Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

31.10.09

Entri ke-100 yg berEMOSI. kalaulah...

kalaulah aku boleh turn back the time. kalaulah...

kalaulah aku boleh decide what best for my life and just says "adakadabra ka boom" and semua yang terbaik yang aku impikan akan jadi kenyataan. kalaulah...

kalaulah meja usang kat opis ni boleh bersuara, tentu2 dia akan cakap, "ko ni takde life selain datang opis 7ari seminggu dan boleh tak kalau kau biarkan aku berehat sehari. sehari pun cukupla. kalaulah...

kalaulah aku ada keupayaan untuk buat hidup aku lebih bermakna dari sekarang ni. kalaulah...

kalaulah aku boleh buat keputusan yang muktamad dan bersedia untuk jalani hidup ni sorang diri. kalaulah...

kalaulah aku boleh..., kalaulah aku mampu..., kalaulah ada..., kalaulah...
http://emo.huhiho.com

28.10.09

Merajuk Yang Burok!

Pengakuan Berani Mati : Saya memang seorang yang KUAT MERAJUK yep!

& akibat kuat merajuk perlu ditanggung oleh saya sendiri sebagai tunang seorang lelaki yang sgt tidak berperikemanusiaan dimana beliau telah merakamkan aksi-aksi terlampau merajuk tunangnya ketika sesi pujuk memujuk. sesi ini berlansung tanpa suara seperti orang bisu lagaknya sebab lokasi adalah tidak begitu strategik iaitu di opis dan dimeja usang saya.Apakah??!

::enchek tunang cakap biler merajuk muka dah sama macam muke garfield::

::cubaan meng'control' ketawa sebab enchek tunang sedang membuat lawak spastik di hadapan saya::

::buat-buat tak dengar & tak nampak enchek tunang cakap dan buat apa kat depan saya::

25.10.09

Tak Mau Cerita & Bagitau Semua Dah

Hai Peeps... (aouchh!! its so not me!)

I pompuan melayu.Ikut adat resam nenek moyang.I orang Islam.Yang sentiasa mengikut sunnah Rasulullah dan berpegang pada Al-Quran so apa2 pun mesti mulakan dengan BISMILLAH dan disudahi dengan ALHAMDULILLAH.Kitakan orang Islam so lepas BISMILLAH bagilah salam; ASSALAMUALAIKUM... (kan sedap didengar dari peeps sana peeps sini.~dah tukar profession jadi ustazah plak? oh!ustazah je ker yang bleh cakap cam gini?tak salah pun kan kalau i mengingatkan~)

Okie.Entri ni just nak bagitau yang dah tak best dan tak cool dah nak citer pasal kawin-kawin and hari bahagia dalam ini blog yang cam famous amous sebab i tahu yang ada orang opis i dah dapat menghidu kegiatan murni i menulis blog.To be frankly, i memang suka menulis.Menulis tulisan yang tidak dibataskan macam dalam exam (350 patah perkataan saja,lebih dari 500 patah perkataan,tatabahasa kena jaga,ejaan kena betul etc etc).Oh pleaseee....ini blog ok!bukannya DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ataupun OXFORD DICTIONARY.so ikut suka i lah i nak eja dan buat ayat macamana. (kenapa aku ~emo~ tetiba plak ni?Sila cepat sedarkan diri!)

Oh oK,berbalik pada tajuk.Tak mau cerita dan Bagitau semua dah.I have make one restriction to myself and to my blog.I dah takmau citer pasal kawin-kawin and persediaan hari bahagia i dah (macam ada orang nak tahu je kan?huhhu..tsk!)sebab i tak nak orang yang datang majlis i tu nanti dah tau dah i nak buat tema color apa.dah tau dah i nak bagi doorgift apa,pelamin i macam mana,i pakai catering apa.kan dah tak cool dah tuh!tak surprise ar Hari Bahagia i nanti.betul tak?

Lagi hampeh kalu-kalu ada blogger lain yang rasa cam i ni hebat pastu cam benci je aku ngan minah poyo ni.semua nak citer.lagi tambah hebat kalau dia dedicate satu special cynical entri untuk i dalam blog famous amous dia (maaf cik puan bunga kalu terasa.huhhu..tidak ditujukan pada sesiapa.very general ok,statement i ni).

Ini bukan bermaksud i tak nak citer lansung apa2 yang berkaitan dengan kawin-kawin ni tapi i akan bataskan sket ler.setakat nak kongsi idea dan cerita benda-benda menarik pasal kawin-kawin ni apa salah nya...bertukar idea.beside i tak nak kehilangan kawan-kawan blogger yang best macam cik puan bunga,thalha,kak zura,fatin kawan ku yang telah menjadi kejam itu,cik seroja,kak sukicida dan lain-lain.Saya sayang anda semua!


Pesanan Penaja: aku pun tak tau kenapa entri ini diadakan.jiwa adalah sgt kosong pada ketika ini tetapi tangan terasa gatal mau menari-nari di atas keyboard lappy klasik yang dibeli menggunakan duit perkeso arwah papa ku ini.

Aku Bukan Aku

Hati dalam ada cakap.Jiwa dalam ada memberontak.Mau jadi macam pengebom berani mati.Do what they really like to do.Sanggup korban nyawa hanya kerana terlalu taksub dan fanatik terhadap sesuatu.Ini bukan diri aku.HIPOKRIT betul!Mau buat benda yang aku suka buat.Hari-hari yang dilalui sgt tidak memberi kepuasan.Ini bukan aku!

My weakness; i'm a perfectionist!Semua mesti sempurna.Mesti memberi kepuasan.Aku mau buat benda yang aku suka.Takmau buat benda sebab terpaksa.

Jiwa rasa kosong sgt.Tak puas.Bermuka-muka.Tak terisi.Tiada satu pun yang aku rasa puas.Tak macam dulu.Balik kerja lewat malam,2 3 pagi.Badan penat,otak penat tapi aku rasa puas.Kepuasan itu ada.Walaupun tak dibayar dengan upah yang tinggi.Aku bukan mau duit.Aku mau sesuatu.Sesuatu yang boleh aku panggil ilmu.Sesuatu yang boleh aku panggil pelajaran.Yang boleh aku panggil sebagai pengalaman.Yang bagi aku amat bernilai dan berharga.Yang tak mampu aku peroleh kat mana-mana.Yang mampu aku banggakan.Aku tak perlu piala.Untuk aku tunjuk dan banggakan pada semua.Cukuplah kalau aku sendiri yang rasa bangga pada diri.Bangga dengan apa yang aku peroleh setiap hari lepas pulang dari kerja atau buat sesuatu yang aku suka.

Masih banyak yang aku belum buat.Checklist "10 things I have to do before get 30's" terbiar tanpa ada status terkini.Dah cukup lama aku tinggalkan senarai itu.Senarai yang aku sendiri buat dalam mencapai sesuatu.Mencapai kepuasan untuk diri sendiri.Apa yang aku dapat untuk diri?Apa yang aku buat sehari-hari adalah untuk memberi kepuasan pada orang sekeliling aku.Pada orang lain.Mereka-mereka yang seperti lintah.Hanya hinggap dan sedut darah.Kemudian melepaskan diri setelah kenyang dan perut terisi.

YA ALLAH,bosan nya!I need to do something!Sesuatu yang aku suka.Sesuatu yang bleh buat jiwa aku terisi.Bodohnya rasa hidup macam ni.Tanpa ada satu pun pencapaian yang boleh aku banggakan.Inikah yang dinamakan hidup?Inikah yang dipanggil aku.NORWAHIDAH BINTI ABDUL WAHID.yang berdiri atas nama itu adakah aku?

Jiwa aku memberontak.Akal berkata ini bukan NORWAHIDAH yang dulu.Yang sentiasa dahagakan ilmu dan pengetahuan.Yang sentiasa belajar akan sesuatu.Yang sentiasa inginkan pembaharuan.Yang sentiasa mahukan kepuasan dalam membuat sesuatu.

Aku bukan aku yang dulu lagi.Bukan WAHID yang satu.Yang megah akan dirinya itu kini bukan lagi aku.Things need to be change.Tapi apa?Kat mana nak aku mula.YA ALLAH..buntunya!

22.10.09

Perempuan Itu & Meja Usangnya

Kenali lah PEREMPUAN ITU.
Perempuan yang selalu asik dengan alam maya nya.
Yang selalu suka mengadu domba pada enchek tunangnya, pada blog pink macam 'famous amous'nya dan tidak lupa pada MEJA USANG yang sentiasa menjadi teman setia.


******************

Meja usang besar itu sudah lama benar menjadi idaman kalbu perempuan itu.
Impian perempuan itu untuk memiliki meja usang apabila tuannya pencen nanti akhirnya termakbul juga.
Kini perempuan itu adalah tuan baru bagi meja usang yang besar itu.
Bangga giler perempuan itu atas kejayaannya memiliki meja usang itu.

Lalu...

Perempuan itu selalu saja menyepahkan meja usangnya.
Ingin menunjukkan bahawasanya dia banyak kerja.

Perempuan itu selalu pura-pura sibuk di meja usangnya.
Padahal dia sedang asyik dan leka bermain game 'burger'.
Meja usang juga selalu menjadi tempat meletakkan kepala tatkala perempuan itu terlalu penat mengadap kotak ajaib nya.

Meja usang selalu menjadi saksi.
Saksi gelak ketawa,tangisan,keluh kesah,potpet potpet,mengadu domba,mengumpat mengata perempuan itu dan orang sekitarnya.
Meja usang lah peneman perempuan itu dihujung minggu. Kalau orang lain keluar ber'dating' dengan kekasih hati,perempuan itu akan tetap setia di sisi meja usangnya.

Perempuan itu terlalu asyik dengan meja usang yang belum sampai setahun menjadi teman setianya.

Jika ditakdirkan suatu hari nanti berpisah perempuan itu dan meja usangnya,pasti meja usang diingati kerana banyak jasanya.
Pasti akan dirindui kerana banyak kenangan dengannya.
Biarlah apa yang pernah terjadi dan dikongsi menjadi rahasia perempuan itu dan meja usangnya.

MEJA USANG,ketahuilah bahawasanya kau banyak berjasa.
Bagi PEREMPUAN ITU,kau tiada gantinya.

::Inilah PEREMPUAN ITU dan MEJA USANGNYA::


Pesanan Penaja : Sesungguhnya perempuan itu memang suka merepek sambil makan kerepek pisang tanduk yang sedap lagi lazat menjilat jari dan sesungguhnya juga perempuan itu dah takde kerja dan dah takde idea untuk meng'update' blog macam famous amous nya.tSk!

20.10.09

PADAN MUKE!

http://emo.huhiho.com

Hari tu saya gaduh dengan tunang saya. Kerana terlalu mengikut emosi,saya telah men'delete' semua gambar enchek tunang dalam HP saya.Msg2 bermakna enchek tunang pun saya delete gak dan skang bile nak tengok balik,nak buat gambar jadi wallpaper dah tak ada. PADAN NGAN MUKE! mari cakap beramai-ramai
PADAN NGAN MUKE SAYA!

PADAN MUKE!!!

http://emo.huhiho.com


19.10.09

MUET (Malaysia University English Test) = 5

Biler baca comment cik puan bunga dalam entri I'm Not Good in English tetiba rasa cam hebat English (huh!perasan.tSk!) sebab MUET cik puan bunga dapat 4 dan saya dapat 5.sama-sama plak tu amik 2 kali.tapi untuk pengetahuan anda semua,ada cerita disebalik MUET yang saya dapat 5. mau tahu rahasia dan ceritanya?

Mari saya ceritakan... (ala2 genre seram gitu)

Masa 1st time amik tu saya dapat 3.amik pun atas dasar nak lepas untuk graduasi je.sebab kalu tak amik MUET tak bleh nak grad.so amik main2 and dapat 3.bukan sembarangan 3 tau yang saya dapat.lagi 2 markah je saya bleh dapat 4.hebat tak?sila cakap hebat!

Lepas tu masa dok spread out the keputusan kat lecturer and kengkawan,ada sorang mamat yang tak berapa nak bagus tapi suke buat2 bagus datang.dengan tak bagi salam dia terus cakap.dapat 3 je,aku dapat 4 tau.oh okie...kira ko hebat ar kan.ingat nak salute dia tapi lepas tu biler tgk markah MUET dia yang dapat 4 tu terus hati dalam ada cakap "cit poodah!markah atas pagar.nasib ko baik je ko dapat 4 tu tau tak.kurang 1 markah ko dah sama je dengan aku.bongek!".tak abis dengan tu mamat poyo tu pi dok jaja-jaja markah MUET atas pagar dia tu.siap bleh compare2 plak tu dengan markah aku.binawe betul mamat tu.tapi apa yang paling buat aku nekad untuk amik MUET sekali lagi and nak challenge markah dia,sebab kata-kata dia ni "ko ni aku ingat hebat lah sgt.kata orang Key Ell kan.Sekolah Methodist lagi tu.biler cakap berabuk sampai tersedak2.public speaking giler hebat tah hengat.present dalam english.lecturer puji melambung,tapi MUET dapat 3.sama dengan orang lain.dengan bebudak kelate yang dok ber'klik-klik' dengan bahasa ibunda dorang yang org lain tak paham tuh!kalau ko hebat cuba gi amik sekali lagi.aku nak ko dapat paling koman 5 ar aku bagi..hahahahaha!!".

Pantang betul anak pak wahid ni kene cabar ko tau tak! So pas abis study and grad,aku pi daftar exam MUET sekali lagi.lepas daftar terus ajak mama gi Minerva dan Pustaka Mukmin kat Jlan TAR.tak abis dengan 2 kedai buku tu,aku pi MPH kat MidValley.mama dok turut je anak dia yang ada darah Hang Tuah ni sebab pantang betul biler dicabar (ceh!perasan darah Hang Tuah.bukan darah Hang Tuah tapi darah Abdul Wahid anak sadiq sepak raga.hahahaha!!) kat kedai-kedai buku tu aku beli semua buku MUET.cakap je jenama apa.Sasbadi? Pelangi? Fajar? Pelanduk? boleh dikatakan semua buku rujukan MUET keluaran semua syarikat aku beli.adalah dalam enam tujuh jenis.semangat punyer pasal lah ni.Abis gaji aku kerja kat RHB aku pakai.dahla receptionist jek keje nye.berapa sgtlah yang aku dapat.nasib baik ada mama yang tahu semangat aku masa tu tengah membara-bara so mama ada sponsor dua tiga buku untuk aku.

Semua buku yang aku beli abis aku buat ulangkaji.bukan takat buku,CD yang aku dapat sekali masa beli semua buku2 tu abis aku dgr.Siang malam aku ulangkaji.sampai partner aku masa keje receptionist kat RHB (kak umi) tegur, "Dik,ko ni tak penat ke aku tgk ari2 dok pegang buku je.Dalam train ko baca buku,dalam bas pun sama.apa yang ko dok tulis2 kat dalam buku tu dik?Ko ni sihat ke tak dik?".Concern betul kak umi kat aku.Sebab tu sampai skang aku masih contact dia.sebab kak umi memang happening abis.keje ngan dia ar yang paling aku rasa best banget!

So bile ari exam tibe,aku tawakal.macam2 dah aku buat.bukan takat makan buku,minum buku,tido buku,mandi buku (nampak sgt tipu,mana ada orang mandi bwk buku.huhhu..).Solat hajat,doa tiap kali solat pun aku dah buat so aku redah je.abis exam aku lega giler.idup dah kembali normal macam biasa sampai aku lupa yang aku ada amik exam MUET sebab biler dorang anta keputusan MUET kat aku aku terkejut macam beruk nampak pisang emas dibawa belayar.terlompat keriangan macam tenuk yang badannya separuh putih separuh itam.suke giler aku masa tu sebab aku target untuk dapat 4 je dan markah lebih sket dari mamat poyo tu pun dah cukup bagus dah untuk aku. tapi ni aku dapat 5.Lagi sket markah aku nak gi 6.hebat tak?hebat tak?kalu aku tak tido aku rasa bleh kot aku dapat 6.hehehehe...bukan dapat 6,nak amik exam MUET pun aku tak sempat agaknya sebab dah mati tak tido.

Biler dah dapat keputusan tu,aku pun ingat nak pi ar tayang and announce kat mamat cam bagus tu.biak dia terkujut dgn keputusan aku.tapi akhirnya aku gak yang terkujut beruk sekali lagi sebab mamat tu skang bukan takat MUET,dia dah amik exam kat British Council pun sebab nak sambung MAster kat luar negara,tak dapek ar makcik nak challenge mamat tu lagi tapi makcik dah daftar dah exam kat British Council untuk amik exam yang sama dengan mamat cam bagus tu.tak mau kalah dengan mamat tu.sebab dia bukan hebat sgt pun sebenarnya.nasib dia baik sket je dari orang lain.tapi dunia ni kat bulat.tak selalu kita akan ada kat atas dan tak selamanya kita kene pijak kat bawah.betul tak? (~emosi~ menguasai diri secara tiba2)


Moral of the Story : takyah layan orang yang suka berlagak cam mamat poyo nak m**p*s kat dalam citer aku tu sebab korang akan mengalami kerugian macam aku.MUET aku dapat 5 pun aku bleh watpe?aku dah grad dah masa tu.aku jaja untuk dapat kerja pun orang cam endah tak endah jek.lagipun markah yang korang dapat dalam apa2 exam tak mencerminkan apa sebab itu semua teori,apa yang penting adalah praktikalnya.~sekian dari penceramahan motivasi minggu ini.huhhu...tsk!~

18.10.09

ADA seperti TIADA

Kadangkala aku terfikir;
Adakah aku memiliki DIA?
Kerana ada ketika aku rasa seperti TIADA.

KOSONG (empty),
KOSONG & KOSONG.

Bermaknakah sebuah kehidupan jika terus terusan begini?
Sampai bila?
(hati bertanya namun akal buntu memberi jawapan)

Aku cemburu melihat yang lain
Cemburu melihat mereka bahagia
Tersenyum & ketawa berpasangan
Dimanja pasangan mereka
Diambil tahu dan dijaga
Berjalan dipimpin tangannya
Takut tersadung & terjatuh kekasih hatinya
ataupun diganggu orang pulak nantinya

Kenapa aku tidak diperlakukan begitu?
Merasa sedikit sentuhan dan kata manja
Bukan banyak yang aku perlu
Hanya secebis,paling tidak pun sekelumit saja
Itu sudah cukup untuk aku rasa bahagia

Hanya harapan yang aku boleh katakan
Ataupun aku boleh perolehinya dalam mimpi
Dan yang paling mudah;
Duduk bersandar dan angankan semua itu
BAHAGIANYA...

Bahagia yang hanya boleh aku angankan
Cukuplah.
Itu sudah cukup memadai bagi aku.
Tersenyum sendiri ketika mengangankan semua itu.

Terima Kasih Ya Allah
Bukan salah kau yang mentakdirkan
semua ini untuk aku
Kerana aku tahu,apa yang telah engkau tentukan
Itulah sebaik-baik ketentuan.


Pesanan Penaja : Ini adalah luahan rasa semata-mata.Tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah mati. Life is beautiful bebeh! So enjoy every piece of your life. Don't let anyone ruin it. (^_-)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin