Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com
Showing posts with label mengadu domba. Show all posts
Showing posts with label mengadu domba. Show all posts

12.8.10

.Habis dah. .Gaduh dah.

I had a big fight with Encik Suami yesterday. Punca : Facebook.
So now, saya dah takde Facebook lagi dah. Account sudah delete.
Sangat sedih sebenarnya coz FB is the only place yang saya bleh get in touch with my old buddies. oh sedih nya! tamau cakap apa2. Farm Ville yang dah level 49 nak masuk level 50. oh! sedih lagi! tanaman-tanaman ku, binatang-binatang peliharaan dan perusahaan yang sedang aku jalankan, jiran2 ladang yang baik hati yg selalu datang dan membaja tanah-tanah kebun ku itu. oh! sedihnya. kumpulan gossip2 dengan geng mummy UTM akan tidak lagi berfungsi sebab president dah takde dalam FB. Oh! Sedih lagi.

Mulai skarang saya akan tinggal di bawah tempurung yep! Blog pompuan pink yang tak berapa nak ayu ni jer la tempat saya nak berlaku riak, membangga diri, bergossip tiang lampu, kongsi2, mencaci mencarut cencurut dan perasan cantik da'boom!

Kawan-kawan, sila berikan sokongan padu anda pada saya yer. oh oh oh oh oh....

Happy Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa. Mohon Maaf Zahir dan Batin.

Saya sayang suami saya!!

::gambar kawin lagi::

pesanan penaja : masih dalam mood pengantin baru sebab inai kat tangan tak ilang lagi. Gambar kawin pun tak dapat lagi dari super duper photographer ku yang berdua itu (AF & ACG).

2.8.10

Saya rindu DIA ini

Enchek Suami dah berlepas ke Padang Indonesia hari Khamis yang lalu dan akan pulang hari Khamis minggu ni. Saya sangat rindu manusia bernama Mohd Faizal Mohamed Kamil ini. Tak sabar mau tunggu enchek suami balik dari Indonesia... setiap saat ingat kat dia dan setiap kali tu jugak air mata mengalir. sedihnya... tak suka perasan baru yang saya rasa ini...





16.6.10

Kalau lah tahu..... KAN!

Kalaulah saya tahu yang ianya begitu, sudah tentu saya tidak akan menggunakan.
Kini, untuk membatalkan sudah tidak memungkinkan kerana saya telah mendahulukan. Sekiranya membatalkan, sudah tentu yang saya dahulukan tidak boleh saya dapatkan.

Inilah yang old-old people selalu pesan "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna". sgt tsk!


pesanan penaja : mau tau apa yang saya maksudkan?? follow blog saya. saya akan ceritakan nanti. sekarang bukan masa yang sesuai.

13.4.10

Ikhtiar KURUS saya

Saya hanya ada masa yang sangat singkat iaitu 2bulan dan 20hari sehingga Hari Bahagia menjelma. So skang tgh put an effort untuk kurus. http://emo.huhiho.com Pelbagai perkara yang saya buat untuk kurus. Saya tak makan nasi. Saya beli corset beautiful yang mahal itu. Makan jamu. Beli krim panas terbakar. etc..etc...etc...etc...etc.... cuma satu je yang saya tak buat; Bersenam! http://emo.huhiho.com Sebab tu saya tak kurus2. sgt tsk!!! Saya adalah seorang yang sememangnya malas mahu bersenam walaupun tunang saya adalah seorang athlete dan coach yang sememangnya tiap2 hari akan bersenam, masuk gym dan melakukan pelbagai aktiviti sukan. Kenapakah begitu kontra. huhuhuhu... macamana ni? Kalu baju yang saya dah sewa tak muat, apa saya nak buat nanti... sedey sei.. adakah saya akan panggil fairy-good-mother untuk mintak dia tukar saya macam dia tukar cinderella? http://emo.huhiho.com

25.3.10

Pesan Untuk Kawan

Saya adalah sangat sakit hati 2 3 hari ini sehingga ilmu yang ditimba terasa sangat susah mau masuk. Kenapa mesti berdrama di depan saya? Kenapa mesti menidakkan yang ia? Saya kisah apa. Sebagai kawan, saya adalah manusia yang cukup terbuka. Itu hak individu bagi saya. Sekali lagi kenapa mesti berdrama.

Buat kawan,
Tolong kembali kepada diri asal kamu. Kamu yang aku kenal dulu tidak seperti ini. Kenapa perlu berubah hanya kerana kehadiran orang baru. Mungkin kamu sedang berasa bahagia dengan perhubungan itu, cuma jangan buat orang sekitar kamu berasa jelik dan geli. Please yer. Saya sangat tidak boleh menahan perasan saya dan pada hari ini, di hari akhir kita menimba ilmu saya telah membuat muka tak puas hati dan bengang saya. Saya mintak maaf untuk itu. Bukan saya sengajakan tapi itu tindakan spontan saya dan saya juga rasa kalau orang lain ditempat saya, mereka turut akan menunjukkan reaksi sama seperti saya. So, sorry sekali lagi. Tolong jangan jadi seperti 2 3 hari ini ya. Saya sangat geli melihatnya.

Sekian.
Inila pesan seorang kawan kepada kawan yang lain.
Harap kamu faham maksud aku.

16.2.10

.Pre-wedding photo session CANCEL sudah.

Entri ini adalah entri mengadu domba sebab enchek tunang dah buat keputusan tak nak pre-wedding photo dengan alasan; "saya tak pandai bergaya depan camera", "saya tak reti fesyen2 ni" (dlm hati cakap; ape kene mengena fesyen dalam ini pelem?!). Tapi saya diam je tanda hormat. Malas nak argue dengan enchek tunang banyak2. Nanti gaduh saya gak yang sakit hati and rindu kat dia (ish, gatai!).

Saya cakap kat diri sendiri, saya kene hormat keputusan enchek tunang dan tak boleh paksa dia. Nanti lain plak jadi masa pre-wedding photo session tu nanti. Takpe lah, saya akan cuba ikhtiar supaya saya dapat gak amik gambar dengan enchek tunang sebelum kawin. Sebab kalu ikutkan, saya hanya ada 3keping gambar sahaja dengan enchek tunang. Maksud saya gambar yang kami ambil berdua.

Cuba cik-cik dan puan-puan bayangkan (sila buat aksi sedang membayangkan sesuatu yer) sepanjang setahun lebih perkenalan hanya ada 3keping je gambar kami yang diambil berdua. Patut tak? Memang tak patut... Kalu orang lain tu, dah beralbum-album dah gambar berdua. Tapi saya perlu pasrah (cewah ayat haku tak hengat). Sebagai tunang kepada seorang yang memang kaki sukan dan ganas serta brutal, saya tak bleh la nak anggap diri cam bertunang dengan artis nak banyak2 gambar (sedang cube menyedarkan diri yep).

Saya adalah sgt memerlukan gambar pre-wedding sebab saya nak wat mini banner sendiri untuk saya letak and pamerkan kat depan entrance dewan masa hari bahagia saya nanti. Pastu gambar tu juga saya nak decorate sket atas cardboard and buat cam ala-ala frame untuk saya letak atas meja 'wishing book' saya. Barula cam best jek kan. Walau apapun yang bakal terjadi (cewah!) saya tetap akan merealisasikan idea giler saya ini.

So skang dalam otak ada tertera beberapa idea untuk pastikan enchek tunang setuju gak dengan gambar pre-wedding. 1. Saya nak mintak tolong cousin saya yang cantik lagi baik hati serta creative dan sgt berseni (puji melambung macam biasa. lagi2 dah nak dekat hari bahagia. hehehe..); Cik Lydiawati Rosli untuk jadi our official pre-wedding photographer. Mungkin Enchek Tunang takla segan sgt dengan Lyd sebab dia cousin saya kan. 2. Saya cuba cari promo untuk pre-wedding photo session yang kat dalam studio jek. Mungkin dalam studio ni takde lah cam segan sgt sebab akan hanya ada Saya, Enchek Tunang dan Enchek Photographer saje (good idea...good idea...; puji diri sendiri nampak!). 3. Amik gambar sendiri atau dalam erti kata lain bercamwhoring berdua-duaan dengan Enchek Tunang ala-ala orang yang syok sendiri. Tapi saya akan pastikan aksi ini dilakukan ditempat-tempat yang strategik dan mempunyai pemandangan yang cantik ok (bukan kat dalam kete pastu syok sendiri amik gambar 2orang atau kat tempat2 yang tak best. Sorry, its so not me!) 4. Ikhtiar terakhir saya kalu tak dapat gak adalah guna je lah mana2 gambar berdua yang kami ada untuk saya buat mini banner saya dan idea frame untuk letak atas meja "wishing book" saya tadi tu.

::Sekian edisi mengadu domba saya untuk kali ini. Masih tak puas hati selagi idea tidak dapat direalisasi! tsk!

11.2.10

Tag "Terima Kasih" DIY

*sila baca dalam nada yang sedikit skema sebab baru balik dari taklimat di kampung2 yang memerlukan bahasa buku dan bahasa yang lebih skema serta berdiplomasi untuk membuat penerangan. sgt stress!!! kene pikir pasal Hari Bahagia baru stress boleh ilang. sgt tsk!*

Saya sudah pun menyiapkan tag terima kasih untuk hari bahagia. Kene buat awal tag terima kasih ni sebab ini adalah tag terima kasih yang di buat sendiri. Oleh itu, kerja2 pemotongan dan mem'print' akan mengambil masa dan memerlukan masa yang senang lenang dan tenang untuk disudahkan. Selain itu, tag terima kasih ini memerlukan kepada keperluan kakitangan yang ramai untuk menyudahkannya dalam masa yang singkat. Oleh yang demikian, saya telah membuatnya dengan lebih awal sebab kakitangan yang bakal digunakan adalah kaki dan tangan saya sahaja (itupun kalu kaki saya boleh berfungsi seperti tangan untuk potong2 tag terima kasih ni. apekah?! hehehehe...)

::tag terima kasih yang di D.I.Y oleh saya::

::background asal by LadyNoe::

Thanks to LadyNoe sebab saya jumpa background tag ni dari blog dia (Misi.5.April) tapi saya telah meng'edit' sedikit tag ini dengan saiz yang saya suka dan memasukkan huruf2 ataupun perkataan2 yang anda lihat sgt cantik itu (hehehehe... perasan + skema). So skang sudah rasa sikit senang hati sebab takyah risau untuk tag terima kasih dan saving sket kat sini sebab buat sendiri. Untuk semua yang punya selera yang besar dengan budget yang ciput seperti saya, anda dengan ini dialu-alukan untuk buat seperti saya dan menggunakan background tag yang telah LadyNoe beri secara percuma ini.

Sekian, Terima Kasih


::Masih stress dengan taklimat di kampung tadi. Sungguh hipokrit dan tidak menjadi diri sendiri. Adeke depa cakap kami ni penyamun masuk kampung nak amik tanah orang kampung. Memang tak patut!! Melayu... Melayu... kenapa mesti terus MELAYU kan diri anda dan membantah kepada pembangunan yang boleh memberi jaminan kepada masa depan yang lebih cerah dan terjamin. Entahla.. sebab saya pun melayu jugak!!::

10.2.10

Ada apa dengan 28 Februari?

Ada apa ya dengan 28 Februari ni? hehehehe....

28 Februari ni Birthday saya (nak gak bagitau satu dunia. hihihihi... sukaaa....)

28 Februari ni Enchek Tunang datang anta duit belanje.. (makcik kayo sokojap!! iyola tu kayo.)

28 Februari ni saya wat test make up dengan Kak Sue Derina (nak gak melaram dengan mekap tebal depan enchek tunang. hihihihi... gatai!)

Skang ni sgt tak sabar nak tunggu 28 Februari. Itu baru anta belanje tu. Belum lagi Hari bahagia. Excited kalah orang yang tunang. hehehehe... (suka hati saya ler kan sebab saya mana de tunang pakai make up and kenduri bagai. Tunang sempoi sebab tak sangka datang risik my mother soh tunang je terus. tsk!)

Kesian kan saya... (>.<)!

8.2.10

Bodoh, Tak Bijak atau Bongekss??

Entah kenapa arini rasa cam bongek. Tadi masa lunch gi jalan sorang2 kat Jalan TAR pastu masuk Nagoya. Beli kain bodoh tak hape-hape tah pastu baru terasa menyesal. Kenapa haku membazir beli kain ni? Dahla tak cantik, mahal plak tu. Memang tak berbaloi-baloi macam CELCOM (apekah??) Pastu jalan terus konon2 nak balik opis tapi terus TERmasuk Umang-Umang, nampak kain warna merah sepasang. Pun tak cantik tapi gatal pi tanya harga. Pastu teringat yang ada sorang lagi ahli kuaga yang tak dapat kain warna merah. LePas tanya harga, kakak penjual kain tu terus turunkan kain yang tergantung dan dengan serta merta pi cakap 'bleh la kak". Apa yang bolehnya? Entah. Bongekss nye rasa masa lepas bayar tu. Macam baru tersedar dari kena pukau (iyeke kene pukau. entah2 betul tak?). Kenapa haku tak tawar harga tadi? Aduh.... tak berbaloi tul kain tu dengan harga dia. Bongekss nyee arini? Ke tak berapa nak bijak ataupun terus terang cakap bodoh. Entah. Banyak makan semut kot. Iyeke??

p/s : masa taip entry ni pun banyak kesalahan bahasa yang telah dilakukan. Macam kel*** pun ada gak bahasa yang diguna. Pastu eja pun salah. Kenapala dengan haku arini agaknya. Mengong ke hapa?!

4.2.10

kisah BAHAGIA yang kemudian bertukar PILU la pulak!

Hari ni dapat lah settle kan beberapa perkara yang ada kene mengena dengan Hari Bahagia. Dapat beli kain untuk penyepit dan pengepit, dapat deal dengan katering untuk tukar pelamin dari standard ke yang ala2 kerusi mawi. hehehehe... Dapat deal dengan my makcik untuk siapkan baju nikah enchek tunang lebih awal sebab nak bagi sebagai hantaran masa enchek tunang and family datang anta belanje penuh 28hb Februari nanti. so sgt suke hati. dapat tempah coklat yang pelbagai bentuk dan siap dengan nama kat Ain (my friend; pali wife) dengan harga yang sgt murah yang Ain cakap harga kawan2. hehehehe.... so sukee hati. then apa lagi, setiap kejayaan saya lapor kat enchek tunang yang jauh di mata tapi dekat dihati (sebab dia skang kat Langkawi. huhuhuhu..) feedback yang saya dapat balik amat mengecewakan dan bleh buat saya kecik hati. bila dapat msg, ayat ringkas je yang saya terima "mmm... ok." tak pun "oklah tu" dan kadang2 tak dapat feedback lansung. terasanya hati yang tawar ni. sedih sgt. tapi saya fikir +ve. mungkin enchek tunang sedang sibuk berkhursus dan tak sempat nak reply msg panjang2.

baru je tadi dia call, dan dengan suka hati saya jawab untuk membuat laporan semua kejayaan dan kegembiraan saya arini. mesti best! tapi tetap hampa dan kecewa. jawapan balas yang saya terima dari enchek tunang tetap sama macam yang saya dapat dalam msg sebelum ni. menitik airmata.

takpe lah wahidah, teruskan kejayaan dan kegembiraan anda hari ni. yang penting u have done something yang dapat buat hari bahagia yang diimpi jadi kenyataan satu hari nanti. ameeennn... (sedang berusaha mengubat hati dan kuatkan diri)

::memang semua ke lelaki macam ni??::


::kain untuk penyepit dan pengepit. merah kesukaan hati. ada jalur2 sket. murah but look expensive gitu. macam yer je kan. hehehehe...::


::kerusi ala mawi yang saya cakapkan tu; macam ni ler bentuknya. suke hati.. heaven nyeee saya rasa..::

.gambar pelamin ciplak dari rins suzana, arjuna cipta & wedding by sher. credit to all.

22.1.10

Banyak Benda Berlaku Kala Sunyi Itu Datang

salam...

Lama betul tak update blog. Ingat mau lupa kan saja tapi terasa sayang plak. I'm created this blog at the 1st place to share my idea on Wedding and also to story to all my blogger friends on my journey to Hari Bahagia. Tapi biler enchek tunang buat hal, dugaan besar datang, saya JATUH. Jatuh dari tempat yang sangat tinggi. Sebab tu ada yang berpesan jangan terbang terlalu tinggi kalu jatuh pasti parah. And thats what had happen to me tapi skang dah Al'hamdulillah. Everything come back to normal but inside me nobody knows. i'm strunggled untuk bangun semula. Bukan mudah sebenarnya but i have to do for the one that i love the most in this entire world; my mum.

I keep on saying to myself that i'll married him becoz of ALLAH and Rasulullah. Ketakutan akan Rasulullah tidak mengaku umat mengatasi segalanya dan atas sebab itu perjalanan ini saya masih teruskan walaupun perit dan luka masih merah dan berdarah.

DOAKAN SAYA AGAR SAYA TABAH. Amin.. Insya'allah.

23.12.09

update kawin-kawin

so dalam jangkamasa lebih kurang 6bulan saja ni. yang saya dah prepare adalah seperti; katering, pelamin, hantaran (baru satu jek. huhhuu...tsk!), kursus kawin pun dah gi, list jemputan dah almost complete tapi kad je blum tempah lagi coz ingat nak wat lain dari yang lain sket.dah discuss dengan enchek tunang and alhamdulillah he's agreed dengan cadangan saya untuk kad tuh.finally!antara discussion kami yang berjalan lancar walaupun dilakukan di dalam firefly enchek tunang sahaja.

katering wahidah booking dah kat Pengantin Eksklusif. Kursus kawin aritu amik kat Zura's Akademik kat bangsar. Ok gak lah servis dan ceramah dia cuma saya dan enchek tunang rasa cam kelangkabut je co'ordinator dia tu.actually diorang ni famous atas dasar ramai artis yang joint kursus kawin kat akademik diorang and diorang memang dah lama wat servis ni.lebih kurang 20tahun (from what they mentioned to us lah).so sijil kursus kuar arini but enchek tunang decided not to take it today.musti ramai orang kata dia.saya ikut jek.pessenger kan...

so ada beberapa perkara lagi yang perlu perhatian macam mekap, baju nikah and sanding, doorgift, bunga pahar, makanan untuk majlis akad, photgrapher, videographer, dan banyak lagi benda kecik2 lain yang sangat memeningkan kepala.sangat ingin mintak tolong dari pembaca2 yang budiman yang mempunyai idea dan apa2 saje komen membina yang dapat membantu saya menguruskan majlis hari bahagia.sgt stress ok.ditambah dengan kerja di opis yang menimbun.tak terkejar nak wat semua dalam satu masa.kadang2 rasa cam nak give up jek.tapi dah tak bleh dah..

pertolongan dari segi idea dan komen membina amat2 diperlukan. TOLONG YER!

10.12.09

Tak tahan dah

ada tak orang nak offer saya keje?! dah tak tahan ar keje kat sini. dengan bos yang suam2 kuku. tak de perancangan yang teliti. sendiri tak tahu apa yang dia nak dan dia mahu. pening. tertekan. bengang. bingung. bosan. YA ALLAH, berikan lah hamba mu ini ketenangan dan kekuatan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin