Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

10.10.09

Weekend Yang Pelbagai

Weekend lepas tak gi opis (tempat biasa untuk aku bertapa pada hari Sabtu & Ahad) sebab keluar bersama bonda & ucu.

Sabtu;
Pergi butik Rins Suzana tgk promosi buffet pakaian pengantin.RM500 untuk 3pasang baju.baju cantik, tapi tak banyak pilihan.itu ok lagi sebab tak banyak pilihan,tapi yang paling tidak best semua pakaian adalah bersaiz manusia enorexia nervosa.tsk! so untuk saya yang bersaiz anak jin aprit ni akan kembang kempis kembang kempis untuk memboloskan diri dalam itu baju.setelah pakai pula akan kelihatan seperti incredible hulk dengan baju yang koyak2.bile bilang kat mama gitu,mama perli balik "ok apa fesyen koyak2.baru trendy". oh ibu!kamu memang supportive (dlm erti kata yg lain.huhhu..).

Lepas dah tak sesuai dengan baju2 kat butik itu,terus gi Cheras plak.gi kedai Mr.DIY.cari benda2 yang bleh dibuat hadiah untuk majlis hari raya jabatan.tapi takde apa yang menarik dan berkenan.sgt cerewet ini wahidah.so terus balik rumah utk siap2 mau pergi open house my bff;paed! makan dan makan lagi.mana janji sama en.tunang utk kurus dan lansing?? (buat2 tak dgr,buat2 tak dgr..)

Ahad;
~Bangun pagi-pagi,gosok gigi,cuci muka,pakai baju,minum kopi,makan roti,saya suke hati...(sila baca dalam nada bernyanyi2 yep!)~
hehehe...pagi2 dah bangun bersiap mau pergi KP.mau tgk my beloved niece and nephew (jannah the debok girl and adam the cheesy boy).sgt rindu mereka!sampai KP,lepak2 minum dan bergosip pasal kawen2 dengan makde and wan di pangkin bawah pokok ketapang (sgt best woh!) dengan angin sepoi2 tak pandai berbahasa.minum2 kopi bersama biskut rokok yang keras nak m**p*s.masa tu terasa sgt kenikmatan dan kedamaian idup kat kampung.keterujaan dan kejakunan orang takde kampung bertambah2 bile tgk keliling rumah wan ada macam2 pokok. serai, pandan, belimbing buluh, kelapa, daun kari, bunga kantan, serai wangi etc.semua nama pokok mama yang bagitau.kalu tak memang tak kenal.ucu suruh potong serai wangi nak letak dalam kereta,saya gi amik serai untuk masak.hehee..malu sei!nampak sgt jakun dan bongek!tsk!

Balik singgah nilai.mau tgk kalau ada benda2 yang berkenan untuk dibuat hadiah majlis raya.status masih sama.semua pun tak berkenan sebab takde lah cantik sgt tapi harga mahal membabeng babeng.survey satu nilai 3 tu sampai ucu dan mama pun naik fedup.walaupun tak jumpa hadiah untuk majlis raya tapi telah terjumpa dengan benda best untuk diletakkan kat dalam bilik masa kawen nanti beserta idea2 menarik untuk hari bahagia.siap amik gambar walaupun kedai tu dengan besar dan jelas letak tanda tak boleh amik gambar.tapi untuk mereka2 yang stubborn macam saya,kitorang pedulik hapa.lepas isyak sampai rumah dan kepenatan.bile ingat yang esoknye ISNIN terus bertambah kepenatan.
SAYA TAK SUKA HARI ISNIN!!!!!

9.10.09

DIA = Enchek Tunang, Ex-Superman, En.Jaga

Enchek tunang, Ex-Superman (siapa yang mengikuti blog je tahu kenapa dia dapat title 'ex'.hehehe...) and now en.jaga adalah manusia yang sama.satu makhluk ciptaan Allah yang bertakhta di hati insya'allah untuk selamanya.dia ada lebih dan kurang (+/-).ada buruk dan baik.ada buat perkara yang saya tak suka dan juga buat benda yang boleh buat saya tersenyum dan ketawa.saya terima dia kerana dirinya.kerana DIA.tanpa paksaan atau desakan sesiapa.rasa sayang saya lahir dari hati tanpa saya buat-buat atau paksa-paksa.mungkin bagi orang lain dia tidak sehebat mana.banyak kurang dari lebihnya.tapi saya percaya pada pencipta.pencipta agung yang menjadikan setiap makhluk di alam semesta dengan sebaik-baik penciptaan dan kejadian (subjek BM bleh dapat A++ ni!huhhu...tsk!) dan kerana berpegang pada keadilanNYA saya percaya ada suatu kelebihan yang saya boleh teroka dalam diri manusia yang saya gelarkan sebagai "DIA = enchek tunang, Ex-Supeman, En.jaga".

~T_T~

& sesungguhnya ketahuilah bahawa saya cintakan "DIA" itu kerana Allah, maka selagi Allah itu ada, maka selama itu juga cinta saya ada untuk "DIA".

Dah Tak Privasi Dah.tSk!

okie, ini adalah kesinambungan daripada entri pada 7/10/2009 yang bertajuk "Tak ber"ETIKA" lansung!

Blog saya telah dicemari oleh anasir-anasir yang sgt tak ber'ETIKA" yang saya maksudkan itu (sendiri mau ingat kalau terasa).Mereka dan membaca dan mengetahui isi hati saya yang sgt meluat dan jengkel dengan perangai orang yang tak berapa nak bagus tuh! (amik ko!)

This is my private blog okie 'orang yang terasa', so i can say what ever i want in this blog.Sape soh gatal tgn masuk blog orang pastu baca entri ~emo~ i tu and comment rasa ketidakpuasan hati anda.I welcome u untuk datang dan baca tapi kalau ada terasa dengan mana2 entri dalam blog i ni, that's your own business.Malas mau amik tahu.

opss lupe yer, mau ditekankan disini that's not me the only person yang jengkel dan rasa both of u tidak ber'ETIKA' tapi semua AJK yang ada pun sependapat.Kalu u guys pikir u guys otai dan dah banyak pengalaman, jgn down grade orang lain.Setiap manusia kejadian ALLAH tu ada kelebihan dan kekurangan.Ajar2 lah ilmu yang ada dan jgn cepat rasa megah dan meninggi diri yep!

pastu lagi satu yer nak habaq mai, kalau u guys tak cakap depan, lagi2 dalam meeting jgn nak suruh orang lain cakap depan2. Sikap u guys sendiri tu yang buat orang serkap JARANG (serkap JARANG takpe, jgn kain JARANG ~uh, siapakah itu; saya lah yang berkain jarang itu~)

Jangan emo2,just a small matter and sorry yep kalau terasa...

Jangan Marah Hah!!!! http://emo.huhiho.com
;)

::tgk tuh,orang terasa komen dalam blog saya.tsk taw!::

Suki-Suki + Keterujaan = Bongek!

::promosi hebat.cepat2 sebelum tak dapat::

Tengah blog hopping untuk mencari bakal2 vendor for 'hari bahagia' terjumpa satu promosi oleh butik Rins Suzana.Keterujaan pun bermula sebab promosi itu menawarkan 3 pasang baju pengantin (3 pasang lelaki + 3 pasang perempuan) for just RM500.Sila bayangkan kemurahan hati kak Suzana Abdullah itu.So terus meng'email' ke rinsbridal@hotmail.com untuk menyatakan hasrat hati (oh ayat tak hengat!).Pastu tak sampai 10jam, rinsbridal balas email dan ajak datang butik untuk try baju and beside promosi telah dilanjutkan sampai 11hb Oktober ni atas permintaan ramai.

::sesi meng'email-email' dengan rinsbridal::

::So esok dah janji dengan ucu dan mama untuk gi butik rins suzana untuk melihat-lihat dan jika OK akan trus mem"booking".

::'Cross Finger' - Harap-harap ada baju cantik yang muat.
~mau kurus. mau kurus. mau kurus. tapi cam susah sebab ari2 gomen buat makan-makan hari raya.huhhu...~

7.10.09

Tak Ber"ETIKA" lansung!!

Entri ini telah di'edit' dengan meng'tut'kan ayat2 yang enchek tunang cakap kasar dan tak elok.so i dengar cakap my tunang okie...(saya budak baik,sebab tu enchek tunang sayang).demi teguran enchek tunang saya meng'sensored'kan ayat2 yang dirasakan telah menguris hati orang yang terasa itu (peduli apa aku kalau ko terasa.aku cakap benda yang betul,sebab tu ko terasakan? hah!)

Baru balik dari mesyuarat dan masih bengang. Bengang dengan orang yang takde otak dan b**g*k nak m****s.takde etika lansung. kalau korang tak suka duduk dalam meeting dan dengar agenda yang dibincangkan, dengan segala tidak hormatnya korang bleh ber**b*s keluar dari bilik meeting tu! ini tak. korang borak-borak,tak menghormati pengerusi, ketawa kuat-kuat, tulis2 atas kertas, cakap sok sek sok sek kat belakang, dah macam pompuan plak perangai. padahal ko tu j**tan yang sepatutnya lebih mudah mengawal emosi. tak belajar ke etika dalam mesyuarat masa sekolah dulu?? kalau nak menyuarakan pendapat atau ada rasa tidak senang hati dan sebagainya, angkat tangan dan cakap "maaf saya ingin mencelah/menyuarakan pandangan". macam tu lah t***l! bukan sound2 belakang. nak tengok muke orang tak beretika macam korang pun aku dah rasa cam nak muntah. korang ingat korang hebat ke? baru sekali pandangan/cadangan disangkal dan ditolak terus nak melenting dan taknak bagi kerjasama. APAKAH??? ingat dah matang, dah dewasa,tapi perangai macam budak sekolah tadika. kalau ada seminar/kursus tentang adab-adab dan etika bermesyuarat, aku akan pastikan korang diwajibkan pergi.


Pesanan penaja : sebab saya cakap benda betul lah orang yang tak ber'etika' tu terasa!!tau pun terasa.rasa-rasa orang yang ada sekali dan makhluk yang chair meeting tu, ada kamu-kamu pikir?!

5.10.09

Pengapit & Penyepit

Semalam sedang dok golek-golek di atas katil,tetiba terfikir pasal pengapit untuk hari bahagia nanti. upsss..sudah lupalah pasal itu. mau assign sape ek? haritu nak assign Lyd (my cousin) tapi awal2 dia dah cakap takmau sebab dia tak minat. memang kasar sket minah tu tapi bukan susah pun mau jadi pengapit ni (saya bercakap melalui pengalaman mengapit 3orang pengantin ok..i sgt banyak pengalaman dan sgt sifu dalam soal mengapit dan menyepit.muahahaha.. msk bakul sendiri angkat.tsk!). Lagipun dah mintak tolong Lyd untuk jadi backup fotographer untuk hari bahagia nanti, so camne plak minah tu nak jadi pengapit and at the same time nak amik gambar?? betul jugak tuh!

So dalam pikir punya pikir tu tetiba teringat pada sorang lagi cousin yang masih single mingle.Cik Azura Razak! we call her Bibut (nama manje dlm family..saya plak wewet. huhhu..bocor rahsia.) pastu terus call dia.masa call tu dah pukul 12tgh malam.dia jawab dengan suara manja bangun tido.mesti bibut dah tido.hahaha...jahat betul kaco orang tido untuk perkara yang tak berapa nak penting ni.lepas bibut jawab je saya terus cakap; "Cik Azura Razak, dengan ini anda secara rasminya telah diberikan jawatan sebagai pengapit saya.anda tidak dibenarkan membuat sebarang ulasan atau bantahan kerana itu semua tak akan dilayan.jgn banyak cakap.ini betul2 bukan cobaan.hehehe.."

Jahat tak saya??ini sudah kes paksaan.tapi saya tak peduli sebab saya memang nak assign sepupu-sepupu je yang jadi bridemaid.senang nak deal dan mintak tolong kalu apa-apa nanti.so dengan ini secara rasminya Cik Azura Razak dah jadi pengapit untuk hari bahagia saya dan saya pun dah tak yah nak pikir2 pasal pengapit lagi.skang fokus untuk benda yang lebih penting dan besar plak.cayok-cayok wahidah!!


Pesanan Penaja: untuk penyepit (bestman) plak saya serahkan pada enchek tunang untuk assign sesapa sahaja yang dia suka.takmau pikir pasal penyepit itu.tapi dah warning enchek tunang utk assign orang yang sedikit besar badannya dan musti tinggi sebab Bibut saya tinggi dan sedikit besar badannya.biar seimbang atas pelamin nanti. huhhu... (ngengada tul wahidah ni.tsk!!)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin