Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

27.8.09

Apakah Rasa Ini?

Aku kadangkala terfikir. tatkala aku sendiri. terfikir tentang diri. tentang perjalanan hidup yang masih panjang ini. aku manusia biasa. punya kelemahan dan kekurangan diri dan sedikit kelebihan yang dikurnia Illahi.

Aku perempuan biasa dengan keinginan dan cita-cita yang tinggi. masih banyak yang belum aku kecapi dalam usia ku ini. aku masih punya impian yang belum tercapai. impian dan cita-cita yang sedari kecil telah aku pahatkan dalam diri dan sehingga kini ianya sudah menjadi sebati. aku masih belum puas. masih belum rasa cukup dengan apa yang aku miliki kini. bukan tidak bersyukur namun apa yang aku idamkan masih belum aku perolehi.

Tatkala sendiri, aku punya pelbagai rasa. rasa yang entah apa-apa. rasa sedih yang bercampur dengan gembira. rasa duka yang diselangi dengan sebak di dada. rasa penyesalan dengan apa yang pernah terjadi.

Adakah ini yang aku inginkan?Adakah ini yang aku impikan? adakah betul apa yang aku lakukan kini? adakah aku akan mengecap sebuah kebahagiaan dan kejayaan kelak nanti? Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kepada Mu aku berserah dan kepada Mu jua aku memohon. berikan aku petunjuk agar aku tidak sesat dan menyesal kemudian hari. aku bersujud pada Mu Ya Allah. memohon sedikit simpati dan cahaya bagi kegelapan yang aku alami. aku memohon petunjuk Mu. Adakah benar apa yang aku lakukan kini? adakah betul keputusan yang telah aku ambil ini. namun Ya Allah, Yang Maha Mengetahui, semakin kuat perasaan bersalah ini. semakin kuat dan kerap ia menerpa dalam fikiran dan diri. adakah ini petunjuk dari Mu. petunjuk yang ku minta tika bersujud padamu?

1 comment:

Cik Puan Bunga said...

semoga kita sentiasa dalam bimbingan-NYA...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin