Perempuan yang selalu asik dengan alam maya nya.
Yang selalu suka mengadu domba pada enchek tunangnya, pada blog pink macam 'famous amous'nya dan tidak lupa pada MEJA USANG yang sentiasa menjadi teman setia.
******************
Meja usang besar itu sudah lama benar menjadi idaman kalbu perempuan itu.
Impian perempuan itu untuk memiliki meja usang apabila tuannya pencen nanti akhirnya termakbul juga.
Kini perempuan itu adalah tuan baru bagi meja usang yang besar itu.
Bangga giler perempuan itu atas kejayaannya memiliki meja usang itu.
Lalu...
Perempuan itu selalu saja menyepahkan meja usangnya.
Ingin menunjukkan bahawasanya dia banyak kerja.
Perempuan itu selalu pura-pura sibuk di meja usangnya.
Padahal dia sedang asyik dan leka bermain game 'burger'.
Meja usang juga selalu menjadi tempat meletakkan kepala tatkala perempuan itu terlalu penat mengadap kotak ajaib nya.
Meja usang selalu menjadi saksi.
Saksi gelak ketawa,tangisan,keluh kesah,potpet potpet,mengadu domba,mengumpat mengata perempuan itu dan orang sekitarnya.
Meja usang lah peneman perempuan itu dihujung minggu. Kalau orang lain keluar ber'dating' dengan kekasih hati,perempuan itu akan tetap setia di sisi meja usangnya.
Perempuan itu terlalu asyik dengan meja usang yang belum sampai setahun menjadi teman setianya.
Jika ditakdirkan suatu hari nanti berpisah perempuan itu dan meja usangnya,pasti meja usang diingati kerana banyak jasanya.
Pasti akan dirindui kerana banyak kenangan dengannya.
Biarlah apa yang pernah terjadi dan dikongsi menjadi rahasia perempuan itu dan meja usangnya.
MEJA USANG,ketahuilah bahawasanya kau banyak berjasa.
Bagi PEREMPUAN ITU,kau tiada gantinya.

Pesanan Penaja : Sesungguhnya perempuan itu memang suka merepek sambil makan kerepek pisang tanduk yang sedap lagi lazat menjilat jari dan sesungguhnya juga perempuan itu dah takde kerja dan dah takde idea untuk meng'update' blog macam famous amous nya.tSk!