Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

22.8.09

1. Hari Pertama Puasa

:Hari pertama puasa rasa macam biasa. Enchek Tunang kejut pukul 4.15pagi. bangun-bangun budak gimuk. bangun sahur. jgn makan banyak2 nanti azam kurus tak berlaku. huhu... sangat sadis kalau enchek tunang sanggup berkata begitu. akan daku bertukar menjadi robocop menentang superman hatiku itu. hahaha... macam berani.

:Sahur makan nasi dan lauk tom yam masakan ibu yang sungguh lazat di dunia. haaa... masih terasa kesedapannya. tapi makan sikit sebab teringat bile tanya enchek tunang tadi dia sahur apa, dia cakap makan kurma jek. oh oh! saya sgt sedih sehingga mengalir airmata selepas meletakkan telepon dan mengatakan saya cinta padanya. ~emosi menguasai diri. huhu.. tsk rasa mcam ni..~

:Pastu gi opis (orang rajin memang macam neh.) lagipun masih banyak maklumat dan data lori2 sampah yang belum dimasukkan ke dalam komputer. (huhu... bahasa sgt bodoh. apakah??) dalam erti kata lain, banyak keje belum siap oh! sgt tsk! dan biler sampai opis perkara pertama yang aku buat adalah meng'update' blog gojes ini dan bukannya membuat kerja. huhuhu... bocor rahsia... apa kisah, bukan akak claim ot pun datang keje arini. buat kerja sukerela hati ok... berbuat baik di Bulan Ramadhan.. suke.... :D

:Tak sabar mau tunggu berbuke puasa kerana ibu mau masuk nasi goreng kampung pedas kegemaran kami sekeluarga... saya sayang ibu saya!! tapi kesian sama enchek tunang sebab tak dapat joint buke pose. kene turun training walaupun arini 1st day puasa.. takpe yer cyg, saya makan kan bahagian awak itu... huhu... menghancurkan azam untuk kurus saya di bulan pose. tsk! m(*_*)m

21.8.09

Memakai-makai Tudung Licin

Arini dengan perasaan konon-konon hebat, aku telah memakai tudung kain licin yang paling benci untuk dipakai sedunia. kenapakah?? mood ramadhan mungkin. dan akibat daripada itu aku telah mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk memakai-makai tudung ini di rumah dan kemudiannya membetul-betulkan nya pula di opis dengan mengambil masa lebih kurang setengah jam juga. kenapakah terasa begitu hodoh hari ini dengan memakai-makai tudung licin dan selembut salju ini. dahla kulit ku bercolor seperti manggis (itam2 sitampuk manggis, sungguh pun itam dipandang manis... huhu... berpantun plak di pagi hari.) pastu pakai plak tudung dan baju berwarna sgt chantek ini, maka wajah ini lah yang diperolehi. sungguh aku tidak akan keluar dari opis untuk ke mana-mana hari ini melainkan untuk pulang ke rumah sahaja (tsk! dahla rehat 2jam 45minit arini.. huhu...) sungguh memalu-malu....

20.8.09

Janji di Bulan Ramadhan


dah lama dah aku tunggu ketibaan bulan rahmat dan penuh keberkatan ni. Alhamdulillah dapat gak aku sambut dalam beberapa hari je lagi. so aku dah wat janji pada diri. walaupun dengan sakit yang sedang aku tanggung yang selalu menghalang aku untuk menunaikan yang fardhu tepat pada waktu, tapi aku akan usahakan jugak agar Ramadhan kali ini tidak sia-sia dan mendapat keberkatan dariNYA. insya'allah...

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa".
(QS. Al Baqarah: 183)

Selamat Datang Ramadhan yang penuh barakah. dan selamat berpuasa kepada semua serta Ampun maaf dipinta. Salam Ramadhan, Maaf Zahir dan Batin...

.Giler Kentang.

Aku skang ni giler kentang sibuk. tak lah sibuk sgt tapi aku wat2 sibuk. macam2 sibuk aku ada. sibuk buang habuk dalam bilik kat umah. sibuk pikir ngan mama nak beli barang dapur apa and juadah apa nak buat sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak ni. Bulan yang ditunggu2. Bulan Rahmat dan penuh keberkatan. mari sama2 menyemarakkan Ramadhan. yay!!

So untuk sementara waktu akibat daripada kegilaan kentang ku ini, maka blog ini akan tidak di dapat di update. aku akan kembali dengan diari Ramadhan Rafique. hehehehe... melalut btul. aku akan kembali dengan diari ramadhan wiwit. hehehehe...

so, jom enjoy membuat amal di bulan Allah ini... (lagu sepohon kayu pun berkumandang; sepohon kayu daun nya rimbun, lebat bunga nya serta buahnya, walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya, walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya....)

16.8.09

Happy 22nd Birthday Lil'Bro

today, 16th August 2009, my lil'bro 22nd birthday.
sambut dalam keadaan yang sederhana sebab dia dah besor.
ibunda sekali lagi meng'offer' diri untuk belanja. yay!!! beli kek dan kami telah bersetuju untuk memeras ugut ibunda kami. beli kek secret recipe. chocolate indulgence... mmmm... sedap hingga menjilat jari kaki. hahahaha...
we L.O.V.E u bro!!
.HAPPY BIRTHDAY.
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki


15.8.09

Aktiviti Hari Ini; Akibat Tak Dapat Gi Opis

Hari ini ingat nak gi opis. Nak siapkan kerja2 yang tertangguh dan sengaja di tangguhkan itu tapi telah mendapat info dari seorang staff kat opis yang arini opis sedang di'polish' lantainya. so tak dapat nak gi. informer tu siap pesan; "kalau cik wahidah nak datang opis gak bleh jek. tapi bukan wat keje la, main Rollerblade je la. Main dengan makcik2 cleaner." hahahahaha... sadiss tul my informer tu. Ni yang rasa cam nak bagi markah rendah je untuk penilaian ujung tahun ni. hehehehe... acah jek. i love my pakcik yang best kat opis tu.

So atas sebab2 seperti yang dinyatakan di atas (cewahh...). aku pun telah membuat satu plan serang hendap dgn ibunda tercinta. (hahahaha... banyak la aku punyer plan serang hendap). aku pun wat lah plan yang best dengan ibunda yang juga sedang boring tahap cipan sebab tak buat ape2 di ujung minggu. kami ingin pergi bergugu-gaga di kotak merah... yeaahhhh... aku suke... aku suke... ibunda ku memang best habis sebab siap offer nak sponsor... selamat duit akak.. dapat menabung untuk majlis perkahwinan akak nanti... hahahaha.... so tunggu yer kehadiran gambar2 terlampau akak bersama bonda tercinta bergugu-gaga di kotak merah itu....

pesanan penaja : gambar terlampau sudah di'upload untuk tatapan bersama-sama di hari raya. hahahaha... (puasa pun blum lagi dah nak raya). so terimala. tapi akak tak suka ini gambar. terpaksa mengkerob gambar separa pinggang sahaja untuk menyembunyikan rahsia-rahsia akak yang tersimpan di bahagian bawah dari pinggang. hahahaha.... benci!!!! dah gomok!!! tsk!

14.8.09

aku K.E.C.E.W.A

ceh!! cam hampeh jek title post ni. saje nak bagi entri aku ni nampak 'kotak pejabat'...

al-kisah aku tengah boring and dalam boring tu aku bukak ar blog aku neh. pastu ingat nak post satu entri baru tapi takde idea. blank. gelap. kabur. sume ada. hehehehe... selalu pun aku gini...

so nak dijadikan story, aku dah pi tekan button "next blog" kat atas skali dalam blog aku tu. kat navigation bar tu. and guess what i have found?? my ex-cinta punya wedding pictures. cam terkejut beruk + tenuk jap aku. trus berubah menjadi suria bajan itam. hehehehe... bukan ex-cinta pun sbenarnya. he's my good buddy masa aku kerja kat koperasi tentera dulu. Kapten Mohd Norfaizal. i just called him Jai. kitorang still kwn and berhubung. (ceh, berhubung konon... bahasa tak hengat...) suke tgk gambar dia and he looks so handsome in this pics. dulu dia tak hensem gini tau. heheheeh... sebab tu i tolak cinta dia. kan skang i dah rugi. padan ngan muke AKAK. hahahaha.... tipu ja!!

PEREMPUAN!! Siapakah??

PEREMPUAN!! Siapakah??
aku tak kenal ko pompuan tapi aku akan pastikan aku dapat tahu kau siapa.

PEREMPUAN!! Siapakah??
kenapa kau getik sgt hah pompuan and dah takde jantan (opss..jgn mulut jahat) dah takde lelaki lain ke yang kau nak kacau.

PEREMPUAN!! Siapakah??
apa agenda kau sampai nak anta kiss2 kat lelaki'terlalu aku hahhh..

PEREMPUAN!! Siapakah??
kau nak sgt ke kat dia, kalu nak cakap. aku bleh bagi ar... aku kisah apa ngan sume jantan (opss...jahat lagi) lelaki kat dunia ni.

PEREMPUAN!! Siapakah??
PEREMPUAN!! Siapakah??
PEREMPUAN!! Siapakah??

sebab kau pompuan dan aku pompuan ar aku masih bleh sabar lagi dan aku tak kan gaduh sebab jantan (aduhh... jahat lagi mulut ni) lelaki dengan kaum aku sendiri.
kalu mahu, amik!!! aku suke!!

lalalalalalalalalalala.... (saiko nyer aku neh!)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin