Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

26.9.09

Mau chantek!

Hari ni sambil tunggu orang datang beraya,saya dah layan hindustan lah.hehehe...kalu tak silap tajuk citer tu umrao jaan.AISHWARYA RAI yang berlakon.best giler citer dia.best sebab A.R yang berlakon.huhhu...saya adalah kipas susah mati minah bollywood ini.so sudah simpan cita2 mau canthek macam dia masa hari bahagia nanti.muka dia muka klasik sgt.cantik yang tak dapat digambarkan dengan kata2.teruja dan tiba2 mood 'bolly-bolly'. (+_+)






pictures link;~here~

25.9.09

.Merah+Puteh yang Cantik.

Entah kenapa selepas raye kegatalan mau kawin semakin menjadi-jadi (tolon mak,saya mau kawen!!!) tsk! macam-macam yang telah dilakukan dalam melunaskan kegairahan mau kawin itu. (oh oh sgt sensored ayatnya!). warna merah dan puteh memang dah berkenan di hati sedari awal lagi.kalau tak kawin dengan enchek tunang mohd faizal ni pun, kalau kawin dengan orang lain pun saya akan menggunakan kombinasi 2 warna menawan hati ini.mama yang dah lama tahu anaknya yang gatal mau kawin ni hanya menganggokkan saja kepala bile saya menyatakan hasrat mau buat warna merah dan puteh.saudara mara yang sgt sporting dan sentiasa menyokong pun dah tau saya mau buat warna merah dan puteh dan mereka tak dak cakap apa2.siap kena perli lagi dengan uncle saya.ini bleh dapat tajaan Air Asia ni.muahaha... bagus jugak kalu Air Asia nak taja perkahwinan saya.macam famous amous! tSk!

so dari awal lagi saya telah menterjah banyak wedding blog dan website2 untuk orang kawin2 sebagai revision saya (hehehe...terckp omputeh plak). dan sedari tahun 2008 lagi saya telah sgt berkenan dengan pelamin dan kombinasi warna merah dan puteh macam kat gambar bawah ni.sgt suke dan teruja.cantik menarik dan sgt da'boom!

pictures; credit to rupajiwa

24.9.09

meet my "NEW BESTFRIEND"

hohoy!! sgt teruja dengan kawan baru saya ini.ia akan menjadi teman baik saya sehingga hari bahagia menjelma.dia adalah sgt berinformasi dan sgt berguna.banyak panduan dan sebagainya untuk menjadi rujukan hari bahagia.nak suggest pada sesiapa yang ada misi yang sama untuk mendapatkan "BESTFRIEND" macam saya.


22.9.09

.CeritA Ghaye Saye.


::Walaupun orang takmau tahu tapi saya mau gak cerita! sgt perasan dan tak peduli apa::



Hari Raya Pertama

:Malam raya saya kemas umah,pasang langsir,masukkan duit raya dalam sampul,gosok baju raya,jahit manik kat baju raya (liplap liplap macam lampu kelip2.suke..),masukkan kuih dalam balang raya,tolong bonda masak rendang ayam,kuah lodeh,sambal telur dan nasi impit.

::Ampau Raya;walaupun budget kureng tahun ini tapi bonda pesan ampau tetap kena bagi sebab ianya adalah sedekah.RM1 pun takpe yang penting ikhlas kata bonda lagi (kena dgr cakap bonda hoo.. sebab takmau masuk neraka.)::

::Balang kueh Vantage ok.. beli tahun lepas tapi tak sempat pakai so tahun ni baru dapat melaram dengan bekas kueh vogue yang dibeli secara bayaran ansuran (saya gaji kecik saja;tukang kira lori sampah keluar masuk lah katakan) khas buat bonda tercinta::

::Sila cumburu dengan jahitan manis di baju raya saya.Jahit sendiri tanpa ragu-ragu dan was-was lagi.dijamin 100% hasil jahitan saya (sila percaya semua)::

:Pagi raya saya gi ziarah kuburan.melawat ayahanda tercinta,nenda yang dirindui,atuk dan saudara yang telah pergi meninggalkan dunia yang penuh tipu daya ni.walaupun mereka telah lama pergi namun mereka tetap dalam hati.saya rindu mereka.setelah pulang dari menziarah kubur mereka2 yang saya rindui dan kasihi,saya beraya di rumah saudara mara (paklong&maklong, makngah, cikna dan cikmi).baru empat buah rumah tapi sudah penat,berkilo2 rendang+ketupat.nasi+ketupat.palas+lemang+serunding+ayam.masak.kurma+nasi.tomato+ayam.goreng.berempah+kuih.raya+kek+kuah.lodeh+air.manis.warna-warni+dan sebagainya (sila bayangkan keadaan perut saya). malam mau beraya di umah ceknon di Taman Permata pulak. ~masih belum dapat beraya dengan baju merah vogue saya yang dijahit dengan manik kelap-kelip itu.tsk!~

:pulang dari beraya saya terus mandi,solat dan terus memakai baju vogue merah.sgt teruja.sudah berazam hari pertama raya; NO 'seluar' and 't-shirt'!! ini hari raya lah wei.

::Kubur Ayahanda,Atuk dan saudara-mara::

::Kubur Nenda tercinta::

::Keluarga Besar saya.tak semua ada.mungkin kerana ketiadaan Nenda membuatkan hari raya kami tidak semeriah dulu lagi.tiada lagi tangan tua nenda untuk kami kucup dipagi raya::

::beraya sakan anak-anak buah saya itu.tomei2::

::Saya dan Bonda bergaya dengan baju vogue kami.sgt kembar siam.bangga menjadi anak bonda::

::sgt syok sendiri.~chiker~::

::hahahaha...inilah kuih kegemaran saya di Hari Raya selain kuih tart yang sememangnya menjadi pujaan hati::


Hari Raya Kedua
:Hari kedua kami pergi ke Yong Peng (hoho..cik puan bunga juga adalah orang Yong Peng.mau raya dirumah kamu boleh??).rumah makteh di Kg.Haji Ghaffar.makteh dah titipkan SMS buat semua agar datang beraya sebab ini adalah kali pertama makteh beraya di sana.sgt sedih menerima SMS makteh yang di'forward'kan pada semua.so apa pun jadi kami semua tetap gak pergi.best pergi JOhor.terkenang zaman belajar di UTM dulu masa lalu di lebuhraya.

::Yong Peng here we come..::

::Kepenatan.Melepak di Rumah MakTeh::

::wif my nephew;aizat.hakimi tomei2::


:Hari Raya kedua ni lah kitorang satu keluarga beraya sakan.balik dari rumah makteh di Yong Peng terus pergi Melaka beraya.kemudian Port Dickson beraya dan akhir sekali Seremban juga beraya.perut jgn cakap la keadaannya.sgt mengaibkan.sampai rumah pukul 1pagi.mandi dan terus jadi sleeping ugly (macam selalu).

Suka Hati *Raya-Raya*


Mau Update Pasal Raya-Raya tapi Bonda sudah jerit-jerit ajak pi raya kat umah Cikyah.
Woi budak2 mana ada orang hari raya duduk dalam bilik tgk komputer ja!!
Cepat siap! mau pergi Klang raya umah saudara mara. Maka saya pun mau bersiap mau pergi beraya. Nanti malam update blog pasal raya-raya.
huhhu...macamlah semua orang mau tau pasal raya-raya versi Norwahidah.perasan!!


Pesanan Penaja : saya tak pergi pun Klang ikut bonda beraya sebab ingin bermalas-malasan di rumah saja.mau tgk TV sampai lebam sebab esok sudah mau start kerja dan puasa.sgt happy beraya tapi tetap terkenang pada yang sudah tiada. ~saya emo seketika~ (+_+)

18.9.09

Hadiah Hari Raya Yang Bermakna

Saya sangat sedih sebab enchek tunang dah pulang ke kampung nya... baru dapat msg dari enchek tunang cakap dia dah sampai kat tol simpang pulai (sgt sedih tak dapat raya sama enchek tunang saya itu). tadi dah mintak ampun dan maaf serta mintak enchek tunang halalkan semua sepanjang perkenalan kami. minitik air mata walaupun saya cuba tahan. saya mintak maaf sebab selalu buat awak susah hati dan macam2 dengan perangai kuat merajuk saya ni. saya sgt sayang awak dan tak sanggup kehilangan awak sebenarnya (aduh terjiwang plak dalam blog ni.. tsk!)

Lepas anta enchek tunang kat kereta, saya pun meneruskan misi mencari kasut untuk bonda tercinta.penat tul.dengan orang yang bersesak2 kat jalan TAR tu saya gagahkan juga kaki untuk berjalan dari satu kedai ke satu kedai.akhirnya dapat gak kasut untuk bonda.saya belikan kasut exclusive untuk bonda saya.apa yang saya belikan untuk bonda ni tak seberapa pun nilainya jika dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan bonda.lepas tu saya masuk Semua House sebab ujan dan sekali lagi saya telah memboroskan diri dengan membeli gelang comey dan vogue untuk bonda tercinta sempena Hari Raya.Hadiah buat bonda yang sangat memahami saya.semalam gaduh dengan enchek tunang pun bonda tak kalut,tenang seperti selalu sebab dia kenal anak daranya yang kuat merajuk ni.saya sayang bonda million million banyak nya!

Setelah penat berjalan dan menghabiskan duit saya pun balik opis.lengang je opis sebab ramai dah balik awal.ini situasi biasa kalu cuti hari raya.tak heran dah.

sampai je kat opis saya ingat nak solat dulu takut terlepas waktu.bukak2 je laci besi kat tepi meja saya terpandang sesuatu dan sesuatu itu telah membuatkan saya menitikkan airmata.saya tak sangka yang enchek tunang betul2 bagi saya hadiah.masa dia bagitau kat kereta tadi saya ingat dia berseloroh je.so saya tak amik pusing sgt tapi skang ni lepas tgk sendiri saya rasa sayu hati.betul2 tersentuh dengan pemberian enchek tunang.walaupun tak seberapa bagi orang lain tapi ianya cukup bermakna buat saya.brooch mutiara ni enchek tunang ckap dia beli kat Labuan masa dia gi game aritu.dah lama nak bagi katanya.apa2 pun sayang, saya tak kisah, murah ke, mahal ke, cantik ke buruk ke yang penting ianya pemberian awak.tiada yang lebih bermakna dan berharga dari apa yang awak dah buat untuk saya.saya cinta awak sgt2 sayang (alamak,terjiwang lagi lah plak. huhhu... tsk! tapi saya peduli apa!)
bluweeakkk..... =P

Salam Lebaran

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin


Pesanan Penaja : Sesungguhnya saya tiada mood untuk beraya. Rindu pada nenda masih menebal. Walaupun kurung merah grand yang ditempah untuk dipakai di hari raya tapi jiwa saya tidak se"vibrant" warna baju saya. Entahlah... saya hanya mampu berkata entah untuk sesuatu yang tiada dalam jiwa.

17.9.09

Hunting For Red "Baju Melayu"

Akibat last minute shopping untuk hari raya,semua yang saya nak saya tak dapat.menyesal tul! Minggu ni dan minggu lepas saya berulang gi Jalan TAR just to seek for red baju melayu for my lil'brothers.macam nak giler rasanya.dengan orang ramai.lepastu jumpa warna merah yang sesuai,saiz plak yang takde.dua orang lelaki perasan kecil yang kat rumah tu dah lah kurus melidi.pakai saiz "S" yang sememangnya susah mau jumpa.yang marah sgt my lil'bro yang sorang tu bleh kata tiap2 malam gi Jalan TAR lah, gi Danau lah, gi DownTown lah tapi hampeh.semua tak dapat.alasan untuk tak keluarkan duit mau beli baju raya sendiri.tahu sgt dah.tapi disebabkan saya dah decide nak guna je baju raya tahun ni sebagai baju family masa majlis saya nanti,saya tak lah berkira sgt.belikan ajer lah.saya cadang untuk majlis nanti,family belah saya nak pakai baju warna merah.so budget lah sketkan kalu guna yang raya tahun ni punyer jer. pandai tak saya? sila cakap saya bijak tapi bukan kedekut eh.... (",)


pesanan penaja : baju melayu merah dah dapat dengan saiz yang sesuai tapi hanya warna je yang rasanyer tak kene dengan baju saya dan ibunda tercinta.tsk!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin