::Walaupun orang takmau tahu tapi saya mau gak cerita! sgt perasan dan tak peduli apa::
Hari Raya Pertama
:Malam raya saya kemas umah,pasang langsir,masukkan duit raya dalam sampul,gosok baju raya,jahit manik kat baju raya (liplap liplap macam lampu kelip2.suke..),masukkan kuih dalam balang raya,tolong bonda masak rendang ayam,kuah lodeh,sambal telur dan nasi impit.

:Pagi raya saya gi ziarah kuburan.melawat ayahanda tercinta,nenda yang dirindui,atuk dan saudara yang telah pergi meninggalkan dunia yang penuh tipu daya ni.walaupun mereka telah lama pergi namun mereka tetap dalam hati.saya rindu mereka.setelah pulang dari menziarah kubur mereka2 yang saya rindui dan kasihi,saya beraya di rumah saudara mara (paklong&maklong, makngah, cikna dan cikmi).baru empat buah rumah tapi sudah penat,berkilo2 rendang+ketupat.nasi+ketupat.palas+lemang+serunding+ayam.masak.kurma+nasi.tomato+ayam.goreng.berempah+kuih.raya+kek+kuah.lodeh+air.manis.warna-warni+dan sebagainya (sila bayangkan keadaan perut saya). malam mau beraya di umah ceknon di Taman Permata pulak. ~masih belum dapat beraya dengan baju merah vogue saya yang dijahit dengan manik kelap-kelip itu.tsk!~
:pulang dari beraya saya terus mandi,solat dan terus memakai baju vogue merah.sgt teruja.sudah berazam hari pertama raya; NO 'seluar' and 't-shirt'!! ini hari raya lah wei.
:pulang dari beraya saya terus mandi,solat dan terus memakai baju vogue merah.sgt teruja.sudah berazam hari pertama raya; NO 'seluar' and 't-shirt'!! ini hari raya lah wei.





Hari Raya Kedua
:Hari kedua kami pergi ke Yong Peng (hoho..cik puan bunga juga adalah orang Yong Peng.mau raya dirumah kamu boleh??).rumah makteh di Kg.Haji Ghaffar.makteh dah titipkan SMS buat semua agar datang beraya sebab ini adalah kali pertama makteh beraya di sana.sgt sedih menerima SMS makteh yang di'forward'kan pada semua.so apa pun jadi kami semua tetap gak pergi.best pergi JOhor.terkenang zaman belajar di UTM dulu masa lalu di lebuhraya.
:Hari Raya kedua ni lah kitorang satu keluarga beraya sakan.balik dari rumah makteh di Yong Peng terus pergi Melaka beraya.kemudian Port Dickson beraya dan akhir sekali Seremban juga beraya.perut jgn cakap la keadaannya.sgt mengaibkan.sampai rumah pukul 1pagi.mandi dan terus jadi sleeping ugly (macam selalu).
No comments:
Post a Comment