.Mereka ini Best.
"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"
Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)
jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;
-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-
::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::
Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~

14.10.09
Setahun (365hari) Bersama Dengan Dia
DIA,
awak tahu awak siapa,
awaklah superman hati saya,
walaupun kini awak dah tukar title menjadi super securiforce saya,
saya tetap sayang awak seperti mananya awak yang pernah saya kenal dulu.
DIA,
saya sayang awak sepenuh hati saya,
tak kan ada siapa pun yang boleh menggantikan tempat awak dlm hati saya walaupun sesempurna manapun dia,
sesungguhnya awaklah kekuatan saya,semangat untuk saya terus bangun dan berjaya,
terima kasih kerana hadir dan memilih diri saya.
DIA,
terima kasih atas kesabaran dan ketabahan awak melayan kerenah saya,
senyuman awak selalu buat saya rasa damai dan bahagia,
walaupun awak bukan pendengar yang baik untuk saya tapi kadangkala mengadu domba kat awak boleh buat saya tenang setenang tenang nya.
DIA,
tiada apa yang lebih bermakna daripada saat awak melafazkan kata untuk memikul tanggungjawab menjaga saya sampai akhir hayat awak,
tiada apa yang saya pinta hanya kesabaran dan kasih sayang awak untuk saya moga kekal sampai bile2,
DIA,
selamat 365hari bersama,
moga cinta kita ini abadi untuk selama-lamanya..
Pesanan Penaja : huhhu...rindunya saya pada si DIA.takpe,2ari je lagi.2ari jek! huhhu...mau rindu sama dia jugak!tak peduli hapa!
Hohoy! Kejayaan Orang Yang Bersabar
Sesi mengambil satay dan roti jala berjalan lancar dengan 2 hero saya (en.samsul & en.mizi).terima kasih pakcik.jasamu dikenang!tahun ni saya suggest dapat cemerlang yer..hehehe...
Thanks juga kat kengkawan yang lain yang banyak tolong melancarkan sesi amik2 barang dan tolak2 troli:
-Mona
-Ain
-Kak Ijan
-Taufik
Buat peng'heppening' majlis; cik tepong gomak & kekasih sehatku.korang memang best!terbaik punya!Cayang korang juta2.tahun depan jgn serik lagi yer..bertahan sampai saya turun takhta yer...hehehehe...
So kesimpulannya,walau apapun orang nak kata,saya rasa puas dgn apa yang saya dah cuba buat.Manusia kan tak sempurna.
opss luper...terima kasih buat penasihat berani mati merangkap tulang belakang saya (bonda & enchek tunang tercinta).
13.10.09
.CheckList Saya.
MySpace-Countdown
~Buah Cempedak di luar pagar,ambil galah tolong tunjukkan.Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan~ Rasa sayang eh! Rasa sayang,sayang eh! Heh lihat nona jauh rasa sayang,sayang eh!~ ^_^
(bernyanyi lagu riang walaupun dalam hati hanya Allah dan penasihat berani mati je yang tahu (enchek tunang & bonda tercinta) bahawasanya saya sgt cemas seperti menunggu kelahiran anak sulung.)huhhu...
::bukan tak pernah organize majlis makan2 macam ni.masa belajar dulu selalu.tapi untuk yang kali ini saya ada rasa yang tak berapa nak enak sebab banyak yang mengata dan mencela dari yang memuji dan bersyukur dengan apa yang diberi (biasala,gomen!)
::Enchek tunang ada pesan semalam,jadikan ini sebagai salah satu pengalaman untuk uruskan Hari Bahagia.Think +ve. hehehehe...sebab tu saya sayang dia! Selalu buat saya bangkit semula.Tapi enchek tunang takde.Dahla esok anniversary saya dan dia.Setelah setahun kami kongsi suka dan duka bersama (terima kasih Ya Allah kerana temukan aku dan dia.aminn..)
::so this is list of tasks that i incharge.So far so GoOd.semua settle but i have to make sure that the majlis akan berjalan lancar.insya'allah..doakan yer!
Katering
Main Menu : Wak Hamzah – Done
Satay : Done
Lain-lain : Menu by tingkat2 – Done
Hadiah & Cenderahati
Perkahwinan : Done
Persaraan : Done
Tadarus : Done
Pembantu Bendahari – Done
Game / Aktiviti : Done
MC
Kekasih Sehatku & Cik Tepung Gomak (thanks kawan,korang memang terbaik dan best!)
Aktiviti
5 aktiviti & 2 Glamour Raya
LIME is my Coca-Cola Glass Color
12.10.09
.Tolong Doakan Saya Yer.
::saya harap saya berjaya untuk interview yang saya pergi aritu::
::saya harap permohonan saya untuk sambung master berjaya::
::saya harap permohonan penukaran pelajar (exchange student experience) yang saya buat kat kedutaan Jepun diterima::
::saya harap agar dipermudahkan perjalanan Hari Bahagia::
~AMIN YA RABBAL ALAMINN..~
::picture taken from here::Simple & Chantek!

::picture taken from Ladynoe™ blog::::sgt creative tau Ladynoe™ ni.kad kawen dia yang design sendiri tapi ada orang telah menciplak idea creative dia.tSk kan?! mungkin sebab comey sgt kad dia tuh kot::
::ni lah kad yang dah tiru kad Ladynoe™::pesanan penaja: tetiba idea creative + plagiat sket datang.mau jugak lah gambar kartun kat kad kawin nanti.tapi nak gambar kartun yang cam aku hidup dalam blues tuh,gambar hartini yang pakai tudung tuh.kartun jiwang karat adik saya panggil.hehehehe...ok tak rasanya??
Macheh Cik Puan Bunga!
huhhu...terima kasih cik puan bunga yg baik hati! sgt suka mr.kulat2 itu!sgt tidak sabar mau dapat.mau bagi satu sama enchek tunang.lepas kawin mau gantung kat depan bilik menandakan bilik ini ada 2orang penternak kulat sukasuki berjaya (uh,kedengaran seperti sensored saja!)
10.10.09
Weekend Yang Pelbagai
Sabtu;
Pergi butik Rins Suzana tgk promosi buffet pakaian pengantin.RM500 untuk 3pasang baju.baju cantik, tapi tak banyak pilihan.itu ok lagi sebab tak banyak pilihan,tapi yang paling tidak best semua pakaian adalah bersaiz manusia enorexia nervosa.tsk! so untuk saya yang bersaiz anak jin aprit ni akan kembang kempis kembang kempis untuk memboloskan diri dalam itu baju.setelah pakai pula akan kelihatan seperti incredible hulk dengan baju yang koyak2.bile bilang kat mama gitu,mama perli balik "ok apa fesyen koyak2.baru trendy". oh ibu!kamu memang supportive (dlm erti kata yg lain.huhhu..).
Lepas dah tak sesuai dengan baju2 kat butik itu,terus gi Cheras plak.gi kedai Mr.DIY.cari benda2 yang bleh dibuat hadiah untuk majlis hari raya jabatan.tapi takde apa yang menarik dan berkenan.sgt cerewet ini wahidah.so terus balik rumah utk siap2 mau pergi open house my bff;paed! makan dan makan lagi.mana janji sama en.tunang utk kurus dan lansing?? (buat2 tak dgr,buat2 tak dgr..)
Ahad;
~Bangun pagi-pagi,gosok gigi,cuci muka,pakai baju,minum kopi,makan roti,saya suke hati...(sila baca dalam nada bernyanyi2 yep!)~
hehehe...pagi2 dah bangun bersiap mau pergi KP.mau tgk my beloved niece and nephew (jannah the debok girl and adam the cheesy boy).sgt rindu mereka!sampai KP,lepak2 minum dan bergosip pasal kawen2 dengan makde and wan di pangkin bawah pokok ketapang (sgt best woh!) dengan angin sepoi2 tak pandai berbahasa.minum2 kopi bersama biskut rokok yang keras nak m**p*s.masa tu terasa sgt kenikmatan dan kedamaian idup kat kampung.keterujaan dan kejakunan orang takde kampung bertambah2 bile tgk keliling rumah wan ada macam2 pokok. serai, pandan, belimbing buluh, kelapa, daun kari, bunga kantan, serai wangi etc.semua nama pokok mama yang bagitau.kalu tak memang tak kenal.ucu suruh potong serai wangi nak letak dalam kereta,saya gi amik serai untuk masak.hehee..malu sei!nampak sgt jakun dan bongek!tsk!
Balik singgah nilai.mau tgk kalau ada benda2 yang berkenan untuk dibuat hadiah majlis raya.status masih sama.semua pun tak berkenan sebab takde lah cantik sgt tapi harga mahal membabeng babeng.survey satu nilai 3 tu sampai ucu dan mama pun naik fedup.walaupun tak jumpa hadiah untuk majlis raya tapi telah terjumpa dengan benda best untuk diletakkan kat dalam bilik masa kawen nanti beserta idea2 menarik untuk hari bahagia.siap amik gambar walaupun kedai tu dengan besar dan jelas letak tanda tak boleh amik gambar.tapi untuk mereka2 yang stubborn macam saya,kitorang pedulik hapa.lepas isyak sampai rumah dan kepenatan.bile ingat yang esoknye ISNIN terus bertambah kepenatan.
SAYA TAK SUKA HARI ISNIN!!!!!

