Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

19.10.09

MUET (Malaysia University English Test) = 5

Biler baca comment cik puan bunga dalam entri I'm Not Good in English tetiba rasa cam hebat English (huh!perasan.tSk!) sebab MUET cik puan bunga dapat 4 dan saya dapat 5.sama-sama plak tu amik 2 kali.tapi untuk pengetahuan anda semua,ada cerita disebalik MUET yang saya dapat 5. mau tahu rahasia dan ceritanya?

Mari saya ceritakan... (ala2 genre seram gitu)

Masa 1st time amik tu saya dapat 3.amik pun atas dasar nak lepas untuk graduasi je.sebab kalu tak amik MUET tak bleh nak grad.so amik main2 and dapat 3.bukan sembarangan 3 tau yang saya dapat.lagi 2 markah je saya bleh dapat 4.hebat tak?sila cakap hebat!

Lepas tu masa dok spread out the keputusan kat lecturer and kengkawan,ada sorang mamat yang tak berapa nak bagus tapi suke buat2 bagus datang.dengan tak bagi salam dia terus cakap.dapat 3 je,aku dapat 4 tau.oh okie...kira ko hebat ar kan.ingat nak salute dia tapi lepas tu biler tgk markah MUET dia yang dapat 4 tu terus hati dalam ada cakap "cit poodah!markah atas pagar.nasib ko baik je ko dapat 4 tu tau tak.kurang 1 markah ko dah sama je dengan aku.bongek!".tak abis dengan tu mamat poyo tu pi dok jaja-jaja markah MUET atas pagar dia tu.siap bleh compare2 plak tu dengan markah aku.binawe betul mamat tu.tapi apa yang paling buat aku nekad untuk amik MUET sekali lagi and nak challenge markah dia,sebab kata-kata dia ni "ko ni aku ingat hebat lah sgt.kata orang Key Ell kan.Sekolah Methodist lagi tu.biler cakap berabuk sampai tersedak2.public speaking giler hebat tah hengat.present dalam english.lecturer puji melambung,tapi MUET dapat 3.sama dengan orang lain.dengan bebudak kelate yang dok ber'klik-klik' dengan bahasa ibunda dorang yang org lain tak paham tuh!kalau ko hebat cuba gi amik sekali lagi.aku nak ko dapat paling koman 5 ar aku bagi..hahahahaha!!".

Pantang betul anak pak wahid ni kene cabar ko tau tak! So pas abis study and grad,aku pi daftar exam MUET sekali lagi.lepas daftar terus ajak mama gi Minerva dan Pustaka Mukmin kat Jlan TAR.tak abis dengan 2 kedai buku tu,aku pi MPH kat MidValley.mama dok turut je anak dia yang ada darah Hang Tuah ni sebab pantang betul biler dicabar (ceh!perasan darah Hang Tuah.bukan darah Hang Tuah tapi darah Abdul Wahid anak sadiq sepak raga.hahahaha!!) kat kedai-kedai buku tu aku beli semua buku MUET.cakap je jenama apa.Sasbadi? Pelangi? Fajar? Pelanduk? boleh dikatakan semua buku rujukan MUET keluaran semua syarikat aku beli.adalah dalam enam tujuh jenis.semangat punyer pasal lah ni.Abis gaji aku kerja kat RHB aku pakai.dahla receptionist jek keje nye.berapa sgtlah yang aku dapat.nasib baik ada mama yang tahu semangat aku masa tu tengah membara-bara so mama ada sponsor dua tiga buku untuk aku.

Semua buku yang aku beli abis aku buat ulangkaji.bukan takat buku,CD yang aku dapat sekali masa beli semua buku2 tu abis aku dgr.Siang malam aku ulangkaji.sampai partner aku masa keje receptionist kat RHB (kak umi) tegur, "Dik,ko ni tak penat ke aku tgk ari2 dok pegang buku je.Dalam train ko baca buku,dalam bas pun sama.apa yang ko dok tulis2 kat dalam buku tu dik?Ko ni sihat ke tak dik?".Concern betul kak umi kat aku.Sebab tu sampai skang aku masih contact dia.sebab kak umi memang happening abis.keje ngan dia ar yang paling aku rasa best banget!

So bile ari exam tibe,aku tawakal.macam2 dah aku buat.bukan takat makan buku,minum buku,tido buku,mandi buku (nampak sgt tipu,mana ada orang mandi bwk buku.huhhu..).Solat hajat,doa tiap kali solat pun aku dah buat so aku redah je.abis exam aku lega giler.idup dah kembali normal macam biasa sampai aku lupa yang aku ada amik exam MUET sebab biler dorang anta keputusan MUET kat aku aku terkejut macam beruk nampak pisang emas dibawa belayar.terlompat keriangan macam tenuk yang badannya separuh putih separuh itam.suke giler aku masa tu sebab aku target untuk dapat 4 je dan markah lebih sket dari mamat poyo tu pun dah cukup bagus dah untuk aku. tapi ni aku dapat 5.Lagi sket markah aku nak gi 6.hebat tak?hebat tak?kalu aku tak tido aku rasa bleh kot aku dapat 6.hehehehe...bukan dapat 6,nak amik exam MUET pun aku tak sempat agaknya sebab dah mati tak tido.

Biler dah dapat keputusan tu,aku pun ingat nak pi ar tayang and announce kat mamat cam bagus tu.biak dia terkujut dgn keputusan aku.tapi akhirnya aku gak yang terkujut beruk sekali lagi sebab mamat tu skang bukan takat MUET,dia dah amik exam kat British Council pun sebab nak sambung MAster kat luar negara,tak dapek ar makcik nak challenge mamat tu lagi tapi makcik dah daftar dah exam kat British Council untuk amik exam yang sama dengan mamat cam bagus tu.tak mau kalah dengan mamat tu.sebab dia bukan hebat sgt pun sebenarnya.nasib dia baik sket je dari orang lain.tapi dunia ni kat bulat.tak selalu kita akan ada kat atas dan tak selamanya kita kene pijak kat bawah.betul tak? (~emosi~ menguasai diri secara tiba2)


Moral of the Story : takyah layan orang yang suka berlagak cam mamat poyo nak m**p*s kat dalam citer aku tu sebab korang akan mengalami kerugian macam aku.MUET aku dapat 5 pun aku bleh watpe?aku dah grad dah masa tu.aku jaja untuk dapat kerja pun orang cam endah tak endah jek.lagipun markah yang korang dapat dalam apa2 exam tak mencerminkan apa sebab itu semua teori,apa yang penting adalah praktikalnya.~sekian dari penceramahan motivasi minggu ini.huhhu...tsk!~

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin