Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com
Showing posts with label Suke-suki. Show all posts
Showing posts with label Suke-suki. Show all posts

6.8.10

Konvensyen - Kalah tapi rasa macam Menang!

::EUREKA::

Rabu dan Khamis yang lalu Konvensyen KIK peringkat Wilayah Persekutuan diadakan di Putrajaya. So as a wakil agensi, kitorang kene masuk bertanding sebab kan kitorang menang aritu. Dengan poyo dan yakin nya kitorang gi tapi Kalah..... walaupun kami kalah! cewah... tapi kami tetap menang. Kami menang bergambar dan bergaya.... hahahahahaha....

Aku yang memang dari zaman sekolah dan zaman kolej lagi terkenal dengan chiker camera, sgt teruja bila nampak camera dan angle yang menarik untuk bergambar. apa lagi... terus posing tak ingat dan rasa teruja. hahahahaha... (kalu jenn tgk musti aku kene ketawa besar ngan dia)

Walau apa pun, aku hargai pengalaman yang aku dapat kat konvensyen ni. Tempat pertama dimenangi oleh Kastam. Baju diorang pun happening gak. so dah berangan nak buat sut yang sama. hehehehehe....





14.6.10

Canvas OK! and i LIKE!

Saya dan enchek tunang secara berduet telah pun membuat keputusan nak pilih gambar yang mana satu untuk kami print atas canvas nanti. dan gambar yang menjadi pujaan hati adalah gambar kami yang second kat entry sebelum ni. hehehehehe....

Mau lihat hasilnya. Kami bagi gambar yg tidak di'edit' serta tidak ter'cemar dan CandidSyndrome telah 'mencemar' dan 'mengeditnya' dengan baik dan suksessss maka, inilah hasilnya: jeng...jeng...jeng.....

::Saya suka gambar ni walaupun ianya simple. heeee..... =)

18.5.10

Prewedd saya dalam WHITEROOM

Love it! Like it! Mr.Lobaloba it!
muahahahahaha... i have done with my prewedd and tak sabar untuk berposing lagi. Enchek Tunang pun dah pandai posing skarang ni walaupun dulu macam2 alasan yang dia bagi kalau saya ajak bergambar sama. Tengok je lah gambar prewedd kami dan anda akan mengerti. saya plak yang nampak kekok dan control giler. tsk!

:click HERE to go to my photographer page and view more prewedd picas:

9.4.10

Idea Mangkuk Tingkat

Ada tak sesiapa tau mana nak dapat mangkuk tingkat yg macam kat gambar bawah ni? Dengan harga yang murah. Saya dapat idea untuk jadikan mangkuk tingkat ni sebagai salah satu "berkat" untuk bagi pada saudara mara belah Singapura yang tentu-tentu mereka datang dari jauh. So sebagai tanda TERIMA KASIH, saya dan mama bercadang nak bagi mereka "berkat" dan makanan untuk dibawa balik yg diletakkan dalam mangkuk tingkat yang macam kat bawah ni. Takmau yang besar sangat. nak yang kecik yang 3 tingkat je. Saya dah survey dah harga yang paling murah saya boleh dapat adalah RM15.90. Still mahal sebab nak beli dalam 50biji. Mmmm.... ada tak orang jual mangkuk tingkat ni secara online agaknya? Dah try google tapi hanya servis penghantaran makanan menggunakan mangkuk tingkat je yang saya jumpa. *sedey*...

::mangkuk tingkat silver yg macam ni::


::saya nak macam yang belah kanan sekali tu::


::kalu yang macam ni pun cantik gak::

Saya dapat idea ni dari page 'Martha'. Nanti tinggal ikat reben je kat mangkuk tingkat tu. Simple and nice kan macam gambar kat bawah ni. tapi yang ni dia guna tupperware je. hmmm... idea dan bantuan sila datang!!!

::cantik kan?::


::image di'save' dari pagi ini dan Martha::

24.3.10

Cendawan, Lalang @ Bunga

Sila cakap yang saya lukis itu adalah bunga yep!

Ini adalah gambar bilik yang telah dicat dan dilukis seperti yang dijanjikan semalam (cewah!!! tak hengat!) so skang ni anda semua adalah diminta untuk membuat penilaian sama ada yang saya lukis ini Cendawan kah?? Lalang kah?? atau Bunga kah??? huhhuuu...

Sila berpihak pada saya yep! Kalu tak saya tamau kawan. hihihihi....

::maaf sebab kualiti gambar yang tidak memuaskan::

-inspired by plus size kitten-

23.3.10

Kisah tentang bilik baru cat

nanti mau citer tentang bilik yang baru dicat. sgt kelakar macam tadika sebab ada lukisan bunga2. mama cakap cendawan tapi saya bangkang dan cakap yang saya lukis tu bunga. Adik plak masuk bilik, dia cakap saya lukis lalang. Lagi lah bengang. Punyerla cantik saya lukis bunga dia cakap saya lukis lalang! huh! wanna u guys to comment plak. Korang tengok lukisan saya tu korang nampak cam apa? hehehehe....

esok saya upload gambar dalam entri baru pasal bilik itu yer. sangat sibok berkursus untuk berfikiran lebih kreatif la konon skang ni. tsk!

6.2.10

Dr.Halina & Dr.Sheikh Engagement (Adore it Babe!)

Ciplak this vid from u tube. saje je nak letak coz terpesona dengan kejelitaan Dr.Halina dan ke'ensem'an Dr.Sheikh. Enjoy yep!




p/s: thanks to nawal from blog "Ini Perempuan Jujur" coz 1st time discovered vid ni dari blog dia and kemudian terus search dalam u tube.

Photography team : Candidsyndrome (congrats guys, u all done a great job!)

3.2.10

Kad Kawen Sendiri Bikin

Thanks to Eazy from Belog Cinta Dua Hati kerana announced pasal blog kad kawen D.I.Y. hehehehe....

Experiment kad kawen saya berjalan lancar dan jayanya. hehehehe... sukeee....

So skang for orang blok, saya dah ada kad kawen yang akan di'print' sendiri untuk diberi pada mereka. Save sket! huhhuuu.... mula-mula ingat nak photostat jek tapi cam tak best ar plak.

Diantara kad yang berjaya dihasilkan:

::love brown color so much::

::white & silver = elegance::

::sweet je kan::

Save the date card pun dapat buat... huhhuu... bleh wat digital invitation on FB nanti. sukeee lagik!


::link untuk wat kad ni kat sini::

p/s: thanks again to Eazy

2.2.10

Kekalutan Mencari Make Up Person

Pelamin ok, baju ok, cameraman ok, katering pun ok, pastu tetiba teringat, sape yang nak make up kan masa hari bahagian nanti? bedebusshhh... terasa cam nak antuk kepala jek kat dinding. itula akibatnya sebab amik asing2 tapi nak wat camne sebab pelamin datang sekali dengan pakej catering pastu masa gi booking baju kat rumah kebaya, tanya ti untuk hired make up person sekali tapi hampa sebab dah di booking itu olang mekap2. so msg e'one, my friend yang pandai andam2 ni dan sekali lagi dihampakan dengan jawapan "i think i dah ada cust lah on that date". terus stress dan bahana nya dilemparkan kepada enchek tunang. padan ngan muke dia! tsk!

Tetapi hari ini saya telah diselamatkan oleh Sue Derina ataupun kak sue yang best. with a reasonable price and good advice by phone saya telah mem'booking' kak sue untuk majlis pada 04/07/2010. alhamdulillah.... tak yah kalut dah. balik ni kene masuk duit booking dalam akuan kak sue dan seterusnya adjust budget kerana budget ku sudah lari lah. huh!! mama tolon!!! kakak-kakak sedara ku yang prihatin lagi cantik dan bijak sana, tolon!!!! (masa ni la kene puji melambung, mau dapat sponsor. hehehehe....)

27.1.10

Idea For Pre-Wedding Picture

Bila cakap pasal bergambar, saya memang *chiker. Pantang tgk camera, mesti nak bergambar. Pantang tgk orang nak bergambar, mesti terkedek-kedek lari cakap nak joint... nak joint... buruk prangai haku. tsk!

For hari bahagia, macam orang lain gak, saya teringin nak gi amik pre wedding picture. sgt sukeee... hehehehe... gatai! So session tu masih dalam perancangan dan peringkat survey. in door or out door doesn't matter. As long as dapat offer yang best!

thingking of jeans and t-shirt for pre wedding outfit. takmau fancy2 sgt. so ingat nak beli couple shirt from couple shirt store punyer blog. and this is the couple shirt design yang ada dalam kepala otak walaupun dorang offer banyak lagi design yang cantik2.


syarat untuk pre wedding adalah bersopan santun dan tidak OVER (ini posan mak den!) Baru pre-wedding jgn hengat macam dah lansung wedding nya. baik omak, den paham.

takmau extra touch or over touch (apakah?). Mau happening and gila2 punya action. takmau yang romantic and jiwa2 sebab nanti kalu jiwa kacau akan terus ajak enchek tunang kawin lari sebab dah tak sabar. hahahaha.... sekali lagi gatai!

So far setelah penat bertenet walking dan terjumpa lalu jatuh cinta dengan moment dalam gambar-gambar kat bawah ni. mostly in-door session kat dalam white studio. giler best macam giler kentang. hehehehe....

simple

simple yet elegance

s.m.a.r.t

action melompat lebih tinggi adalah wajib, heeee

simple and fun and funny = happening

love the red sofa in white studio room
(plz ignore the lovely couple - info : the lady is my TKP. kantoi!!)


outdoor session yang tak over sgt. theee


*chiker : kegilaan bergambar sampai bleh masuk tanjung rambutan especially amik gambar sendiri. hahahaha....

p/s : all pictures above - credit to wow photo studio, ahmad fairus FB and WLT blog. love it!

24.1.10

Baju Bertandang Keluarga

Hari ni keluar dengan enchek tunang beli baju bertandang keluarga dia. untuk adik beradik dan Tasha Montel (anak buah enchek tunang) kitorang decide beli kain cotton. Pilih corak bunga yang kecil dan warna merah-merah pink. Nice gak but actually saya dah berkenan dengan satu design ni tapi dah abis dah. sedey. tanya kakak kat Nagoya tu dia cakap dah takde stok dah. so nak tak nak beli je apa yang ada walaupun rasa cam tak puas hati sgt. For mother in-law to be, saya pilih kain pure china silk. nice! suka kain ni. bunga dia pun tak crowded sgt. simple and sweet jek. kain sutera cina ni tak panas so akan sedap lah bile bakal omak mertuo den pakai nanti.. (salah slang lah plak. my mak mertua orang perak, bukan nogori. hehehehe)

for my family, dah lama dah saya beli. warna merah terang. my mum ni cam moden sket. ala-ala mak datinssss... so baju kene vogue. tak vogue mama bilang tamau. huh! demanding sungguh. so settle satu kerja. skang tinggal enchek tunang bawak balik kampung dan bagi kat omak dia untuk ditempah menjadi baju. jap gi mau amik gambar kain yang saya beli and upload kat blog saya. tadi lupe sebab ke hulu ke hilir dengan enchek tunang sebab tak puas hati selagi tak dapat corak kain cotton yang saya nak tu. dari kamdar, masuk plak kat nagoya yang kat simpang jual banyak2 selendang tu, pastu pergi plak kat nagoya sebelah globe, patah balik kat nagoya kat simpang tu, pastu gi balik kat nagoya kat tepi globe tu. last2 beli kain cotton kat nagoya yang kat tepi globe tu dan emak punyer kitorang jumpa kain sutera best tu kat nagoya kat simpang tu. oh oh so complicated! offcoz lah kan, kata nak yang the best!

Mau Banding Harga
-ini untuk rujukan semua lah. kalau rasa nak beli kain cotton, saya suggest beli kat nagoya. semeter rm7 jek. saya rasa material dia sama jek dengan kain cotton kat Kamdar. Kamdar jual kain cotton semeter RM12. kalu ada less pun paling coman dapat rm10++. with same material and quality (i guess ler) and beside design kat nagoya lagi cantik2 compared with kamdar punyer kain cotton. what ever it is, kalu u dah berkenan dengan mana2 kain, jangan tunggu2. zappPp je terus (maksudnya mintak lah promoter tu potong and gi bayar terus. jangan pandang belakang lagi. hehehehe... nanti menyesal kemudian hari, macam saya ni.)

12.10.09

Macheh Cik Puan Bunga!

Pagi2 bukak blog kat opis terus nampak kat dalam list shopping jom jom; blog .sukasuki bunga. keterujaan bertambah2 sebab ada my nama;tengkujuh. okie..trus klik2 dan seterusnya melompat keriangan ala anak cimpanzi dapat pisang emas yang di bawa belayar.apakah???

huhhu...terima kasih cik puan bunga yg baik hati! sgt suka mr.kulat2 itu!sgt tidak sabar mau dapat.mau bagi satu sama enchek tunang.lepas kawin mau gantung kat depan bilik menandakan bilik ini ada 2orang penternak kulat sukasuki berjaya (uh,kedengaran seperti sensored saja!)

::mr.kulat2 yang cik puan bunga buat::

16.9.09

The 1st and only KAD RAYA for this year (2009)

Hari ni dapat kad raya.kad raya kecil comel molek pemberian student UM yang datang mintak maklumat.bangga ni, bangga ni... lubang idung dah kembang kempis kebanggaan.mana tak nya sebab skang ni kan susah tul nak dapat kad raya.manusia bumi skang dah canggih.pakai mms, sms, email dan cara2 lain yang lebih moden dan cepat dalam menyampaikan salam dan selamat.kalau nak ikutkan memori yang terbit dari pemberian kad raya tu lebih bermakna dan berharga sebab saya masih simpan lagi kad2 raya pemberian kawan2 masa sekolah rendah dan menengah dulu.taktau nape tak sampai hati nak buang.

ingat lagi tak,kalu dulu time2 nak raya sibuk cari ranting nak gantung kad raya.abis semua kad raya pemberian kengkawan dan sedara kita gantung untuk tatapan semua.sonok bile ingat masa dolu2 tu.skang ni,jgn kata kengkawan nak bagi kad raya,itu enchek jaga pun tadak bagi saya kad raya tau.tengah tunggu je la ni.manalah tau dapat ker kan.akan aku update dah kabarkan pada semua dalam blog ni.hehehehe... tsk!


5.9.09

Wedding Gift Box Yang Cantik

~sambil buat kerja, tgn dok gatal2 click sana sini and accidently terjumpa satu page dengan pelbagai pilihan wedding gift box dan yang paling tertarik dan da'boom adalah yang di bawah ini. saya sgt suke. murah pulak tu. hehehe... terus je bookmark page tuh!~



::picts kredit to Marry Me Deco 'n' Such::


16.8.09

Happy 22nd Birthday Lil'Bro

today, 16th August 2009, my lil'bro 22nd birthday.
sambut dalam keadaan yang sederhana sebab dia dah besor.
ibunda sekali lagi meng'offer' diri untuk belanja. yay!!! beli kek dan kami telah bersetuju untuk memeras ugut ibunda kami. beli kek secret recipe. chocolate indulgence... mmmm... sedap hingga menjilat jari kaki. hahahaha...
we L.O.V.E u bro!!
.HAPPY BIRTHDAY.
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki


15.8.09

Aktiviti Hari Ini; Akibat Tak Dapat Gi Opis

Hari ini ingat nak gi opis. Nak siapkan kerja2 yang tertangguh dan sengaja di tangguhkan itu tapi telah mendapat info dari seorang staff kat opis yang arini opis sedang di'polish' lantainya. so tak dapat nak gi. informer tu siap pesan; "kalau cik wahidah nak datang opis gak bleh jek. tapi bukan wat keje la, main Rollerblade je la. Main dengan makcik2 cleaner." hahahahaha... sadiss tul my informer tu. Ni yang rasa cam nak bagi markah rendah je untuk penilaian ujung tahun ni. hehehehe... acah jek. i love my pakcik yang best kat opis tu.

So atas sebab2 seperti yang dinyatakan di atas (cewahh...). aku pun telah membuat satu plan serang hendap dgn ibunda tercinta. (hahahaha... banyak la aku punyer plan serang hendap). aku pun wat lah plan yang best dengan ibunda yang juga sedang boring tahap cipan sebab tak buat ape2 di ujung minggu. kami ingin pergi bergugu-gaga di kotak merah... yeaahhhh... aku suke... aku suke... ibunda ku memang best habis sebab siap offer nak sponsor... selamat duit akak.. dapat menabung untuk majlis perkahwinan akak nanti... hahahaha.... so tunggu yer kehadiran gambar2 terlampau akak bersama bonda tercinta bergugu-gaga di kotak merah itu....

pesanan penaja : gambar terlampau sudah di'upload untuk tatapan bersama-sama di hari raya. hahahaha... (puasa pun blum lagi dah nak raya). so terimala. tapi akak tak suka ini gambar. terpaksa mengkerob gambar separa pinggang sahaja untuk menyembunyikan rahsia-rahsia akak yang tersimpan di bahagian bawah dari pinggang. hahahaha.... benci!!!! dah gomok!!! tsk!

11.8.09

-BerGuGu-GaGa bersama Kekasih SehatKu-

kerana emosi terganggu hari ini (semua sebab si Bedebah yang tak perlu aku sebut namanya kerana kalu sebut terasa macam kene sumpah! naik bulu roma mak nyah!) maka aku telah menghantar pesanan ringkas kepada kekasih sehatKu, En.Abeng As. Terimasss Abeng kerana telah menemaniku berhibur dan bergugu-gaga denganku yang suara kalah siti Nurhaliza ini. muahahaha...


semua lagu aku bedal. sedap tak sedap belakang kira. janji hati terhibur. lagu lama, lagu baru semua aku gugu-gaga kan aja. En.Abeng Sehatku jadi backup singer and asik2 cakap "takpe-takpe u nyanyi je.. bantai jer..." muahahaha... sudah terang lagi bersuluh bahawa suara ku memang sedap dan kalah siti nurhaliza. aku terhibur seketika dan kembali bertugas sebagai "penjawat awam" tukang kira lori sampah keluar masuk membuang sampah.

tak banyak lori keluar masuk buang sampah arini. mungkin kerana abg2 lori dengar cakap aku tadi soh pi buang sampah kat umah di bedebah itu. memang sesuai benar ko tinggal kat dalam longgokan sampah itu wahai bedebah!! rasa kan ko! esok aku nak suruh abg2 lori sampah gi buang sampah kat umah ko lagi. tunggu ketibaan abang-abang lori sampah itu lagi ya nanti wahai si bedebah!

10.8.09

Pembetulan Bagi Kutukan Yang Diterima Dari Seorang Guru Besar Sekolah (Seriusnye Bunyi....)

Entry (apa ek entry dlm bahasa malaya???) 'SUPERMAN' saya yang terdahulu, saya sunting atas KUTUKAN seorang teman alam maya (mst dia seorang guru BESAR sebab kutukannya berbau serius.. takut!) hehehe... terima kasih cik/encik 'awak tak boleh beli saya' atas kutukan cik/encik itu dan atas sebab ingin menunjukkan effort (aduh, cakap omputeh lagi. org keje gomen mana reti ckap omputeh ni, takut salah tatabahasa!), maka saya tidak akan membetulkan post (omputeh lagi...........!!!) saya yang bertajuk 'SUPERMAN' itu tetapi akan menterjemahkannya dalam Bahasa Melayu/Malaysia (yay! Semangat 1 Malaysia beb...) seperti yang disarankan oleh cik/encik 'awak tak boleh beli saya'. hehehehe....

..."my cinta hati is my hero. super hero. that's why i call him SUPERMAN. the one who safe me. the one who protect me. the one who always be beside me, to support me and he is my everything. he's my SUPERMAN. super hero of a life time..."

Setelah diterjemah. Terimalah.... (ceh, bleh jadi penterjemah lah lepas ni. buat iklan; SIAPA MAHU MENCARI PENTERJEMAH YANG TIADA PENGALAMAN LANGSUNG DAN SEORANG PENJAWAT AWAM YANG HANYA DUDUK GOYANG KAKI DI OPIS NYE?? HUBUNGI LAH SAYA SEGERA 012-3456789.)

..."cinta hati saya adalah wira saya. terlalu perwira. sebab itulah saya memanggilnya "lelaki'terlalu". satu orang yang selamatkan saya. satu orang yang melindungi saya. satu orang yang sentiasa berada disisi saya, untuk menyokong saya dan dia adalah segala-galanya bagi saya. dia adalah "lelaki'terlalu" saya. perwira terlalu sepanjang hidup..."

: pppsssttt.... Puan Bunga a.k.a Cikgu Bahasa Omputeh, napa tak tegur teman masa awal2 baca post teman yang SUPERMAN tu. kan teman dah mem'fofular'kan seorang lagi teman alam maya dan sekali gus mem'fofular'kan blog teman ni. i tak suke glam2 ni! hehehehe....

pesanan penaja : cik/encik 'awak tak boleh beli saya', saya memang kuat merepek dan disebabkan tiada idea untuk mem'fofular'kan blog saya, maka saya menggunakan KUTUKAN cik/encik sebagai bahan untuk saya membebel. hehehehe... terima kasih. PROUD TO BE GOV SERVANT (alamak, ckp omputeh lagik!!)

Cik Bibir Jongkit dan Rakannya; Cik Tep0ng Gomak

hendak dijadikan cerita, terdapat sepasang rakan rama-rama yang sangat selalu keterlaluan dalam bergurau senda. mereka adalah cik bibir jongkit mcm permainan jongkang-jongkit kat taman permainan rumah saya dan cik tepung gomak yang merupakan bakal menantu kepada tokey tepung gandum cap layang-layang. mereka bersahabat baik walaupun blum setahun berkenalan. ini adalah kerana mereka mempunyai kepak rama-rama yang hampir sama design nya... mereka adalah amat suke syok sendiri mengambil gambar berdua tanpa menghiraukan orang lain disekitar mereka yang dok sok sek sok sek mengata. mereka peduli apa, lagipun dengan berkelakuan begitu mereka akan memperolehi pahala percuma kerana orang dok mengata mereka. orang yang mengata dapat dosa kering tapi mereka dapat pahala basah... muahahaha... mana punyer kepercayaan yang mereka ikut tah. walaupun begitu, cik bibir jongkit sedang dalam proses mempromosikan rakannya cik tepong gomak untuk mendapatkan lebah yang baik punyer dan dapat mengeluarkan madu yang segar... (kedengaran seperti sensored je). so terima lah gambar keterlaluan mereka untuk dijadikan pedoman bersama-sama....


: this entry dedicated to NYAH! my sekepala buddy. hope u enjoy it! (lagu lady gaga pun berkumandang.. mum mum mum mah... mum mum mum mah...)

Pengapit, Pengepit, Penyepit. Yang mana satukah saya?!

~hohoi.... pabila mata bertentang mata, hati di dalam bagai nak gila.. senyum la, senyum la, ahai cek mek molek... ~ apekah aku nyanyi lagu Dato' M.Daud Kilau pagi2 buta kat opis ni. ni penangan abg karaoke kat kenduri kak ina yang perasan suara dia cam best and sedap didengar oleh gegendang telinga aku tu ar.. mcm nak pecah pak gegendang telinga aku sampai dia bisik kat aku pi ar bagitau abg tu soh benti nyanyi. dari start pengantin arrived (ceh, speking omputeh, tak tahan...) sampai pengantin makan and posing amik gamba, dia tak benti2 nyanyi. tahi telinga aku dah meleleh dah kuar, slamat orang tak nampak sebab terselindung di sebalik tudung diamond ku yang mahal itu (promosi tudung berlian ok...) muahahaha... (ketawa jin aprit)

nak dijadikan citer semalam aku sudah mengambil langkah mempopularkan diri dengan menjadi pengapit kak ina masa kenduri sebelah laki dia. hehehehe... (abeng mues yang comel lagi gebu.) pukul 10 aku dah terpacak bagi salam depan umah kak ina. musti kak ina cakap aku potong stim, dtg awal2 pagi ni. aku suke... tak nak bagi kak ina cepat2 ilang dara nyer... hehehehe... superman hati yang hantar. (terima kasih en.SUPIRman, eh2x, salah. en.SUPERman...) mekap ala kadar sebab mak aku dah pesan jgn nak melaram lebih nanti aku yang duduk kat pelamin, kak ina ganti kipas aku kat tepi. hahahaha... sememang nya mama tahu yang anak nya kalu melaram memang over... so dengan matahari yang tegak berdiri kat atas kepala, (matahari ada kaki ker dia bleh tegak berdiri?? confius. takpe, bagi jln citer best, bedal je) aku pun control keayuan aku sebagai seorang pengapit yang berpengalaman dalam hal-hal mengapit orang ini... dahla pengapit lelaki ensem gilos. puteh, gebu, menarik dan da'boom! tergoda seketika. ok, cukup. pakcik superman dah pesan jgn nak mengatal so masa nak amik langkah mengenyit mata pada pengapit lelaki je, musti muke pengapit lelaki itu bertukar menyerupai pak superman ku. waduh... potong stim tul! nak wat camne, dah ada cop kat jari and hati ni milik MFMK saje. so... tergendala la agenda untuk mengurat pengapit lelaki itu... memang berkesan jampi serapah yang pak superman baca and sembur kat dahi aku... pak superman dah bertukar menjadi nujum pak belalang. hahahaha.... dan itu jugala penyebab aku tak submit any entry semalam... kepenatan setelah seharian bertungkus lumus menjadi pengepit dan penyepit kepada seorang kawan opis yang best dan da'boom!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin