Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

28.1.10

.Hantaran.

Best tgk orang buat hantaran and salute org yang kreatif dan pandai buat hantaran. Tgn saya adalah tgn bangku dalam erti kata lain memang takde seni. So untuk gubahan hantaran nanti mau serah pada yang pakar yang lain dan tidak bukan, my untie; Cikna. Seorang yang kreatif tahap dewa dewi. Sentuhan selalu cun memanjang. Cumburu haku!

Dalam perjanjian kedua pihak (my pihak and enchek tunang punya pihak), memang takde hantaran. Takde sepersalinan bagai. Mama cakap BERSIH. Bermaksud duit hantaran je yang wajib tapi depa tak halang la kalu saya dan enchek tunang gatai nak gak wat hataran. Kos sendiri tanggung ar... huhhuuuu... Depa Kejam Sungguh!

Kerana mereka kejam, oleh itu kami berdua pun berlaku kejam terhadap diri sendiri dengan berjanji untuk berbalas hantaran walaupun kami kekurangan budget untuk beli barang hantaran. Kejam sungguh kan? hehehehe... padan ngan mukahaku.

Antaran barang yang nak dibuat hantaran adalah seperti (cewah! skema sungguh.):
1. Al-Quran (wajibalhunna)
2. Sejadah
3. Sirih Junjung
4. Minyak Wangi
5. Wet Suit
5. Jam Tangan
7. Coklat
8. Kek
9. Buah-buahan
10. etc (maksudnya tanya kat enchek tunang; "apa lagi lu mau??")

Hantaran untuk saya? Entah. Saya pun tak tau enchek tunang bagi apa. Boleh? Malas mau amik pusing, dia bagi saya amik sebab takde dalam perjanjian kan.. so kalu bilangan hantaran sama pun tak kisah gak sebenarnya. Saya rasa ler..betul ke? (+_+)blur*

27.1.10

Idea For Pre-Wedding Picture

Bila cakap pasal bergambar, saya memang *chiker. Pantang tgk camera, mesti nak bergambar. Pantang tgk orang nak bergambar, mesti terkedek-kedek lari cakap nak joint... nak joint... buruk prangai haku. tsk!

For hari bahagia, macam orang lain gak, saya teringin nak gi amik pre wedding picture. sgt sukeee... hehehehe... gatai! So session tu masih dalam perancangan dan peringkat survey. in door or out door doesn't matter. As long as dapat offer yang best!

thingking of jeans and t-shirt for pre wedding outfit. takmau fancy2 sgt. so ingat nak beli couple shirt from couple shirt store punyer blog. and this is the couple shirt design yang ada dalam kepala otak walaupun dorang offer banyak lagi design yang cantik2.


syarat untuk pre wedding adalah bersopan santun dan tidak OVER (ini posan mak den!) Baru pre-wedding jgn hengat macam dah lansung wedding nya. baik omak, den paham.

takmau extra touch or over touch (apakah?). Mau happening and gila2 punya action. takmau yang romantic and jiwa2 sebab nanti kalu jiwa kacau akan terus ajak enchek tunang kawin lari sebab dah tak sabar. hahahaha.... sekali lagi gatai!

So far setelah penat bertenet walking dan terjumpa lalu jatuh cinta dengan moment dalam gambar-gambar kat bawah ni. mostly in-door session kat dalam white studio. giler best macam giler kentang. hehehehe....

simple

simple yet elegance

s.m.a.r.t

action melompat lebih tinggi adalah wajib, heeee

simple and fun and funny = happening

love the red sofa in white studio room
(plz ignore the lovely couple - info : the lady is my TKP. kantoi!!)


outdoor session yang tak over sgt. theee


*chiker : kegilaan bergambar sampai bleh masuk tanjung rambutan especially amik gambar sendiri. hahahaha....

p/s : all pictures above - credit to wow photo studio, ahmad fairus FB and WLT blog. love it!

24.1.10

Baju Bertandang Keluarga

Hari ni keluar dengan enchek tunang beli baju bertandang keluarga dia. untuk adik beradik dan Tasha Montel (anak buah enchek tunang) kitorang decide beli kain cotton. Pilih corak bunga yang kecil dan warna merah-merah pink. Nice gak but actually saya dah berkenan dengan satu design ni tapi dah abis dah. sedey. tanya kakak kat Nagoya tu dia cakap dah takde stok dah. so nak tak nak beli je apa yang ada walaupun rasa cam tak puas hati sgt. For mother in-law to be, saya pilih kain pure china silk. nice! suka kain ni. bunga dia pun tak crowded sgt. simple and sweet jek. kain sutera cina ni tak panas so akan sedap lah bile bakal omak mertuo den pakai nanti.. (salah slang lah plak. my mak mertua orang perak, bukan nogori. hehehehe)

for my family, dah lama dah saya beli. warna merah terang. my mum ni cam moden sket. ala-ala mak datinssss... so baju kene vogue. tak vogue mama bilang tamau. huh! demanding sungguh. so settle satu kerja. skang tinggal enchek tunang bawak balik kampung dan bagi kat omak dia untuk ditempah menjadi baju. jap gi mau amik gambar kain yang saya beli and upload kat blog saya. tadi lupe sebab ke hulu ke hilir dengan enchek tunang sebab tak puas hati selagi tak dapat corak kain cotton yang saya nak tu. dari kamdar, masuk plak kat nagoya yang kat simpang jual banyak2 selendang tu, pastu pergi plak kat nagoya sebelah globe, patah balik kat nagoya kat simpang tu, pastu gi balik kat nagoya kat tepi globe tu. last2 beli kain cotton kat nagoya yang kat tepi globe tu dan emak punyer kitorang jumpa kain sutera best tu kat nagoya kat simpang tu. oh oh so complicated! offcoz lah kan, kata nak yang the best!

Mau Banding Harga
-ini untuk rujukan semua lah. kalau rasa nak beli kain cotton, saya suggest beli kat nagoya. semeter rm7 jek. saya rasa material dia sama jek dengan kain cotton kat Kamdar. Kamdar jual kain cotton semeter RM12. kalu ada less pun paling coman dapat rm10++. with same material and quality (i guess ler) and beside design kat nagoya lagi cantik2 compared with kamdar punyer kain cotton. what ever it is, kalu u dah berkenan dengan mana2 kain, jangan tunggu2. zappPp je terus (maksudnya mintak lah promoter tu potong and gi bayar terus. jangan pandang belakang lagi. hehehehe... nanti menyesal kemudian hari, macam saya ni.)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin