Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com
Showing posts with label Mereka2 Dalam Hidup Saya. Show all posts
Showing posts with label Mereka2 Dalam Hidup Saya. Show all posts

25.1.12

‘Rindu tangisan Muzaffar’

myMetro | ‘Rindu tangisan Muzaffar’

hanya mahu berkongsi kisah ini. Abang saudara saya yang kehilangan anakanda tercinta.
In loving memories; Muzaffar Mohd Faizal.
Al-Fatihah...


9.1.12

Little Khalifah

Meet my little khalifah. Future Imam Muda. Insya'allah. Itu doa ibu hari-hari. Moga anak ibu jadi anak yang soleh; yang doanya dapat ibu bawa bersama ke alam sana nanti. Amin!

4.1.12

Bulum Die... but feel heaven gilos!

Apekah tajuk itu??? hihihi... lama tul tak menulis dalam blog. more than one year. My baby boy pun dah masuk 8 bulan. Muhammad Aqil Kamil bin Mohd Faizal. A handsome and super active boy.

Hidup yang lebih indah sekarang dengan kehadiran si kenit ni. Tapi masih rindukan masa mengandung sebab bila Aqil ketok2 perot ibu, ibu akan rasa bahagia sangat dan ia buat ibu rasa sentiasa ada yang dekat dan sayang pada ibu. mmmmm..... heaven giler! =D

So world, ini lah cinta hati saya;

my mum called him Apek boy!

Lain sikit bila masuk usia 2 minggu

first time Aqil smile yang best sgt. selalu senyum sikit control ensem!

uish! Aqil berkopiah tapi babah seksi pakai short jer. ;)

ibu little tiger

29.6.10

Entry from My Pupu.. i Like Lagi!!

my cousin Lyd dedicated one entry untuk countdown Hari Bahagia saya. uh! sgt terharu dan suka. Mau tau apa rasa bila masuk blog dia dan tgk entry itu? Berdebarnya... tiba2 rasa seperti ada rama-rama indah dalam perot. Angin kah? Apakah? huhuuuu.... hanya B2B saja yang mengerti. anda akan rasa perasaaan ini. cuma ianya datang tak menentu. Kadang2 rasa, kadang2 rasa macam takde apa2. kadang2 tanya kat diri sendiri, betul ker aku nak kawin ni... banyak rasa lah kesimpulannya. macam makan buah cinta (hahaha... mentang2 skang ni tgh bengkel kat cameron highland dan baru je lepas makan buah cinta)

Anyway and anyhow, thanks yeye for the beautiful entry. i owe u a lot. kotak2 yang beratus yang yeye buat tu. thanks bebanyak! u are my best cousin forever!! lap u!!

25.3.10

Pesan Untuk Kawan

Saya adalah sangat sakit hati 2 3 hari ini sehingga ilmu yang ditimba terasa sangat susah mau masuk. Kenapa mesti berdrama di depan saya? Kenapa mesti menidakkan yang ia? Saya kisah apa. Sebagai kawan, saya adalah manusia yang cukup terbuka. Itu hak individu bagi saya. Sekali lagi kenapa mesti berdrama.

Buat kawan,
Tolong kembali kepada diri asal kamu. Kamu yang aku kenal dulu tidak seperti ini. Kenapa perlu berubah hanya kerana kehadiran orang baru. Mungkin kamu sedang berasa bahagia dengan perhubungan itu, cuma jangan buat orang sekitar kamu berasa jelik dan geli. Please yer. Saya sangat tidak boleh menahan perasan saya dan pada hari ini, di hari akhir kita menimba ilmu saya telah membuat muka tak puas hati dan bengang saya. Saya mintak maaf untuk itu. Bukan saya sengajakan tapi itu tindakan spontan saya dan saya juga rasa kalau orang lain ditempat saya, mereka turut akan menunjukkan reaksi sama seperti saya. So, sorry sekali lagi. Tolong jangan jadi seperti 2 3 hari ini ya. Saya sangat geli melihatnya.

Sekian.
Inila pesan seorang kawan kepada kawan yang lain.
Harap kamu faham maksud aku.

23.12.09

Entri untuk kawan

CIK PUAN BUNGA

dalam pada menguruskan agenda hidup dan urusan kerja, kadang2 hati terdetik pasal teman blogger saya yang sorang ni.sangat rindu dengan entri2 dia yang menarik dan da'boom! kalu baca entri2 dia musti terkesan kat jiwa.lebih2 lagi kalu yang berkaitan dengan en.lebah enchem dia.satu ari tu, dok bukak blog and nampak entri enchek lebah pasal kondisi cik puan bunga patutlah dah lama blog dia tak diupdate.terus berdoa dalam hati moga ALLAH kurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada cik puan bunga.pada sesiapa yang tahu akan perihal cik puan bunga,war2 kan lah pada kengkawan blogger.semoga cik puan bunga cepat sembuh. amin..

29.11.09

koprat foto ke keparat foto?

ini adalah gambar koprat yang diambil bersempena sesuatu itu.suke gambar ni sebab aku kelihatan menarik dan da'boom and yang paling penting aku tak nampak gemok.itu yang paling penting.taken by unprofessional photographer but edited by some1 who knows what to do with ugly picture.i like!

22.10.09

Perempuan Itu & Meja Usangnya

Kenali lah PEREMPUAN ITU.
Perempuan yang selalu asik dengan alam maya nya.
Yang selalu suka mengadu domba pada enchek tunangnya, pada blog pink macam 'famous amous'nya dan tidak lupa pada MEJA USANG yang sentiasa menjadi teman setia.


******************

Meja usang besar itu sudah lama benar menjadi idaman kalbu perempuan itu.
Impian perempuan itu untuk memiliki meja usang apabila tuannya pencen nanti akhirnya termakbul juga.
Kini perempuan itu adalah tuan baru bagi meja usang yang besar itu.
Bangga giler perempuan itu atas kejayaannya memiliki meja usang itu.

Lalu...

Perempuan itu selalu saja menyepahkan meja usangnya.
Ingin menunjukkan bahawasanya dia banyak kerja.

Perempuan itu selalu pura-pura sibuk di meja usangnya.
Padahal dia sedang asyik dan leka bermain game 'burger'.
Meja usang juga selalu menjadi tempat meletakkan kepala tatkala perempuan itu terlalu penat mengadap kotak ajaib nya.

Meja usang selalu menjadi saksi.
Saksi gelak ketawa,tangisan,keluh kesah,potpet potpet,mengadu domba,mengumpat mengata perempuan itu dan orang sekitarnya.
Meja usang lah peneman perempuan itu dihujung minggu. Kalau orang lain keluar ber'dating' dengan kekasih hati,perempuan itu akan tetap setia di sisi meja usangnya.

Perempuan itu terlalu asyik dengan meja usang yang belum sampai setahun menjadi teman setianya.

Jika ditakdirkan suatu hari nanti berpisah perempuan itu dan meja usangnya,pasti meja usang diingati kerana banyak jasanya.
Pasti akan dirindui kerana banyak kenangan dengannya.
Biarlah apa yang pernah terjadi dan dikongsi menjadi rahasia perempuan itu dan meja usangnya.

MEJA USANG,ketahuilah bahawasanya kau banyak berjasa.
Bagi PEREMPUAN ITU,kau tiada gantinya.

::Inilah PEREMPUAN ITU dan MEJA USANGNYA::


Pesanan Penaja : Sesungguhnya perempuan itu memang suka merepek sambil makan kerepek pisang tanduk yang sedap lagi lazat menjilat jari dan sesungguhnya juga perempuan itu dah takde kerja dan dah takde idea untuk meng'update' blog macam famous amous nya.tSk!

10.10.09

Weekend Yang Pelbagai

Weekend lepas tak gi opis (tempat biasa untuk aku bertapa pada hari Sabtu & Ahad) sebab keluar bersama bonda & ucu.

Sabtu;
Pergi butik Rins Suzana tgk promosi buffet pakaian pengantin.RM500 untuk 3pasang baju.baju cantik, tapi tak banyak pilihan.itu ok lagi sebab tak banyak pilihan,tapi yang paling tidak best semua pakaian adalah bersaiz manusia enorexia nervosa.tsk! so untuk saya yang bersaiz anak jin aprit ni akan kembang kempis kembang kempis untuk memboloskan diri dalam itu baju.setelah pakai pula akan kelihatan seperti incredible hulk dengan baju yang koyak2.bile bilang kat mama gitu,mama perli balik "ok apa fesyen koyak2.baru trendy". oh ibu!kamu memang supportive (dlm erti kata yg lain.huhhu..).

Lepas dah tak sesuai dengan baju2 kat butik itu,terus gi Cheras plak.gi kedai Mr.DIY.cari benda2 yang bleh dibuat hadiah untuk majlis hari raya jabatan.tapi takde apa yang menarik dan berkenan.sgt cerewet ini wahidah.so terus balik rumah utk siap2 mau pergi open house my bff;paed! makan dan makan lagi.mana janji sama en.tunang utk kurus dan lansing?? (buat2 tak dgr,buat2 tak dgr..)

Ahad;
~Bangun pagi-pagi,gosok gigi,cuci muka,pakai baju,minum kopi,makan roti,saya suke hati...(sila baca dalam nada bernyanyi2 yep!)~
hehehe...pagi2 dah bangun bersiap mau pergi KP.mau tgk my beloved niece and nephew (jannah the debok girl and adam the cheesy boy).sgt rindu mereka!sampai KP,lepak2 minum dan bergosip pasal kawen2 dengan makde and wan di pangkin bawah pokok ketapang (sgt best woh!) dengan angin sepoi2 tak pandai berbahasa.minum2 kopi bersama biskut rokok yang keras nak m**p*s.masa tu terasa sgt kenikmatan dan kedamaian idup kat kampung.keterujaan dan kejakunan orang takde kampung bertambah2 bile tgk keliling rumah wan ada macam2 pokok. serai, pandan, belimbing buluh, kelapa, daun kari, bunga kantan, serai wangi etc.semua nama pokok mama yang bagitau.kalu tak memang tak kenal.ucu suruh potong serai wangi nak letak dalam kereta,saya gi amik serai untuk masak.hehee..malu sei!nampak sgt jakun dan bongek!tsk!

Balik singgah nilai.mau tgk kalau ada benda2 yang berkenan untuk dibuat hadiah majlis raya.status masih sama.semua pun tak berkenan sebab takde lah cantik sgt tapi harga mahal membabeng babeng.survey satu nilai 3 tu sampai ucu dan mama pun naik fedup.walaupun tak jumpa hadiah untuk majlis raya tapi telah terjumpa dengan benda best untuk diletakkan kat dalam bilik masa kawen nanti beserta idea2 menarik untuk hari bahagia.siap amik gambar walaupun kedai tu dengan besar dan jelas letak tanda tak boleh amik gambar.tapi untuk mereka2 yang stubborn macam saya,kitorang pedulik hapa.lepas isyak sampai rumah dan kepenatan.bile ingat yang esoknye ISNIN terus bertambah kepenatan.
SAYA TAK SUKA HARI ISNIN!!!!!

5.10.09

Pengapit & Penyepit

Semalam sedang dok golek-golek di atas katil,tetiba terfikir pasal pengapit untuk hari bahagia nanti. upsss..sudah lupalah pasal itu. mau assign sape ek? haritu nak assign Lyd (my cousin) tapi awal2 dia dah cakap takmau sebab dia tak minat. memang kasar sket minah tu tapi bukan susah pun mau jadi pengapit ni (saya bercakap melalui pengalaman mengapit 3orang pengantin ok..i sgt banyak pengalaman dan sgt sifu dalam soal mengapit dan menyepit.muahahaha.. msk bakul sendiri angkat.tsk!). Lagipun dah mintak tolong Lyd untuk jadi backup fotographer untuk hari bahagia nanti, so camne plak minah tu nak jadi pengapit and at the same time nak amik gambar?? betul jugak tuh!

So dalam pikir punya pikir tu tetiba teringat pada sorang lagi cousin yang masih single mingle.Cik Azura Razak! we call her Bibut (nama manje dlm family..saya plak wewet. huhhu..bocor rahsia.) pastu terus call dia.masa call tu dah pukul 12tgh malam.dia jawab dengan suara manja bangun tido.mesti bibut dah tido.hahaha...jahat betul kaco orang tido untuk perkara yang tak berapa nak penting ni.lepas bibut jawab je saya terus cakap; "Cik Azura Razak, dengan ini anda secara rasminya telah diberikan jawatan sebagai pengapit saya.anda tidak dibenarkan membuat sebarang ulasan atau bantahan kerana itu semua tak akan dilayan.jgn banyak cakap.ini betul2 bukan cobaan.hehehe.."

Jahat tak saya??ini sudah kes paksaan.tapi saya tak peduli sebab saya memang nak assign sepupu-sepupu je yang jadi bridemaid.senang nak deal dan mintak tolong kalu apa-apa nanti.so dengan ini secara rasminya Cik Azura Razak dah jadi pengapit untuk hari bahagia saya dan saya pun dah tak yah nak pikir2 pasal pengapit lagi.skang fokus untuk benda yang lebih penting dan besar plak.cayok-cayok wahidah!!


Pesanan Penaja: untuk penyepit (bestman) plak saya serahkan pada enchek tunang untuk assign sesapa sahaja yang dia suka.takmau pikir pasal penyepit itu.tapi dah warning enchek tunang utk assign orang yang sedikit besar badannya dan musti tinggi sebab Bibut saya tinggi dan sedikit besar badannya.biar seimbang atas pelamin nanti. huhhu... (ngengada tul wahidah ni.tsk!!)

30.9.09

Tips Hari Ini - Dari Abg.Jek

Tgh dok2 mencari2 dan membuat budget ari bahagia,saya telah berbuat baik dengan seorang videographer yang dikenali sebagai Abg Jek.orangnya sangat baik hati dan tak lokek ilmu dan pengetahuan.semua persoalan dijawab dengan jelas dan memuaskan hati.so at the early stage ingat nak appoint abg jek jer sebagai videographer untuk hari bahagia saya tapi dengan hampanya mendapat perkabaran dari abg jek yang dia tak cover luar dari Johor (huhhu...sedey saya sebab dia adalah sgt baik hati orangnya.sgt rugi tak dapat menggunakan perkhidmatan orang baik hati ini..) tapi seperti yang telah dijelaskan di awal tadi bahawasanya abg jek adalah yang sgt baik hati,dia dah bagi contact number kawan dia yang ada wat video for wedding kat area KL.time kasih abg jek.sgt membantu dan jasa mu dikenang.

tapikan yang paling best sekali dalam dok meng'email2' abg jek tuh, dia dah bagi satu tips untuk nampak cantik dan tak kekok dalam video atau gambar masa hari bahagia nanti:

Tips - Wahidah kena train diri depan cermin agar tidak kekok/berasa malu bila di shoot nanti... haha...
(di copy paste dari email abg jek tanpa ada sebarang peng'edit'an)

so nak share lah supaya semua pengantin dalam dunia akan nampak cantik dan tak kekok masa majlis mereka nanti.

selamat mencuba semua...


pesanan penaja : saya adalah memang seorang yang *'chiker camera' tapi tak suka tengok cermin atau mencermin diri. hehehe... tak tau kenapa.mungkin sebab malu tgk lemak2 dan ketulan2 serta bentuk badan yang sgt tidak cantik di dalam cermin itu.


-Terjemahan Kamus Wahidah-

*chiker camera : orang yang pantang dapat camera atau nampak orang nak bergambar.mesti tak segan silu joint dan suke syok sendiri ambil gambar sorang2 dalam pelbagai gaya kalu dah ada camera kat tangan. huhhu... cth orang2 nya: Jenn, Chom dan Saya sendri.

6.9.09

Memori Otak-Otak Kempas

Akibat daripada tidak berbuat apa dan tak puasa (opss... alamak, satu dunia dah tau dah ni yang saya tak pose arini. hiks!) atas sebab yang bleh diterima agama dan makhluk dunia ok..., saya telah mengemas-ngemas bilik yang macam tongkak pecah itu untuk kelihatan seperti syurga kecil tempat sleeping ugly tido. tsk!

Dalam pada kemas dan kemas itu, saya telah terjumpa satu frame yang mana di dalamnya terdapat gambar kengkawan saya semasa saya belajar di UTM Skudai dolu2. Budak2 planning yang berkepala separa gile. Bergua di dalam bilik puaka yang digelar studio yang amat membunuh kami semua sebab every year kene struggle macam nak giler untuk skor studio kalu tak memang pointer jatuh punyer. saya rindu pada moment2 itu semua. tido dalam studio, bersosial dalam studio bersama-sama rakan yang sekepala (ada gak yang tak sekepala. lagak alim tapi pembekal cd lucah sebenarnya. tolong angkat tgn pada sesiapa yang terasa..)

Macam2 peel ada dalam kelas saya. Ada tahun naik dan jatuh. semua tu bile saya kenang buat saya tersenyum sendiri. skang ni semua dah bekerja. ada yang dah jadi cikgu, pegawai perancang kat pbt dan jpbd, ada yang sambung master dan jadi lecturer, ada yang jadi tutor, ada yang buat master kat luar negara. merata kengkawan saya pergi. saya harap sgt semua berjaya dan tak lupekan saya sebab dorang semua sentiasa ada dalam hati saya. saya rindu masa belajar dulu. tak sama dgn bekerja. walaupun kadang2 kene ikat perut sebab biasiswa lambat masuk ataupun ptptn buat hal saje tak release loan awal sem, tapi tu semua yang buat kenangan tu bermakna.

Atas sekali: Rozaidi (Eddy), Afariza (Kak Affa), Tuang Fairuz (Abg.Sir), Khalthum (Chom), Norwahidah (Awet), Ridhwan Sukri (Wan Bah), Chua Jenny (Jenny), Noryadi (Yad), Nor Azira (Zira), Hakimah (Akiemz), Noranisa (Anis)
Baris Kedua: Wan Rahim (Eim), Norazima (Kak Eima), Norashikin (Kak Eikin), Azliza (Kak Jah), Zuhaila (Kak Illa), Intan Afida (Intan), Lew Peik Yin (Peik Yin), Mimi (Kak Mimi), Siti Saufia (DD), M.Hafiz (Abg.Apis), Sam Roi (Sam)
Baris Ketiga: Wan Md.Hazlin Agyl (Along), Mareem Muneera (Yam), M.Yaseer (Yaseer), Kee Wooi Lin (Wooi Lin), S.Suresh (Suresh), Gobi Krishna (Gobe), Sabry (Abg.Sabry), Hazura (Kak Zura), Kamaruddin Sharif (Abg.Ud), Nora (Noor)
Baris Keempat: Suryati (Sue), Nurwani (Wani), Heng Mei Jee (M.J), Shahmi (Abg.Shahmi), Ebby Saiful (Ebby), Fadhlina (Kak Fadh), Hairudin (Hai), A.Fauzi (Fauzi), Norleeza (Aleez), M.Harman (Man), M.Hasmadi (Tsek)
Baris Kelima: Kassim (Abg.Kas), Ruzanna (Jenn), Augus Tamanning (Abg.Agus), Nor Azlin (Kak Lin), Tuan Junira (Kak Jue), Low Kai Yeen (Kai Yeen), M.Hussaini (Sani), Siti Zubaidah (Ajue), Aini (Kak Ain), Ifarizan (Kak Iffa), Razlan (Lan)

::Akan aku ceritakan kisah-kisah aku dan kamu semua. Cerita suka dan duka. yang gembira, yang menyayat hati dan yang menyakitkan hati. Itu semua kenangan terindah dalam hidup yang tak kan dapat aku beli dan peroleh di mana2. terima kasih semua dan maafkan aku kalau aku pernah berlaku buruk dan menyakitkan hati kamu semua. Ya Allah... sedihnya...
~emo~ seketika di waktu2 berbuke ini...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin