Weekend lepas tak gi opis (tempat biasa untuk aku bertapa pada hari Sabtu & Ahad) sebab keluar bersama bonda & ucu.
Sabtu;Pergi butik Rins Suzana tgk promosi buffet pakaian pengantin.RM500 untuk 3pasang baju.baju cantik, tapi tak banyak pilihan.itu ok lagi sebab tak banyak pilihan,tapi yang paling tidak best semua pakaian adalah bersaiz manusia enorexia nervosa.tsk! so untuk saya yang bersaiz anak jin aprit ni akan kembang kempis kembang kempis untuk memboloskan diri dalam itu baju.setelah pakai pula akan kelihatan seperti incredible hulk dengan baju yang koyak2.bile bilang kat mama gitu,mama perli balik "ok apa fesyen koyak2.baru trendy". oh ibu!kamu memang supportive (dlm erti kata yg lain.huhhu..).
Lepas dah tak sesuai dengan baju2 kat butik itu,terus gi Cheras plak.gi kedai Mr.DIY.cari benda2 yang bleh dibuat hadiah untuk majlis hari raya jabatan.tapi takde apa yang menarik dan berkenan.sgt cerewet ini wahidah.so terus balik rumah utk siap2 mau pergi open house my bff;paed! makan dan makan lagi.mana janji sama en.tunang utk kurus dan lansing?? (buat2 tak dgr,buat2 tak dgr..)
Ahad;~Bangun pagi-pagi,gosok gigi,cuci muka,pakai baju,minum kopi,makan roti,saya suke hati...(sila baca dalam nada bernyanyi2 yep!)~
hehehe...pagi2 dah bangun bersiap mau pergi KP.mau tgk my beloved niece and nephew (jannah the debok girl and adam the cheesy boy).sgt rindu mereka!sampai KP,lepak2 minum dan bergosip pasal kawen2 dengan makde and wan di pangkin bawah pokok ketapang (sgt best woh!) dengan angin sepoi2 tak pandai berbahasa.minum2 kopi bersama biskut rokok yang keras nak m**p*s.masa tu terasa sgt kenikmatan dan kedamaian idup kat kampung.keterujaan dan kejakunan orang takde kampung bertambah2 bile tgk keliling rumah wan ada macam2 pokok. serai, pandan, belimbing buluh, kelapa, daun kari, bunga kantan, serai wangi etc.semua nama pokok mama yang bagitau.kalu tak memang tak kenal.ucu suruh potong serai wangi nak letak dalam kereta,saya gi amik serai untuk masak.hehee..malu sei!nampak sgt jakun dan bongek!tsk!
Balik singgah nilai.mau tgk kalau ada benda2 yang berkenan untuk dibuat hadiah majlis raya.status masih sama.semua pun tak berkenan sebab takde lah cantik sgt tapi harga mahal membabeng babeng.survey satu nilai 3 tu sampai ucu dan mama pun naik fedup.walaupun tak jumpa hadiah untuk majlis raya tapi telah terjumpa dengan benda best untuk diletakkan kat dalam bilik masa kawen nanti beserta idea2 menarik untuk hari bahagia.siap amik gambar walaupun kedai tu dengan besar dan jelas letak tanda tak boleh amik gambar.tapi untuk mereka2 yang stubborn macam saya,kitorang pedulik hapa.lepas isyak sampai rumah dan kepenatan.bile ingat yang esoknye ISNIN terus bertambah kepenatan.
SAYA TAK SUKA HARI ISNIN!!!!!