Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

11.8.09

.A.P.U.T.

Setiap kali balik dari keje, aku pasti jenguk kau di dalam bilik yang berbau busok giloss itu. kasihan kau. kurus melidi. entah makan ka tidak kau hari ni. pinggang kau yang di ikat ketat dengan kain itu terlilit rapi dan kemas. pinggang kau sudah ramping ala pinggang kerengga aku lihat dek kerana di ikat dan di lilit kain setiap hari. kasihan kau. kau sapa aku setiap kali aku menjengah. KAKAK!! walaupun tak jelas sebutan mu namun aku tahu itu yang kau teriak kan. kasihan kau aput tapi aku tiada daya membantu. meleleh airmata aku setiap kali mengenangkan kau.

aku benci melihat orang yang bertanggungjawab melahirkan kau ke dunia ini. kalau boleh aku bunuh dia, sudah lama aku lakukan. tapi aku tahu itu bukan jalan penyelesaiannya. aku benci bila dia mengherdik kau. memaki hamun kau. mengata kau cacat dan ingin menghantuk kepala kau ke dinding. dia yang sepatutnya m**po*! dia yang sepatut kepalanya aku hentak ke dinding. biar dia tahu bagaimana rasa sakit setiap kali dia meletakkan tangannya ke badan kau.

aku ingat lagi, setiap kali aku mendukung kau, pasti kau meletakkan kepala kau di dada aku. inginkan belai manja. aku tahu itu. aku juga benci dengan pompuan dangdut yang melahirkan kau itu. sesungguhnya dia tidak layak bergelar IBU. aku benci kedua-dua manusia berhati binatang yang menyebabkan kau lahir sebegini rupa. aku tahu bukan kau yang pinta untuk dilahirkan cacat begini. bukan kau pinta untuk menyusahkan semua orang di dunia ini.

APUT, aku ingin kau tahu bahawa aku pernah bermimpi kau pergi dari dunia ini. pergi menyahut seruan Illahi. aku menangis dalam tidur ku. menangis teresak-esak sehingga terjaga dari mimpi itu pun aku masih sedu. siapalah yang akan menjaga kau bila kau besar nanti APUT? siapa yang akan tengok2 kan kau bila aku tiada nanti. siapa yang ingin belai manja kau jika aku tidak lagi tinggal di rumah ini.

maafkan aku APUT kerana kadangkala aku juga terlanjur memarahi mu.
Ya Allah, doaku setiap hari agar kau lindungi lah APUT. Amin.....

5 comments:

sodep said...

Sian aput..saya tau bagaimana perasaan waheda... saya lebih rela serahkan aput pada jabatan kebajikan masyarakat dari dibiarkan terseksa batin budak tu... terasa deritanya..

tengkujuh said...

apala daya saya. saya tiada hak dan upaya apa2. hanya mampu berdoa dan berdoa agar Allah memberi Aput sejahtera. aminnn...
ada juga ketika saya berharap agar Allah segera mengambil dia dari dibiarkan dia terus seperti adanya.

:dah kuar ayat sastera kuno dah aku neh!!

Cik Puan Bunga said...

siapa ni dear? :(

Cik Puan Bunga said...

siapa ni dear? :(

tengkujuh said...

he is some1 yg selalu menyentuh hati ini. some1 yang selalu buat aku sedar yg aku masih bertuah di bumi tuhan ini. some1 yg selalu sedarkan aku agar jgn lupa diri. some1 yg selalu buat aku bersyukur dilahirkan sempurna di muka bumi ini. some1 yang tidak dapat aku bantu atas segala upaya diri. some1 yang selalu ada dalam doaku setiap hari. some1 yg sukar untuk aku ceritakan pada semua di muka bumi ini. entahla...

:sekali lagi bahasa sastera rojak dikeluarkan. tak ke syahdu?
~aduh airmata, jgn lah mengalir...~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin