Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com
Showing posts with label ~emo~. Show all posts
Showing posts with label ~emo~. Show all posts

18.8.10

Ada tak?

Ada tak suami yang malu pegang tangan isteri di khalayak ramai?
ADA TAK?

Ada tak suami dipertengahan jalan tinggalkan isteri ikut kawan-kawan?
ADA TAK?

Ada tak suami yang seakan malu untuk berjalan dengan isteri?
ADA TAK?


::Kadang-kadang saya terfikir, adakah saya perempuan yang bergelar isteri yang dimaksudkan itu?

16.6.10

Mari belajar tentang EMOSI



Emosi adalah perasaan intens yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Emosi adalah reaksi terhadap seseorang atau kejadian. Emosi dapat ditunjukkan ketika merasa senang mengenai sesuatu, marah kepada seseorang, ataupun takut terhadap sesuatu.

Kata "emosi" diturunkan dari kata bahasa Perancis; émotion. Kebanyakan ahli yakin bahawa emosi lebih cepat berlalu daripada suasana hati. Sebagai contoh, bila seseorang bersikap kasar, manusia akan merasa marah. Perasaan intens kemarahan tersebut mungkin datang dan pergi dengan cukup cepat tetapi ketika sedang dalam suasana hati yang buruk, seseorang dapat merasa tidak enak untuk beberapa jam. (Sumber wikipedia)

Anda penah jumpa atau kenal atau berurusan atau berhubung atau sememangnya mempunyai saudara yang ber'emosi'? Biarkan saja mereka dengan labu-labu mereka. Mari kita beramai-ramai respect pada orang yang pandai mengawal emosi serta bersikap profesional dalam kehidupan. Saya selalu pesan pada diri sendiri, cermin dan muhasabah diri sebelum menunding jari atau mengata orang lain. Kawal emosi sebab orang lainpun ada hati dan perasan. Mereka juga boleh ber'emosi'.

pesanan penaja : please don't become so "emo poster child" with me! menyampah sungguh aku. tsk giler labu labi tau tak!

2.4.10

Comment FaceBook yang Kurang Membina

Salams to all...

Memang banyakkan dugaan orang yang nak kawin ni. lagi2 dah nak dekat lagilah banyak dugaannya. So setiap b2b kene bersedia mental dan fizikal.

Semalam saya terima komen ini di FB saya;
"sapa yg getting married ni... mcm kenal nama tu.....betul ke dah nk kawin, x menyesal ke....dah habis fikir....lama lagi la tarikh tu, wat per awal2 nak block date tu, poyo je....
anyway jgn gaduh2 kalau dah nak kawin, ha ha....dpt teka tak sapa tulis ni....."
terkejut gak saya. dalam pada meneka siapa gerangan orang yang menulis di sebalik ID kak Ina ni, kak ina datang pada saya dan minta maaf. Dia cakap bukan dia yang tulis. Dia tak nak saya salah faham. Saya tahu, bukan kak ina yang tulis sebab saya kenal kak ina. di office kami memang rapat dan kak ina tak kan tergamak menulis komen yang macam ni. so saya tanya kak ina, siapa yang tulis? Kak ina buat muka serba salah. Dia cakap dia takut nak bagitau. Saya cakap dari enchek tunang baca dan ingat dia yang tulis baik kak ina bagitau sebab nanti saya boleh jelaskan pada enchek tunang perkara sebenar. So kak ina pun bagitau saya siapa yang tulis komen tu. terkesima jap saya. Ya Allah, sungguh saya tak sangka. Saya tak pernah sangka orang yang kak ina sebut namanya itu yang bagi komen macam tu. sedih saya sebab saya baik dengan dia. sangat baik dan mesra. kenapa didepan saya dia berpura-pura tapi kat belakang dia cakap sebaliknya. menyesalnya saya. Saya hanya mampu berdoa dan mohon pada Allah agar kuatkan semangat saya. Doakan saya juga ya!


pesanan penaja : inilah senario bekerja di gomen, banyak sangat mulut yang nak cakap pasal hal kita. semuanya sibuk badan. tsk!

25.3.10

Pesan Untuk Kawan

Saya adalah sangat sakit hati 2 3 hari ini sehingga ilmu yang ditimba terasa sangat susah mau masuk. Kenapa mesti berdrama di depan saya? Kenapa mesti menidakkan yang ia? Saya kisah apa. Sebagai kawan, saya adalah manusia yang cukup terbuka. Itu hak individu bagi saya. Sekali lagi kenapa mesti berdrama.

Buat kawan,
Tolong kembali kepada diri asal kamu. Kamu yang aku kenal dulu tidak seperti ini. Kenapa perlu berubah hanya kerana kehadiran orang baru. Mungkin kamu sedang berasa bahagia dengan perhubungan itu, cuma jangan buat orang sekitar kamu berasa jelik dan geli. Please yer. Saya sangat tidak boleh menahan perasan saya dan pada hari ini, di hari akhir kita menimba ilmu saya telah membuat muka tak puas hati dan bengang saya. Saya mintak maaf untuk itu. Bukan saya sengajakan tapi itu tindakan spontan saya dan saya juga rasa kalau orang lain ditempat saya, mereka turut akan menunjukkan reaksi sama seperti saya. So, sorry sekali lagi. Tolong jangan jadi seperti 2 3 hari ini ya. Saya sangat geli melihatnya.

Sekian.
Inila pesan seorang kawan kepada kawan yang lain.
Harap kamu faham maksud aku.

18.2.10

Hati yang kecik bertambah kecik


Hari ni hati saya yg kecik bertambah kecik dengan kelakuan 'orang itu'.
Saya tahu awak malu bertemankan saya. Saya tahu saya bukan seorang yang boleh awak banggakan. Saya tahu saya banyak kurang dari lebihnya.
Namun saya masih bangga menjadi diri saya.
Kenapa dulu cakap mahu dan sekarang rasa malu?
Diakah yang pasti untuk ku Ya Allah.
Orang yang tidak pandai menghargai aku.
Cemburunya dengan mereka semua yang sedang seronok merencana Hari Bahagia.
Semoga kalian bertemu sejahtera dan bahagia. Jangan lupe doakan saya juga ya!

4.2.10

kisah BAHAGIA yang kemudian bertukar PILU la pulak!

Hari ni dapat lah settle kan beberapa perkara yang ada kene mengena dengan Hari Bahagia. Dapat beli kain untuk penyepit dan pengepit, dapat deal dengan katering untuk tukar pelamin dari standard ke yang ala2 kerusi mawi. hehehehe... Dapat deal dengan my makcik untuk siapkan baju nikah enchek tunang lebih awal sebab nak bagi sebagai hantaran masa enchek tunang and family datang anta belanje penuh 28hb Februari nanti. so sgt suke hati. dapat tempah coklat yang pelbagai bentuk dan siap dengan nama kat Ain (my friend; pali wife) dengan harga yang sgt murah yang Ain cakap harga kawan2. hehehehe.... so sukee hati. then apa lagi, setiap kejayaan saya lapor kat enchek tunang yang jauh di mata tapi dekat dihati (sebab dia skang kat Langkawi. huhuhuhu..) feedback yang saya dapat balik amat mengecewakan dan bleh buat saya kecik hati. bila dapat msg, ayat ringkas je yang saya terima "mmm... ok." tak pun "oklah tu" dan kadang2 tak dapat feedback lansung. terasanya hati yang tawar ni. sedih sgt. tapi saya fikir +ve. mungkin enchek tunang sedang sibuk berkhursus dan tak sempat nak reply msg panjang2.

baru je tadi dia call, dan dengan suka hati saya jawab untuk membuat laporan semua kejayaan dan kegembiraan saya arini. mesti best! tapi tetap hampa dan kecewa. jawapan balas yang saya terima dari enchek tunang tetap sama macam yang saya dapat dalam msg sebelum ni. menitik airmata.

takpe lah wahidah, teruskan kejayaan dan kegembiraan anda hari ni. yang penting u have done something yang dapat buat hari bahagia yang diimpi jadi kenyataan satu hari nanti. ameeennn... (sedang berusaha mengubat hati dan kuatkan diri)

::memang semua ke lelaki macam ni??::


::kain untuk penyepit dan pengepit. merah kesukaan hati. ada jalur2 sket. murah but look expensive gitu. macam yer je kan. hehehehe...::


::kerusi ala mawi yang saya cakapkan tu; macam ni ler bentuknya. suke hati.. heaven nyeee saya rasa..::

.gambar pelamin ciplak dari rins suzana, arjuna cipta & wedding by sher. credit to all.

25.12.09

mudahnya manusia itu lupe

jiwa aku terlalu kosong,beku.pahit untuk aku telan semua ni.tapi semua telah tertulis dan ditakdirkan oleh Allah untuk ku.aku pasrah dan redha.Ya Allah,kenapa kau duga aku sebegini hebat Ya Allah.Aku tak kuat seperti yang semua orang sangkakan.Dia aku letak terlalu agung dihati.Orang yang bakal mengemudikan pelayaran hidupku sampai aku mati tapi kenapa kepercayaan yang aku beri diganti dengan pengkhianatan hubungan suci ini.lulur hati.jiwa kosong dan rasa seperti dibunuh diri aku ini tatkala aku tahu apa yang dilakukan dibelakangku. Subhanallah...

Besarnya dugaan mu Ya Allah.Apa yang perlu aku lakukan lagi.Musnah semua harapan dan impian yang aku bina selama ini.Semua persiapan sudah aku lakukan.Adakah aku boleh memaafkan dan terus meletakkan harapan pada orang yang sudah mengkhianati diriku ini.
Subhanallah...

11.12.09

adakah aku BODOH?

rasa sangat bodoh sehingga melakukan perkara yang bodoh. kenapa mesti ada connection dengan orang yang sama bodoh? kenapa mesti jumpa dengan orang bodoh. dunia ni penuh dengan orang bodoh ker? atau aku yang sangat bodoh sampai rasa semua yang aku buat, yang aku jumpa adalah bodoh. its true; aku memang bodoh!

orang bodoh macam aku tak perlu hidup dalam dunia yang hebat ni. kalau lah boleh aku pergi dari dunia ni tanpa menyusahkan orang lain kat sekeliling aku. kalaulah...

8.11.09

Kurang 8.Bulan je lagi

ok! memang tak banyak masa yang tinggal untuk saya membuat persiapan. tapi dalam hati selalu cakap lambat lagi. kurang 8 bulan je lagi tapi takdak satu happa pun yang saya dah buat. serius! ini serius....! apa yang penting? KERJASAMA! tapi saya tak mendapat kerjasama dari enchek tunang. dia adalah tersangat sibuk dengan jadual coaching nya dan benda2 lain yang sememangnya menjadi penghalang untuk kami duduk berbincang dan BEKERJASAMA. jangan nak kata duduk berbincang dan bekerjasama, nak kuar dating ujung minggu pun susah. dating dengan meja usang je saya tiap-tiap ujung minggu. cuba bayangkan betapa bosannya idup saya. cuba bayangkan! tapi saya selalu buat tak tahu dan redha. malas mau pikir banyak2. buat kepala serabut. kalau jadi, maka jadilah (kunfayakun). kehidupan sehari-hari kat dunia ni kan dah tertulis (bunyi macam orang hampa ja..) so let time do all the work (apakah??)

tiba-tiba hati dalam ada cakap bisik-bisik, kalau tak mau kawin boleh tak???
~dalam dilema dan segala keputusan perlu dipertimbangkan~

31.10.09

Entri ke-100 yg berEMOSI. kalaulah...

kalaulah aku boleh turn back the time. kalaulah...

kalaulah aku boleh decide what best for my life and just says "adakadabra ka boom" and semua yang terbaik yang aku impikan akan jadi kenyataan. kalaulah...

kalaulah meja usang kat opis ni boleh bersuara, tentu2 dia akan cakap, "ko ni takde life selain datang opis 7ari seminggu dan boleh tak kalau kau biarkan aku berehat sehari. sehari pun cukupla. kalaulah...

kalaulah aku ada keupayaan untuk buat hidup aku lebih bermakna dari sekarang ni. kalaulah...

kalaulah aku boleh buat keputusan yang muktamad dan bersedia untuk jalani hidup ni sorang diri. kalaulah...

kalaulah aku boleh..., kalaulah aku mampu..., kalaulah ada..., kalaulah...
http://emo.huhiho.com

7.10.09

Tak Ber"ETIKA" lansung!!

Entri ini telah di'edit' dengan meng'tut'kan ayat2 yang enchek tunang cakap kasar dan tak elok.so i dengar cakap my tunang okie...(saya budak baik,sebab tu enchek tunang sayang).demi teguran enchek tunang saya meng'sensored'kan ayat2 yang dirasakan telah menguris hati orang yang terasa itu (peduli apa aku kalau ko terasa.aku cakap benda yang betul,sebab tu ko terasakan? hah!)

Baru balik dari mesyuarat dan masih bengang. Bengang dengan orang yang takde otak dan b**g*k nak m****s.takde etika lansung. kalau korang tak suka duduk dalam meeting dan dengar agenda yang dibincangkan, dengan segala tidak hormatnya korang bleh ber**b*s keluar dari bilik meeting tu! ini tak. korang borak-borak,tak menghormati pengerusi, ketawa kuat-kuat, tulis2 atas kertas, cakap sok sek sok sek kat belakang, dah macam pompuan plak perangai. padahal ko tu j**tan yang sepatutnya lebih mudah mengawal emosi. tak belajar ke etika dalam mesyuarat masa sekolah dulu?? kalau nak menyuarakan pendapat atau ada rasa tidak senang hati dan sebagainya, angkat tangan dan cakap "maaf saya ingin mencelah/menyuarakan pandangan". macam tu lah t***l! bukan sound2 belakang. nak tengok muke orang tak beretika macam korang pun aku dah rasa cam nak muntah. korang ingat korang hebat ke? baru sekali pandangan/cadangan disangkal dan ditolak terus nak melenting dan taknak bagi kerjasama. APAKAH??? ingat dah matang, dah dewasa,tapi perangai macam budak sekolah tadika. kalau ada seminar/kursus tentang adab-adab dan etika bermesyuarat, aku akan pastikan korang diwajibkan pergi.


Pesanan penaja : sebab saya cakap benda betul lah orang yang tak ber'etika' tu terasa!!tau pun terasa.rasa-rasa orang yang ada sekali dan makhluk yang chair meeting tu, ada kamu-kamu pikir?!

2.10.09

Jangan Bilang Siapa Siapa

Mungkin aku memang seorang yang banyak cakap.potpet sana potpet sini.membebel tak kira masa tapi telah berjanji dengan diri untuk satu kerja yang sedang aku buat dan uruskan ni,aku tak nak bilang siapa siapa.mau jaga hati sendri dan jaga hati semua.tadi ada orang dah nampak apa yang dah aku buat hari ni untuk sesuatu yang aku tak nak bilang siapa siapa tu dan sekali lagi hati ini dilukai (aduh ayat 'dilukai' tuh.jiwang tahap dewa dewi.tsk!). tapi aku buat slumber jek.lantak lah hang nak habaq apa.aku bukan susahkan hang pun dengan urusan2 aku ni.so mind u'r own business kay little fella.

~ADIOS~

6.9.09

Memori Otak-Otak Kempas

Akibat daripada tidak berbuat apa dan tak puasa (opss... alamak, satu dunia dah tau dah ni yang saya tak pose arini. hiks!) atas sebab yang bleh diterima agama dan makhluk dunia ok..., saya telah mengemas-ngemas bilik yang macam tongkak pecah itu untuk kelihatan seperti syurga kecil tempat sleeping ugly tido. tsk!

Dalam pada kemas dan kemas itu, saya telah terjumpa satu frame yang mana di dalamnya terdapat gambar kengkawan saya semasa saya belajar di UTM Skudai dolu2. Budak2 planning yang berkepala separa gile. Bergua di dalam bilik puaka yang digelar studio yang amat membunuh kami semua sebab every year kene struggle macam nak giler untuk skor studio kalu tak memang pointer jatuh punyer. saya rindu pada moment2 itu semua. tido dalam studio, bersosial dalam studio bersama-sama rakan yang sekepala (ada gak yang tak sekepala. lagak alim tapi pembekal cd lucah sebenarnya. tolong angkat tgn pada sesiapa yang terasa..)

Macam2 peel ada dalam kelas saya. Ada tahun naik dan jatuh. semua tu bile saya kenang buat saya tersenyum sendiri. skang ni semua dah bekerja. ada yang dah jadi cikgu, pegawai perancang kat pbt dan jpbd, ada yang sambung master dan jadi lecturer, ada yang jadi tutor, ada yang buat master kat luar negara. merata kengkawan saya pergi. saya harap sgt semua berjaya dan tak lupekan saya sebab dorang semua sentiasa ada dalam hati saya. saya rindu masa belajar dulu. tak sama dgn bekerja. walaupun kadang2 kene ikat perut sebab biasiswa lambat masuk ataupun ptptn buat hal saje tak release loan awal sem, tapi tu semua yang buat kenangan tu bermakna.

Atas sekali: Rozaidi (Eddy), Afariza (Kak Affa), Tuang Fairuz (Abg.Sir), Khalthum (Chom), Norwahidah (Awet), Ridhwan Sukri (Wan Bah), Chua Jenny (Jenny), Noryadi (Yad), Nor Azira (Zira), Hakimah (Akiemz), Noranisa (Anis)
Baris Kedua: Wan Rahim (Eim), Norazima (Kak Eima), Norashikin (Kak Eikin), Azliza (Kak Jah), Zuhaila (Kak Illa), Intan Afida (Intan), Lew Peik Yin (Peik Yin), Mimi (Kak Mimi), Siti Saufia (DD), M.Hafiz (Abg.Apis), Sam Roi (Sam)
Baris Ketiga: Wan Md.Hazlin Agyl (Along), Mareem Muneera (Yam), M.Yaseer (Yaseer), Kee Wooi Lin (Wooi Lin), S.Suresh (Suresh), Gobi Krishna (Gobe), Sabry (Abg.Sabry), Hazura (Kak Zura), Kamaruddin Sharif (Abg.Ud), Nora (Noor)
Baris Keempat: Suryati (Sue), Nurwani (Wani), Heng Mei Jee (M.J), Shahmi (Abg.Shahmi), Ebby Saiful (Ebby), Fadhlina (Kak Fadh), Hairudin (Hai), A.Fauzi (Fauzi), Norleeza (Aleez), M.Harman (Man), M.Hasmadi (Tsek)
Baris Kelima: Kassim (Abg.Kas), Ruzanna (Jenn), Augus Tamanning (Abg.Agus), Nor Azlin (Kak Lin), Tuan Junira (Kak Jue), Low Kai Yeen (Kai Yeen), M.Hussaini (Sani), Siti Zubaidah (Ajue), Aini (Kak Ain), Ifarizan (Kak Iffa), Razlan (Lan)

::Akan aku ceritakan kisah-kisah aku dan kamu semua. Cerita suka dan duka. yang gembira, yang menyayat hati dan yang menyakitkan hati. Itu semua kenangan terindah dalam hidup yang tak kan dapat aku beli dan peroleh di mana2. terima kasih semua dan maafkan aku kalau aku pernah berlaku buruk dan menyakitkan hati kamu semua. Ya Allah... sedihnya...
~emo~ seketika di waktu2 berbuke ini...

Saturday yang....

Best word to describe my Saturday (5/9/09):

WORST!!!

No mood to talk. No mood to do anything. Just wanna take a nap.
Hoping that tomorrow gonna be better.
Always!

::kenapa mesti ada perasaan ni. hari ni sepatutnya indah dan jadi kenangan yang boleh buat aku tersenyum. ke aku dah tersalah? salah dalam banyak hal. hal dunia kini dan masa akan datang. buntu untuk seketika. semakin aku tolak perasaan ni, semakin kuat ia datang dalam diri. itulah aku yang sukar dijangka dan selalu menyusahkan semua orang yang hadir dalam hidup aku ni.

29.8.09

.Aku Rindu Papa.

Semalam, aku berbuke puasa kat rumah mak ngah. semua kuaga ada. berkumpul camni memang best sebab dapat jumpa semua makcik2 and pakcik2 and also my cousins yang dah besar panjang and bekerja. nak dapat jumpa memang susah. Sepupu aku Lyd; yang paling rapat dengan aku skang ni dah jadi lecturer kat MasterSkill. sambil tu dia tgh buat Phd kat UIA. kalau dulu selalu gak kitorang kuar bersantai2 pi makan mc'd atau sekurang2nya gi MPH kat bangsar untuk baca buku. dah tutup pun MHP kat bangsar tu skang ni. nampak sgt masa pantas berlalu.

lepas habis berbuke, semua cari kesempatan untuk berkongsi-kongsi cerita. dan semalam, aku telah jadi tumpuan utama. semua tanya kenapa badan dah nampak berisi. huh!! tsk! mana ada isi. kat badan ni semua lemak tau tak. benci betul! dan soalan yang paling famous amous semalam adalah, bile nak kawin. aduh... ini satu lagi soalan yang malas tul nak jawab sebab aku ngan enchek tunang tak conform lagi nak buat bulan bape. sabor2 yer... nanti teman kabo kan kalu dah conform.

pastu tetiba mak ngah aku dah bukak cerita pasal papa and tanya; 'dah bawak tunang nye gi kubur papa??'

aku terdiam. soalan yang tak dapat aku jawab. aku ambil masa dan kemudian aku menggelengkan kepala.

Mak ngah pesan, jgn lupe bawak tunang tu gi kubur papa. papa pun mesti nak tgk siapa bakal suami awet (nama panggilan aku dalam kuaga). aku tertunduk lagi. berat betul nak angkat kepala tika tu. semua mata tertumpu kat aku. rasa macam pesalah yang sedang dibicarakan je.

lepas mak ngah ambil peranan menasihatkan aku, cik yah pulak bersuara. 'papa penah pesan dulu pada cik yah. tgk2 kan korang adik beradik kalau dia takde. papa korang tu kebanggaan kuaga. korang tau tak semua tu? mesti nenek penah ceritakan kat awet pasal papa?'

Aku menggeleng. 'tak pernah.' jawab aku.

Cik yah pun mulakan cerita. semua pasang telinga. suasana yang riuh sebentar tadi dah jadi macam suasana malaikat lalu naik skuter. tsk!

kata cikyah, papa antara anak melayu pertama pada zaman dia dulu yang dapat masuk sekolah inggeris (sekolah omputeh ler tu..). tapi datuk tak izinkan sebab datuk aku memang terkenal dengan pegangan agama yang kuat. atuk dulu adalah imam dan ustaz kat Pantai Dalam tu. bagi dia, pendidikan agama dah cukup, sekolah inggeris tak memberikan apa2 faedah pun. tapi papa degil, papa teruskan juga masuk sekolah inggeris dengan bantuan nenek. arwah nenek aku adalah manusia yang paling sporting dalam dunia. aku rindu nenek. nenek berkebun, ambil upah cuci baju, ambil upah bersihkan kebun orang semata-mata untuk masukkan papa kat sekolah inggeris. itu yang cik yah cerita.

Cik yah juga cakap, papa aku pandai main alat musik. cakap je alat musik apa, semua papa tahu main. biola, piano, gitar, harmonica, seruling, seksafon, drum, cakap je apa semua papa mahir. dalam pada masa yang sama, aku lihat mama tersandar kat tepi pintu bilik angah sambil mendengar dan tertunduk. tentu mama jugak sedih dan sebak macam aku. macam2 cerita malam semalam yang aku dengar tentang papa. aku kagum dan bangga sebentar sebab jadi anak papa. anak kesayangan papa. anak yang paling rapat dengan papa.

papa pergi tinggalkan aku dan dunia ni waktu aku dajah 3 lagi. aku masih ingat tarikh keramat tu; 31 Januari 1992. aku baru berusia 9tahun waktu tu. aku belum kenal erti kematian dan kehilangan. waktu papa pergi, aku tak menangis. aku tak rasa pun kehilangan dan kesedihan tu. aku cuma mula terasa waktu aku masuk darjah 5. mungkin sebab waktu tu aku dah ada akal dan kenal erti kehilangan. kat sekolah, setiap kali surat yang perlukan tandatangan penjaga, surat aku mesti mama yang tandatangankan. kawan2 lain semuanya tandatangan ayah. aku sedih waktu tu. pernah satu ketika, aku diarah untuk membuat karangan tentang bapa. karangan tentang percutian yang paling disukai bersama bapa. aku tak hantar pun karangan tu dan aku dimarah cikgu. dengan linangan airmata aku menjawab pada cikgu bahawa aku tak pernah pergi bercuti dengan bapa sebab bapa aku dah tiada. cikgu terdiam dan suruh aku duduk semula.

Ya Allah, aku rindu benar pada papa. Sedih bila ingatkan yang hari bahagia ku nanti tak dapat aku kongsi dengan papa. kalau boleh, aku nak papa sendiri yang menikahkan aku dengan superman hatiku itu. aku nak papa sendiri yang menyerahkan tanganku pada suamiku tanda tanggungjawabnya sudah diberikan pada suami ku. tapi itu semua hanya impian yang tidak mungkin terlaksana. aku tahu itu dan aku redha... m(!_!)m

25.8.09

Superman Bertukar Menjadi Jaga

Atas sebab-sebab yang tak dapat diterima oleh akal yang waras makanya Superman hati dah submit resignation letter and nak tukar profession menjadi seorang jaga. Mungkin sebab terlalu banyak kes jenayah yang berlaku kebelakangan ini makanya Superman sudah tidak mahu menjadi lelaki'terlalu ku lagi tetapi ingin berkhidmat di kedai-kedai emas. tsk!


Bertukar menjadi


:sgt suke merepek. Yang kuat merepek itu saya!
~emo~ seketika m(_._)m

11.8.09

Setelah kau BAKAR hatiku (ceh, jiwang karat tul!)

hai manusia ciptaan Allah yang bernama BAKAR. kau nak ape lagi dgn aku hah s*t**!!! dulu kau yang bakar aku sampai aku jadi itam rentung macam ni. skang lepas lelaki'terlalu (superman) hati ku menyelamatkan aku dan menyapu whitening lotion kat badan aku, aku sudah tidak se'itam dulu, baru ko nak terhegeh2 cakap cinta sama aku. apa erti cinta yang kau paham??? tak abis2 kau nak musnahkan idup aku. ari2 ko msg aku, cube call aku. wei, ko dah banyak duit sgt ker hah!! baik ko simpan kredit ko tu untuk minah rempit yang suke tonggeng atas moto kapcai ko tu sampai nampak lurah gunung t*h* nya itu. aku bahagia dengan lelaki'terlalu ku itu. Nyah kau dari sini! kang aku baca mentera semerah padi yang aku belajar kat gunung si mambang kang. terus ilang kau dari ini dunia. apa kau mahu?!!

6.8.09

BONGOK, BEBAL, BUDOH, BENCI, BANGANG!!!!!!!!!

GERAM TUL LAH! SUKE HATI AKU LAH AKU NAK KAWIN NGAN SAPE. AKU NAK KAWAN NGAN SAPE. AKU NAK BERCINTA NGAN SAPE. KO SUSAH APE? KO KER YANG BAGI AKU MAKAN? MAK AKU TAK CAKAP APE2 KO PLAK YANG LEBIH2 NAK TENTUKAN JODOH AKU. PERGI AR CARI KEJE YANG BERFAEDAH SKET DARI NAK CAKAP PERIHAL ORANG JE. KUTUK ORANG SANA, KUTUK ORANG SINI. BENGANG TUL AKU!


DAH LAH TAK BLEH NAK WAT KEJE ARINI. SESUNGUT KAT PERUT NI LAGI. BONGOK TUL! WAT AKU MENCARUT JE TENGAH2 HARI BUTA NI. AKU TAK SUKE NAK CAKAP CAM NI TAPI HATI AKU SAKIT BETUL DGN KO WAHAI MANUSIA BERMULUT BUSUK TAMBAH AIR LIUR TAK PERNAH ABIS ASIK NAK CAKAP AND KUTUK ORANG JER. AKU BENCI KO TAPI KO TAK KAN PENAH TAHU SEBAB AKU MENGAKU YANG AKU HIPOKRIT. AKU BENCI KAU WAHAI MANUSIA YANG BERLAGAK CAM BAGUS DAN AKU CINTA SUPERMAN HATI KU. PEDULI APA ORANG NAK KATA.

SUBAHANALLLAH, ASTAGFIRULLAH HAL'AZIM.... (maafkan aku Ya Allah kerana mencarut begini)

4.8.09

Suka dengan entry Puan Bunga (Surat dari Perempuan)

to Puan Bunga and her bee : i pinjam kata-kata u ni coz its really menyentuh perasaan. i like! Menjilat jari... sgt cumburui...

Salam,
Cinta…
(semoga cinta berada didalam lindungan dan limpah kurnia yang maha Esa)

Cinta,
Bukan mudah menjadi perempuan dalam hidup kamu.
Dan bukan mudah untuk saya menjadi perempuan dalam hidup kamu.
Namakan apa jua kesakitan dan kepedihan, saya sudah merasainya.

Cinta,
Sudah sedekad usia saya menjadi perempuan dalam hidup kamu,
Dan sedekad itu,
Mengajar saya pelbagai perasaan…
Saya tahu ketawa,
Saya tahu menangis,
Saya tahu tersentuh,
Saya tahu merajuk,
Saya tahu bahagia,
Saya tahu derita,
Saya tahu bangga,
Saya tahu terhina.

Namun yang paling berharga, saya bertuah kerana saya bisa hidup dan menyaksikan seorang lelaki berjuang perasaan dan taqdir untuk hidup bersama cinta saya. Saya sendiri merasai pengalaman dan hebatnya perasaan dikurniakan Tuhan cinta sejati.

Saya bertuah melihat kamu cinta yang hebat.
Saya melihat kamu menangis dalam ketenangan kamu.
Saya melihat Allah anugerahkan kamu sifat sabar yang ulung.
Saya melihat Allah kurniakan kamu sifat penyayang yang sangat agung.
Saya melihat Allah hiasi kamu dengan akhlak yang sentiasa buat saya bangga mejadi perempuan dalam hidup kamu…

Cinta,
Bila kamu mengambil keputusan untuk menikahi saya dan meninggalkan segala kesenangan dunia untuk hidup menjadi suami saya,
Di saat itu saya sudah berjanji dengan diri sendiri—LILLAHI TA’ALA…
Bahawa saya akan hidup dalam setiap nafas kamu,
Saya dukung cinta kamu kerana Allah,
Akan saya perjuangkan keranaNya juga…
Saya akan berjuang dengan setiap daya dan upaya yang saya ada…
Maruah dan cinta ini akan saya abadikan dalam darah yang mengalir dalam diri saya…

Duhai cinta,
Suami isterilah kita di syurga Allah kelak…


Benar,
PEREMPUAN



: sesungguhnya bertuah lebah mu kerana memiliki bunga yang secantik, seindah dan sewangi mu. cukup sempurna zahir dan batinnya. sungguh, aku benar-benar tersentuh...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin