Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

1.3.10

Alhamdulillah..

Sangat bersyukur sebab majlis on 28th February yang lepas berjalan dengan lancarnya. cewah!!! so skang dah kaya Rm..... bukan banyak pun tapi tetap nak berlagak kaya gak sebab saya bukan orang kaya. apekah?! hihihihihihi.....

Tapi sgt kelakar sebab saya adalah sangat control on that day. malu dan segan sebenarnya. sebab tu saya yang memang chiker camera telah menjadi sangat pemalu dan sangat berpura2. hahahahah... gambar nanti saya upload lepas dapat dari my kuzie yer! tungguuu... hihihihi... cam hebat jek haku!

Neway, thanks to all my family members yang telah bertungkus lumus menjayakan ari semalam itu. sayang mereka sangat2. tak sabar nak tunggu 4hb Julai pulak. berusahalah! hehehehe...

25.2.10

Little Update siri.2

Cewah title entry tak hengat ko...!!

So skang nak update sket2 untuk 28hb ni walaupun sangat penat lepas balik dari bengkel kat seremban.
tak peduli! semasa bengkel plak, kepala dok asyik ingat kat preparation yang masih tak selesai untuk 28hb ni. Walaupun majlis kecik tapi gabra saya kalah orang nak kawin skang ni. huhhuuu...

Hari Isnin sebelum gi bengkel, saya sempat survey and buat beberapa perkara macam gi survey bakul untuk letak buah, gi fitting baju melayu enchek tunang.

Bakul yang saya jumpa ari isnin aritu tak bape cantik sangat kalu nak dibandingkan dengan yang saya jumpa masa jalan ngan enchek tunang minggu lepas. tapi sebab iras2 tu ada so saya pun beli jelah. malas mau pikir sudah.

Pas balik dari keje, terus gi tailor untuk fitting baju melayu enchek tunang dan sekali lagi hampa sebab baju je yang siap, seluar belum siap lagi. itu tak kisah sangat lah tapi yang buat enchek tunang hilang mood adalah baju yang siap tu sangat besar. Saya tengok dah macam orang arab punyer jubah la. sebab besar, baju tu nampak terjungkit kat belakang. jahitan memang kemas cuma ianya dibuat terlalu besar. Enchek tunang terus ilang mood.. ~~~~~
So disebabkan muke enchek tunang yang ilang mood adalah sangat buruk, gambar enchek tunang kat bawah ni, saya potongla dia punya kapla.


::mintak maaf yer dear, muke awak buruk sangat masa ilang mood aritu sebab tu saya potong awak punya kapla::

Gambar bakul yang saya beli untuk letak buah plak adalah yang kat bawah ni. And masa jalan2 kat area semua house dan Jalan Masjid India, masuk satu kedai jual alatan menjahit, saya terjumpa yang satu ni. cantik! ingat bunga tangan. warna warni, sekali tengok zip baju da.. hihihihi...

::bakul untuk letak buah yang saya beli::

::cantikan zip2 yang berwarna-warni ni. Bleh tak kalu nak buat bunga tangan?? apekah?::

22.2.10

28 Feb - Little Update

Sekarang ni saya adalah sangat berpura-pura TIDAK teruja dengan apa yang bakal berlansung pada 28hb ini. Sebenarnya dalam hati sgt excited dan tak sabar-sabar + gatal dan mengelenyor (betul ke haku eja ni?lantok ler.) Walaupun majlis kecil untuk dapat duit bagi makcik jadi kayo kojap yo! tapi tetap gak mau teruja. So far preparation is on going and under control and under budget (hehehe...apekah?!). But a few things happen yang sangat menguji kesabaran saya. Baju nikah enchek tunang yang saya hantar kat tailor tak dapat nak siap untuk fitting last weekend. sgt menguji kesabaran ok skang ni. Enchek tunang dahla sangat fussy bab2 baju dia ni. Kang ada je yang tak kene. Nak ngadap ngomelan dia lagi kalu dia tak bape nak bekenan and kalu dia tak sedap pakai baju tu, lagilah banyak ngomel kalah mak joyah! habisla haku...~~~~

Untuk majlis tu nanti, saya ada buat sket buah tangan yang cam ala-ala hantaran untuk bagi kat pihak lelaki. Iyerla kan, dah penat-penat diorang datang anta duit belanja so mama cakap, buat la sket manisan untuk bagi as a buah tangan. Dalam pada mama bagi idea yang cam gitu, saya pun terus terfikir untuk bagi terus baju nikah enchek tunang yang dah siap sepasang. Ingat nak bagi ngan kasut sekali, tapi enchek tunang cakap takyah sebab dia tak bawak apa2 pun nanti untuk balas, just duit belanje and manisan jek so cancel ler idea nak bagi kasut sekali kat enchek tunang masa 28hb ni.

Buah tangan yang cam ala-ala hantaran tu antara yang ada dalam list saya is:
-coklat : done (dah tempah kat my friend Ainul cam yang saya citer dalam entri yang lepas tu). you guys also can find her here.
-buah-buahan : on that day baru mau beli. bakul dalam proses mencari. aritu dah jumpa yang cantik and dah siap gubah masa jalan kat semuahouse. sweet giler. tapi saya tak beli last2 datang balik nak beli tapi dah takde, dah kene kebas dek orang. sodih yo makcik nak..
-cupcake : tempah kat my untie; cikyah. so takla mahal sangat kan. buat yang simple2 jek.
-baju nikah : pending. janji dengan tailor untuk fitting arini. so nanti kita tgk ape citer nyer yer kengkawan.... masih ada sket rasa bengang ni sebenarnye!

Ada empat je dalam list saya tapi ingat nak jadikan 5 barang sebab cam tak elok kalu genap. Orang2 tua cakap kene ganjil. betul ker? So skang ni taktau nak beli apa untuk jadikan 5. fikir...fikir....fikir...fikir.... *~blur~* (=.=)''

Tibe2 terlupa pasal satu benda yang penting. Wakil dari pihak perempuan untuk terima itu duit belanje. Settle dah sebenarnya sebab semalam saya dan mama dah gi jumpa my uncle (mama's big brother) untuk mintak uncle jadi wakil belah saya. Bile citer bab ni saya akan jadi sedih sebab teringat kat arwah papa. He's must be proud of his little girl yang dah besar dah pun skang ni kalu dia masih ada lagi dan saya pun takkan susah2 gi mintak tolong pakcik2 untuk jadi wakil belah saya. oh! sedihnya saya...

Oh oh sila kembalikan mood ceria ok! Macam mama selalu cakap, kalu kita sedih, nanti papa pun sedih. So untuk ceria kembali buat2 macam tibe2 teringat pasal baju yang nak pakai on that day. Dah tempah. Kain cotton yang sangat simple dan disebabkan ianya simple, saya dah tempah jahit manik kat tangan and leher sket. not so sarad barad. make it simple and sweet jek. tamau melaram lebih k! tudung pun blum beli lagi untuk matchkan dengan baju tu. kene pi cari gak arini.

Camera untuk captured moment2 yang best on 28th Februari ni saya dah bagi task ni pada my beloved cousin; Lyd. So nanti kene text dia untuk remind jek. Insya'allah ok. Lyd is the best. Sangat berjiwa tau dia ni cuma interest dia more to nature and not human. So harap dia dapat captured gambar2 human yang berjiwa dengan jayanya nanti (especially me and my enchek tunang punyer reaction on that day ok..)

Pastu macam yang saya penah citer dalam entri yang lepas, pada ari yang sama gak saya akan menge'test' mekap saya dengan kak sue derina. yuhuu... mood teruja datang balik lepas cerita pasal mood yang mem'bengangkan. nanti mau amik gambar kasi tunjuk yep! tungguuu....


pesanan penaja : entri cakap little update tapi merapu bukan little2 but much2. hahahahaha... apekah! sudah mengong!

18.2.10

Hati yang kecik bertambah kecik


Hari ni hati saya yg kecik bertambah kecik dengan kelakuan 'orang itu'.
Saya tahu awak malu bertemankan saya. Saya tahu saya bukan seorang yang boleh awak banggakan. Saya tahu saya banyak kurang dari lebihnya.
Namun saya masih bangga menjadi diri saya.
Kenapa dulu cakap mahu dan sekarang rasa malu?
Diakah yang pasti untuk ku Ya Allah.
Orang yang tidak pandai menghargai aku.
Cemburunya dengan mereka semua yang sedang seronok merencana Hari Bahagia.
Semoga kalian bertemu sejahtera dan bahagia. Jangan lupe doakan saya juga ya!

17.2.10

Congrat to Lina

Tahniah buat kawan saya Lina. Lina ni saya kenal masa amik kursus kawin dulu. Dia yg duduk sebelah saya dengan selamba je saya tegur untuk buat kawan. hihihi... i memang selamba kan..

Wedding dia 13 & 14 Februari aritu. Lina cantik sangat on her's hari bahagia. Terserlah seri raja sehari dia. Tahniah sekali lagi buat Lina dan suami. Wedding dia jauh kat Kedah so tak dapatlah saya nak gi..



::Pictures taken from Norlina's FB

16.2.10

.Pre-wedding photo session CANCEL sudah.

Entri ini adalah entri mengadu domba sebab enchek tunang dah buat keputusan tak nak pre-wedding photo dengan alasan; "saya tak pandai bergaya depan camera", "saya tak reti fesyen2 ni" (dlm hati cakap; ape kene mengena fesyen dalam ini pelem?!). Tapi saya diam je tanda hormat. Malas nak argue dengan enchek tunang banyak2. Nanti gaduh saya gak yang sakit hati and rindu kat dia (ish, gatai!).

Saya cakap kat diri sendiri, saya kene hormat keputusan enchek tunang dan tak boleh paksa dia. Nanti lain plak jadi masa pre-wedding photo session tu nanti. Takpe lah, saya akan cuba ikhtiar supaya saya dapat gak amik gambar dengan enchek tunang sebelum kawin. Sebab kalu ikutkan, saya hanya ada 3keping gambar sahaja dengan enchek tunang. Maksud saya gambar yang kami ambil berdua.

Cuba cik-cik dan puan-puan bayangkan (sila buat aksi sedang membayangkan sesuatu yer) sepanjang setahun lebih perkenalan hanya ada 3keping je gambar kami yang diambil berdua. Patut tak? Memang tak patut... Kalu orang lain tu, dah beralbum-album dah gambar berdua. Tapi saya perlu pasrah (cewah ayat haku tak hengat). Sebagai tunang kepada seorang yang memang kaki sukan dan ganas serta brutal, saya tak bleh la nak anggap diri cam bertunang dengan artis nak banyak2 gambar (sedang cube menyedarkan diri yep).

Saya adalah sgt memerlukan gambar pre-wedding sebab saya nak wat mini banner sendiri untuk saya letak and pamerkan kat depan entrance dewan masa hari bahagia saya nanti. Pastu gambar tu juga saya nak decorate sket atas cardboard and buat cam ala-ala frame untuk saya letak atas meja 'wishing book' saya. Barula cam best jek kan. Walau apapun yang bakal terjadi (cewah!) saya tetap akan merealisasikan idea giler saya ini.

So skang dalam otak ada tertera beberapa idea untuk pastikan enchek tunang setuju gak dengan gambar pre-wedding. 1. Saya nak mintak tolong cousin saya yang cantik lagi baik hati serta creative dan sgt berseni (puji melambung macam biasa. lagi2 dah nak dekat hari bahagia. hehehe..); Cik Lydiawati Rosli untuk jadi our official pre-wedding photographer. Mungkin Enchek Tunang takla segan sgt dengan Lyd sebab dia cousin saya kan. 2. Saya cuba cari promo untuk pre-wedding photo session yang kat dalam studio jek. Mungkin dalam studio ni takde lah cam segan sgt sebab akan hanya ada Saya, Enchek Tunang dan Enchek Photographer saje (good idea...good idea...; puji diri sendiri nampak!). 3. Amik gambar sendiri atau dalam erti kata lain bercamwhoring berdua-duaan dengan Enchek Tunang ala-ala orang yang syok sendiri. Tapi saya akan pastikan aksi ini dilakukan ditempat-tempat yang strategik dan mempunyai pemandangan yang cantik ok (bukan kat dalam kete pastu syok sendiri amik gambar 2orang atau kat tempat2 yang tak best. Sorry, its so not me!) 4. Ikhtiar terakhir saya kalu tak dapat gak adalah guna je lah mana2 gambar berdua yang kami ada untuk saya buat mini banner saya dan idea frame untuk letak atas meja "wishing book" saya tadi tu.

::Sekian edisi mengadu domba saya untuk kali ini. Masih tak puas hati selagi idea tidak dapat direalisasi! tsk!

12.2.10

bau ketiak busok lagi mau cakap bau perfume!!

walaupun arini ari jemaat, nak gak citer hal2 yang mengutuk orang ni sebab sangat sakit hati. apa perasaan anda kalau kat opis anda ada sorang yang *entahla nak describe camne tah*.
pastu siap perasan cakap pakai minyak wangi mahal. tak pakai minyak wangi avon, costway or even bodyshop. pakai minyak wangi yg harga mesti rm250 ke atas jek.
kalau betul minyak wangi yang dia beli tu minyak wangi mahal, kenapa kalau duduk sebelah dia atau selisih dengan dia saya tak bau wangi tapi saya bau ketiak BUSOK GILER! bau ketiak tak cukur. yang bulu panjang berjela-jela. tak kan lah beli minyak wangi mahal bleh tapi nak beli deodorants takde duit kot. bukan mahal pun. Nivea value pack baru RM9.90, bukannya RM990 pun...

*utk org yg perasan pakai myk wangi mahal : aku memang bengang giler. rasakan ko dapat entry percuma dalam blog aku ni. aku memang suka memfamous amouskan orang kat dalam blog aku ni. sendiri mau ingat!*

.Cekelat.

............sila bernyanyi riang ok............
Ini cekelat celup. celup celup!
Enak rasa strawberry.
Sedap hingga menjilat jari.
Nini....

(hahaha... masih ingat dengan lagu cekelat celup itu?) Ok, ini bukannya nak buat flash back lagu cekelat celup tapi nak mempromosikan cekelat yang sedap. Cekelat ni adalah cekelat homemade yang berkualiti tinggi (cewah...ada gaya salesgirl tak?). Kawan saya Ainul yang buat. Orangnya comel dan manis maka sememangnya cekelat yang dia buat jugak comel + cantik + manis = sedap!

Untuk majlis hantar duit belanja 28hb Februari ni saya pun ada tempah kat Ainul cekelat untuk bagi buah tangan kat pihak Enchek Tunang. Kalau nak tempah cekelat bentuk abjad pun boleh. Kalau ada yang berminat, especially to all bride-to-be, korang bleh la contact terus dengan Ainul kat no ni:+6012.392.08.57 atau u all can email me (tengkujuh.babe@gmail.com) or just leave a shout out or comment on my blog. Saya akan cuba membantu anda sebaik mungkin. (cewah!!! ayat tak hengat!!)

Detail cekelat macam kat dalam brochure kat bawah ni (click on image for clear view):


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin