Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

22.10.09

Perempuan Itu & Meja Usangnya

Kenali lah PEREMPUAN ITU.
Perempuan yang selalu asik dengan alam maya nya.
Yang selalu suka mengadu domba pada enchek tunangnya, pada blog pink macam 'famous amous'nya dan tidak lupa pada MEJA USANG yang sentiasa menjadi teman setia.


******************

Meja usang besar itu sudah lama benar menjadi idaman kalbu perempuan itu.
Impian perempuan itu untuk memiliki meja usang apabila tuannya pencen nanti akhirnya termakbul juga.
Kini perempuan itu adalah tuan baru bagi meja usang yang besar itu.
Bangga giler perempuan itu atas kejayaannya memiliki meja usang itu.

Lalu...

Perempuan itu selalu saja menyepahkan meja usangnya.
Ingin menunjukkan bahawasanya dia banyak kerja.

Perempuan itu selalu pura-pura sibuk di meja usangnya.
Padahal dia sedang asyik dan leka bermain game 'burger'.
Meja usang juga selalu menjadi tempat meletakkan kepala tatkala perempuan itu terlalu penat mengadap kotak ajaib nya.

Meja usang selalu menjadi saksi.
Saksi gelak ketawa,tangisan,keluh kesah,potpet potpet,mengadu domba,mengumpat mengata perempuan itu dan orang sekitarnya.
Meja usang lah peneman perempuan itu dihujung minggu. Kalau orang lain keluar ber'dating' dengan kekasih hati,perempuan itu akan tetap setia di sisi meja usangnya.

Perempuan itu terlalu asyik dengan meja usang yang belum sampai setahun menjadi teman setianya.

Jika ditakdirkan suatu hari nanti berpisah perempuan itu dan meja usangnya,pasti meja usang diingati kerana banyak jasanya.
Pasti akan dirindui kerana banyak kenangan dengannya.
Biarlah apa yang pernah terjadi dan dikongsi menjadi rahasia perempuan itu dan meja usangnya.

MEJA USANG,ketahuilah bahawasanya kau banyak berjasa.
Bagi PEREMPUAN ITU,kau tiada gantinya.

::Inilah PEREMPUAN ITU dan MEJA USANGNYA::


Pesanan Penaja : Sesungguhnya perempuan itu memang suka merepek sambil makan kerepek pisang tanduk yang sedap lagi lazat menjilat jari dan sesungguhnya juga perempuan itu dah takde kerja dan dah takde idea untuk meng'update' blog macam famous amous nya.tSk!

20.10.09

PADAN MUKE!

http://emo.huhiho.com

Hari tu saya gaduh dengan tunang saya. Kerana terlalu mengikut emosi,saya telah men'delete' semua gambar enchek tunang dalam HP saya.Msg2 bermakna enchek tunang pun saya delete gak dan skang bile nak tengok balik,nak buat gambar jadi wallpaper dah tak ada. PADAN NGAN MUKE! mari cakap beramai-ramai
PADAN NGAN MUKE SAYA!

PADAN MUKE!!!

http://emo.huhiho.com


19.10.09

MUET (Malaysia University English Test) = 5

Biler baca comment cik puan bunga dalam entri I'm Not Good in English tetiba rasa cam hebat English (huh!perasan.tSk!) sebab MUET cik puan bunga dapat 4 dan saya dapat 5.sama-sama plak tu amik 2 kali.tapi untuk pengetahuan anda semua,ada cerita disebalik MUET yang saya dapat 5. mau tahu rahasia dan ceritanya?

Mari saya ceritakan... (ala2 genre seram gitu)

Masa 1st time amik tu saya dapat 3.amik pun atas dasar nak lepas untuk graduasi je.sebab kalu tak amik MUET tak bleh nak grad.so amik main2 and dapat 3.bukan sembarangan 3 tau yang saya dapat.lagi 2 markah je saya bleh dapat 4.hebat tak?sila cakap hebat!

Lepas tu masa dok spread out the keputusan kat lecturer and kengkawan,ada sorang mamat yang tak berapa nak bagus tapi suke buat2 bagus datang.dengan tak bagi salam dia terus cakap.dapat 3 je,aku dapat 4 tau.oh okie...kira ko hebat ar kan.ingat nak salute dia tapi lepas tu biler tgk markah MUET dia yang dapat 4 tu terus hati dalam ada cakap "cit poodah!markah atas pagar.nasib ko baik je ko dapat 4 tu tau tak.kurang 1 markah ko dah sama je dengan aku.bongek!".tak abis dengan tu mamat poyo tu pi dok jaja-jaja markah MUET atas pagar dia tu.siap bleh compare2 plak tu dengan markah aku.binawe betul mamat tu.tapi apa yang paling buat aku nekad untuk amik MUET sekali lagi and nak challenge markah dia,sebab kata-kata dia ni "ko ni aku ingat hebat lah sgt.kata orang Key Ell kan.Sekolah Methodist lagi tu.biler cakap berabuk sampai tersedak2.public speaking giler hebat tah hengat.present dalam english.lecturer puji melambung,tapi MUET dapat 3.sama dengan orang lain.dengan bebudak kelate yang dok ber'klik-klik' dengan bahasa ibunda dorang yang org lain tak paham tuh!kalau ko hebat cuba gi amik sekali lagi.aku nak ko dapat paling koman 5 ar aku bagi..hahahahaha!!".

Pantang betul anak pak wahid ni kene cabar ko tau tak! So pas abis study and grad,aku pi daftar exam MUET sekali lagi.lepas daftar terus ajak mama gi Minerva dan Pustaka Mukmin kat Jlan TAR.tak abis dengan 2 kedai buku tu,aku pi MPH kat MidValley.mama dok turut je anak dia yang ada darah Hang Tuah ni sebab pantang betul biler dicabar (ceh!perasan darah Hang Tuah.bukan darah Hang Tuah tapi darah Abdul Wahid anak sadiq sepak raga.hahahaha!!) kat kedai-kedai buku tu aku beli semua buku MUET.cakap je jenama apa.Sasbadi? Pelangi? Fajar? Pelanduk? boleh dikatakan semua buku rujukan MUET keluaran semua syarikat aku beli.adalah dalam enam tujuh jenis.semangat punyer pasal lah ni.Abis gaji aku kerja kat RHB aku pakai.dahla receptionist jek keje nye.berapa sgtlah yang aku dapat.nasib baik ada mama yang tahu semangat aku masa tu tengah membara-bara so mama ada sponsor dua tiga buku untuk aku.

Semua buku yang aku beli abis aku buat ulangkaji.bukan takat buku,CD yang aku dapat sekali masa beli semua buku2 tu abis aku dgr.Siang malam aku ulangkaji.sampai partner aku masa keje receptionist kat RHB (kak umi) tegur, "Dik,ko ni tak penat ke aku tgk ari2 dok pegang buku je.Dalam train ko baca buku,dalam bas pun sama.apa yang ko dok tulis2 kat dalam buku tu dik?Ko ni sihat ke tak dik?".Concern betul kak umi kat aku.Sebab tu sampai skang aku masih contact dia.sebab kak umi memang happening abis.keje ngan dia ar yang paling aku rasa best banget!

So bile ari exam tibe,aku tawakal.macam2 dah aku buat.bukan takat makan buku,minum buku,tido buku,mandi buku (nampak sgt tipu,mana ada orang mandi bwk buku.huhhu..).Solat hajat,doa tiap kali solat pun aku dah buat so aku redah je.abis exam aku lega giler.idup dah kembali normal macam biasa sampai aku lupa yang aku ada amik exam MUET sebab biler dorang anta keputusan MUET kat aku aku terkejut macam beruk nampak pisang emas dibawa belayar.terlompat keriangan macam tenuk yang badannya separuh putih separuh itam.suke giler aku masa tu sebab aku target untuk dapat 4 je dan markah lebih sket dari mamat poyo tu pun dah cukup bagus dah untuk aku. tapi ni aku dapat 5.Lagi sket markah aku nak gi 6.hebat tak?hebat tak?kalu aku tak tido aku rasa bleh kot aku dapat 6.hehehehe...bukan dapat 6,nak amik exam MUET pun aku tak sempat agaknya sebab dah mati tak tido.

Biler dah dapat keputusan tu,aku pun ingat nak pi ar tayang and announce kat mamat cam bagus tu.biak dia terkujut dgn keputusan aku.tapi akhirnya aku gak yang terkujut beruk sekali lagi sebab mamat tu skang bukan takat MUET,dia dah amik exam kat British Council pun sebab nak sambung MAster kat luar negara,tak dapek ar makcik nak challenge mamat tu lagi tapi makcik dah daftar dah exam kat British Council untuk amik exam yang sama dengan mamat cam bagus tu.tak mau kalah dengan mamat tu.sebab dia bukan hebat sgt pun sebenarnya.nasib dia baik sket je dari orang lain.tapi dunia ni kat bulat.tak selalu kita akan ada kat atas dan tak selamanya kita kene pijak kat bawah.betul tak? (~emosi~ menguasai diri secara tiba2)


Moral of the Story : takyah layan orang yang suka berlagak cam mamat poyo nak m**p*s kat dalam citer aku tu sebab korang akan mengalami kerugian macam aku.MUET aku dapat 5 pun aku bleh watpe?aku dah grad dah masa tu.aku jaja untuk dapat kerja pun orang cam endah tak endah jek.lagipun markah yang korang dapat dalam apa2 exam tak mencerminkan apa sebab itu semua teori,apa yang penting adalah praktikalnya.~sekian dari penceramahan motivasi minggu ini.huhhu...tsk!~

18.10.09

ADA seperti TIADA

Kadangkala aku terfikir;
Adakah aku memiliki DIA?
Kerana ada ketika aku rasa seperti TIADA.

KOSONG (empty),
KOSONG & KOSONG.

Bermaknakah sebuah kehidupan jika terus terusan begini?
Sampai bila?
(hati bertanya namun akal buntu memberi jawapan)

Aku cemburu melihat yang lain
Cemburu melihat mereka bahagia
Tersenyum & ketawa berpasangan
Dimanja pasangan mereka
Diambil tahu dan dijaga
Berjalan dipimpin tangannya
Takut tersadung & terjatuh kekasih hatinya
ataupun diganggu orang pulak nantinya

Kenapa aku tidak diperlakukan begitu?
Merasa sedikit sentuhan dan kata manja
Bukan banyak yang aku perlu
Hanya secebis,paling tidak pun sekelumit saja
Itu sudah cukup untuk aku rasa bahagia

Hanya harapan yang aku boleh katakan
Ataupun aku boleh perolehinya dalam mimpi
Dan yang paling mudah;
Duduk bersandar dan angankan semua itu
BAHAGIANYA...

Bahagia yang hanya boleh aku angankan
Cukuplah.
Itu sudah cukup memadai bagi aku.
Tersenyum sendiri ketika mengangankan semua itu.

Terima Kasih Ya Allah
Bukan salah kau yang mentakdirkan
semua ini untuk aku
Kerana aku tahu,apa yang telah engkau tentukan
Itulah sebaik-baik ketentuan.


Pesanan Penaja : Ini adalah luahan rasa semata-mata.Tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah mati. Life is beautiful bebeh! So enjoy every piece of your life. Don't let anyone ruin it. (^_-)

16.10.09

Dak dik Duk! (ver. nasihat + gatal)

WaaAa...hati ku berlagu girang.kurang 3 jam lagi mau jumpa kekasih hati merangkap JAGA yang sgt dirindui.sebelum masuk meeting tadi enchek tunang call cakap dia dah kat KL.apa lagi,buat suara anak kucing gatal yang suke meleser2 kat kaki manusia berbulu lebat dan buat merajuk serta mengadu domba dengan enchek tunang (ee geli,~hei berdiri mak! bulu roma ku!~)

Enchek tunang cakap dia mau jemput pulang.huhhu...buat2 merajuk ckap tamau!tapi dalam hati mau mau mau...udah rindu banget sama DIA...

Sambil2 tunggu tu saya pun buat list apa yang enchek tunang suke makan.Banyak okie...enchek tunang saya memang pemakan.kuat makan.sebab tuh ada entri Dinasour Memakan-makan.hehehehehe... walaupun kuat makan,dia tak memilih.itu yang tambah sayang tuh.

Saya teringat pesan mama satu ketika itu (bahasa!),kalau nak pikat hati suami,pikat dengan masakan.dengan air tangan bukan nasi kangkang (oH oh,ayat bomba spactic!saya yg tambah ayat tuh.mama saya tak cakap gitu.)So walaupun sibuk dengan persiapan hari bahagia. cari vendor sana sini,skill memasak perlu dipertajamkan lagi.tamau suami ku makan masakan bibik warung je biler kawin nanti.itu janji ok. so buat semua bride-to-be sila jadi macam saya (perasan.tSk!).

Untuk hari bahagia,abis semua kita survey.nak yang terbaik konon-kononnya.lepas tu nanti lepas kawin suami terbiar.makan tak menentu.ari2 makan kat kedai.lauk kedai.itu ok lagi dari ari2 makan meggie.tak kesian ker kat suami??

Buat yang tak pandai masak macam saya,kenelah letak azam turun dapur.jenguk2 tgk mama ker bibik ker buat ape.tolong2 la walaupun potong sayur atau kacau2 gulai dalam periuk je.atleast dapat gak aura dapur tu.manatau aura2 tuh akan buat kita pandai masak ker? hehehehe...ada ke gitu? ada ok! macam mawi,dia bukan pandai nyanyi pun tapi sebab aura dia, berjaya gak mamat felda tu dalam bidang seni (tapi tak lama ler..huhu..marah peminat mawi kat aku.)

Cayok2 buat semua bride-to-be. bersamalah kita berusaha membahagiakan bakal suami dengan masakan yang sedap2 dan makanan yang dia suka makan.


Pesanan Penaja : kalau dulu saya hanya belajar masak apa yang saya suka makan. tapi skang ni simpan azam mau belajar masak apa yang enchek tunang saya suka makan plak.

I'm Not Good in English

okie,ini episod berterus terang.I'M NOT GOOD IN ENGLISH.tapi i never stop trying.my english is *moderate*.MUET dapat 5 tapi itupun setelah amik kali ke-2.SPM dapat 2A.PMR dapat C.UPSR dapat B.Masa kat Uni,score paling koman A-,itupun setelah beberapa sesi membodek2 penyarah yang ajar English tu.Tolong bawak buku lah, tolong photostat kan nota lah, dan selalu pura2 tak tahu dan pergi bilik pensyarah tu untuk bertanya.Misi utama adalah untuk pensyarah kenal nama.hehehehe...so bile dia kenal nama,sket2 dia akan sebut nama kita,masa tu lah English berabuk saya keluar.hahahahaa.. banyak komen dari yang hebat2 pasal penguasaan English saya; "u good in speaking, but really poor in writing"."i really impressed with the way u talking,u'r pronounsation,but when it comes to writing,teruk!". oH! Okie...saya amik semua pendapat and try to improve writing in English (grammer kena betul;past tense with -ed and macam2 lagi) and at the same time improve jugak in speaking and pronounce certain words that really difficult for me.sampai tergeliat lidah yang ari2 makan sambal belacan and tempoyak ni nak menyebut sesetengah ayat omputeh tu.but i never stop trying sampai satu hari ada pembuat onar masuk blog and komen pasal grammer.just a small mistake man...tapi cara dia sgt menghina.macam dia bagus sgt!saya kenal ramai kengkawan cyber yang memang hebat dalam bahasa penjajah ni tapi tak pernah meninggi diri.contohnya Cik Puan Bunga.Cikgu bahasa Omputeh yang giler2,orang Yong Peng yang memang sekepala.tapi dalam pada tu,ada jugak blogger2 yang tulis blog dalam bahasa omputeh berabuk abis pastu rasa diri dah cukup hebat.nak link orang2 yang tulis blog dalam omputeh jek,yang tulis dalam bahasa ibunda dia,dia buat dek je biler di sapa.tak sedar ke ko tu berpijak kat bumi mana?(mulut bau belacan lagi mau cakap 'i eat cheese everyday')

Saya ada kawan,biler saya sms dia dalam bahasa omputeh, dia akan reply balik dalam bahasa yang sama with really2 bad english.bukan takat grammer with -ed atau sebagainya, tapi spelling, ayat dia, memang serba tak kena.Saya tak pernah ketawakan dia coz for me,dia sgt berani. ok tipu! saya ada ketawa biler terima sms dalam bahasa omputeh dia sebab simple english pun bleh salah (hoho,macam hebat jek). hahahahaha...(opss,ini bukan setakat ketawakan english dia ok, ini ketawakan diri saya yang cakap je orang padahal saya pun sama).

Walau apapun,cuma satu yang perlu kita ingat.sehebat manapun kita,kita membesar dengan 1bahasa ibunda;bahasa melayu,bahasa MALAYSIA. 1 Malaysia (oh oh,sgt jiwa patriotik wahidah di pagi hari ni)

Adab = Respect

Mood kembali dari bercuti sehari agaknya saya ni.datang opis awal pagi,bukak blog and suddenly citer pasal ada adab = respek.mau jadi penceramah motivasi kah?? huhhu.. mungkin,1day. who knows rite?

Saya tetiba terfikir,how do i face my everyday at work when i have to deal with person that already lost my respect?Kalau dulu,i really admired with this si *polan* punya skill and knowledge in so many things.For me tak guna kalau u have a lot of skills and knowledge but u don't have that 1 thing so called ADAB. Ilmu penuh kat dada pun tapi tanpa ADAB,people will not respect u.Itu yang selalu ibu pesan dan saya ingatkan diri setiap hari.U can come to work with so many emotion u want but u have to be professional.Professional in many ways.Professional in dealing with u'r client, publics who seeking for info, your colleagues, your bos,your friend,your leader or even with people who working under u.

Haish! susahnya macam ni.kena kerja sambil bermuka-muka kah? tak sukanya macam ni. mau tukar kerja. so sgt harap interview yang saya pergi hari tu saya dapat.keputusan akan keluar hari ni.*cross finger bebeh!* cayok-cayok!!

14.10.09

-Kuih KASWI untuk DIA-

::ini bukan kaswi buatan saya tapi amik pict dari sini::

enchek tunang saya memang prebet sgt dengan kuih yang satu ni.so semalam akibat tak bleh nak tido dan rindu pada enchek tunang saya,saya telah mem'berani mati'kan diri untuk membuat kuih kaswi seorang diri tanpa tunjuk ajar siffu sansai saya (bonda).hari tu ada borak2 dengan siffu sansai cara2 dan bahan2 untuk buah kuih ala2 color kulit gelap ku ini.so main tibai je lah buat dan hasilnya adalah *moderate*.boleh diperbaiki lagi kata siffu sansai saya.bawak sket gi opis,ingat nak bawak semua tapi sebab tak jadi, rasa malu kambeng biri2 yang bulunya tebal melanda,saya bawak sket je untuk kakak2 kat opis tu rasa dan bagi komen agar biler buat nanti akan lebih menjadi dan biler menjadi,tentu kuih kaswi saya sedap dan biler sedap tentu enchek tunang suka memakan-makan. huhhu... bahagianya...bahagianya biler cinta hati makan kuih yang saya buat untuk dia.

::ini adalah merupakan salah satu langkah persediaan menuju hari bahagia >> menjadi isteri yang pandai buat kuih yang suami suke...
::buat enchek tunang sempena 365hari bersama. \(^_^)/

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin