Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com
Showing posts with label Kisah Di Bulan Puasa. Show all posts
Showing posts with label Kisah Di Bulan Puasa. Show all posts

18.9.09

Salam Lebaran

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin


Pesanan Penaja : Sesungguhnya saya tiada mood untuk beraya. Rindu pada nenda masih menebal. Walaupun kurung merah grand yang ditempah untuk dipakai di hari raya tapi jiwa saya tidak se"vibrant" warna baju saya. Entahlah... saya hanya mampu berkata entah untuk sesuatu yang tiada dalam jiwa.

17.9.09

Hunting For Red "Baju Melayu"

Akibat last minute shopping untuk hari raya,semua yang saya nak saya tak dapat.menyesal tul! Minggu ni dan minggu lepas saya berulang gi Jalan TAR just to seek for red baju melayu for my lil'brothers.macam nak giler rasanya.dengan orang ramai.lepastu jumpa warna merah yang sesuai,saiz plak yang takde.dua orang lelaki perasan kecil yang kat rumah tu dah lah kurus melidi.pakai saiz "S" yang sememangnya susah mau jumpa.yang marah sgt my lil'bro yang sorang tu bleh kata tiap2 malam gi Jalan TAR lah, gi Danau lah, gi DownTown lah tapi hampeh.semua tak dapat.alasan untuk tak keluarkan duit mau beli baju raya sendiri.tahu sgt dah.tapi disebabkan saya dah decide nak guna je baju raya tahun ni sebagai baju family masa majlis saya nanti,saya tak lah berkira sgt.belikan ajer lah.saya cadang untuk majlis nanti,family belah saya nak pakai baju warna merah.so budget lah sketkan kalu guna yang raya tahun ni punyer jer. pandai tak saya? sila cakap saya bijak tapi bukan kedekut eh.... (",)


pesanan penaja : baju melayu merah dah dapat dengan saiz yang sesuai tapi hanya warna je yang rasanyer tak kene dengan baju saya dan ibunda tercinta.tsk!

16.9.09

The 1st and only KAD RAYA for this year (2009)

Hari ni dapat kad raya.kad raya kecil comel molek pemberian student UM yang datang mintak maklumat.bangga ni, bangga ni... lubang idung dah kembang kempis kebanggaan.mana tak nya sebab skang ni kan susah tul nak dapat kad raya.manusia bumi skang dah canggih.pakai mms, sms, email dan cara2 lain yang lebih moden dan cepat dalam menyampaikan salam dan selamat.kalau nak ikutkan memori yang terbit dari pemberian kad raya tu lebih bermakna dan berharga sebab saya masih simpan lagi kad2 raya pemberian kawan2 masa sekolah rendah dan menengah dulu.taktau nape tak sampai hati nak buang.

ingat lagi tak,kalu dulu time2 nak raya sibuk cari ranting nak gantung kad raya.abis semua kad raya pemberian kengkawan dan sedara kita gantung untuk tatapan semua.sonok bile ingat masa dolu2 tu.skang ni,jgn kata kengkawan nak bagi kad raya,itu enchek jaga pun tadak bagi saya kad raya tau.tengah tunggu je la ni.manalah tau dapat ker kan.akan aku update dah kabarkan pada semua dalam blog ni.hehehehe... tsk!


8.9.09

Kisah Gigi..

*Gigi Berlubang - Caries Gigi a.k.a Gigi Saya. hehehe...*

Semalam sakit gigi, so pagi2 lagi enchek tunang dah bawak gi Klinik Gigi kat Cahaya Suria yang dekat dengan Kota Raya and Sinar KOta tu. Smpai jek, enchek tunang turunkan saya so dia nak cari parking kapal terbangnyer. Tanyalah kat pakcik yang jaga parking tu dengan polite nye tapi pakcik tu balas macam nak marah jek. "Kat situ bleh parking hah, kat situ pun bleh!" pastu siap buat muke berlagak cam sayalah penjaga parking berjaya. tsk!

Sampai kat Klinik Gigi tu plak, kitorang dah lihat satu lagi situasi yang tak best. Attendent klinik (yang merupakan seorang lelaki) yang jaga kat kaunter pendaftaran tu telah meninggikan suara kat satu uncle indian ni. Kesian uncle tu. dah lah tua. dia tanya elok2 jek tapi attendent klinik tu yang agaknya dah rasa cukup hebat memakai pakaian serba puteh ala2 doktor kononnya and dengan topeng muke free pemberian kerajaan Malaysia tu terus balas pertanyaan uncle tu dengan angkuh sekali. rasa cam nak gi sepak je attendent klinik tu. sedar ar diri tu sket, ko tu attendent klinik jek. jaga kat front kaunter plak tu. kira macam dia tu muka hadapan yang akan menjadi 1st person yang akan jumpa pesakit dulu (pesakit la kan, nama pun klinik...) so untuk saya lah, dia kene lah menunjukkan rasa hormat dan menjawab pertanyaan dengan berhemahnya. ini tak! pastu enchek tunang terus cakap "uits, garangnya, pagi2 dah garang dah!". attendent tu diam jek. tak berani pun angkat kepala. saya rasa, kalu dia jawab gerenti dia kene smash balik punyer dengan enchek tunang. biar padan ngan muke dia. baru kene buku dengan ruas. dengan orang tua kau bleh ar nak tinggi2 suara. herdik2 macam orang tu mintak sedekah plak kat ko. geram betul masa tu. saya gi amik no.giliran pun saya tak gi mintak kat dia. period ke ape mamat ni pagi2 macam ni nak marah. rezeki pun takut nak masuk tau tak!

*Lelaki yang bertopeng yang terselindung kat sebalik kaunter tu lah yang saya maksudkan*

Lepas mamat ni tinggi suara kat uncle tu, dia buat hal lagi dengan satu kakak indon ni. Kesian kakak tu. Dia agaknya tak tau macam mana procedure kat Klinik tu, apa fungsi no.giliran yang dia dapat tu. So bile no.giliran dia dah dipanggil banyak2 kali, mamat cam bagus ni dengan muke bengang panggil kakak indon tu datang kaunter. cara panggil pun macam orang tu orang gaji dia je. "Eh, meh sini datang kaunter." 'EH' yang dia guna?? Memang kurang ajar betul. Takde manners langsung!! (Marah ni, marah ni) Panggil lah nama.. Bukan ker ko ada kad pengenalan diri dia. Masa tu rasa cam nak gi sepak berkali-kali je kat muke mamat tu.

Dalam hati ada rasa sket penyesalan. Macam ni ke perkhidmatan klinik2 kerajaan tawarkan?? bukan nak suruh hormat sampai sembah2 dan senyum sampai telinga tapi cukuplah kalau berbudi bahasa. Budi Bahasa tu kan budaya kita. Lagi2 dengan orang tua. Mamat tu orang melayu dan macam tu gak ngan saya, so rasa cam malu gak sebab macam ni ker orang Melayu kita berbahasa. Kalu mamat tu orang Melayu dah tentu dia beragama Islam, tengok nama dia pun dah tau dia seorang Islam. Ismail, bukan ker nama Islam ker tu?? dan sekali lagi saya rasa malu. Macam ni ker Islam ajar kita untuk berbahasa dan berkelakuan. ~diam sejenak untuk bermuhasabah diri~ terpukul gak saya sebab saya sebangsa dan seagama dengan mamat ni. malu dan kesian untuk mamat poyo cam bagus ni. Malu sebab dia dah tunjukkan pada semua yang datang kat Klinik tu sape dia disebalik uniform dan topeng muke dia tu; seorang yang tiada attitude dan rasa hormat diri. Kesian sebab dia tak dapat rasa satu nikmat apabila orang tersenyum dan ucapkan terima kasih dengan ikhlas pada kite lepas kita berikan layanan yang mesra dan berbudi bahasa. Sonok oh... saya suke perasaan tu. Lagi2 kalu lepas assist public yang mohon maklumat dan dia say thank you banyak kali dengan ikhlasnya sebab kita dah bantu dia dengan semua maklumat yang kita bagi walaupun kadang2 tak semua permintaan dia dapat kita penuhi. (oh! oh! kan dah berhujah panjang dah seorang wahidah) (",)

Tengah tunggu giliran untuk pemeriksaan gigi tu, saya pun bersenang lenang lah membaca pamplet dan bahan2 lain yang ada di tampal kat dinding and notice board kat dalam klinik gigi tu. Dalam pada membaca tu, mata saya tertarik untuk baca kat satu poster yang dengan besar tertulis tajuk "KOMITMEN KAMI". Saya ingat lagi apa yang tertulis kat dalam poster tu, baca dan cube fikir dan kaitkan semula dengan kelakuan mamat cam bagus kat kaunter tadi tu.

KOMITMEN KAMI
1. Kami KOMITED memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh rasa KEMESRAAN, kejujuran dan KEIKHLASAN.
2. Kami KOMITED memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap profesional, tekun, MUDAH DIDEKATI dan BERSOPAN SANTUN.
3. Kami KOMITED berkerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa efisien, efektif, dan produktif.

:fikir2kan lah. satu pengajaran untuk diri sendiri sebagai seorang penjawat awam yang selalu berhubung terus dengan orang awam. ~terima kasih YA ALLAH kerana bukakan hatiku dan memberikan pengajaran padaku. Aminn..~


Pesanan Penaja : Doktor soh datang balik untuk buat scalling (cuci gigi). So janji ngan enchek tunang nak gi buat sama-sama lepas raya. Persediaan Raja Sehari lah katakan... 1st step untuk hari bahagia saya... mencuci gigi supaya senyuman tampak manis dan berseri... suke...
http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com

6.9.09

My "Saturday" Pictures

::Tersenyum gembira dan bersolek sakan. Hoping that my Saturday will be vibrant and happening::

::Baca magazine ni sambil tunggu enchek tunang bermain polo::
(upss.. kenape mesti ini magazine yang saya beli dan baca??)

::Kene beratur panjang oh untuk makan ayam penyet.tsk!::


::Dua2 kekenyangan memakan-makan ayam penyet. huhhu...::

::Ayam penyet yang telah licin di makan::
(Apakah?? orang amik gambar sebelum mkn tapi saya, dah abis makan baru nak amik gambar.huhhuu...)

::OPRHAN. Mewayangkan diri menengok cerita ini::

::kenapa senyuman yang saya beri tapi duka yang saya terima?? saya tidak sempurna. mungkin juga tak boleh buat awak berbangga dengan rupa paras saya. tapi saya bersyukur dan redha atas ketentuannya. saya pasrah jika pengakhiran kita bukan bahagia. saya perlu terima semuanya kerana saya masih bangga menjadi saya yang berdiri atas satu nama. WAHID. yang satu itu adalah saya::

:Recall:

Setelah otak kembali centre and jiwa dah tak kacau, aku recall balik what had happen yesterday. is it my fault? or his fault that ruined our day? entah. maybe its OUR fault. both of us yang turutkan rasa dan ego sampai buat jiwa merana. merapu aku ni.

Lepas tu bile aku ingat balik, semalam ada something yang membuat aku lebih panik. i saw my ex-b. uits! biak betui! i saw him. i really sure that the guy yang sedang duduk dan memeluk seorang pompuan seksi itu adalah Mohd Khairun Hasri bin Dato' Khairul Mazri. Entah kenapa aku bleh terpandang that mamat. masa tu orang memang ramai sgt kat centre court De'Curve. Lepas keluar dari tgk wayang dan nak balik, otw nak ke carpark, dalam ratusan manusia yang sedang mencari kebahagian dunia tu, aku ternampak Ayun. OMG! i thought he still at Rhode Island buat Phd. dah balik rupanya mamat ni. aku tunduk kepala after dia toleh and hampir2 nak terpandang aku. control giler masa tu. sedih tgk dia. ingat dah berubah after his father died. tak jugak luper nyer. masih sama. masih Ayun yang aku pernah kenal dulu.

Last time aku jumpa Ayun masa tu dia nak gi continue master kat Loughborough University, UK. kalau tak silap aku la. kitorang still contact masa tu. sending email to each other untuk tanya khabar and lepas setahun lebih aku dah tak terima email dari Ayun lagi. dia sibuk mungkin dengan thesis Master dia. aku tak kisah sgt pun sebab aku pun sibuk masa tu dengan final year. tapi yang pasti dalam setahun lepas, aku terima call dari kak laila (Ayun's sister) cakap Ayun continue Phd kat Rhode Island. Chemical Engineering. Mamat tu memang mamat kimia. tapi skang dah balik Malaysia?? confuse jap. tak kisah lah tu tapi biler pk yang bulan ni bulan pose and seeing him berpeluk cam dalam citer omputeh ngan minah seksi tu buat aku rasa sedih. jijik pun ada. biler nak berubah mamat ni agaknya... ~terdiam sejenak~

5.9.09

Weekend Bosan???

Semalam masa buke pose dengan enchek tunang enchem, kitorang ader plan nak spend our Saturday together. Enchek Tunang dengan konon2 baik hatinya nak teman saya sebab mama takde gi Singapura. Kesian kat saya sorang2 katanya... huhuhu... jadi angel jap enchek tunang itu! tsk sebab selalunya dia devil dan saya lah angel nya... huhhu... (",)

So hari ni saya plan nak spend ari Sabtu yang best ni dengan membasuh baju di waktu pagi selepas sahur dan sementara menunggu masuk waktu subuh. lepas tu bersiap untuk pergi opis. keje adalah sgt banyak dan ade satu orang yang bertitle Datin Pakuda, opss salah... Datin Paduka... sebut betul2... DATIN PADUKA ok...! yang sememangnya banyak cekadak dan songeh! suke menyusahkan hari2 yang saya lewati dengan meminta macam2 dan sgt cengih dan suka down grade makhluk2 dalam opis saya. sgt tsk dia!

Selepas menghabiskan kerja di opis saya itu, saya ingin mengikut enchek tunang gi training polo kat Titiwangsa and sambil tunggu enchek tunang abis main polo bleh gak abiskan membaca buku Stephen King; 4past midnight. mesti gak abiskan membaca itu buku sebab dah janji nak bagi Cik Puan Bunga itu buku... sedey... tapi dari bagi kat orang yang tak reti appreciate, lebih baik bagi pada kipas susah mati Stephen King iaitu Cik Puan Bunga. atleast lege gak sebab itu buku akan dimanfaatkan sepenuhnya dan dibaca oleh cikgu bahasa omputeh yang happening...

Lepas enchek tunang habis main polo, cadang nak berbuke pose di De'Curve. nak gi makan ayam penyet. nak gak. tak peduli. sgt teringin dengan Milo Dinasour. pastu nak amik gambar and mms pada Cik Puan Zarina yang memang fanatik kepada Milo Ais Pekat dan kauww punyer! huhuhu... sgt berniat jahat di bulan puasa ini! hehehe... suke... \('.')/

pas buke pose ingat nak gi tgk movie orphan tapi ni kan bulan pose, elok ker kalu gi tgk wayang?? tak pasti. sebab saya memang jahil bab agama. so cadangan untuk bertengok wayang akan ditangguhkan sebab rasa sgt tak sedap hati. entah!

4.9.09

Hari Ini ; 04/09/09

Gosh! Hari ni berlalu rasa cam lambat jek. mungkin tanpa mama di sisi. entahla. takde idea. skang kat umah and tgh dok surfing on the internet. blur. tak tau mau cari ape. tadi buke pose ngan member keje. mie, lin and enchek tunang kesayangan hati. makan ikan kerapu pedas. sedap. fav saya oh.. sangat sonok memakan itu ikan sampai kenyang tapi tetap control jek makan dan hanya bersabar sebab tak dapat mengorek mata ikan kerapu lazat didepan mata seperti kebiasaannya. sadiss betul. enchek tunang hanya tgk sambil senyum sinis. bukan nak tolong korek kan mata ikan idaman kalbu saya itu. huh! tsssk!

enchek tunang hantar sampai umah. tgk my bro dah balik dah. ada gak teman kat umah malam ni. kalu tak sorang2 je la sebab mama dah gi singapura. lepas tu masuk bilik, bukak lampu and mata terus tertumpu kat atas TV sebelah katil. ada botol minyak cap kapak. masih penuh. pastu tgk kat cermin kat almari baju ada note dari mama; "mama go 1st. jaga diri. jgn lupe basuh baju dlm bakul tu. minyak angin mama dah beli. ada atas tv. in case kakak migrain lagi. jgn lupe makan ubat and jgn stress2 kerja. tgk2 adik. mama always love u." gosh!! mengalir airmata. rindu kat mama datang lagi. hope mama selamat pergi dan balik. mama jarang tinggal2 note macam ni. aku mula ar dah pikir macam2. Ya Allah, aku tak sanggup kehilangan orang yang paling penting dan paling aku sayang dalam dunia ni. Biar aku yang pergi dulu sebab aku tahu yang aku tak kan sanggup untuk hilang mama dalam hidup aku. Dia tiada tolok bandingnya dan tiada galang gantinya.


Rindunye kat MAMA! *tears*

26.8.09

4. Hari Keempat Puasa

Hari keempat puasa juga berjalan macam biasa. Cuma masa nak balik dari opis tayar kapal terbang enchek tunang sudah pancit. hahaha... oh padan ngan muke dia itu dan jugak muke saya! pastu terpaksa lah berbuke di opis je. Gi bazar ramadhan jalan TAR beli kuih jek sebab dah janji nak makan masakan mama arini. semestinya sedap sehingga menjilat ibu jadi kaki. saya sgt suke...

Tapi selepas itu tragedi Ogos pulak berlaku. enchek tunang telah memarahi saya. tsk! atas sebab dia risau saya tidak menjawab panggilannya. saya gi solat ler... hish! suke2 je nak marah orang tanpa tanya dulu apa dan kenapa. hatta masam dan bonyok lah muke saya dan semakin banyaklah kedutan yang akan wujud di muke. tsk! saya nak AWET mude.... huhuhu....

kuih dan air yang beli kat bazar ramadhan jalan TAR pun saya tak jamah. biarkan enchek tunang tahu yang saya adalah sangat memarah. enchek tunang hantar balik dan selesai solat saya terus menidurkan diri tapi mata tak mau lelap2 juge. mungkin perut lapar kot. huhu... takpe, yang penting boikot saya kepada enchek tunang berjaya. biar saya sakit. pastu biar padan ngan muke enchek tunang saya itu. saya adalah sgt mengada2...

bangun sahur ke esokkan harinya dengan perut yang sgt lapar tapi sebab perut dah pedih and masuk angin, saya minum milo buatan bonda dengan biskut kegemaran enchek tunang sahaja iaitu biskut gula. sekarang ini saya adalah saya sedang menahan kelaparan dan pedih perut yang amat sgt tapi tetap maintain dan ayu seperti selalu. sgt perasan oh!

25.8.09

3. Hari Ketiga Puasa

Hari ketiga puasa macam biasa. takde apa yang menarik dan da'boom untuk dicerita. mungkin sebab ianya hari Isnin. hari kemalasan sedunia melanda (i really hate monday. monday bluessss...) Makanan berbuke juga sederhana macam hari-hari biasa tetapi sedikit teruja kerana adanya mata ikan yang menjadi idaman kalbu. belum sempat orang lain kopek isi ikan parang yang besar itu, aku dah aim dari awal untuk menjamah matanya yang buntang dan menawan kalbu. abis kedua-duanya aku bedal. mama dok geleng kepala je tgk anak daranya yang kelihatan sgt kurang sopan memakan-makan mata itu ikan. selesai semua aku ke masjid bertarawih. dapat 8 rakaat sebab tak tahu kenapa rasa tak berapa bersemangat hari ni. sambung witir di rumah kemudian terus menjadi sleeping ugly, air liur meleleh di pipi... huhuhuhuhu.... tsk monday! ;((

24.8.09

2. Hari Kedua Puasa

Hari kedua puasa jatuh hari Ahad. Hari untuk bersenang lenang sedunia. so bangun sahur dan hari ini juga dikejut oleh Enchek Tunang yang sgt senang berbangun pagi. Hari ini enchek tunang makan sahur sedikit sedap iaitu milo tarik 3 in 1 (hahahaha... milo segera sebab orang bujang) dan juga biskut gula kegemarannya. Enchek tunang cakap itupun dah cukup Alhamdulillah... sgt tidak cerewet. sebab tu saya sayang menyayang dia!!

Saya pula makan nasi goreng kampung baki berbuke tadi (jgn membazir di bulan Ramadhan ok... dan sememangnya nasi oreng kampung itu sgt sedap! tak bleh lawan mana2 kedai.) hehehe.... dan minum nescafe tarik buatan bonda yang tak bleh kalu tak kene satu hari. makan buah tamar 2 butir dan kemudian tunggu azan subuh. selesai subuh saya sambung tido balik. (sangat penat oh! lagipun cadang nak gi opis sudah kan kerja arini.)

bukak-bukak mata tgk dah siang. huhuhu... sgt malu citer dalam ini blog. pukul 10. itupun sebab enchek tunang call tanya jadi gi opis ke tidak. arini tak jadi gi opis sebab sangat penat dan banyak baju nak basuh... saya adalah manusia yang sgt malas bermain-main dengan air (alasan yang selalu diberi pada bonda. hahahaha...)

berbuke sederhana seperti selalunya. bonda masakan kuah lodeh kegemaran saya... saya suke... nasi himpit, dan pelengkap kepada makanan ini iaitu sambal telur dan paru goreng garing... semua adalah kegemaran saya.. di ingatkan di sini sememangnya saya kuat makan... huhuhu... sebab tu jadi budak gimuk yang comel. hehehehe....




enchek tunang tak jadi datang lagi arini.. tsk! sedih! last minute plak tu. bonda dah excited dah masak memasak hari ini. lepas bagitau yang enchek tunang tak dapat datang bonda kata kalu tahu dia goreng ikan je, makan ngan kicap and nasi putih. huhu... sadisss.... sampai hati bonda, masak sebab enchek tunang nak datang je sebenarnya...

sebab bersalah bonda masak sedap untuk dia, malam enchek tunang datang sebab bonda cakap nak bungkuskan untuk dia. sgt mengada-ngada enchek tunang itu... sgt memanja-manja dengan bonda saya. bonda suruh bungkuskan untuk enchek tunang apa yang ada. enchek tunang datang dan dapat lah melepaskan rindu pada superman saya itu... enchek tunang yang busyuk, saya sangat rindu kamu... (hhuhu... ingat sket ini bulan pose...) hehehehe...

Makanan Berbuke Untuk Hari Pertama Puasa

sangat sedih sebab hari ketiga puasa baru dapat mengupdate blog ku yang sgt gojes ini. suke... :D Ini adalah angkara adinda bongsu yang amat sibuk meng'online'kan diri sehingga tiada ruang untuk aku menggunakan internet di rumah. tsk! tak habis2 dengan makwe korea nya itu. macam hebat cakap korea sampai ade makwe cyber korea. hahahaha.... sgt bermulut jahat di bulan pose... tsk!

so 1st thing yang aku nak update is about juadah berbuke puasa untuk hari pertama puasa seperti yang dijanjikan bonda. ini adalah untuk melelehkan air liur sendiri dan sume orang yang membaca entri ini. suke.... \(*_*)/

so inilah juadah yang bonda sediakan untuk kami sekeluarga. Nasi Goreng Kampung Pedas dan Sedap buatan bonda, udang tempura, hashbrown, crab stick, dan yang menjadi kegemaran aku sedunia.... TEMPE GORENG yang lazat sehingga menggigit jari kaki... opss... lupe satu lagi makanan wajib waktu berbuke, kurma madu yang lazat dan kuih kole kacang yang juge buatan tangan bonda. lazat..... saya suke berbuke puasa... habisla diet saya... huhuhu....

22.8.09

1. Hari Pertama Puasa

:Hari pertama puasa rasa macam biasa. Enchek Tunang kejut pukul 4.15pagi. bangun-bangun budak gimuk. bangun sahur. jgn makan banyak2 nanti azam kurus tak berlaku. huhu... sangat sadis kalau enchek tunang sanggup berkata begitu. akan daku bertukar menjadi robocop menentang superman hatiku itu. hahaha... macam berani.

:Sahur makan nasi dan lauk tom yam masakan ibu yang sungguh lazat di dunia. haaa... masih terasa kesedapannya. tapi makan sikit sebab teringat bile tanya enchek tunang tadi dia sahur apa, dia cakap makan kurma jek. oh oh! saya sgt sedih sehingga mengalir airmata selepas meletakkan telepon dan mengatakan saya cinta padanya. ~emosi menguasai diri. huhu.. tsk rasa mcam ni..~

:Pastu gi opis (orang rajin memang macam neh.) lagipun masih banyak maklumat dan data lori2 sampah yang belum dimasukkan ke dalam komputer. (huhu... bahasa sgt bodoh. apakah??) dalam erti kata lain, banyak keje belum siap oh! sgt tsk! dan biler sampai opis perkara pertama yang aku buat adalah meng'update' blog gojes ini dan bukannya membuat kerja. huhuhu... bocor rahsia... apa kisah, bukan akak claim ot pun datang keje arini. buat kerja sukerela hati ok... berbuat baik di Bulan Ramadhan.. suke.... :D

:Tak sabar mau tunggu berbuke puasa kerana ibu mau masuk nasi goreng kampung pedas kegemaran kami sekeluarga... saya sayang ibu saya!! tapi kesian sama enchek tunang sebab tak dapat joint buke pose. kene turun training walaupun arini 1st day puasa.. takpe yer cyg, saya makan kan bahagian awak itu... huhu... menghancurkan azam untuk kurus saya di bulan pose. tsk! m(*_*)m

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin