Pages

Daisypath Anniversary tickers

.Mereka ini Best.

"I tahu U siapa dan Datang dari Mana"

http://emo.huhiho.com Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,warning yang lama tamau pakai lagi.

i tahu u guys suka masuk blog cam 'famous amous' ni kan? baca entri bombastic mr.lobaloba i kan? sentiasa menanti entri2 ~emo~ i yang sekaligus akan mem'famous amous'kan u guys kan? tunggu entri2 kontroversi i kan? sentiasa mahu mengikuti perkembangan hari bahagia i kan? huhhu... bahagianya sebab ada pembenci yang dalam pada masa yang sama suka mengikuti perkembangan blog pink ala2 pompuan yang tak berapa nak ayu ni. tocheh2... i ni tak hebat cam u guys. sgt simple tapi i pandai jaga A.D.A.B. cuma dalam my private domain ni jek i suka mencaci & mencarut cencurut so kalu i tercarutkan u, mintak maap lah yer.. (khas untuk yg terasa,kalau tak terasa takpe)

jangan malu untuk singgah2 lagi. u guys really welcome here cuma macam i pernah habaq dolu2 tu;

-who ever u are (u kenal i ker, u are my colleagues, u tak kenal i ker, kiter kawan ke atau penah jadi kawan ker, peminat i ker, pembenci i ker, kite pernah selisih bahu ker or what so ever!), where ever u come from (u come from moon, sun, planet marikh, venus, dari batang berjuntai, janda baik, london, sydney etc), what ever u think (poyo nyer minah ni, cam bagusnye minah ni, i like this minah etc) and how u feel (marah, geram, benci, suke, terkejut beruk, ~em0~ tetiba etc) when u read all entries in this blog. TOLONG JANGAN BUAT ONAR OK!-

::.i can say what ever i want coz this blog created by me.i'm the owner of this 'cam famour amous' blog.::

Thanks Kayu!
sukenye dapat cakap macam ni! ~T_T~ http://emo.huhiho.com

28.9.10

Alhamdulillah

I'm 2month pregnant dan sangat bersyukur atas rahmat serta rezeki yang Allah swt kurniakan ni. Tak sabar nak perut kembung. Tak sabar nak gemuk gedempol. Apapun kene jaga kesihatan diri dan baby. Lain betul perasaan sekarang ni dengan "fetus" dalam perut ni. Morning sickness yang teruk melanda sampai kene masuk wad 2hari. Apapun ini pengalaman yang berharga dan perasaan lain yang tak pernah dirasa. Sangat bersyukur sebab menjadi salah seorang yang dipilih Illahi untuk rasa semua perasaan ni. Sedang cuba kuatkan diri untuk menghadapi alahan bakal ibu ini. Insya'allah. Banyak nasihat dan petua serta doa yang aku minta dari mereka-mereka yang berpengalaman. Tak pernah sangka akan rasa semua ni secepat ini. Tapi inilah yang aku dan suami tunggu semenjak kami berjanji dan merancang untuk sehidup semati.

18.8.10

Ada tak?

Ada tak suami yang malu pegang tangan isteri di khalayak ramai?
ADA TAK?

Ada tak suami dipertengahan jalan tinggalkan isteri ikut kawan-kawan?
ADA TAK?

Ada tak suami yang seakan malu untuk berjalan dengan isteri?
ADA TAK?


::Kadang-kadang saya terfikir, adakah saya perempuan yang bergelar isteri yang dimaksudkan itu?

17.8.10

Nikah - Tetibe Plak!

Semalam ada sorang kawan tu sms tanya kenapa nak gosip dalam FB search FB kepunyaan president mummy semalaya takde. dengan sedih bagitau yg i dah nak retire dari semua ini. cewah tak hengat. lagipun kan bulan Ramadhan. sila hormati yep! ko ajak aku buat perkara yang tak baik ni. tak pasal2 kwn ku itu kene marah. mintak maap balik...mintak maap balik...bulan pose ni.

pastu dia tanya gambar nikah. soalan semua yang boleh buat gua bengang neh! gua bangat2 bengang neh! soalan sensitip ni ko tanya! takde soalan lain ker? soalan berbuka pose apa arini ker?, ko sihat ker? soalan bodoh apa pun takpe. tapi yang ko gi tanya pasal FB ngan gambar nikah ni yang buat gua panas di bulan pose nan indah neh! marah sungguh neh!

dah la kene delete FB. pastu gambar nikah dari OP lansung tak nampak bayang2 lagi. jgn katakan satu, bayang satu pun takde tau! yang ada gambar pun dari camera amatur sesedara memara ku. selamat dorang ada camera, kalu tak? kalu tak? sila jawab! oh oh oh sakit hati ku ini!

tiga ni je gambar nikah yang ada dalam simpanan. tiga ni je... bayangkan. tiga ni jer... bayangkan. sila bayangkan. tolong bayangkan. tak terbayangkan kan? sama la!

::semasa menunggu - muka cemas::

::setelah perkataan sah!! - menangis konon::

::ni je gambar berdua dengan enchek suami selesai nikah::

::sedih sungguh la. so jgn tanya apa2 pasal nikah lagi yer lepas ni. huhuhuhu (;_;)

13.8.10

Puasa - Hari2 Mengidam


::gambar2 di ciloki di sini::

Dah 3 hari puasa dah hari ni kan? puasa tahun ni lain sket sebab dah berdua. tapi sebab masih tinggal dengan mama, so rasa macam sama dgn tahun-tahun lepas jer. sebab? sebab mama yang masak. hahahaha... tsk pemalas kan! 1st day puasa mama masak meehoon singapura, 2nd day puasa nasi goreng kampung. semua prebet saya! sgt suket yep! dan kalu nak tahu, dari hari pertama puasa sampai hari ketiga ni, saya asik dok mengidam makan itu ini jer. masa 1st day puasa tu rasa cam nak minum air tahu panas. dapat tapi bila dah saji untuk puasa, saya dah terletak ais so tak jadi panas la air tahu tu. jadi air tahu sejuk. okie gak ar walaupun tak minum ais. dapat jamah sket pun jadi la buat ilang rasa teringin.

2nd day plak rasa sesangat sangat nak makan donut. donut gula yang murah tu jer. bukan dunkins donut okie... selera org kampung jer saya ni... dan hari ni. hari ketiga puasa, rasa cam nak makan ayam percik plak. apa kes la saya ni. tahun2 sebelum ni takde plak rasa nak makan apa2 masa puasa. bedal je apa yang ada atas meja. beli jer apa kuih ker air ker untuk berbuka. dan saya perasan, rasa teringin dan selera saya tu makin hari makin besar. makin berkehendakkan yang bukan-bukan dan mahal-mahal. so jaga-jaga enchek suami, awak la sasaran saya untuk tunaikan apa yang saya teringin tu nanti. miahahahaha... (ketawa cam jin jahat - bulan puasa takde setan so pakai jin. setan kan dah kene ikat)

::tgk ayam percik ni. sedapnya.... born appetite::

12.8.10

.Habis dah. .Gaduh dah.

I had a big fight with Encik Suami yesterday. Punca : Facebook.
So now, saya dah takde Facebook lagi dah. Account sudah delete.
Sangat sedih sebenarnya coz FB is the only place yang saya bleh get in touch with my old buddies. oh sedih nya! tamau cakap apa2. Farm Ville yang dah level 49 nak masuk level 50. oh! sedih lagi! tanaman-tanaman ku, binatang-binatang peliharaan dan perusahaan yang sedang aku jalankan, jiran2 ladang yang baik hati yg selalu datang dan membaja tanah-tanah kebun ku itu. oh! sedihnya. kumpulan gossip2 dengan geng mummy UTM akan tidak lagi berfungsi sebab president dah takde dalam FB. Oh! Sedih lagi.

Mulai skarang saya akan tinggal di bawah tempurung yep! Blog pompuan pink yang tak berapa nak ayu ni jer la tempat saya nak berlaku riak, membangga diri, bergossip tiang lampu, kongsi2, mencaci mencarut cencurut dan perasan cantik da'boom!

Kawan-kawan, sila berikan sokongan padu anda pada saya yer. oh oh oh oh oh....

Happy Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa. Mohon Maaf Zahir dan Batin.

Saya sayang suami saya!!

::gambar kawin lagi::

pesanan penaja : masih dalam mood pengantin baru sebab inai kat tangan tak ilang lagi. Gambar kawin pun tak dapat lagi dari super duper photographer ku yang berdua itu (AF & ACG).

6.8.10

Konvensyen - Kalah tapi rasa macam Menang!

::EUREKA::

Rabu dan Khamis yang lalu Konvensyen KIK peringkat Wilayah Persekutuan diadakan di Putrajaya. So as a wakil agensi, kitorang kene masuk bertanding sebab kan kitorang menang aritu. Dengan poyo dan yakin nya kitorang gi tapi Kalah..... walaupun kami kalah! cewah... tapi kami tetap menang. Kami menang bergambar dan bergaya.... hahahahahaha....

Aku yang memang dari zaman sekolah dan zaman kolej lagi terkenal dengan chiker camera, sgt teruja bila nampak camera dan angle yang menarik untuk bergambar. apa lagi... terus posing tak ingat dan rasa teruja. hahahahaha... (kalu jenn tgk musti aku kene ketawa besar ngan dia)

Walau apa pun, aku hargai pengalaman yang aku dapat kat konvensyen ni. Tempat pertama dimenangi oleh Kastam. Baju diorang pun happening gak. so dah berangan nak buat sut yang sama. hehehehehe....





2.8.10

Saya rindu DIA ini

Enchek Suami dah berlepas ke Padang Indonesia hari Khamis yang lalu dan akan pulang hari Khamis minggu ni. Saya sangat rindu manusia bernama Mohd Faizal Mohamed Kamil ini. Tak sabar mau tunggu enchek suami balik dari Indonesia... setiap saat ingat kat dia dan setiap kali tu jugak air mata mengalir. sedihnya... tak suka perasan baru yang saya rasa ini...





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin