Sekarang ini sangat malas mahu berbelog. Tak tahu kenapa. Kesibukan di tempat kerja dan kehidupan seharian mungkin yang menyebabkan belog kesayangan terbiar macam ni. Takde apa yang menarik untuk saya kongsi sebab ari-ari yg saya lalui macam biasa jer. Persiapan hari bahagia yang sederhana pun rasa macam takde apa yang boleh saya kongsikan. Hanya cerita dan omongan kosong aje. Kang tersalah cakap, ada plak yang suruh delete entry so lebih baik diam jer dan hanya berkongsi cerita yang best2 saje. Macam dah takde hak dah untuk cakap apa2 kat dalam belog sendiri. Nak tulis entri yang bombastic pun kene SIRIM dulu dah tentu2 entri tak menggambarkan diri sendiri. BOSONnya kalu asik kene pikirkan untuk golongan minoriti yg tak tahu kenapa manusia bloggers ni berbuat belog. Sebab kami mahu jadi diri sendiri dalam domain yang kami create sendiri. Mahu cakap apa yang kami rasa kami mahu cakap dan terpulang apa orang lain mahu intepretasikan. Mahu berkongsi kisah suka dan duka. Mahu kutuk mengutuk dan berkongsi pengalaman dan idea. Tolong lah fahami. Aku bosan lah dengan kamu2 ini; yang tak tahu apa yang bloggers mahu! Yang mengongkong apa yang kami mahu cakap dan tuliskan dalam belog kami sendiri.
Lain kali, cuba baca dan ambil pengajaran. Teguran jgn dipandang enteng dan terus menunding jari menyalahkan kami atas teguran kami yang mahu kamu2 itu berubah menjadi yang lebih baik dari apa yang kamu jadi sekarang ini. Orang tak akan berkata jika tiada yang dirasa salah atau kurang di sana sini. "Kalu tiada angin, masakan pokok bergoyang". haaa... kan dah keluar pepatah pujangga dah... tsk!

Okie.disebabkan ada *si polan* yang dah faham bahasa,
Pelbagai perkara yang saya buat untuk kurus. Saya tak makan nasi. Saya beli corset beautiful yang mahal itu. Makan jamu. Beli krim panas terbakar. etc..etc...etc...etc...etc.... cuma satu je yang saya tak buat; Bersenam!
Sebab tu saya tak kurus2. sgt tsk!!! Saya adalah seorang yang sememangnya malas mahu bersenam walaupun tunang saya adalah seorang athlete dan coach yang sememangnya tiap2 hari akan bersenam, masuk gym dan melakukan pelbagai aktiviti sukan. Kenapakah begitu kontra. huhuhuhu... macamana ni? Kalu baju yang saya dah sewa tak muat, apa saya nak buat nanti... sedey sei.. adakah saya akan panggil fairy-good-mother untuk mintak dia tukar saya macam dia tukar cinderella? 




