Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

4.2.10

kisah BAHAGIA yang kemudian bertukar PILU la pulak!

Hari ni dapat lah settle kan beberapa perkara yang ada kene mengena dengan Hari Bahagia. Dapat beli kain untuk penyepit dan pengepit, dapat deal dengan katering untuk tukar pelamin dari standard ke yang ala2 kerusi mawi. hehehehe... Dapat deal dengan my makcik untuk siapkan baju nikah enchek tunang lebih awal sebab nak bagi sebagai hantaran masa enchek tunang and family datang anta belanje penuh 28hb Februari nanti. so sgt suke hati. dapat tempah coklat yang pelbagai bentuk dan siap dengan nama kat Ain (my friend; pali wife) dengan harga yang sgt murah yang Ain cakap harga kawan2. hehehehe.... so sukee hati. then apa lagi, setiap kejayaan saya lapor kat enchek tunang yang jauh di mata tapi dekat dihati (sebab dia skang kat Langkawi. huhuhuhu..) feedback yang saya dapat balik amat mengecewakan dan bleh buat saya kecik hati. bila dapat msg, ayat ringkas je yang saya terima "mmm... ok." tak pun "oklah tu" dan kadang2 tak dapat feedback lansung. terasanya hati yang tawar ni. sedih sgt. tapi saya fikir +ve. mungkin enchek tunang sedang sibuk berkhursus dan tak sempat nak reply msg panjang2.

baru je tadi dia call, dan dengan suka hati saya jawab untuk membuat laporan semua kejayaan dan kegembiraan saya arini. mesti best! tapi tetap hampa dan kecewa. jawapan balas yang saya terima dari enchek tunang tetap sama macam yang saya dapat dalam msg sebelum ni. menitik airmata.

takpe lah wahidah, teruskan kejayaan dan kegembiraan anda hari ni. yang penting u have done something yang dapat buat hari bahagia yang diimpi jadi kenyataan satu hari nanti. ameeennn... (sedang berusaha mengubat hati dan kuatkan diri)

::memang semua ke lelaki macam ni??::


::kain untuk penyepit dan pengepit. merah kesukaan hati. ada jalur2 sket. murah but look expensive gitu. macam yer je kan. hehehehe...::


::kerusi ala mawi yang saya cakapkan tu; macam ni ler bentuknya. suke hati.. heaven nyeee saya rasa..::

.gambar pelamin ciplak dari rins suzana, arjuna cipta & wedding by sher. credit to all.

3.2.10

Kad Kawen Sendiri Bikin

Thanks to Eazy from Belog Cinta Dua Hati kerana announced pasal blog kad kawen D.I.Y. hehehehe....

Experiment kad kawen saya berjalan lancar dan jayanya. hehehehe... sukeee....

So skang for orang blok, saya dah ada kad kawen yang akan di'print' sendiri untuk diberi pada mereka. Save sket! huhhuuu.... mula-mula ingat nak photostat jek tapi cam tak best ar plak.

Diantara kad yang berjaya dihasilkan:

::love brown color so much::

::white & silver = elegance::

::sweet je kan::

Save the date card pun dapat buat... huhhuu... bleh wat digital invitation on FB nanti. sukeee lagik!


::link untuk wat kad ni kat sini::

p/s: thanks again to Eazy

2.2.10

Kekalutan Mencari Make Up Person

Pelamin ok, baju ok, cameraman ok, katering pun ok, pastu tetiba teringat, sape yang nak make up kan masa hari bahagian nanti? bedebusshhh... terasa cam nak antuk kepala jek kat dinding. itula akibatnya sebab amik asing2 tapi nak wat camne sebab pelamin datang sekali dengan pakej catering pastu masa gi booking baju kat rumah kebaya, tanya ti untuk hired make up person sekali tapi hampa sebab dah di booking itu olang mekap2. so msg e'one, my friend yang pandai andam2 ni dan sekali lagi dihampakan dengan jawapan "i think i dah ada cust lah on that date". terus stress dan bahana nya dilemparkan kepada enchek tunang. padan ngan muke dia! tsk!

Tetapi hari ini saya telah diselamatkan oleh Sue Derina ataupun kak sue yang best. with a reasonable price and good advice by phone saya telah mem'booking' kak sue untuk majlis pada 04/07/2010. alhamdulillah.... tak yah kalut dah. balik ni kene masuk duit booking dalam akuan kak sue dan seterusnya adjust budget kerana budget ku sudah lari lah. huh!! mama tolon!!! kakak-kakak sedara ku yang prihatin lagi cantik dan bijak sana, tolon!!!! (masa ni la kene puji melambung, mau dapat sponsor. hehehehe....)

28.1.10

.Hantaran.

Best tgk orang buat hantaran and salute org yang kreatif dan pandai buat hantaran. Tgn saya adalah tgn bangku dalam erti kata lain memang takde seni. So untuk gubahan hantaran nanti mau serah pada yang pakar yang lain dan tidak bukan, my untie; Cikna. Seorang yang kreatif tahap dewa dewi. Sentuhan selalu cun memanjang. Cumburu haku!

Dalam perjanjian kedua pihak (my pihak and enchek tunang punya pihak), memang takde hantaran. Takde sepersalinan bagai. Mama cakap BERSIH. Bermaksud duit hantaran je yang wajib tapi depa tak halang la kalu saya dan enchek tunang gatai nak gak wat hataran. Kos sendiri tanggung ar... huhhuuuu... Depa Kejam Sungguh!

Kerana mereka kejam, oleh itu kami berdua pun berlaku kejam terhadap diri sendiri dengan berjanji untuk berbalas hantaran walaupun kami kekurangan budget untuk beli barang hantaran. Kejam sungguh kan? hehehehe... padan ngan mukahaku.

Antaran barang yang nak dibuat hantaran adalah seperti (cewah! skema sungguh.):
1. Al-Quran (wajibalhunna)
2. Sejadah
3. Sirih Junjung
4. Minyak Wangi
5. Wet Suit
5. Jam Tangan
7. Coklat
8. Kek
9. Buah-buahan
10. etc (maksudnya tanya kat enchek tunang; "apa lagi lu mau??")

Hantaran untuk saya? Entah. Saya pun tak tau enchek tunang bagi apa. Boleh? Malas mau amik pusing, dia bagi saya amik sebab takde dalam perjanjian kan.. so kalu bilangan hantaran sama pun tak kisah gak sebenarnya. Saya rasa ler..betul ke? (+_+)blur*

27.1.10

Idea For Pre-Wedding Picture

Bila cakap pasal bergambar, saya memang *chiker. Pantang tgk camera, mesti nak bergambar. Pantang tgk orang nak bergambar, mesti terkedek-kedek lari cakap nak joint... nak joint... buruk prangai haku. tsk!

For hari bahagia, macam orang lain gak, saya teringin nak gi amik pre wedding picture. sgt sukeee... hehehehe... gatai! So session tu masih dalam perancangan dan peringkat survey. in door or out door doesn't matter. As long as dapat offer yang best!

thingking of jeans and t-shirt for pre wedding outfit. takmau fancy2 sgt. so ingat nak beli couple shirt from couple shirt store punyer blog. and this is the couple shirt design yang ada dalam kepala otak walaupun dorang offer banyak lagi design yang cantik2.


syarat untuk pre wedding adalah bersopan santun dan tidak OVER (ini posan mak den!) Baru pre-wedding jgn hengat macam dah lansung wedding nya. baik omak, den paham.

takmau extra touch or over touch (apakah?). Mau happening and gila2 punya action. takmau yang romantic and jiwa2 sebab nanti kalu jiwa kacau akan terus ajak enchek tunang kawin lari sebab dah tak sabar. hahahaha.... sekali lagi gatai!

So far setelah penat bertenet walking dan terjumpa lalu jatuh cinta dengan moment dalam gambar-gambar kat bawah ni. mostly in-door session kat dalam white studio. giler best macam giler kentang. hehehehe....

simple

simple yet elegance

s.m.a.r.t

action melompat lebih tinggi adalah wajib, heeee

simple and fun and funny = happening

love the red sofa in white studio room
(plz ignore the lovely couple - info : the lady is my TKP. kantoi!!)


outdoor session yang tak over sgt. theee


*chiker : kegilaan bergambar sampai bleh masuk tanjung rambutan especially amik gambar sendiri. hahahaha....

p/s : all pictures above - credit to wow photo studio, ahmad fairus FB and WLT blog. love it!

24.1.10

Baju Bertandang Keluarga

Hari ni keluar dengan enchek tunang beli baju bertandang keluarga dia. untuk adik beradik dan Tasha Montel (anak buah enchek tunang) kitorang decide beli kain cotton. Pilih corak bunga yang kecil dan warna merah-merah pink. Nice gak but actually saya dah berkenan dengan satu design ni tapi dah abis dah. sedey. tanya kakak kat Nagoya tu dia cakap dah takde stok dah. so nak tak nak beli je apa yang ada walaupun rasa cam tak puas hati sgt. For mother in-law to be, saya pilih kain pure china silk. nice! suka kain ni. bunga dia pun tak crowded sgt. simple and sweet jek. kain sutera cina ni tak panas so akan sedap lah bile bakal omak mertuo den pakai nanti.. (salah slang lah plak. my mak mertua orang perak, bukan nogori. hehehehe)

for my family, dah lama dah saya beli. warna merah terang. my mum ni cam moden sket. ala-ala mak datinssss... so baju kene vogue. tak vogue mama bilang tamau. huh! demanding sungguh. so settle satu kerja. skang tinggal enchek tunang bawak balik kampung dan bagi kat omak dia untuk ditempah menjadi baju. jap gi mau amik gambar kain yang saya beli and upload kat blog saya. tadi lupe sebab ke hulu ke hilir dengan enchek tunang sebab tak puas hati selagi tak dapat corak kain cotton yang saya nak tu. dari kamdar, masuk plak kat nagoya yang kat simpang jual banyak2 selendang tu, pastu pergi plak kat nagoya sebelah globe, patah balik kat nagoya kat simpang tu, pastu gi balik kat nagoya kat tepi globe tu. last2 beli kain cotton kat nagoya yang kat tepi globe tu dan emak punyer kitorang jumpa kain sutera best tu kat nagoya kat simpang tu. oh oh so complicated! offcoz lah kan, kata nak yang the best!

Mau Banding Harga
-ini untuk rujukan semua lah. kalau rasa nak beli kain cotton, saya suggest beli kat nagoya. semeter rm7 jek. saya rasa material dia sama jek dengan kain cotton kat Kamdar. Kamdar jual kain cotton semeter RM12. kalu ada less pun paling coman dapat rm10++. with same material and quality (i guess ler) and beside design kat nagoya lagi cantik2 compared with kamdar punyer kain cotton. what ever it is, kalu u dah berkenan dengan mana2 kain, jangan tunggu2. zappPp je terus (maksudnya mintak lah promoter tu potong and gi bayar terus. jangan pandang belakang lagi. hehehehe... nanti menyesal kemudian hari, macam saya ni.)

23.1.10

cerita KAIN & KAD KAWEN saya

Baju Nikah

perkara pertama yang saya buat lepas bangkit dan pulihkan semangat adalah pi JAKEL ngan mama and beli kain untuk wat baju nikah. habis almost 1k for baju jek. (oh oh wahidah, tolonglah budget dan berjimat yep!) selepas tu rasa ok sket and semangat hari bahagia datang sket2. mama pun banyak tolong untuk saya bangun semula dan bangkitkan semangat nak plan for hari bahagia.

untuk nikah i choose chiffon rather that organza sebab organza cam keras sket and manik2 dia cam sarat sgt. i want something simple untuk nikah. and masa pilih2 kain tu saya memang cari yang warna putih sebab untuk nikah tapi biler sale lady tu tanya untuk sanding plak warna apa and saya cakap putih gak. dia suggest untuk buat different color. kalu dua2 event warna putih cam tak best jek. pikir2 and lepas dia keluarkan macam2 warna and semua tak berkenan. sgt cerewet ok daku ini. mama dari berdiri terus cari tempat untuk duduk. hehehehehe... lepas tu lama sale lady tu menghilang. dalam ati cakap dia dah fedup nak layan ker? pastu tak lama lepas tu sale lady tu datang balik dengan segulung kain kat tangan dia. dia bentang depan saya dan terus saya jatuh cinta. warna susah mau dapat. very light green. tapi nak kata green tak lah green sgt, ada cam yellow2 gak. yang menarik dan da'boom adalah sulaman dan manik2 dia yang sgt exclusive. cun! terus cakap kat dia, "potong 4meter yer" tapi dia balas, "kain ni memang datang sepasang jek dik. exclusive design. tak kuar dah. memang sepasang jek, so akak tak yah potong lah yer". hehehehe... malu gue. mana gue tahu dong! so pada hari tu dapat lah beli kain untuk nikah. enchek tunang punya pun dapat gak. siap dengan sampin.


Design Kad Kawen

2 ari lepas received design kad kawen from my friend. dia wat freelance untuk tempahan kad kawen ni. saya upah dia from A to Z untuk kad kawen ni. dari wat design, graphic sampai ke wat map ke rumah saya and rumah enchek tunang. sgt suke... tapi the idea came from me and my enchek tunang lah. i plak inspired from LadyNoe punyer kad kawen. nak wat lain sket and takmau rigid sgt. bleh je nak tempah kad kawen kad tempat biasa dengan harga yang murah sket tapi entah kenapa takmau. lagipun lebih kurang je harga dia. siap dengan design paper beg, tag terima kasih and bunting my friend wat kan. thanks pali. ko memang superb. hehehehe...

pali bagi 2 pilihan kad kawen and i have choose yang berkenan di hati which is yang option no.2. sebab takde lagi design yang camtu and susah mau wat. after this, me and enchek tunang will proceed with the details yang nak letak kat dalam kad tu dan proses printing akan bermula. sgt teruja untuk tgk hasilnya tapi dalam pada masa yang sama berharap agar ALLAH permudahkan perjalanan dan persiapan hari bahagia saya. harap enchek tunang tak wat hal lagi. plz no more dugaan for me. i tired enough untuk kumpul semangat dan bangkit semula.

::option no.1::

::my option; opt. no.2::



22.1.10

Banyak Benda Berlaku Kala Sunyi Itu Datang

salam...

Lama betul tak update blog. Ingat mau lupa kan saja tapi terasa sayang plak. I'm created this blog at the 1st place to share my idea on Wedding and also to story to all my blogger friends on my journey to Hari Bahagia. Tapi biler enchek tunang buat hal, dugaan besar datang, saya JATUH. Jatuh dari tempat yang sangat tinggi. Sebab tu ada yang berpesan jangan terbang terlalu tinggi kalu jatuh pasti parah. And thats what had happen to me tapi skang dah Al'hamdulillah. Everything come back to normal but inside me nobody knows. i'm strunggled untuk bangun semula. Bukan mudah sebenarnya but i have to do for the one that i love the most in this entire world; my mum.

I keep on saying to myself that i'll married him becoz of ALLAH and Rasulullah. Ketakutan akan Rasulullah tidak mengaku umat mengatasi segalanya dan atas sebab itu perjalanan ini saya masih teruskan walaupun perit dan luka masih merah dan berdarah.

DOAKAN SAYA AGAR SAYA TABAH. Amin.. Insya'allah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin