Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

29.8.09

.Aku Rindu Papa.

Semalam, aku berbuke puasa kat rumah mak ngah. semua kuaga ada. berkumpul camni memang best sebab dapat jumpa semua makcik2 and pakcik2 and also my cousins yang dah besar panjang and bekerja. nak dapat jumpa memang susah. Sepupu aku Lyd; yang paling rapat dengan aku skang ni dah jadi lecturer kat MasterSkill. sambil tu dia tgh buat Phd kat UIA. kalau dulu selalu gak kitorang kuar bersantai2 pi makan mc'd atau sekurang2nya gi MPH kat bangsar untuk baca buku. dah tutup pun MHP kat bangsar tu skang ni. nampak sgt masa pantas berlalu.

lepas habis berbuke, semua cari kesempatan untuk berkongsi-kongsi cerita. dan semalam, aku telah jadi tumpuan utama. semua tanya kenapa badan dah nampak berisi. huh!! tsk! mana ada isi. kat badan ni semua lemak tau tak. benci betul! dan soalan yang paling famous amous semalam adalah, bile nak kawin. aduh... ini satu lagi soalan yang malas tul nak jawab sebab aku ngan enchek tunang tak conform lagi nak buat bulan bape. sabor2 yer... nanti teman kabo kan kalu dah conform.

pastu tetiba mak ngah aku dah bukak cerita pasal papa and tanya; 'dah bawak tunang nye gi kubur papa??'

aku terdiam. soalan yang tak dapat aku jawab. aku ambil masa dan kemudian aku menggelengkan kepala.

Mak ngah pesan, jgn lupe bawak tunang tu gi kubur papa. papa pun mesti nak tgk siapa bakal suami awet (nama panggilan aku dalam kuaga). aku tertunduk lagi. berat betul nak angkat kepala tika tu. semua mata tertumpu kat aku. rasa macam pesalah yang sedang dibicarakan je.

lepas mak ngah ambil peranan menasihatkan aku, cik yah pulak bersuara. 'papa penah pesan dulu pada cik yah. tgk2 kan korang adik beradik kalau dia takde. papa korang tu kebanggaan kuaga. korang tau tak semua tu? mesti nenek penah ceritakan kat awet pasal papa?'

Aku menggeleng. 'tak pernah.' jawab aku.

Cik yah pun mulakan cerita. semua pasang telinga. suasana yang riuh sebentar tadi dah jadi macam suasana malaikat lalu naik skuter. tsk!

kata cikyah, papa antara anak melayu pertama pada zaman dia dulu yang dapat masuk sekolah inggeris (sekolah omputeh ler tu..). tapi datuk tak izinkan sebab datuk aku memang terkenal dengan pegangan agama yang kuat. atuk dulu adalah imam dan ustaz kat Pantai Dalam tu. bagi dia, pendidikan agama dah cukup, sekolah inggeris tak memberikan apa2 faedah pun. tapi papa degil, papa teruskan juga masuk sekolah inggeris dengan bantuan nenek. arwah nenek aku adalah manusia yang paling sporting dalam dunia. aku rindu nenek. nenek berkebun, ambil upah cuci baju, ambil upah bersihkan kebun orang semata-mata untuk masukkan papa kat sekolah inggeris. itu yang cik yah cerita.

Cik yah juga cakap, papa aku pandai main alat musik. cakap je alat musik apa, semua papa tahu main. biola, piano, gitar, harmonica, seruling, seksafon, drum, cakap je apa semua papa mahir. dalam pada masa yang sama, aku lihat mama tersandar kat tepi pintu bilik angah sambil mendengar dan tertunduk. tentu mama jugak sedih dan sebak macam aku. macam2 cerita malam semalam yang aku dengar tentang papa. aku kagum dan bangga sebentar sebab jadi anak papa. anak kesayangan papa. anak yang paling rapat dengan papa.

papa pergi tinggalkan aku dan dunia ni waktu aku dajah 3 lagi. aku masih ingat tarikh keramat tu; 31 Januari 1992. aku baru berusia 9tahun waktu tu. aku belum kenal erti kematian dan kehilangan. waktu papa pergi, aku tak menangis. aku tak rasa pun kehilangan dan kesedihan tu. aku cuma mula terasa waktu aku masuk darjah 5. mungkin sebab waktu tu aku dah ada akal dan kenal erti kehilangan. kat sekolah, setiap kali surat yang perlukan tandatangan penjaga, surat aku mesti mama yang tandatangankan. kawan2 lain semuanya tandatangan ayah. aku sedih waktu tu. pernah satu ketika, aku diarah untuk membuat karangan tentang bapa. karangan tentang percutian yang paling disukai bersama bapa. aku tak hantar pun karangan tu dan aku dimarah cikgu. dengan linangan airmata aku menjawab pada cikgu bahawa aku tak pernah pergi bercuti dengan bapa sebab bapa aku dah tiada. cikgu terdiam dan suruh aku duduk semula.

Ya Allah, aku rindu benar pada papa. Sedih bila ingatkan yang hari bahagia ku nanti tak dapat aku kongsi dengan papa. kalau boleh, aku nak papa sendiri yang menikahkan aku dengan superman hatiku itu. aku nak papa sendiri yang menyerahkan tanganku pada suamiku tanda tanggungjawabnya sudah diberikan pada suami ku. tapi itu semua hanya impian yang tidak mungkin terlaksana. aku tahu itu dan aku redha... m(!_!)m

Kotak Ajaib ku Sakit Teruk

Kenapa kau sakit teruk di waktu-waktu begini wahai kotak ajaib ku. Habis semua memori aku dan kamu. Memori yang kite bina selama ini. Semuanya tidak dapat diselamatkan. Bagaimana harus aku teruskan hidup ini tanpa memori yang aku bina dan semat di dalam memori mu? huhu... merepek dikala otak tidak dapat fokus lagi kerana kotak ajaib yang rosak teruk itu!

27.8.09

Apakah Rasa Ini?

Aku kadangkala terfikir. tatkala aku sendiri. terfikir tentang diri. tentang perjalanan hidup yang masih panjang ini. aku manusia biasa. punya kelemahan dan kekurangan diri dan sedikit kelebihan yang dikurnia Illahi.

Aku perempuan biasa dengan keinginan dan cita-cita yang tinggi. masih banyak yang belum aku kecapi dalam usia ku ini. aku masih punya impian yang belum tercapai. impian dan cita-cita yang sedari kecil telah aku pahatkan dalam diri dan sehingga kini ianya sudah menjadi sebati. aku masih belum puas. masih belum rasa cukup dengan apa yang aku miliki kini. bukan tidak bersyukur namun apa yang aku idamkan masih belum aku perolehi.

Tatkala sendiri, aku punya pelbagai rasa. rasa yang entah apa-apa. rasa sedih yang bercampur dengan gembira. rasa duka yang diselangi dengan sebak di dada. rasa penyesalan dengan apa yang pernah terjadi.

Adakah ini yang aku inginkan?Adakah ini yang aku impikan? adakah betul apa yang aku lakukan kini? adakah aku akan mengecap sebuah kebahagiaan dan kejayaan kelak nanti? Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kepada Mu aku berserah dan kepada Mu jua aku memohon. berikan aku petunjuk agar aku tidak sesat dan menyesal kemudian hari. aku bersujud pada Mu Ya Allah. memohon sedikit simpati dan cahaya bagi kegelapan yang aku alami. aku memohon petunjuk Mu. Adakah benar apa yang aku lakukan kini? adakah betul keputusan yang telah aku ambil ini. namun Ya Allah, Yang Maha Mengetahui, semakin kuat perasaan bersalah ini. semakin kuat dan kerap ia menerpa dalam fikiran dan diri. adakah ini petunjuk dari Mu. petunjuk yang ku minta tika bersujud padamu?

26.8.09

Kotak Ajaib

Kotak ajaib saya yang digunakan untuk bersuke-suke dan buat kerja sudah rosak. dah buat report tapi masih takde orang yang datang elok kan... huhuhu.... sgt lembap seperti sibut babi mereka itu (opss... puasa tak bleh mencarut cakap babi... sowi2). jadi untuk bersuke ria dan sementara kengkawan gi solat saya telah menggunakan kotak ajaibnya. terima kasih kengkawan! oh rasa seperti memintak sedekah dgn menggunakan kotak ajaib orang lain... huhuhu... tsk! dahla tempat kengkawan saya itu dekat dgn JAGA control yang suke sergah2 orang and macham bagus! benci betul!

bile kotak ajaib mau elok ni... sgt tak suke apabila kotak ajaib merosakkan dirinya... ;((

4. Hari Keempat Puasa

Hari keempat puasa juga berjalan macam biasa. Cuma masa nak balik dari opis tayar kapal terbang enchek tunang sudah pancit. hahaha... oh padan ngan muke dia itu dan jugak muke saya! pastu terpaksa lah berbuke di opis je. Gi bazar ramadhan jalan TAR beli kuih jek sebab dah janji nak makan masakan mama arini. semestinya sedap sehingga menjilat ibu jadi kaki. saya sgt suke...

Tapi selepas itu tragedi Ogos pulak berlaku. enchek tunang telah memarahi saya. tsk! atas sebab dia risau saya tidak menjawab panggilannya. saya gi solat ler... hish! suke2 je nak marah orang tanpa tanya dulu apa dan kenapa. hatta masam dan bonyok lah muke saya dan semakin banyaklah kedutan yang akan wujud di muke. tsk! saya nak AWET mude.... huhuhu....

kuih dan air yang beli kat bazar ramadhan jalan TAR pun saya tak jamah. biarkan enchek tunang tahu yang saya adalah sangat memarah. enchek tunang hantar balik dan selesai solat saya terus menidurkan diri tapi mata tak mau lelap2 juge. mungkin perut lapar kot. huhu... takpe, yang penting boikot saya kepada enchek tunang berjaya. biar saya sakit. pastu biar padan ngan muke enchek tunang saya itu. saya adalah sgt mengada2...

bangun sahur ke esokkan harinya dengan perut yang sgt lapar tapi sebab perut dah pedih and masuk angin, saya minum milo buatan bonda dengan biskut kegemaran enchek tunang sahaja iaitu biskut gula. sekarang ini saya adalah saya sedang menahan kelaparan dan pedih perut yang amat sgt tapi tetap maintain dan ayu seperti selalu. sgt perasan oh!

25.8.09

3. Hari Ketiga Puasa

Hari ketiga puasa macam biasa. takde apa yang menarik dan da'boom untuk dicerita. mungkin sebab ianya hari Isnin. hari kemalasan sedunia melanda (i really hate monday. monday bluessss...) Makanan berbuke juga sederhana macam hari-hari biasa tetapi sedikit teruja kerana adanya mata ikan yang menjadi idaman kalbu. belum sempat orang lain kopek isi ikan parang yang besar itu, aku dah aim dari awal untuk menjamah matanya yang buntang dan menawan kalbu. abis kedua-duanya aku bedal. mama dok geleng kepala je tgk anak daranya yang kelihatan sgt kurang sopan memakan-makan mata itu ikan. selesai semua aku ke masjid bertarawih. dapat 8 rakaat sebab tak tahu kenapa rasa tak berapa bersemangat hari ni. sambung witir di rumah kemudian terus menjadi sleeping ugly, air liur meleleh di pipi... huhuhuhuhu.... tsk monday! ;((

Superman Bertukar Menjadi Jaga

Atas sebab-sebab yang tak dapat diterima oleh akal yang waras makanya Superman hati dah submit resignation letter and nak tukar profession menjadi seorang jaga. Mungkin sebab terlalu banyak kes jenayah yang berlaku kebelakangan ini makanya Superman sudah tidak mahu menjadi lelaki'terlalu ku lagi tetapi ingin berkhidmat di kedai-kedai emas. tsk!


Bertukar menjadi


:sgt suke merepek. Yang kuat merepek itu saya!
~emo~ seketika m(_._)m

24.8.09

2. Hari Kedua Puasa

Hari kedua puasa jatuh hari Ahad. Hari untuk bersenang lenang sedunia. so bangun sahur dan hari ini juga dikejut oleh Enchek Tunang yang sgt senang berbangun pagi. Hari ini enchek tunang makan sahur sedikit sedap iaitu milo tarik 3 in 1 (hahahaha... milo segera sebab orang bujang) dan juga biskut gula kegemarannya. Enchek tunang cakap itupun dah cukup Alhamdulillah... sgt tidak cerewet. sebab tu saya sayang menyayang dia!!

Saya pula makan nasi goreng kampung baki berbuke tadi (jgn membazir di bulan Ramadhan ok... dan sememangnya nasi oreng kampung itu sgt sedap! tak bleh lawan mana2 kedai.) hehehe.... dan minum nescafe tarik buatan bonda yang tak bleh kalu tak kene satu hari. makan buah tamar 2 butir dan kemudian tunggu azan subuh. selesai subuh saya sambung tido balik. (sangat penat oh! lagipun cadang nak gi opis sudah kan kerja arini.)

bukak-bukak mata tgk dah siang. huhuhu... sgt malu citer dalam ini blog. pukul 10. itupun sebab enchek tunang call tanya jadi gi opis ke tidak. arini tak jadi gi opis sebab sangat penat dan banyak baju nak basuh... saya adalah manusia yang sgt malas bermain-main dengan air (alasan yang selalu diberi pada bonda. hahahaha...)

berbuke sederhana seperti selalunya. bonda masakan kuah lodeh kegemaran saya... saya suke... nasi himpit, dan pelengkap kepada makanan ini iaitu sambal telur dan paru goreng garing... semua adalah kegemaran saya.. di ingatkan di sini sememangnya saya kuat makan... huhuhu... sebab tu jadi budak gimuk yang comel. hehehehe....




enchek tunang tak jadi datang lagi arini.. tsk! sedih! last minute plak tu. bonda dah excited dah masak memasak hari ini. lepas bagitau yang enchek tunang tak dapat datang bonda kata kalu tahu dia goreng ikan je, makan ngan kicap and nasi putih. huhu... sadisss.... sampai hati bonda, masak sebab enchek tunang nak datang je sebenarnya...

sebab bersalah bonda masak sedap untuk dia, malam enchek tunang datang sebab bonda cakap nak bungkuskan untuk dia. sgt mengada-ngada enchek tunang itu... sgt memanja-manja dengan bonda saya. bonda suruh bungkuskan untuk enchek tunang apa yang ada. enchek tunang datang dan dapat lah melepaskan rindu pada superman saya itu... enchek tunang yang busyuk, saya sangat rindu kamu... (hhuhu... ingat sket ini bulan pose...) hehehehe...

Makanan Berbuke Untuk Hari Pertama Puasa

sangat sedih sebab hari ketiga puasa baru dapat mengupdate blog ku yang sgt gojes ini. suke... :D Ini adalah angkara adinda bongsu yang amat sibuk meng'online'kan diri sehingga tiada ruang untuk aku menggunakan internet di rumah. tsk! tak habis2 dengan makwe korea nya itu. macam hebat cakap korea sampai ade makwe cyber korea. hahahaha.... sgt bermulut jahat di bulan pose... tsk!

so 1st thing yang aku nak update is about juadah berbuke puasa untuk hari pertama puasa seperti yang dijanjikan bonda. ini adalah untuk melelehkan air liur sendiri dan sume orang yang membaca entri ini. suke.... \(*_*)/

so inilah juadah yang bonda sediakan untuk kami sekeluarga. Nasi Goreng Kampung Pedas dan Sedap buatan bonda, udang tempura, hashbrown, crab stick, dan yang menjadi kegemaran aku sedunia.... TEMPE GORENG yang lazat sehingga menggigit jari kaki... opss... lupe satu lagi makanan wajib waktu berbuke, kurma madu yang lazat dan kuih kole kacang yang juge buatan tangan bonda. lazat..... saya suke berbuke puasa... habisla diet saya... huhuhu....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin