ni so saya tak tau siapa penyanyi asal lagu ni but at 1st i discovered lagu ni its been sang by my pakcik sinatra. i love u pakcik! your voice really menikam kalbu one.

pastu westlife plak menyanyikan lagu evergreen ni. lagi lah jatuh cintan sebab saya kan girlfriend Mark Feehily. huhuhuhu... kecairan gak ar dengar suara macho dia. huhuhuhu... falling in love dengan Mr.Markus Michael Patrick Feehily ni masa tingkat 4 lagi. Cintan giler2 lah sampai sume fail ngan buku saya lekat gambar dia.

Enjoy ek dengar lagu ni especially part yang Mark nyanyi tu... huhuhuhu....

30.3.10

T'shirt Bride & Groom yang Best!!


Arini pagi2 dah blog walking. boring sebab sampai awal kat opis. and i found something interesting from Shahida's Blog. Couple shirt untuk bride & groom. memang best bangat! gue amat suke. searching and thanks god coz finally i found how to buy this couple shirt. dah order dah pun satu. hehehehehe... tak tanya pun kat enchek tunang sebab nanti dia banyak songel. so i just order nanti dah dapat baru habaq kat dia (hihihi... bijak kan saya? mmg calon isteri solehah. hahahaha).

This shirt come with 2 scheme color. if u like it in black then the printing will be in white and vice versa. saya order shirt color putih sebab putih itu suci. Saya suke putih walaupun saya berkulit gelap. tsk yep!! hihihi...

**if u guys like to have one try to visit this blog. owner dia memang best. nama dia Qis. hope u guys like it!!

16.3.10

28 Februari yg menyuntik semangat

Walau 28 Februari aritu adalah ari malu-malu kucing saya tapi hari itu jugak lah yang membuatkan saya bersemangat semula. takmau cakap banyak2 dah. ini gambar poyo saya. Sila abaikan kepoyoan saya yep!




::thanks yeyeh for the picture. I owe u a lot::

Saya Pedulik Hapa... Gua pikir lah sendiri.

Setelah beberapa bulan yang lalu lepas saya buat keputusan nak stop blogging and no more my.true.color lagi, macam2 respon saya dapat. Tapi yang buat saya amik keputusan untuk terus menulis dan menghidupkan balik my.TRUE.color adalah enchek tunang tersayang yang cakap blog ni adalah saya. Menunjukkan siapa saya sebenar dan sebab tu blog ni saya beri nama my.TRUE.color. Melalui blog ni gak enchek tunang cakap dia dapat tahu isi hati saya dan sebab kami memang kurang masa bersama. Enchek tunang adalah amat sibuk dengan jadual coaching dan aktiviti kayak dia. Enchek tunang tahu saya memang minat menulis atau dalam erti kata lain, membebel (oh sungguh jahat kamu itu! tsk!), so jgn amik pusing apa orang mau kata. Jangan tutup blog sebab orang lain. Macam Fatin cakap, nanti nampak macam saya yang wat salah. So, here i come. Membuat comeback dengan semangat waja untuk hari bahagia dan pedulik hapa dengan orang mau kata. GUA KENE SENDIRI PIKIR LAH!!

http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com

p/s: MIntak-mintak lah semangat saya tak dijatuhkan lagi. AmEen...

12.2.10

.Cekelat.

............sila bernyanyi riang ok............
Ini cekelat celup. celup celup!
Enak rasa strawberry.
Sedap hingga menjilat jari.
Nini....

(hahaha... masih ingat dengan lagu cekelat celup itu?) Ok, ini bukannya nak buat flash back lagu cekelat celup tapi nak mempromosikan cekelat yang sedap. Cekelat ni adalah cekelat homemade yang berkualiti tinggi (cewah...ada gaya salesgirl tak?). Kawan saya Ainul yang buat. Orangnya comel dan manis maka sememangnya cekelat yang dia buat jugak comel + cantik + manis = sedap!

Untuk majlis hantar duit belanja 28hb Februari ni saya pun ada tempah kat Ainul cekelat untuk bagi buah tangan kat pihak Enchek Tunang. Kalau nak tempah cekelat bentuk abjad pun boleh. Kalau ada yang berminat, especially to all bride-to-be, korang bleh la contact terus dengan Ainul kat no ni:+6012.392.08.57 atau u all can email me (tengkujuh.babe@gmail.com) or just leave a shout out or comment on my blog. Saya akan cuba membantu anda sebaik mungkin. (cewah!!! ayat tak hengat!!)

Detail cekelat macam kat dalam brochure kat bawah ni (click on image for clear view):


27.1.10

Idea For Pre-Wedding Picture

Bila cakap pasal bergambar, saya memang *chiker. Pantang tgk camera, mesti nak bergambar. Pantang tgk orang nak bergambar, mesti terkedek-kedek lari cakap nak joint... nak joint... buruk prangai haku. tsk!

For hari bahagia, macam orang lain gak, saya teringin nak gi amik pre wedding picture. sgt sukeee... hehehehe... gatai! So session tu masih dalam perancangan dan peringkat survey. in door or out door doesn't matter. As long as dapat offer yang best!

thingking of jeans and t-shirt for pre wedding outfit. takmau fancy2 sgt. so ingat nak beli couple shirt from couple shirt store punyer blog. and this is the couple shirt design yang ada dalam kepala otak walaupun dorang offer banyak lagi design yang cantik2.


syarat untuk pre wedding adalah bersopan santun dan tidak OVER (ini posan mak den!) Baru pre-wedding jgn hengat macam dah lansung wedding nya. baik omak, den paham.

takmau extra touch or over touch (apakah?). Mau happening and gila2 punya action. takmau yang romantic and jiwa2 sebab nanti kalu jiwa kacau akan terus ajak enchek tunang kawin lari sebab dah tak sabar. hahahaha.... sekali lagi gatai!

So far setelah penat bertenet walking dan terjumpa lalu jatuh cinta dengan moment dalam gambar-gambar kat bawah ni. mostly in-door session kat dalam white studio. giler best macam giler kentang. hehehehe....

simple

simple yet elegance

s.m.a.r.t

action melompat lebih tinggi adalah wajib, heeee

simple and fun and funny = happening

love the red sofa in white studio room
(plz ignore the lovely couple - info : the lady is my TKP. kantoi!!)


outdoor session yang tak over sgt. theee


*chiker : kegilaan bergambar sampai bleh masuk tanjung rambutan especially amik gambar sendiri. hahahaha....

p/s : all pictures above - credit to wow photo studio, ahmad fairus FB and WLT blog. love it!

24.1.10

Baju Bertandang Keluarga

Hari ni keluar dengan enchek tunang beli baju bertandang keluarga dia. untuk adik beradik dan Tasha Montel (anak buah enchek tunang) kitorang decide beli kain cotton. Pilih corak bunga yang kecil dan warna merah-merah pink. Nice gak but actually saya dah berkenan dengan satu design ni tapi dah abis dah. sedey. tanya kakak kat Nagoya tu dia cakap dah takde stok dah. so nak tak nak beli je apa yang ada walaupun rasa cam tak puas hati sgt. For mother in-law to be, saya pilih kain pure china silk. nice! suka kain ni. bunga dia pun tak crowded sgt. simple and sweet jek. kain sutera cina ni tak panas so akan sedap lah bile bakal omak mertuo den pakai nanti.. (salah slang lah plak. my mak mertua orang perak, bukan nogori. hehehehe)

for my family, dah lama dah saya beli. warna merah terang. my mum ni cam moden sket. ala-ala mak datinssss... so baju kene vogue. tak vogue mama bilang tamau. huh! demanding sungguh. so settle satu kerja. skang tinggal enchek tunang bawak balik kampung dan bagi kat omak dia untuk ditempah menjadi baju. jap gi mau amik gambar kain yang saya beli and upload kat blog saya. tadi lupe sebab ke hulu ke hilir dengan enchek tunang sebab tak puas hati selagi tak dapat corak kain cotton yang saya nak tu. dari kamdar, masuk plak kat nagoya yang kat simpang jual banyak2 selendang tu, pastu pergi plak kat nagoya sebelah globe, patah balik kat nagoya kat simpang tu, pastu gi balik kat nagoya kat tepi globe tu. last2 beli kain cotton kat nagoya yang kat tepi globe tu dan emak punyer kitorang jumpa kain sutera best tu kat nagoya kat simpang tu. oh oh so complicated! offcoz lah kan, kata nak yang the best!

Mau Banding Harga
-ini untuk rujukan semua lah. kalau rasa nak beli kain cotton, saya suggest beli kat nagoya. semeter rm7 jek. saya rasa material dia sama jek dengan kain cotton kat Kamdar. Kamdar jual kain cotton semeter RM12. kalu ada less pun paling coman dapat rm10++. with same material and quality (i guess ler) and beside design kat nagoya lagi cantik2 compared with kamdar punyer kain cotton. what ever it is, kalu u dah berkenan dengan mana2 kain, jangan tunggu2. zappPp je terus (maksudnya mintak lah promoter tu potong and gi bayar terus. jangan pandang belakang lagi. hehehehe... nanti menyesal kemudian hari, macam saya ni.)

10.11.09

Bunggar Manggar DIY by Mama's

So skang ni isu bunggar manggar dah settle. Mama volunteer nak buat bunggar manggar for my hari bahagia using her bintang-bintang berkelipan yang diperbuat daripada straw. This bintang-bintang pernah popular satu waktu dulu where all people around the world (macam yer je satu dunia punya orang.hehehe..) berkejar-kejar nak belajar buat dan straw pun abis semua kat kedai. Masa tu lah straw wujud dalam macam-macam warna. My mama's tak terkecuali dari mendapat bahang straw ni. Mama buat bintang sampai penuh rumah kitorang dengan bintang-bintang ni. Langsir pun pakai bintang, balang-balang kat umah penuh dengan bintang. Skang ni bile bahang bintang dah berlalu, banyaklah bintang-bintang kat umah kitorang ni terbiar.

At one time, mama pernah buatkan my cousin kat S'pore bunggar manggar dari bintang ni. Memang cun. Sume orang tanya my cousin tempah kat mana. Cantik. Tapi mama cakap mama dah lupe nak buat but she will try her best untuk ingat balik and buatkan untuk saya. So sgt suke... lain sket dari yang lain. Betul tak??

So skang ni, tunggu.... satu ari nanti pas mama siapkan my bunggar manggar, i will post one entry about DIY bunggar manggar ni and at the same time upload the pict.

::bintang-bintang mama's dalam salah satu vase kat rumah.believe it or not::


Pesanan Penaja : kenape eja "bunggar manggar" macam ni??

16.10.09

Dak dik Duk! (ver. nasihat + gatal)

WaaAa...hati ku berlagu girang.kurang 3 jam lagi mau jumpa kekasih hati merangkap JAGA yang sgt dirindui.sebelum masuk meeting tadi enchek tunang call cakap dia dah kat KL.apa lagi,buat suara anak kucing gatal yang suke meleser2 kat kaki manusia berbulu lebat dan buat merajuk serta mengadu domba dengan enchek tunang (ee geli,~hei berdiri mak! bulu roma ku!~)

Enchek tunang cakap dia mau jemput pulang.huhhu...buat2 merajuk ckap tamau!tapi dalam hati mau mau mau...udah rindu banget sama DIA...

Sambil2 tunggu tu saya pun buat list apa yang enchek tunang suke makan.Banyak okie...enchek tunang saya memang pemakan.kuat makan.sebab tuh ada entri Dinasour Memakan-makan.hehehehehe... walaupun kuat makan,dia tak memilih.itu yang tambah sayang tuh.

Saya teringat pesan mama satu ketika itu (bahasa!),kalau nak pikat hati suami,pikat dengan masakan.dengan air tangan bukan nasi kangkang (oH oh,ayat bomba spactic!saya yg tambah ayat tuh.mama saya tak cakap gitu.)So walaupun sibuk dengan persiapan hari bahagia. cari vendor sana sini,skill memasak perlu dipertajamkan lagi.tamau suami ku makan masakan bibik warung je biler kawin nanti.itu janji ok. so buat semua bride-to-be sila jadi macam saya (perasan.tSk!).

Untuk hari bahagia,abis semua kita survey.nak yang terbaik konon-kononnya.lepas tu nanti lepas kawin suami terbiar.makan tak menentu.ari2 makan kat kedai.lauk kedai.itu ok lagi dari ari2 makan meggie.tak kesian ker kat suami??

Buat yang tak pandai masak macam saya,kenelah letak azam turun dapur.jenguk2 tgk mama ker bibik ker buat ape.tolong2 la walaupun potong sayur atau kacau2 gulai dalam periuk je.atleast dapat gak aura dapur tu.manatau aura2 tuh akan buat kita pandai masak ker? hehehehe...ada ke gitu? ada ok! macam mawi,dia bukan pandai nyanyi pun tapi sebab aura dia, berjaya gak mamat felda tu dalam bidang seni (tapi tak lama ler..huhu..marah peminat mawi kat aku.)

Cayok2 buat semua bride-to-be. bersamalah kita berusaha membahagiakan bakal suami dengan masakan yang sedap2 dan makanan yang dia suka makan.


Pesanan Penaja : kalau dulu saya hanya belajar masak apa yang saya suka makan. tapi skang ni simpan azam mau belajar masak apa yang enchek tunang saya suka makan plak.

12.10.09

Macheh Cik Puan Bunga!

Pagi2 bukak blog kat opis terus nampak kat dalam list shopping jom jom; blog .sukasuki bunga. keterujaan bertambah2 sebab ada my nama;tengkujuh. okie..trus klik2 dan seterusnya melompat keriangan ala anak cimpanzi dapat pisang emas yang di bawa belayar.apakah???

huhhu...terima kasih cik puan bunga yg baik hati! sgt suka mr.kulat2 itu!sgt tidak sabar mau dapat.mau bagi satu sama enchek tunang.lepas kawin mau gantung kat depan bilik menandakan bilik ini ada 2orang penternak kulat sukasuki berjaya (uh,kedengaran seperti sensored saja!)

::mr.kulat2 yang cik puan bunga buat::

9.10.09

Suki-Suki + Keterujaan = Bongek!

::promosi hebat.cepat2 sebelum tak dapat::

Tengah blog hopping untuk mencari bakal2 vendor for 'hari bahagia' terjumpa satu promosi oleh butik Rins Suzana.Keterujaan pun bermula sebab promosi itu menawarkan 3 pasang baju pengantin (3 pasang lelaki + 3 pasang perempuan) for just RM500.Sila bayangkan kemurahan hati kak Suzana Abdullah itu.So terus meng'email' ke rinsbridal@hotmail.com untuk menyatakan hasrat hati (oh ayat tak hengat!).Pastu tak sampai 10jam, rinsbridal balas email dan ajak datang butik untuk try baju and beside promosi telah dilanjutkan sampai 11hb Oktober ni atas permintaan ramai.

::sesi meng'email-email' dengan rinsbridal::

::So esok dah janji dengan ucu dan mama untuk gi butik rins suzana untuk melihat-lihat dan jika OK akan trus mem"booking".

::'Cross Finger' - Harap-harap ada baju cantik yang muat.
~mau kurus. mau kurus. mau kurus. tapi cam susah sebab ari2 gomen buat makan-makan hari raya.huhhu...~

3.10.09

Idea datang bergolek-golek

Atas sebab kesempitan wang dan mencari sponsor untuk kawen tapi tak dapat2,terus terfikir untuk menjalankan online business.tapi mau jual apa???~blur macam biasa~

Pastu tetiba di suatu petang yang cuaca cam nak hujan, ada "fairy good mother" datang menyapa dalam YM (hehehe...merapu sungguh.tsk!).ajak buat business.itu sudah bagus.terus offer itu fairy good mother untuk buat business secara online dan dengan sewenang-wenangnya juga meng'offer' diri untuk menjadi "blog master" untuk online business itu.sesi memuji diri dan menabur janji berjalan smooth dan fairy good mother kedengaran seperti berminat dan sudah terpedaya (hahahaha...tanduk sudah tumbuh dikepala.)

So hari ini sesi perbincangan lanjut pasal business online ini akan dijalankan di banglo tunggal atas bukit semasa sesi mencabut undi kutu oleh ibu kutu kami. kalau jadik business neh,akan bertambah lah duit2 ku untuk dihabiskan untuk hari bahagia nanti.sambil2 tu nak lah gak cari sponsor.hehehe... skill memuji diri perlu dipertajamkan lagi.cayok2!

pada semua,tunggu yer kehadiran business online ku itu nanti.dan jangan luper membeli.

~tak sabar nyeee.. tak sabar nyeee.. tak sabar nyeee...~
~angkat tangan semua...mari berdoa untuk kejayaan business ini yep!~

10.8.09

Terima Kasih Abg Wan Untuk Gambar Yang Cantik Ini!!!


Al-kisah, ayibbb.... maka tersebut lah kisah. sang kancil datang beramai-ramai mengadap duli yang maha mulia. ayibbb... hehehehe.... merepek kerepek orang Yong Peng sekali lagi. ini adalah kerana sgt suke hati menerima gambar aku dan superman ku yang cantik ini dari abg.wan; our department profesional photographer. tabik springggg katil slumberland ar abg wan! sangat menyukai gambar ini dan telah pun selamat menjadi wallpaper komputer di opis saya.

terimasss.... terimassss... terimassss... sejuta ribu kali!! love u abg wan!! (atte overnyer teman!)

: dan ternyata juga sesungguhnya aku sudah gomok... huhhu.... tak suke!

8.8.09

Hitam.Puteh.Tema Kawen AKAK Kali Ini

opsss... chop,chop! ini bukan entry untuk memperkenalkan warna tema kawen AKAK okey... ini entry mau citer tema warna baju akak gi owang kawen. akak and superman akak yang enchem and marvelous tu. suke.....

ok skang berTUKAR.... dengan kuasa angin tofan, maka datangla TENGKUJUH!!!

hehehe.... kuat merepek betul aku ni. sebab mengidam kerepek orang Yong Peng kot (Puan Bunga sila terasa dan jgn lupe kirim kerepek homemade buatan tangan Puan Bunga itu) tsk!! ok nak citer, kali ni aku ngan superman hati telah memilih tema itam dan puteh untuk ke majlis kawen kak ina, opismate aku yang sama wana kulit ngan aku. muehehehehe... entah kenapa warna selamat ini yang aku pilih kali ni. dahla cuaca panas nak m**p*s. pakai plak warna yang mempunyai kuasa hebat menyerap haba. apa lagi, meleleh2 la peloh ku yang sememangnya wangi dan dijadikan pati minyak wangi Elizabeth Arden itu. hehehehe... siksa betul kali ni ngan panas terik nak m**p*s. tapi aku tetap berlagak anggun depan superman hati. hebat gilos and ada rasa cam wonder women sebab dapat control jiwa. superman hati pun sama, tak penah mengeloh cakap baju color itam yang aku beli tu panas ke ape. diam and control je ke'enchem'an dia. sebab tu aku sayang dia. hehehehe...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin