Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

29.8.09

.Aku Rindu Papa.

Semalam, aku berbuke puasa kat rumah mak ngah. semua kuaga ada. berkumpul camni memang best sebab dapat jumpa semua makcik2 and pakcik2 and also my cousins yang dah besar panjang and bekerja. nak dapat jumpa memang susah. Sepupu aku Lyd; yang paling rapat dengan aku skang ni dah jadi lecturer kat MasterSkill. sambil tu dia tgh buat Phd kat UIA. kalau dulu selalu gak kitorang kuar bersantai2 pi makan mc'd atau sekurang2nya gi MPH kat bangsar untuk baca buku. dah tutup pun MHP kat bangsar tu skang ni. nampak sgt masa pantas berlalu.

lepas habis berbuke, semua cari kesempatan untuk berkongsi-kongsi cerita. dan semalam, aku telah jadi tumpuan utama. semua tanya kenapa badan dah nampak berisi. huh!! tsk! mana ada isi. kat badan ni semua lemak tau tak. benci betul! dan soalan yang paling famous amous semalam adalah, bile nak kawin. aduh... ini satu lagi soalan yang malas tul nak jawab sebab aku ngan enchek tunang tak conform lagi nak buat bulan bape. sabor2 yer... nanti teman kabo kan kalu dah conform.

pastu tetiba mak ngah aku dah bukak cerita pasal papa and tanya; 'dah bawak tunang nye gi kubur papa??'

aku terdiam. soalan yang tak dapat aku jawab. aku ambil masa dan kemudian aku menggelengkan kepala.

Mak ngah pesan, jgn lupe bawak tunang tu gi kubur papa. papa pun mesti nak tgk siapa bakal suami awet (nama panggilan aku dalam kuaga). aku tertunduk lagi. berat betul nak angkat kepala tika tu. semua mata tertumpu kat aku. rasa macam pesalah yang sedang dibicarakan je.

lepas mak ngah ambil peranan menasihatkan aku, cik yah pulak bersuara. 'papa penah pesan dulu pada cik yah. tgk2 kan korang adik beradik kalau dia takde. papa korang tu kebanggaan kuaga. korang tau tak semua tu? mesti nenek penah ceritakan kat awet pasal papa?'

Aku menggeleng. 'tak pernah.' jawab aku.

Cik yah pun mulakan cerita. semua pasang telinga. suasana yang riuh sebentar tadi dah jadi macam suasana malaikat lalu naik skuter. tsk!

kata cikyah, papa antara anak melayu pertama pada zaman dia dulu yang dapat masuk sekolah inggeris (sekolah omputeh ler tu..). tapi datuk tak izinkan sebab datuk aku memang terkenal dengan pegangan agama yang kuat. atuk dulu adalah imam dan ustaz kat Pantai Dalam tu. bagi dia, pendidikan agama dah cukup, sekolah inggeris tak memberikan apa2 faedah pun. tapi papa degil, papa teruskan juga masuk sekolah inggeris dengan bantuan nenek. arwah nenek aku adalah manusia yang paling sporting dalam dunia. aku rindu nenek. nenek berkebun, ambil upah cuci baju, ambil upah bersihkan kebun orang semata-mata untuk masukkan papa kat sekolah inggeris. itu yang cik yah cerita.

Cik yah juga cakap, papa aku pandai main alat musik. cakap je alat musik apa, semua papa tahu main. biola, piano, gitar, harmonica, seruling, seksafon, drum, cakap je apa semua papa mahir. dalam pada masa yang sama, aku lihat mama tersandar kat tepi pintu bilik angah sambil mendengar dan tertunduk. tentu mama jugak sedih dan sebak macam aku. macam2 cerita malam semalam yang aku dengar tentang papa. aku kagum dan bangga sebentar sebab jadi anak papa. anak kesayangan papa. anak yang paling rapat dengan papa.

papa pergi tinggalkan aku dan dunia ni waktu aku dajah 3 lagi. aku masih ingat tarikh keramat tu; 31 Januari 1992. aku baru berusia 9tahun waktu tu. aku belum kenal erti kematian dan kehilangan. waktu papa pergi, aku tak menangis. aku tak rasa pun kehilangan dan kesedihan tu. aku cuma mula terasa waktu aku masuk darjah 5. mungkin sebab waktu tu aku dah ada akal dan kenal erti kehilangan. kat sekolah, setiap kali surat yang perlukan tandatangan penjaga, surat aku mesti mama yang tandatangankan. kawan2 lain semuanya tandatangan ayah. aku sedih waktu tu. pernah satu ketika, aku diarah untuk membuat karangan tentang bapa. karangan tentang percutian yang paling disukai bersama bapa. aku tak hantar pun karangan tu dan aku dimarah cikgu. dengan linangan airmata aku menjawab pada cikgu bahawa aku tak pernah pergi bercuti dengan bapa sebab bapa aku dah tiada. cikgu terdiam dan suruh aku duduk semula.

Ya Allah, aku rindu benar pada papa. Sedih bila ingatkan yang hari bahagia ku nanti tak dapat aku kongsi dengan papa. kalau boleh, aku nak papa sendiri yang menikahkan aku dengan superman hatiku itu. aku nak papa sendiri yang menyerahkan tanganku pada suamiku tanda tanggungjawabnya sudah diberikan pada suami ku. tapi itu semua hanya impian yang tidak mungkin terlaksana. aku tahu itu dan aku redha... m(!_!)m

2 comments:

Hartini Omar said...

eyp.. tetibe gua tersedey lak di pg jumaat ni.. wewet, bila masa lak gua amek phd. master laaaa.. huhu.. kita da lama tak kuar lepaks2 kan.. nnti lu da kawen, tak merasa la gebang2 bujang lagi

weh.. gua memang teringin sekali belajar men biola. kalaulah arwah papa lu ada, mesti leh blaja free skrg..

xpe la. paperpun, gua rasa kalau gua jd ayah, gua bangga ada anak mcm lu.. keje leklok ye. sila jaga enche tunang dgn penuh kasih sayang. hahaha

daa~

tengkujuh said...

oh sepupu ku telah kembali semula dari kesibukkan kerjanya.

yeye, update lah blog. jgn lah di biarkan begitu aje... blog je lah tempat nak meluahkan rasa dan cerita yang entah ape2..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin